Monday, September 29, 2014

Lalok pagi Jumaat ♥(ˆ⌣ˆԅ)

write name on picture

Selamat Hari Jumaat kepada viewer Cik Das. Tenkiu sebab memollow or terbaca or terjebak ke blog ni. Takde pape spesel pun dekat sini.  Semuanya adalah teknik taipan merapu, merepek, membokbok ( kate orghe Kelate ), etc yang dikarang oleh Cik Das bila angin nak mengarang datang.  Semua topic kalo korang baca pun, takde la gah mane. Sekadar berkongsi feeling, perasaan, pendapat personal Cik Das untuk tatapan korang yang tengah takde kerja. Betulla kan? Kalo ade kerja, takkan korang rajin nak membaca karutan Cik Das ni kan? Hahaha, I’ve got u!!


Ok ok, sorry. Jangan la sentap dengan tulisan Cik Das. Berbalik dengan topic hari ni. Apa yang Cik Das nak mengarang kat sini. Cik Das kering idea plak. Bagi Cik Das pikir jap ah. Ok, ade sikit kisah Cik Das dengan Dato’ K. ( Teng teng teng ). Dato’ K mane plak ni? Suami Dato’ Siti ke? Oh no.. No… No.. Nehi hai.. Bukan dia sorang je Dato’ yang berhuruf K kat Malaysia ni. Tuh Dato’ Khalid pun Dato’ K jugak,  Dato’ Khoo pun Dato’ K, Dato’ Kanniapan pun Dato’ K jugak.. So, banyak Dato’ K kat Malaysia. Cuma Cik Das punye Dato’ K ni adalah Dato’ Kelabu. Bukan manusia pun. Kete bapak Cik Das, Cik Das namakan Dato’ K sebab kaler Kelabu. Model plak jenis Perdana. Kan dulu-dulu Perdana ni kenderaan rasmi orang kenamaan and  Dato’ – Dato’. Jadi sebab tu Cik Das panggil Dato’ K. So, jangan salah paham kat sini.. Keh keh keh..

Sambung balik cerita Cik Das dengan Dato’ K. Abah Cik Das pass Dato’ K dia pada Cik Das sempena Whitey kena renew roadtax. Whitey ni Persona Puteh Cik Das. Jadi wat sementara, Cik Das kena look after Dato’ K. Abah dah pesan macam-macam amanat kat Cik Das. Haissshh.. So kenala Cik Das berhemah ketika membawa Dato’ K ni. Pagi tadi Cik Das dah lambat pergi kerja. Pukul 8.15am Cik Das masih lagi berlengah-lengah kat rumah. Padahal masuk ofis pukul 8.30am. Nasib baik tempat kerja lebih kurang 3km camtu daripada rumah. Cuma nak kena menunggu traffic light, tu yang kena jadi lambat. Having said that, Cik Das ni dah la lambat, plak tu cara memandu macam lagi sejam nak masuk ofis. Awat, otak Cik Das blurr ari ni?? Lepas tu boleh bagi jalan kat orang.  Kesimpulan, Cik Das lalok pada hari tersebut.. Penat je cerita,  ini point sebenarnya..

P/s: Disebabkan busy sangat hari Jumaat nan lepas, Cik Das tak sempat nak publish post. Only Monday baru sempat.. Hehehehe


Ke mana hilangnya kaki ayam itu? (☉_☉)

Flushed Face Emoji 1f633Hari ni Cik Das nak share cerita semalam di mana, Cik Das rasa lapar yang amat. Oh yea, semalam jugak adalah birthday Laboo Cik Das yang ke teeettt.. Takpe, tolak tepi cerita pasal Laboo sebab topic  paling penting, misteri kehilangan kaki ayam goreng. Cik Das goreng 4 ketul ayam termasuk satu ketul yang dipotong dua kaki ayam hujung dan jari kaki ayam. Al kisah, semasa ayam-ayam tu masih lagi di dalam kuali, Cik Das keruangan depan untuk menonton tv. Biasala, sambil tunggu ayam goreng menjadi garing Cik Das akan layan TV barang seminit dua. Tiba-tiba masa tengah syok tu terdengar bunyi letupan minyak di dapur. Cik Das cam biase la, wat biasa je. Minyak meletup sebab goreng ayam, biasa lah kan? Bila dah rasa macam cukup garing masa menunggu tu, Cik Das terus ke dapur.Face Screaming In Fear Emoji 1f631
 
Yang magic nya 4 ketul ayam tu, dah tinggal 3 ketul . Bahagian kaki dah hilang satu. Puas Cik Das cari serata ceruk dapur kut-kut terpelanting, tetapi NOTHING. (-_-)ゞ゛

Wah, ini sudah magik. Cik Das terfikir, ada “sesuatu” kah yang mengambilnya?? °)

Teori mistik  itu Cik Das tolak ke tepi dahulu sebab dah lapar sangat. Nasi pun dah masak, lalu Cik Das ngap. Hari ini Cik Das berkesempatan berkongsi cerita dengan seorang driver Dato’ ( boss director company Cik Das). Katanya, kalau kaki ayam hilang, benda yang suka mengambil adalah ‘toyol’. Menurut kata orang tua-tuan. Eh, betul kah?? Masih menjadi misteri hingga ke hari ini. Balik kerja karang Cik Das sambung balik investigation tu.  Face With Open Mouth And Cold Sweat Emoji 1f630


Tuesday, September 23, 2014

(°◡°♡) Wah, my my my ….



