Thursday, June 22, 2017
Siri Repek Corner: Ramadhan
Siri Repek Corner: Ramadhan: Tahun 2017 rasa macam tak berapa nak rajin pula I nak update blog ni . I rindu sebenarnya nak update entry. Ada banyak perkara yang nak d...
Ramadhan & Raya 2017
Tahun 2017 rasa macam tak berapa nak
rajin pula I nak update blog ni. I rindu sebenarnya nak update entry. Ada banyak perkara yang nak
diluahkah tetapi kena mengambil kira juga sama ada hal ini wajar atau tak
update. Manalah tau ada pihak pihak yang terbaca dan terperasan dirinya adalah
subjek yang diperkatakan. Semua boleh claim “ Blog aku suka hati aku lah nak
update apa. Tak suka takyah baca”. Well statement camtu I have no comment la.
Masing masing punya pendirian.
Ramadhan tahun ini I biasa sahaja
la. Rutin sebagai bunda
Nadra, isteri Mr Laboo, as a menantu for Zahari’s clan is considered as a big
role juga. Most of the time ketiga-tiga roles ni berlaku serentak. Bila hal ni
berlaku rasanya masa tu la I jadi Gal Gadot “Wonder Woman”. Tahun ni giliran
beraya sebelah keluarga suami. Looking forward since that ini first raya dengan
keluarga mertua. Tahun lepas suami ikut beraya ke kampong I di Qelate. Mana
mana readers yang follow my blog patutnya tahu I baru kawen tahun lepas.
Hahahah
Persiapan raya pada tahun ni, I dah
tempah baju raya 2 pasang 3 bulan awal. Alhamdulillah, baju tu siap before puasa. Good, & tak
perlu pening pening. Tema tahun ini dengan suami ialah color royal blue.
Cinonet tu pun I hantar baju tempah juga untuk dia. Kiranya kedondong (sedondon) la kami sekeluarga.. Cuma belum siap lagi dan
dijangka pada hari ini ( 22 June ). Biskut raya pun I sempat juga buat dalam 5
jenis. Walaupun berkalut dengan anak, I gagahkan juga misi raya tahun ni untuk
buat biskut raya sendiri. Sebab I dah declare janji dengan mom nak bawak balik
biskut raya homemade pada Hari Raya Ketiga nanti. I jenis janji ditepati. Once dah bagi statement "janji
manisku", sedaya upaya I akan kotakan. Nanti I update picture homemade biskut. Kalau rasa nak tempah, buat masa
sekarang I tak berapa confident nak ambil tempahan. Bukan pasal takut resepi
tak sedap, I confident biskut I sedap ( cewah boosting mode. ^_^ ). Cuma
kekangan masa dengan Cinonet ni. Bila Cinonet nak mode melekat je dengan I,
susah la sikit I nak concentrate buat biskut. Plus, I jenis utamakan janji.
Bila janji nak siap pada this dateline suddenly tak dapat siapkan, I rasa
bersalah sangat sangat & menghampakan orang. I tak suka feeling macam tu.
Senang citer komitment tak mengizinkan I.
Red Pearl
Red Velvet my own recipe
Tart Gulung
Semperit
Famous Amos
My lil Cinonet:
Thursday, March 16, 2017
My Kitchen lil thing
Doing some masak masak at home. Tadaa, dinner. Looking forward for another menu next time.
Chicken Boneless Teriyaki
Chicken Green Sambal
Turmeric Fried Fish with Shallot
Stir Brocolli with Buncis ( luper the name in English ^_^)
Pufftry Pizza
Dah beranak la wei.. ( Backdated Entry)
Hola semua readers or fans of siri repek corner i. Buat pengetahuan semua, ini adalah kali kedua draft yang ditaip oleh me setelah menaip beberapa perenggan yakni ilham mencurah-curah sudah terlupus tanpa sengaja. ( Frust sungguh gilerrr). Terpaksa la me menaip lagi sekali dan of course content nya takkan sama.. ( Aahh... ! Ok relax and retyping. By da way jangan luper save yeee...! Take note meself ~ ungkapan baru)
Kita citer dari mula mula masa hari I kena rush pegi hospital. Pada hari Jumaat 9 Dec 2016, I dah siap siap nak pegi keje cam biasa la... Siap mekap bagai until my sister in law tegur.. " Wah, cantik cantik sangat hari ni"
So I jawab la saje je nak melaram. Dalam hati cakap mana tau nak terberanak ari ni atleast macam CikTa, mekap sikit takdela pucat lesi muka. Huh, mulut tu masin sungguh.
Suami hantar I cam biasa. Sebenarnya that day I pegi keje after 2 days mc. Bila sampai office, colleagues pun tegur la..
"Eh, belom beranak lagi ke?"
"Ha ah belum. Nak beranak kat office agaknya"
Start waktu bekerja I masih lagi lincah and gelak macam biasa. Tiba tiba nak pegi toilet buang air kecil. Dekat panties ade bleeding sikit.
"Eh, takkan period?"
Sengal kan. Tu la dia. I tanya my partner Vee. Dia cepat cepat suruh I pergi hospital untuk checkup. I masih lagi waswas sebab mana tau kot belum time nya lagi. Nanti tak pasal pasal kena halau balik dari hospital. Sebab dalam minda sedar i mengatakan tanda nak beranak ialah pecah air ketuban. Sebab lom pecah I masih macam biasa. Dah kena paksa dengan Vee barulah I terhegeh hegeh call my hubby. Kelam kabut dia datang ambil I kat office.
Patut tak I crita dialogue dalam kereta? Part suwit suwit moment. Uh, tak yah la kan. Skip that suwit suwit moment tu, sampai je kat hospital, i pegi checking kat kecemasan bahgian bersalin. Kena register, tunggu nurse attend. Kemudian kena pakai alat untuk check contraction. Sebenarnya I dah rasa perut kebas kebas sepanjang hari tu tapi tak ambil pot sangat pasal I rasa macam kembung perut nak terkentut. Pastu nurse pakaikan 1 alat yang I dah lupa namanya, dia biarkan I terkontang kanting dengan alat tu. Ade keluar graf tinggi rendah resultnya. Nurse tanya pada I
"Puan macam mana? Ada rasa sakit tak?"
