Semalam birthday PnDas (21st Apr 2016),
tapi dah ade schedule pergi Klinik Kesihatan Seksyen 7. Sebab nak buat medical
checkup. Kena buka buku kaler pink. Memula sibuk la PnDas bertanyakan pakcik
Google, mende apa la yang nak dibawa untuk buka buku kaler pink tu. Takdela kebatakan terserlah semasa di sana. Sampai
skodeng blog orang. Ye la, dah pakcik Google suka sangat mengorek rahsia kat
blog orang, dengan PnDas sekali terjebak dengan acara macam tu. Hahaha. Tapi
bila sudah pening membaca. Terus PnDas fedup. Zaman sekarang ni orang suka
sangat tanya Pcik Google. Semua pakcik Google sampai kadang-kadang terlupa,
pergi terus direct tanya kan senang. So, last bantuan pcik Google PnDas minta
tanya no telefon Klinik Kesihatan Seksyen 7. Mujurla ada, terus PnDas dial dan
bertanya. Kan senang senang je jawapannya…
1) Bawa IC sendiri ( bawa ke sana tapi
tak guna pun)
2) Bawa salinan IC suami ( tade plak dorang minta)
3) Untk anak pertama bawa surat nikah (
pun tak minta )
4) 2D Scan ( yang ni je dorang amik and
stapler kat buku pink tu)
Pengalaman setiap orang bila buka buku pink ni beza-beza.
So, bila PnDas cakap dorang tak minta IC PnDas and suami or surat nikah, jangan
lah semua pikir takyah bawa. Bawa tau, sebab situasi kadang-kadang tak sama.
So, daripada buat keje 2X, bawa aje la.
Lepas tu, masa datang semalam sebelum 7.30am PnDas dah terpacak
kat situ. Rupa-rupanya dah ramai orang queue. Memang lah Klinik
start pukul 8.00am tapi kaunter dah start buka 7.30am. Macam mana PnDas tahu?
Tanya lah direct, jangan banyak refer pakcik Google. Dia bukan nurse or doctor
kat Klinik Kesihatan tu. So, PnDas dapat no yang agak awal juga la.
Memandangkan PnDas takde temujanji, and ini experience pertama plak tu, skema
le nunggu tak tanya kat kaunter sampai 2 jam melanguk. Pukul 9.30am nombor
PnDas tak sebut sebut lagi. Pastu, terus PnDas pegi kaunter. Tanya elok-elok
dengan nurse tu.
Me: Nurse, tumpang tanya. Saya dah datang kat sini since
pukul 7.30am lagi. Sekarang dah 9.30am, nombor saya tak dipanggil. Boleh saya
tau kenapa? ( Huh skema tanya)
Nurse pandang.
Nurse: Takde temujanji kan? Kalau takde temujanji memang
lambat sikit sebab kita utamakan yang ada temujanji. Kena tunggu sampai 2,3 jam
dulu.
Me: Iye saya faham. Tapi saya dah datang daripada 7.30am
sebaik kaunter dah dibuka. Kira dah tunggu 2 jam juga la. Orang yang datang
kemudian dah masuk dah. Nombor saya masih belum dipanggil. Macam mana saya nak
ada temujanji kalau ini first time nak buat buku?
Nurse: Puan letak nombor tu kat mana?
Me: Dalam bakul “ Tanpa Temujanji”.
Then barulah nurse tu ambil nombor PnDas. Sebenarnya
moral kat sini, jangan malu nak bertanya. Bertanya aja lah kalau itu boleh
mempercepatkan urusan kita. Bila bertanya tu kita tanyala elok-elok. Bukan
dengan nak marah-marah. Memang orang ramai, sebab service free. Kita pun
sendiri amik khidmat Klinik Kesihatan sebab free. So? Nak kata apa? Sabar tu
bawa lebih. Kalau boleh bawak spare sabar tu banyak-banyak. Kadang-kadang nurse
pun boleh terlepas pandang sebab orang ramai tak putus putus. Jadi bila kita
dah spoilt mood nurse pagi-pagi dengan buat dia stress, imagine orang yang
belakang kita dapat tempias moody. Tak baik kan?? Akan datang ntah ntah kita
pula yang dapat tempias moody sebab orang depan kita dah spoilt mood dia. So
benda akan berpusing balik kena kat kita.
Berbalik kepada hal tadi, kemudian nombor PnDas dipanggil untuk ditimbang berat badan. Then,
beratur lagi ambil darah. Tips lagi satu untuk Allah mudahkan laluan kita ialah
dengan berbelas kasihan pada orang yang lebih berat tanggungan daripada kita.
Contoh, kerusi disediakan untuk ibu mengandung. 1st PnDas dapatlah
duduk, penat juga berdiri lama-lama dengan mual loya. Later on ada preggie lady
perut nya dah agak memboyot terpaksa berdiri. Macam PnDas cepat kesian. So,
PnDas offerkan seat PnDas untuk dia. Mula-mula dia taknak. Segan agaknya tapi
PnDas insist. So, dia duduk. Tak lama lepas tu, nombor PnDas kena panggil dah.
Padahal depan PnDas ada lagi orang tengah tunggu.
Alhamdulillah.
Lepas ambil darah, kena
submit sample tu ke makmal, dia bagi cup untuk urin. Memang PnDas
dah tak tahan nak buang air. Ngam-ngam time ibarat mengantuk disorong bantal.
Lepas setel letak sample urin & darah dekat makmal, kena tunggu lagi.
Betulkan? Sabar kena bawa lebih. Tak lama tunggu, nombor PnDas kena panggil
lagi. Masuk dalam jumpa nurse. Alhamdulillah dapat nurse yang agak friendly
siap wish birthday lagi kat PnDas. Dia update kat buku pink tu and explain
sikit sebanyak. Buat breast checkup and macam-macam lagi la. By 11.00am urusan
PnDas kat Klinik Kesihatan pun selesai.
But last last sekali, sabar
PnDas dah kehabisan reload apabila Mr Laboo datang lambat ambil PnDas.
Hahahah kesian beliau kena menerima
amarah PnDas. Sape suruh lambat?? Love him more… ^_^
No comments:
Post a Comment