Cik Das terpanggil untuk menaip sesuatu yang tak tahu hujung pangkal. Ini kerana dalam masa yang sama, komputer Cik Das yang kat office ni selalu saje sangkut, lembap, memory hang etc bla bla.  Sedikit stress maka alternatifnya Cik Das mengalih tumpuan Cik Das untuk menaip sesuatu di sini. Opps, boss Cik Das baru sahaja sampai . Kena la buat muka pura-pura busy. Hairan betul lah kan. Cik Das cuba menaip tanpa melihat pada skrin, tpi sama aje  kalau Cik Das pejam mata. Bukan Cik Das hapal pun tempat menaip tu tapi macam pelik je Cik Das dapat cari tempat tekan.
Hahaha  lampu idea Cik Das dah mula menyala   (◡≦) 

Cik Das akan menaip dengan menutup mata.  (••)
Dan korang boleh baca berapa banyak kesalahan Cik Das ketika menaip semasa menutup mata.. Bersedia??  Kita mulakan.. (づ ̄ ³)

Pada suatu hari yang penuh dengan kehidupan yang selsa. Cik Das terpanggil untuk menaoi[ tentang kehidupan Cim Das yang sangar2 la boring. Cik Das rasa semua orang sangat baik.”

See see see, banyak tak kesalahan ejaan Cik Das semasa menutup mata tu?? (˘⌣˘)


Thursday, September 18, 2014

ツ Awkward moment.. (=_=!!)


Semalam Cik Das busy kerja, 2 orang manager Cik Das Mr. G.Lok ( nama samaran ) and Mr. S.Tan ( bukan maksud Setan ye.) minta Cik Das do some favor. Mr. GLok ni request Cik Das buat property research for a few of our competitor. Ok no issue pasal tu, memang Cik Das suka pun browsing tenet or Pakcik  Google untuk wat research analysis nih. Tup-tup at the meantime datang pulak manager sorang lagi Mr S.Tan ni request Cik Das wat power point. Dah season pun Mr STan ni thus, dats why kemahiran computerize Mr STan ni kurengg.. Jadi sebagai seorang staff yang dedikasi, berkomitmen penuh maka buat juga la multitasking. Sambil Mr. STan duduk sebelah Cik Das sambil kunyah pisang goreng. Ade gak lak dia pelawa Cik Das. Cik Das amik la seketul wat cukup syarat. Masa tengah shiokkkk menaip kat Power Point, Cik Das rasa ada orang tengah usap peha Cik Das yang masa tu pakai baju kurung. Ikut habit pendekar Cik Das ni boleh terpelanting orang tu kena tendang. Sensitip woo sentuh-sentuh peha ni. Bukan sebarangan orang bukan muhrim boleh sentuh.


Kussss semangat, rupa-rupanya Mr. STan tengah duk kuis-kuis dengan pen dia sisa pisang goreng yang terlanding kat kain baju kurung Cik Das. Hahadooii.. Nak kata gigi takde pagar, tengok bersusun cantik plak gigi tu takde lubang. Habes camno terpelanting? Nak Cik Das sound setepek kesian plak tengok muke orang tua tu dah mula serba salah..


Oppss, sorry. Terjatuh..”

Haisshh, sabor jer la.. Sambil-sambil Cik Das pandang kat kain Cik Das.  (_#)

Wednesday, September 17, 2014

XPDC Pecah Lemak


Pada suatu hari Abang Kawasan ( bukan nama sebenar ) telah meroger Cik Das. Lebih kurang gini ler dialog kitorang. Maaf la, Cik Das tak hapal skrip masa tu.
A.K : CikDas, coti Malaysia ko watpe?
C.D: Takde watpe pong. Nape Abg Kawasan?
A.K: Jom pegi Bkt Celaka nak? (nama asal Bkt Cerakah)
C.D: Ape menarik pegi ke sana?
A.K: Kite pecahkan lemak je la
C.D:  Sape lagi yang pegi?
A.K:  Kite berdua je la. CikDas takde nak kuar dating ke ape ke?
C.D: Petang je la kot. Roger ke?
A.K: Roger