"Sakit yang macam mane tu nurse?"
"Sakit contraction la. Kat graf ni memang kerap contraction Puan"
"Hmm, macam belom sakit" sambil I tersengih macam kerang busuk.
"Eh, peliknya. Patutnya dah sakit ni"
Nurse tu keluar dan mendapatkan kawan dia yang lain. Memperkatakan tentang diriku lerr tu. Masa tu sempat lagi i duk pikir, agaknya tak sakit kena tendang balik ni. Tak lama kemudian nama i dipanggil
"Puan Dasnita.." ( bukan nama betul)
"Iyeeee..."
"Sila ikut saya ye"
"Baik..." Lorr ingatkan boleh balik
So, I dibawa naik ke floor atas dekat wad bersalin. Masa tu dah pukul 11am ++. Kena tunggu untuk wat registration. Husband kena register then baru I dapat tag hospital. Ala.. yang ade nama kita pastu cucuk jarum untuk masukkan air. Pastu kena check bukaan. Rupa-rupanya dah 3cm. I masih duduk lepak lepak, jalan jalan, tegur tegur orang sebelah . Yang orang sebelah tu pulak semuanya muka berkerut menahan sakit tu 3cm juga la.
Dorang tanya i macam tak sakit nak beranak je. Pasal nampak i nih ligat & lincah semacam je. Berjalan ke sana ke sini baca notis papan tanda. pastu pergi toilet. Dekat pukul 3.00pm baru lah nurse panggil I, masa tu i tengah berborak dengan suami dekat luar. Masa nurse panggil ada lagi 3 patients yang dah dapat katil macam. So kami dibawa ke ward. I masa tu masih kuat berjalan so tak guna la wheelchair. Sampai kat ward i dapat katil tengah whereby depan i kiri except kanan with the babies. Tapi tak lama kemudian jiran katil belah kanan dah kena tolak masuk labor room. Tinggallah i sensorang belom beranak. Sempat juga I bermesra dengan jiran katil belah kiri. Baby dia comel sungguh.
Tu diaa fasa tak rasa sakit i sampai lah pukul 7.00pm contraction dah mula rasa kerap. Tapi I masih lagi boleh tahan sakit. Boleh lagi pergi ke toilet dan rasa macam nak buang air besar pun ada. Tapi takde rasa nak terkeluar najis.Kemudian dalam pukul berapa tah I kena panggil oleh nurse untuk check bukaan. I turun daripada katil pergi berjalan ke bilik doktor yang check bukaan tu. Nurse cakap,
"Puan masih lagi 3 cm. Pukul berapa tadi puan check 1st bukaan?"
"Dalam pukul 12.00pm camtu la"
Nurse tu pula keturunan Serani pasal nama dia Maria apetah macam keturunan Portugis aje. Dia tanya I
"Puan ade minum air selusuh ke, air yassin ke, atau air zamzam ke?"
"Ade minum air zamzam sikit dalam pukul 9.00pm camtu. Kenapa ye?"
"Sebab patutnya daripada pukul 12.00.pm. Sekarang dah pukul 10.00pm patutnya dah boleh buka banyak dah"
I tersenyum.
"Ye la, saya rasa contraction kerap, ingatkan dah buka banyak dah. Masih lagi 3cm ye?"
"Sebabnya macam ni puan. Kalau puan minum air macam tu, jangan tutup penutup botol nya. Macam tutup pintu rahim"
"Saya punya botol jenis tekan atas kalau nak minum. Tapi takpe nanti saya buka penutup nya"
Lorr baru lah I tau minum air zamzam ke air selusuh ke, air yassin ke, botol kena kasi bukak. So bila dah sampai ke katil i buka kan penutup dan sambung baring. Ingat nak tido la kejap.. Huh, jangan mimpi..
Pukul 12am tu i dah mula rasa sakit yang takleh nak bangun dan takleh nak buat apa. Nurse panggil untuk buat check bukaan, I cakap I takleh nak bangun. So kena angkut angkut dengan katil. Check bukaan dah 6cm. Perhh kalau I tau kena buka penutup botol, i buka awal-awal. Hahahahaa
So, 12.00am camtu i dah kena angkut masuk labor room. Kat labor room lagi rupanya kena tunggu sampai 10cm. Masa nurse kat labor room nak check rahim, dia perasan suhu badan i tinggi seperti demam. Tak boleh bersalin, hold dulu kasi temperature reda. Dalam sayup-sayup tu i terdengar,
"Kenapa tak check patient ni demam ke tak sebelum masuk labor?"
Lepas tu i terdengar nurse ke doctor cakap-cakap,
"benda ni kalau kat hospital swasta 1 saiz kecik ni RM300" lepas tu dengar lagi doctor tu cakap.."takpe yang ni saya tolong dia"
Tah apa benda doctor kasi kat i nak kasi demam kebah, lepas lebih kurang 15min camtu demam menggigil i reda. I dah tak rasa sejuk-sejuk lagi.Pukul 3am nurse check bukaan. Sempat lagi i tanya
"Dah berapa cm nurse?"
'Dah 8cm dah, kena tunggu lagi 2cm ye?"
"Orait"
I pun tunggu lagi la.
I pun tunggu lagi la.
Contraction dah kerap giler, tak sempat nak ready dia datang lagi macam gelombang. Kejap-kejap tukar position tapi still tak puas hati. Dan bila bukaan dan 10cm, nurse suruh i teran. I tanya balik?
"Camne nak teran ye?"
"Pernah berak sembelit yang susah nak keluar?"
"Hmm saya jarang sembelit la nurse." Huh, menjawab tuuuu
"Beranak ni macam berak sembelit"
"Betul ke nurse?"
"Ha ah, cepat la teran"
"Saya blurr la nak teran"
"Takpe, kamu berlatih teran dulu. Nanti dah boleh teran baru panggil saya. Kamu tak pernah pergi kelas antenatal ke?"
Krik krik krik I terkesima. Biar betik nurse ni nak suruh I berlatih teran dulu.
"Saya takde masa la pergi kelas tu"
"Dah, kamu pergi teran dulu"
"Tapi saya tak tau camne nak teran"
"Takkan kamu tak tau berak sembelit. Teran berak sembelit laa!!" nurse tu dah naik suara.
