Thursday, September 22, 2016

Aloha Mommy To Be

Hoho, macam dah lama gila PnDas tak update kat sini. Busy mengalahkan PM. Ekcelli PnDas sekarang sedang preggie 7 bln, with due on Dec 2016. But PnDas foresee macam terberanak awal aje rasanya. Takpe la, mana mana je lah. Asalkan baby PnDas sihat walafiat.

Topik yang PnDas cuba utarakan pada kali ini ialah berkisarkan ikut sedap PnDas nak taip. Sebenarnya PnDas takda la idea bernas sangat untuk dibicarakan. Nak berkongsi pasal tips kehamilan pun macam rasa belum otai lagi. Iyalah kan, baru first baby. Apa la sangat petua petua yang PnDas boleh kongsikan. Cuma kat sini PnDas boleh menceritakan alahan yang PnDas alami. PnDas kena kegatalan. Dari satu perut hingga ke dada. Nampak buruk jugalah dah macam corak abstrak pelukis Wassily Kandinsky. PnDas highlight kat Mr Laboo pasal kekurangan PnDas ni.Sedih la juga , sape tak sedih kan perut dah macam peta dunia? Tapi dengan best nya Mr Laboo memberi kata-kata perangsang.

It’s ok, sayang. You still look pretty no matter how. I love everything about you”. 
Fuh, cair juga la dengan ayat-ayat camtu.

By da way, baby yang PnDas kandung ni adalah baby girl. PnDas ni jenis tak menyabar nak tau jantina. Sebab bila dah tau, senang la bagi PnDas nak specifikasikan persediaan new born tu nanti. Untuk itu, PnDas signed up 3D 4D Scan  Malaysia under Dr Jezzlyn. Website nye kat sini:


                PnDas ambil pakej RM120 untuk 3D/ 4D Scan. Banyak good review yang PnDas baca mengenai Dr Jezzlyn and dia pun sweet funny orangnya. Dapat jugalah tengok baby PnDas dalam ultrasound tu. Another thing kalau booking dengan Dr Jezzlyn online melalui laman web tadi, harganya jauh berbeza berbanding walk in which is RM190 ( Umra Medical Centre Seksyen 13). Fuh, mahal tol. Memandangkan PnDas tinggal kat Shah Alam dan PnDas ingin mendapatkan khidmat Dr Jezzlyn, beliau cuma bertugas pada hari Ahad sahaja kerana hari lain beliau kat area lain. Jadi sila lah baca dulu term and condition before agree to set an appointment.

Persiapan menyambut kelahiran baby.

                Honestly, PnDas belum prepare bersungguh-sungguh lagi barang – barang baby. Banyak buat survey dulu. Antara laman web yang PnDas tengah usya ialah:


                Semua yang PnDas tengah survey ni ada harganya agak berbaloi dan ada harga macam mahal juga. Depends on budget la. Ada a few of kawan kawan PnDas yang bakal mendapat baby juga, jadi apa yang mereka post di FB barang barang yang patut dibeli, PnDas jadikan sebagai reference. ^_^


                Rasa macam agak skema juga gaya penulisan PnDas lately ni. Kalau first first dulu masa aktif mengarang blog, ayat agak la sempoi dan penuh gila-gila.  Ke mana perginya bisa PnDas ye? Hahahaha