Friday, August 21, 2015

My Inner Thought

Sekarang sudah nak masuk penghujung August. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah nak masuk hujung tahun. Tadi selak FB ternampak Ex besties Cikdas sedang dukung anak dia. Comel betul anak dia. Bila mengenang balik time masa kami close dulu. Pedih gak la hati. Kena tuduh macam-macam. Maybe silap CikDas juga dulu sebab terlalu akrab sangat dengan keluarga dia. Sampai CikDas disalahertikan oleh mak dia. Sampai mak dia boleh terfikir CikDas ada affair dengan bapak dia sendiri. Nauzubillah, mengenang balik hal itu, lebih baik kami membawa haluan masing-masing. Apa-apa pun jasa family dia dulu pada CikDas, memang CikDas tak pernah lupa. Cuma sampai situ sahaja la. Biarla dia dan mak dia nak fikir macam-macam. Yang penting CikDas tau siapa diri CikDas. Selebihnya biar Allah yang tentukan.  Syahdu pula topic hari ni ye.


CikDas rasa nak meluahkan rasa terpendam di sini. Ye la kan, luahkan pada manusia kang kecik hati, gaduh, sentap, tak mau kawan lagi. Letih pulak kalau hidup selalu berkonflik dengan orang untuk issue –issue yang remeh. Tapi kalau tak diluahkan, makin membarah pula di dalam hati. Pun tak bagus juga, boleh membibitkan rasa dendam. Salah satu cara ialah meluahkan melalui penulisan. Issue kali ni memang kecik pun, korang baca pun rasa.. “ Hek eleh dia ni, pape pun slow talk la. Bincang leklok”. Yes, I get your point, benda boleh bawa berbincang. Tapi CikDas tak rasa nak bincang mende-mende kecil tu kat dorang. Sebab ia boleh menjejaskan hati, tanggapan dan kekeruhan.Nampak senang nak cakap tapi susah juga sebenarnya walaupun dah guna ayat yang kita rasa cukup lembut, tapi hati orang boleh teka kah??  Jalan terbaik, CikDas taip kat sini. Lepaskan kat sini, and I will be ok. Kisahnya begini, budak hosmet CikDas suka beli stok makanan banyak-banyak simpan dalam peti sejuk ( bahgian frozen) sampai orang lain tak boleh nak simpan barang. Pastu tak tau bila nak masak. Setiap hari CikDas buka peti sejuk, space tak juga berkurangan. Kat situ je tak berubah. Benda-benda macam ni, kalau disuarakan memang tak best. Boleh mencetuskan ketegangan. So, have some courtesy la. Janganla perap barang tu lama-lama sampai orang lain nak guna ruang pun tak dapat. Malas nak bising-bising, CikDas beli stok untuk masak sekali je. Nak simpan stok memang tak payahla buat masa sekarang.  Fuh, lega dapat keluarkan rasa tak puas hati tu.