Nasib baik i tengah sakit kalo tak terbang semua barang-barang tu. Sabar je laaaa..
Bila dah boleh teran, ntah macam mana bleh plak tau teran.
"Nurse.. saya dah tau nak teran dah"
"Ye ke, ok bagus"
"Ye ke, ok bagus"
Bila dah boleh teran tu, tah macam mana i asyik terputus nafas so my baby asyik keluar masuk keluar masuk pintu rahim. Nurse plak dah panggil Hubby untuk membantu I memberikan kata-kata semangat. I masih lagi berusaha sedaya upaya nak mengeluarkan bayi, dalam hati berkata, "apesal susah sangat nak keluar ni?" Tak lama kemudian pastu, my baby girl berjaya dilahirkan, nurse rushing bawa dia keluar lepas tunjukkan baby tu. I nampak my baby, "ini ke anakku?". My hubby pun keluar dengan separuh lembik juga. Reason? Sebab dia dah ternampak nurse tu gunting live wife dia macam mana. Actually disebabkan I teran terputus putus baby asyik keluar masuk, natijahnya my baby tak breathing for a while. Dia kena masuk oksigen.
Sambung taip hari lain.
Note: Lorrrr... ingatkan dah abes taip. Rupa-rupanya tak abes lagi.. Potong stim tol.
Takpe in nutshell, after semua insiden di atas berlaku. Alhamdulillah my baby lahir sihat walafiat, takde jaundice. First feeling masa pegang dia, I tak mampu nak tahan air mata. Syahdu dowwwhh.. I cakap kat Hubby.. "This is our first child.. so adorable.. " waaa potong bawang lagi dengan Hubby.
Sambung taip hari lain.
Note: Lorrrr... ingatkan dah abes taip. Rupa-rupanya tak abes lagi.. Potong stim tol.
Takpe in nutshell, after semua insiden di atas berlaku. Alhamdulillah my baby lahir sihat walafiat, takde jaundice. First feeling masa pegang dia, I tak mampu nak tahan air mata. Syahdu dowwwhh.. I cakap kat Hubby.. "This is our first child.. so adorable.. " waaa potong bawang lagi dengan Hubby.
Ini la my doter: Nadra Faiha
Suwit tak beliau?? 💆
So Boring ( Backdated Entry)
Petang yang agak memboringkan. PnDas masih lagi di office. Office hour until 6.00pm. Sekarang baru 5.32pm, meaning to say ada lagi half an hour before balik time. Angin tak berapa sepoi-sepoi bahasa. Udara sedikit suam-suam kuku. PnDas menaip dengan penuh muka toya dan tiada perasaan. Tiba-tiba Mr Gary lalu ( Manager PnDas) menyanyikan lagu "Oh Mas Ayu". Oh mai gad, PnDas terkesima dan medula oblongata menjadi hang seketika. Benarkah yang menyanyi tadi ialah Mr Gary Lok, si Manager Cina PnDas? Dia memang la sangat lain daripada yang lain. Di saat Cina-cina lain menyanyi, "Wo ai ni or Ni Ai wo", dia boleh selamba menyanyi lagu Taman Rashidah Utama.. Diulangi, lagu Taman Rashidah Utama!! Which is PnDas sendiri gagap nak ingatkan liriknya.
Kerja-kerja kehpohci PnDas sudah bermula. Mata PnDas sempat menangkap seorang dua staff punch out awal keluar. Weh? Ko dah kenapa balik awal?? Mana boleh dowhh.. Mesti ingat hati PnDas berkeladak dengki melihat mereka keluar awal. Ekcelli PnDas tak ambil pot pun. Cuma fast and curious sikit je kenapa mereka balik awal. Masih lagi jemari ini menyambung taipan yang tergendala disebabkan kekeypochian mata PnDas tadi. Akhirnya Pakcik Din sudah berangkat pulang.
Tu aje update.. Ke laut kan???
Note: Mr GARY dah resign dah.. Sedih sket la sbb partner gossip dah takde.. T_T
Good luck Mr Gary. Suara nyanyian Taman Rashidah mu akan tetap berada di ingatanku.. Cewahh
Kerja-kerja kehpohci PnDas sudah bermula. Mata PnDas sempat menangkap seorang dua staff punch out awal keluar. Weh? Ko dah kenapa balik awal?? Mana boleh dowhh.. Mesti ingat hati PnDas berkeladak dengki melihat mereka keluar awal. Ekcelli PnDas tak ambil pot pun. Cuma fast and curious sikit je kenapa mereka balik awal. Masih lagi jemari ini menyambung taipan yang tergendala disebabkan kekeypochian mata PnDas tadi. Akhirnya Pakcik Din sudah berangkat pulang.
Tu aje update.. Ke laut kan???
Note: Mr GARY dah resign dah.. Sedih sket la sbb partner gossip dah takde.. T_T
Good luck Mr Gary. Suara nyanyian Taman Rashidah mu akan tetap berada di ingatanku.. Cewahh
Thursday, September 22, 2016
Aloha Mommy To Be
Hoho, macam dah lama gila PnDas tak
update kat sini. Busy mengalahkan PM. Ekcelli PnDas sekarang sedang preggie 7
bln, with due on Dec 2016. But PnDas foresee macam terberanak awal aje rasanya.
Takpe la, mana mana je lah. Asalkan baby PnDas sihat walafiat.
Topik yang PnDas cuba utarakan pada
kali ini ialah berkisarkan ikut sedap PnDas nak taip. Sebenarnya PnDas takda la
idea bernas sangat untuk dibicarakan. Nak berkongsi pasal tips kehamilan pun
macam rasa belum otai lagi. Iyalah kan, baru first baby. Apa la sangat petua
petua yang PnDas boleh kongsikan. Cuma kat sini PnDas boleh menceritakan alahan
yang PnDas alami. PnDas kena kegatalan. Dari satu perut hingga ke dada. Nampak
buruk jugalah dah macam corak abstrak pelukis Wassily Kandinsky.
PnDas highlight kat Mr Laboo pasal kekurangan PnDas ni.Sedih la juga
, sape tak sedih kan perut dah macam peta dunia? Tapi dengan best nya Mr Laboo memberi
kata-kata perangsang.
“It’s ok,
sayang. You still look pretty no matter how. I love everything about you”.