Tiba hari yang dijanjikan, maka terpacul la wajah ayu CikDas bertemu Abang Kawasan. Lupa nak bagitau Abang Kawasan tu sebenarnya adalah seorang gadis sunti berfizikal comel. History kenapa dipanggil Abang Kawasan rasanya dah bagitau pada entry sebelum tapi tak pe, Cik Das paham korang memang tak rajin nak scroll entry sebelum ni kan?! Hahaha Cik Das sangat memahami korang. Dulu Abang Kawasan ni brutal, pompuan tapi macam perangai sedikit kejantanan. Akan tetapi bukan tomboy atau pengkid atau sewaktu dengannya. Dia ni normal. Dulu rambut beliau panjang rebonding lurus + Cap, having said that korang intrepretasi la sendiri Abang Kawasan ni jenis apa. Namun, setelah tahun bertukar dan umur pun kian meningkat, maka dikatakan Abang Kawasan ini telah menerima hidayah untuk berhijrah menjadi gadis ayu berhijab. Alhamdulillah.. So gitu la kesahnye.. Oh ya, promote sikit. Abang Kawasan ni masih lagi single serta available. (^_<!)Y

Bila dah sampai sana, punya la ramai orang. Baru teringat, rupa-rupa cuti sekolah + public holiday. No wonder lah tempat itu sesak. Skip part tercengang dek kerana ramai orang, now enter chapter lepas beli tiket. AK ( shortform je la ye) tanya Cik Das, nak menapak ke naik bas?. Dia asik rekomen suruh pergi ke Taman Kaktus. Cantik katanya, lawa snap poto. Terpengaruh dengan dakyah itu, maka dengan inesennya CIk Das pollow. So kitorang naik bas sampai ke SkyTrack . Kata Encik Drebar Bas, sampai situ je perhentiannya, selebihnye kena naik bas no. 2 ( maksudnya menapak la ). Ada gak 1km. Dipertengahan jalan hujan mulai turun dari rintik ke separa lebat. Sungguhpun Cik Das dan AK berdiri di tepi jalan still kena hujan jugak. (T_T!)Y .Apakah yang kamu sedang karutkan ini Cik Das?? Seperti biasa Cik Das bersikap menyalahkan orang dalam segala hal. Hahaha teruk betul sikap Cik Das nih.. Antara lontaran peluru puake dari bibir mungil Cik Das pada AK. Sib bek AK ni memang dah masak rentung dengan pe’el molek Cik Das nih.

“Idea bernas sapa ajak berjalan kat Cerakah pastu hujan..”
“Sebelum datang sini ada AK check weather forecast??..”
“Ni kalo esok Cik Das demam + MC, AK bertanggungjawab ye..”

Itu lah antara potpet potpet Cik Das. Dan AK hanya menjawab.. “A.A K “ ( Ada aku kesah?!) 

Ini adalah sedikit snapshot Cik Das dengan AK. Chillex..





12 Sept 2014 Walimatul urus Angah


Hola semua ^_^! Rasa macam dah lama tak menaipkan diri dengan blog aku ni. Weh seminit, macam dah lupa kata ganti diri.. Kejap I, kejap aku, kejap saya.. Macam tak tetap pendirian sahaja, ibarat lalang lalang meliuk ditiup angin nan sepoi-sepoi bahasa.. Fuh, sekali Cik Das bersastera, gulung tikar semua novelis kat Malaysia ni. Takleh cari makan.. Ok, enough masuk lift tekan ke penthouse.. Bawak-bawak la ke bomi jugak ye.. 

Now seperti yang dinantikan, apakah hot story Cik Das yang dah lama menyepi ini.. Ok get ready, sila bunyikan gendang canang.. ~~~! Tagline nya.. “Kawennnnn…!!” Gempak kan?! Harap Maaf, bukan Cik Das yang kawen, tapi beliau adalah dinda Ngah Cik Das.. Gempak je kan, tapi orang lain pulak yang kawen. Ingatkan Cik Das.. Takpe takpe, Cik Das masih utuh lagi bergelar single..  Dan masih gagah lagi berdabik dada à “I am single but NA” .. Tahniah Angah di atas pertukaran status kamu menjadi pemimpin rumahtangga.. Clap clap clap.. Kaklong mu ini dengan tulus ikhlas mendoakan kebahagiaanmu sehingga jannah.. Doa-doakan jua semoga kaklong mu ini pun berakhir dengan happy ending jua.. ^_^ 

Kejap lagi Cik Das akan upload wajah menantu pertama Puan Z dengan Encik Sam. Glamor betol nama bonda dan ayahanda Cik Das ni. Well, say something we dunno.. Kitorang memang kelas glam.. Kih Kih kih.. Ok Ok, jangan kalian annoying pulak, ini adalah gurauan biawak komodo Cik Das yang semenjak dari dulu memang sudah luput tarikh pembaharuan insurans. Setiap kali Cik Das nak renew insurans ni ada sahaja halangan, rintangan, cubaan dan akhirnya Cik Das pasrah. Terimalah diriku seadanya + pakej mulut puake  ni..  ^_^