Fuh, cair juga la dengan ayat-ayat camtu.
By da way, baby yang PnDas kandung
ni adalah baby girl. PnDas ni jenis tak menyabar nak tau jantina. Sebab bila
dah tau, senang la bagi PnDas nak specifikasikan persediaan new born tu nanti.
Untuk itu, PnDas signed up 3D 4D Scan
Malaysia under Dr Jezzlyn. Website nye kat sini:
PnDas ambil pakej RM120
untuk 3D/ 4D Scan. Banyak good review yang PnDas baca mengenai Dr Jezzlyn and
dia pun sweet funny orangnya. Dapat jugalah tengok baby PnDas dalam ultrasound
tu. Another thing kalau booking dengan Dr Jezzlyn online melalui laman web
tadi, harganya jauh berbeza berbanding walk in which is RM190 ( Umra Medical
Centre Seksyen 13). Fuh, mahal tol. Memandangkan PnDas tinggal
kat Shah Alam dan PnDas ingin mendapatkan khidmat Dr Jezzlyn, beliau cuma bertugas
pada hari Ahad sahaja kerana hari lain beliau kat area lain. Jadi sila lah baca
dulu term and condition before agree to set an appointment.
Persiapan
menyambut kelahiran baby.
Honestly,
PnDas belum prepare bersungguh-sungguh lagi barang – barang baby. Banyak buat
survey dulu. Antara laman web yang PnDas tengah usya ialah:
Semua
yang PnDas tengah survey ni ada harganya agak berbaloi dan ada harga macam
mahal juga. Depends on budget la. Ada a few of kawan kawan PnDas yang bakal mendapat
baby juga, jadi apa yang mereka post di FB barang barang yang patut dibeli,
PnDas jadikan sebagai reference. ^_^
Rasa
macam agak skema juga gaya penulisan PnDas lately ni. Kalau first first dulu
masa aktif mengarang blog, ayat agak la sempoi dan penuh gila-gila. Ke mana perginya bisa PnDas ye? Hahahaha
Friday, April 22, 2016
Birthday date with Mr Hubby
Bila
birthday, every year PnDas memang akan apply cuti sebagai acara Personal Public
Holiday PnDas. Mengikut
persepsi PnDas, birthday ialah hari untuk menyantaikan diri tanpa perlu
membebankan fikiran kita untuk bekerja. Plus, PnDas taknak mengharapkan budak2
ofis @ pressure kan diri mereka membuat collection nak buat acah-acah surprise
birthday party. Lepas tu bila masuk time birthday orang plak, kena bagi
donation. Dah macam paksarela. So bila camni PnDas rasa tak perlu rasa terbeban
nak bagi donation. PnDas dah refuse awal-awal don’t want to involve with this all
kind office birthday party. Lagipun pengalaman lepas-lepas tatkala kawan-kawan
ofis buat birthday party, banyak juga meninggalkan memory yang tak berapa best.
Contoh di sini, bila time birthday orang, kita sungguh-sungguh buat sampai beli
kek yang agak best untuk diraikan. Bila time kita plak kek nya pula ala kadar
aje. Contoh the 1st person dorang sediakan kek from Secret Recipe. Mahal kan? The 2nd fellow another time la dia punya birthday beli kek from Giant sahaja. Alasan bajet tak banyak so keknya tak special. Dah timbul rasa tak puas hati di situ. So,
buat apa kan? Baik celebrate dengan insan-insan istimewa sahaja. Itu personal
opinion PnDas aje la. Kalau ada yang rasa nak meraikan dengan kawan-kawan ofis
lagi bermakna, by all means dipersilakan. Nasib kita tak sama. Jenis
kawan-kawan juga tak sama. Itu aje komen PnDas. Huhuhuhu, chill..
Ini kisah hari yang sama sesi petang plak. Lepas
urusan register buku pink setel, kena faham juga lah kan bahawasanya ( Hubby suka bebenor gunapakai
ungkapan ini) hari lahir adalah bersamaan dengan tarikh luput lesen memandu tahunan. So,
PnDas malas nak ke JPJ . Nak full reload sabar petang petang hari memang payah
sikit la. Altenative solution buat renew kat pejabat bos besar. Puas hati sikit
kaunter banyak and urusan laju macam air. Tak sampai setengah jam setel bab
renew lesen. PnDas baru dapat tahu yang Hubby pun tak renew lagi lesennya since
last year. All this while he’s been driving with expired due license. Seriously
dear????! Bila dia nk renew, katanya IC dia ade problem chip. Bengang le
sekejap sebab kena pegi ke Jabatan Pendaftran untuk replace IC barulah boleh
renew Licence tu. Kesudahannya tak pergi.
Jadi Hubby masih lagi memendingkan (new term, jangan guna di public sebab salah vocab) urusan renewing
beliau. Lantok ler sayang uihh. Kalau kena saman bukan PnDas yang
bayor. Lepas tu sibuk la bertanya,
Him: Sayang nak celebrate bday kat mana?
Me: I lapar, kita makan dulu
ye?
Him: Boleh, nak makan ape yunk?
Me: I teringin makan nasi
goreng la lately ni.
Him: Masakan goreng-goreng, tengahari belum ade yunk.
Me: Oh… Camtu nasi ayam kat
seksyen 6. Air honeydew tu sedap. Dah lama tak minum. Ayam nak lebih ye.
Him: Okay.
Then both of us lunch kat situ dulu before heading to Subang
Parade.
Kutip kat Google Image.
SABAR KENA BAWA LEBIH Episode 1
Semalam birthday PnDas (21st Apr 2016),
tapi dah ade schedule pergi Klinik Kesihatan Seksyen 7. Sebab nak buat medical
checkup. Kena buka buku kaler pink. Memula sibuk la PnDas bertanyakan pakcik
Google, mende apa la yang nak dibawa untuk buka buku kaler pink tu. Takdela kebatakan terserlah semasa di sana. Sampai
skodeng blog orang. Ye la, dah pakcik Google suka sangat mengorek rahsia kat
blog orang, dengan PnDas sekali terjebak dengan acara macam tu. Hahaha. Tapi
bila sudah pening membaca. Terus PnDas fedup. Zaman sekarang ni orang suka
sangat tanya Pcik Google. Semua pakcik Google sampai kadang-kadang terlupa,
pergi terus direct tanya kan senang. So, last bantuan pcik Google PnDas minta
tanya no telefon Klinik Kesihatan Seksyen 7. Mujurla ada, terus PnDas dial dan
bertanya. Kan senang senang je jawapannya…
1) Bawa IC sendiri ( bawa ke sana tapi
tak guna pun)
2) Bawa salinan IC suami ( tade plak dorang minta)
3) Untk anak pertama bawa surat nikah (
pun tak minta )
4) 2D Scan ( yang ni je dorang amik and
stapler kat buku pink tu)
Pengalaman setiap orang bila buka buku pink ni beza-beza.
So, bila PnDas cakap dorang tak minta IC PnDas and suami or surat nikah, jangan
lah semua pikir takyah bawa. Bawa tau, sebab situasi kadang-kadang tak sama.
So, daripada buat keje 2X, bawa aje la.
Lepas tu, masa datang semalam sebelum 7.30am PnDas dah terpacak
kat situ. Rupa-rupanya dah ramai orang queue. Memang lah Klinik
start pukul 8.00am tapi kaunter dah start buka 7.30am. Macam mana PnDas tahu?
Tanya lah direct, jangan banyak refer pakcik Google. Dia bukan nurse or doctor
kat Klinik Kesihatan tu. So, PnDas dapat no yang agak awal juga la.
Memandangkan PnDas takde temujanji, and ini experience pertama plak tu, skema
le nunggu tak tanya kat kaunter sampai 2 jam melanguk. Pukul 9.30am nombor
PnDas tak sebut sebut lagi. Pastu, terus PnDas pegi kaunter. Tanya elok-elok
dengan nurse tu.
Me: Nurse, tumpang tanya. Saya dah datang kat sini since
pukul 7.30am lagi. Sekarang dah 9.30am, nombor saya tak dipanggil. Boleh saya
tau kenapa? ( Huh skema tanya)
Nurse pandang.
Nurse: Takde temujanji kan? Kalau takde temujanji memang
lambat sikit sebab kita utamakan yang ada temujanji. Kena tunggu sampai 2,3 jam
dulu.
Me: Iye saya faham. Tapi saya dah datang daripada 7.30am
sebaik kaunter dah dibuka. Kira dah tunggu 2 jam juga la. Orang yang datang
kemudian dah masuk dah. Nombor saya masih belum dipanggil. Macam mana saya nak
ada temujanji kalau ini first time nak buat buku?
Nurse: Puan letak nombor tu kat mana?
Me: Dalam bakul “ Tanpa Temujanji”.
Then barulah nurse tu ambil nombor PnDas. Sebenarnya
moral kat sini, jangan malu nak bertanya. Bertanya aja lah kalau itu boleh
mempercepatkan urusan kita. Bila bertanya tu kita tanyala elok-elok. Bukan
dengan nak marah-marah. Memang orang ramai, sebab service free. Kita pun
sendiri amik khidmat Klinik Kesihatan sebab free. So? Nak kata apa? Sabar tu
bawa lebih. Kalau boleh bawak spare sabar tu banyak-banyak. Kadang-kadang nurse
pun boleh terlepas pandang sebab orang ramai tak putus putus. Jadi bila kita
dah spoilt mood nurse pagi-pagi dengan buat dia stress, imagine orang yang
belakang kita dapat tempias moody. Tak baik kan?? Akan datang ntah ntah kita
pula yang dapat tempias moody sebab orang depan kita dah spoilt mood dia. So
benda akan berpusing balik kena kat kita.
Berbalik kepada hal tadi, kemudian nombor PnDas dipanggil untuk ditimbang berat badan. Then,
beratur lagi ambil darah. Tips lagi satu untuk Allah mudahkan laluan kita ialah
dengan berbelas kasihan pada orang yang lebih berat tanggungan daripada kita.
Contoh, kerusi disediakan untuk ibu mengandung. 1st PnDas dapatlah
duduk, penat juga berdiri lama-lama dengan mual loya. Later on ada preggie lady
perut nya dah agak memboyot terpaksa berdiri. Macam PnDas cepat kesian. So,
PnDas offerkan seat PnDas untuk dia. Mula-mula dia taknak. Segan agaknya tapi
PnDas insist. So, dia duduk. Tak lama lepas tu, nombor PnDas kena panggil dah.
Padahal depan PnDas ada lagi orang tengah tunggu.
Alhamdulillah.
Lepas ambil darah, kena
submit sample tu ke makmal, dia bagi cup untuk urin. Memang PnDas
dah tak tahan nak buang air. Ngam-ngam time ibarat mengantuk disorong bantal.
Lepas setel letak sample urin & darah dekat makmal, kena tunggu lagi.
Betulkan? Sabar kena bawa lebih. Tak lama tunggu, nombor PnDas kena panggil
lagi. Masuk dalam jumpa nurse. Alhamdulillah dapat nurse yang agak friendly
siap wish birthday lagi kat PnDas. Dia update kat buku pink tu and explain
sikit sebanyak. Buat breast checkup and macam-macam lagi la. By 11.00am urusan
PnDas kat Klinik Kesihatan pun selesai.
But last last sekali, sabar
PnDas dah kehabisan reload apabila Mr Laboo datang lambat ambil PnDas.
Hahahah kesian beliau kena menerima
amarah PnDas. Sape suruh lambat?? Love him more… ^_^
Wednesday, April 20, 2016
Suki suki je
Sekarang dah masuk bulan April.
Apakah update yang PnDas boleh announcekan di sini. Oh ye, bulan ini ialah
bulan hari jadi PnDas.. Wooohoo. Sempena meraikan hari kejadian PnDas, since
last week PnDas dah apply coti dengan En Boss. Boss Mr AT, tanpa banyak soal
terus mengapprovekan. Setel problem.
Last week project buat karipap
pusing PnDas membuahkan hasil yang agak marveles, gebus, dan crispy. Dengan
penuh rasa konfidennye PnDas cakap, boleh dijual. Hahahah perasantan lagi. Cuma
satu je PnDas failed. Cara nak ketip or kelim tepi karipap tu. Tak tahu la
kenapa, jari jemari PnDas ni macam kurang halus keseniannya di situ. Terpaksa
meminta bantuan mertua PnDas mengetip tepi karipap tu. Hahahadooi, ini macam
punya orang pun ada ka??? Filling & pastry karipap diakui successful
kejadiannya.
Petang memandangkan orang tua tiada
dirumah, terpaksalah PnDas & suami menggalas tanggungjawab menjadi penjaga
sementara kepada adik-adik Hubby PnDas. Dalam kata lain, chef in da house la.
Petang ni dah inform Hubby menyediakan bahan-bahan untuk dinner malam. Huh,
biar betik? Awal gila. Takpa la, Hubby PnDas ni ada habit pahat sikit. Sekali
ketuk baru jalan. Huhuhuhu
Malam semalam kedua –dua mertua
PnDas pegi ke Meilbourne sampai weekend ni baru la balik. So, the whole family
except adik ipar perempuan je yang pergi. CikGebus ( adik ipar PnDas ni) stay
rumah nenek di KL. Tak dapatlah nak menghantar sekali.
Wednesday, March 30, 2016
Ke dapur la kite…
PnDas sekarang tak tahu nak update apa. Bermacam-macam perkara bermain di dalam kepala namun tak tahu nak
luahkan macam mana. Bukan benda negative pun. Semenjak bermenjak ni PnDas
sangat gigih mentelaah resepi yang PnDas rasa nak cuba. Belum setel projek A,
PnDas terus nak jump projek B. Haish, kadang-kadang mende kecik macam ni pun
boleh jadi stress. Apa la PnDas ni. Relax la. Nak masak pun berstress bagai.
So, Apa kata PnDas senaraikan dulu goal masakan yang bermain di fikiran. Senang lah sikit bila dah ready, boleh
pick mana nak buat dulu.
PnDas nak cuba buat croissant. 2,3 hari ni nampak macam nak makan croissant. Bila tengok cara-cara,
pertengahan jugak cara pembuatannya la. Senang sangat pun tak, susah sangat pun
tak. Tapi kalau tak careful, memang tak jadi.
Pastu rasa nak buat Cheese Ring Pastry. Ala, macam croissant tapi buat bentuk star. Dalam dia letak cheese
banyak-banyak, ade filling. Yang itu pun nampak senang nak buat, tapi kalau tak
jaga-jaga, tak jadi juaga.
Kemudian PnDas plan nak buat Mexican Bun. Dari bertahun-tahun lepas nak buat tapi tak jadi-jadi. Alasannya PnDas
rasa kebolehan buat roti PnDas macam ke laut. Selalu tak berapa nak jadi.
Actually pada orang lain yang merasa bun dorang cakap best. Cuma personal
thought PnDas rasa tak best. Tak seperti yang PnDas nak. But it’s ok, yang ini
PnDas akan cuba realisasikan.
PnDas berkenan nak buat Paella. Paella ni makanan Spanish, sejenis risotto yang bercampur dengan
macam-macam seafood. Tapi kalau ikut resepi sebenar, ade campuran wine. That
part memang kena alter ikut tekak Muslim la. Masih lagi mentelaah ingredients
nya. Tapi kan PnDas tak berapa gemar sangat nasi yang bercampur dengan susu
atau cream. Huhuhu Takpe, yang ini kita ketepikan dulu.
Kek Pandan Cheese leleh pun PnDas rasa nak buat. Kawan masa diploma PnDas buat Kek Pandan Cheese Leleh sedap
betul. Siap jual lagi. Tapi PnDas tak berapa minat nak meniaga ni walaupun ada
yang cakap makanan yang PnDas buat boleh dijual. Pelik kan perangai. PnDas suka
masak atas dasar minat & suka-suka. Bila dah masuk fasa berniaga ni, PnDas
rasa macam tertekan sebab nak kena ambil tempahan, siapkan and hantarkan.
Sedangkan PnDas ada mood juga nak masak or baking. Mertua PnDas pun menggalakkan
PnDas buat berniaga. Hahaha, maybe akan datang siapa tahu kot-kot PnDas dah mula
jatuh cinta.
Food yang pernah PnDas hasilkan dan mendapat komen bagus sama ada
daripada kawan-kawan or ahli keluarga. Antaranya ialah:
1)
Sushii / Kimbab
2)
Kimchii – masa tu kegilaan dengan
KPOP wave, makanan dorang pun PnDas nak cuba
3)
Onigiri
4)
Vietnamese Spring Roll – Mertua PnDas
sangat gemarkan makanan ni.
5)
Steamboat & Grill – Family PnDas
akan request bila ada special occasion
6)
Chocolate Brownies
7)
Banana Chocolate – Yg ni buah sekali
je, sebab tak larat nak beli bahan2. Mahal sgt.
8)
Chocolate Indulgence – Sama gak,
kejadiannya awesome tapi nak membuatnya penat
9)
Nasi Arab – Kos melampau juga. PnDas
akan beli beras yang memang mahal semata2 nak buat
10) Nasi Beriyani – Ni pun sama gak.
11)
Pizza
12)
Kek Chocolate Moist
13)
Grilled Fish – Guna trout, dory,
salmon.
14)
Bubur nasi or kekacang
15)
Asam pedas
16)
Portugese Egg Tart
17)
Chinese Dumpling / Korean Mandoo
18)
Chicken Masala / Varuval
19) Spagetti – Bolognese, Alfredo, Carbonara. Many creations yang pelik2.
20) Etc
Fuh banyak gak la sampai tak tertaip.
Semoga kemalasan PnDas tidak mengatasi kerajinan. Huhuhuuhu..
Akhirnya Aku Kahwin…… Woohoo
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi bahawasanya CikDas opps PnDas sudah selamat bergelar
sebagai isteri kepada MrLaboo pada tanggal 6th February 2016. Majlis
perkahwinan kami Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Kedua-dua orang tua kami
amatlah gembira dan PnDas mengharapkan agar rumahtangga yang kami bina ini
inshaaAllah dapat berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.
Bercerita kepada topic ini,, buat masa sekarang PnDas dan suami tinggal bersama mertua di Shah
Alam. Dekat tak dekat juga la dengan tempat kerja PnDas sekarang. Mujurlah masa
belum kahwin dulu PnDas dah biasakan diri pergi kerja awal. Jadi bila lepas
kahwin pun masih berterusan lah habit itu. Mertua PnDas kedua-duanya masih
bekerja.
Sekarang ini PnDas masih lagi dalam situasi menyesuaikan
diri dengan situasi, peranan, pengawalan emosi, etc. Kalau dulu PnDas boleh buat sesuatu
sewenang-wenangnya tetapi sekarang bila sudah bersuami, haruslah bermuafakat
dengan suami. Agak kekok tetapi inshaaAllah akan diusahakan perbaiki.
Bila dah kahwin ni mesti orang sibuk nak tanya pasal anak. PnDas dan suami tak merancang pun. Kalau
ada rezeki Allah nak bagi maka PnDas terima. ^^
Kat bawah ni ade PnDas letakkan beberapa keping photo sebagai tatapan di hari bahgia PnDas
Friday, January 22, 2016
Stay Still..
Pagi ini fikiran CikDas bak gelas jernih berwap dengan gas. Nampak clear
tetapi berwap. CikDas masih lagi dalam fikiran berkecamuk. Tiba-tiba ditegur
oleh seorang pelawat yang datang ke office ini.
“Cik,
boleh pinjam stapler?” tanya nya
“Kejap
ye, stapler tu ape?” OMG, CikDas blackout seketika. Kemudian setelah
mendapat visual di dalam benak barulah CikDas tercapai-capai mencari stapler. “Maaf Encik.
Pagi-pagi ini sel otak saya belum bersambung dengan betul. Kejap saya pasang
suis ye”.
Dan partner CikDas, Vee memerhatikan dengan wajah penuh hairan. TIdak
mempedulikan dia, CikDas menyambung menaip. Biarkan jari jemari ini menaip
sesuka hati.
CikDas risaukan tunang CikDas, Mr. Laboo. Dia nampak tertekan dan sedih.
CikDas harap dapat membantu dia. Tapi tangan dan kaki CikDas pun dah terikat dengan simpulan mati. Apa yang
termampu CikDas dah tolong, tetapi segala-segalany terhad. Kekangan dengan pelbagai. Semalam dia
sepatutnya dapat payment drp clientnya.
Dengan payment itulah diharap dapat digunakan untuk mengandalkan kos majlis
kami. Dugaan sungguh. Tapi takpe la, ada la rezeki itu nanti. CikDas tak
putus-putus doa, sambil berharap dibentangkan rezeki untuk dia. Dipermudahkan
segala urusannya. Semalam dia pegang tangan CikDas. Sangat erat genggaman itu.
Katanya,
“I’m
worry if the client unable to pay tonight. Holding ur hand is just like
charging my body’s battery”
“Sshhh..
Dun worry, dear. Inshaa Allah.” Hanya itu yang mampu CikDas katakan.
Ganbatte kudesai, Mr. Laboo. I know it’s tough. But everything will be
fine. We’ll find a way okay. Just stay strong. Hang on there..
Notification for incoming WhatsApp message…
“Tak Berjaya..
“
To be continued………………..
Wednesday, January 20, 2016
Glum Heart
CikDas kekeringan idea untuk
mengupdate di blog ni. Dah
bersawang agaknya. Lagi 2 minggu sebelum wedding CikDas. CikDas tak tahu nak
rasa gemuruh jiwa semangat membara ke apa. Banyak yang bermain di fikiran
CikDas ibarat system yang sedang nak crash disebabkan banyak application sedang
running. Oleh yang demikian seandainya kelihatan tulisan ini agak merapu tepu,
ini adalah kerana medulla oblongata CikDas sel nya masih dalam transmission ke
pencawang yang betul.
Henpon CikDas pulak di saat saat dramatic dengan keadaan CikDas kelesuan berfikir memberi pulak signal untuk kondem. Mengapa???! Sekarang item henpon yang nak kondem ni berlegar difikiran CikDas mencari solusi. Seperti, restart, reformat, baling ke dinding or beli yang baru. Isunya henpon ini bukan berkaitan dengan kegagalan membuat panggilan tetapi kehilangupayaan fungsi aplikasi untuk mengakses medan sosial. Wah, sebab tu je CikDas hangin? Suddenly sahaja saja henpon ini mempamerkan imej comatose yakni persekitaran hitam dipermukaan skrin atau nama lainnya blank screen ( sleep mode). Selalunya segala bentuk isu dan pemasalahan harian CikDas akan dirujuk dengan PakCik Google. Melaluinya sahaja lah setiap sudut pandangan, rantingan tercapai untuk CikDas klik dan pilih mencari jawapan yang sesuai dengan jiwa tekak CikDas. Cuma hari ni, CikDas dan Pakcik Google seakan tidak berada dalam garisan selari. CikDas tidak mahu terlalu bergantung kepada PakCik Google. Sebab boleh dikatakan banyak kali juga PakCik Google mencarikan jawapan yang tak relevan dengan soalan CikDas. Lebih-lebih sekarang jiwa CikDas sedang kusut kacau bila dan CikDas tak mahu mencipta jurang atau rekahan tekanan emosi yang mula membibitkan gempa di daerah paling sunyi di hati CikDas.
Kembali kepada nyata, selepas
CikDas menarik pembaca
menyelidiki secara khusus perjalanan fikiran CikDas. Tak mengapa, mungkin ada
yang kekejangan seketika. Biarkan, tarik nafas dan teruskan membaca. Masih ada
banyak lagi coretan beku tepu yang sedang dipecah-pecahkan bongkah untuk
dikeluarkan. Seperti fridge bahgian beku yang kita cuba keluarkan frost dengan
mengetuk- ngetuk, begitu juga lah demikian dengan idea CikDas sekarang ini yang
sedang membeku di dalam sana tunggu di frost kan. Kadang-kadang CikDas
terfikir, terlalu banyak yang CikDas nak keluarkan dari sana. Segala bentuk
imej, imaginasi, kata – kata, semua CikDas nak tuliskan dalam blog nanti. Seperti
kepala air terjun, namun sebongkah untuk dikeluarkan kena kuis-kuis dengan
banyak penyedal. Selalunya ada sahaja kerikil yang membuatnya tersangkut.
Mungkin terlalu banyak semut yang CikDas telan.
Jujur sekali semasa di alam remaja
dulu. Apa yang bermain
difikiran CikDas mudah sahaja diabadikan dalam bentuk tulisan untuk CikDas
tatapkan di hari muka. Kini, kemahiran dan keupayaan itu seakan diputuskan.
Tetapi mengapa? Acapkali CikDas berfikir sendiri, kenapa CikDas tak boleh
seperti dulu? Apa yang menyebabkan CikDas berubah? Adakah ini sejenis kebaikan
atau semakin menunjukkan keburukan?
Hati CikDas pun rasanya tidak
semurni dulu. CikDas rasa
CikDas semakin berubah. Tetapi CikDas tetap biarkan sepeti katak yang direbus
dalam periuk. CikDas tak mahu lompat tapi membiarkan sahaja diri dalam air yang
semakin panas itu. Membiarkan situasi walaupun sudah genting masih tak cuba
selamatkan diri. Eh, Ego kah CikDas ni?
Tuesday, December 8, 2015
Melodrama of my heart
This time I will write my entry with melodrama
mode. Actually for this couples
of weeks are not a good week for me. I’m in trouble as my housemate and her
younger sister was accusing me for stealing the purse, I mean her younger
sister’s purse. I don’t know how to
begin this story. But firstly it’s happened with the hazelnut.
Let’s say I named her as Lily. Lily is Rose’s sister (my housemate) who
always coming to our house and stay there when Rose was out for job’s travels.
She’s a student who still pursuing for her Master. Instead of Rose & me, we
have another housemate who named, Daisy. Daisy is a quiet person. She always spends
most of her time in her room. I don't have a problem with that.
One day Lily, informed that her
hazelnut (the left over from her previous baking) was gone missing. I said I didn’t take it plus as far as I
remember even-though I also love baking or cooking I don’t take people’s
belonging unless if I ask for permission. Plus, this incident was happened
about 3 months ago, of course not many people can have this sharp of memory.
Perhaps possibly maybe I’ve accidentally move the hazelnut to other container,
but that part I don’t admit because like I’ve said it’s perhaps possibly or maybe.
If I’m certainly remembered I’ve transfer the so called “beloved” hazelnut to
other container which mixed up with other nuts or dry food, I’ll definitely
apologize and buy a new one for her. But in this case, I’m also not sure
because I feel that I don’t. A few days later, I came to know that she lost her
purse inside the house. She claimed that impossible the purse went missing as
she didn’t go out from a house. I asked her to be sure whether she might be
misplaced. But she confirmed that she put the purse as at the usual place which
is on the table in the LIVING ROOM.
My first thought is only an idiot
will leave an important thing unattended or a phrase in a Malay, “biarkan
bersepah and bila dah hilang menyusahkan orang”. At first place you should know, even in your own house without anybody
there you cannot simply leave your things in a place where people can take it
easily especially a thing like a purse / wallet. I thought this issue will
settled however it’s getting worst because she referring to someone who is a
shaman (bomoh of her hometown). The “so called a great shaman” who can predict
this supernatural thingy. And guess what she said,”Really awesome”. The culprit
is inside the house, and indirectly pointed to me. Together with the Hazelnut
incident & missing purse, I was being accused for stealing. Hello??! &
Excuse me!! I’m also DO NOT KNOW how your purse look like, in the end I’m the
one who’s be the culprit? Why the reason not accused the other housemate –
Daisy?, because she’s not taking it as she always being quiet. Ok, fair enough.
She’s quiet and I’m also not doubting her. This is because none of us are
the thief. Do you know why? All this while, before Lily came to our house, none
of these stupid things happened. We left our important things in our own room,
like purse, handbag with door open because of what? We trust each other. This
is because the people’s who staying in this house are not a BAD PERSON
including me, Daisy and Rose.
Last time Rose, her sister entrusted
me to keep the house owner’s money. She said she can’t trust
herself but she knows I can keep the money. Do you have any idea how much is
it? RM1000!!. Inside the purse she claimed got RM300 or RM200. See the different??!
RM1000 vs RM200.The RM1000 was safe with me for more than a month? Do you think
a regular thief behavior will not touch the money? Plus, I just withdrawn my
cash from ASB almost RM1500, what’s on earth I want to take the money inside
the purse??? Please la, next time if want to accused people, come out with
solid or proof evident, like CCTV, photo snap, video etc. Do not just come with this supernatural
thingy. It’s not healthy. You pray and ask with Allah. Don’t accused people like
this. It’s really hurtful.
And now making it worst, Rose
together joined the battle with her sister and attacked me with harsh word in
her FB. Saying this and that,
all are very extreme and insulting words. Do you know how it’s upset my feeling?
Let me tell you something, if I’m a thief:
1)
This “thief” wouldn’t cook for extra home cook for the
rest of the housemates even though the housemates don’t do the same. If I’m a thief
why should I care about you??
2)
This “thief” wouldn’t allow you to use for almost of her
belongings in the house. The oven that Lily use to bake her hazelnut brownies
& cake are belong to this “thief”.
3)
The water filter that you’ve drank are belong to this “thief”.
4)
This “thief” wouldn’t throw your rubbish together with her
own rubbish if they forgot to throw. The “thief” should be selfish right? Why
she want to be kind?
5)
The dining table that most being put with your things /
foods / 3 in 1 are belong to this “thief”. Even this "thief" couldn't put her own things.
6)
This “thief” wouldn’t slow down the water flow inside her
bathroom while taking shower if the other’s housemate is also using the other bathroom, considering that the low water pressure.Again, a thief should be self-centered. Do you know that? Of course, you don't.
7) This "thief" will use your food supply in the fridge since that you already used up all the space in the freezer to the extend this "thief" can't put her own stuff. But still your foods remains untouched. Do you know that? Of course, you don't.
So, currently don’t
be mad if:
- I pretend not to see you in the house. Because seeing and to forgive is really hard for now.
- I show my emotionless face. Because I don’t want to hate you.
- I don’t reply your insulting words in FB not because I’m feel guilty or scared, but I feels it’s pointless to explain for the people who’s got the blind heart. If you want to win, you take it. If you want the throphy, you have it.
- I want to move my life with the people who really know who I am. If you failed to feel my trueself all this while, it’s such a lost for you. Sorry, nobody can help it.
Subscribe to:
Posts (Atom)