Tuesday, July 28, 2015

Raya oh Raya




Hola hola.. Maaf la, CikDas baru sahaja kembali ke arena kerja selepas bercuti raya selama seminggu lebih. Best betul bercuti sampai boleh lupa nama kawan-kawan ofis. Terrible kan? Raya tahun ni agak biasa biasa sahaja. Arwah nenek baru meninggal. Maksu dan keluarga tak dapat balik beraya kerana suaminya tak sihat. Kesudahannya raya koboi la CikDas dan keluarga. 1st  day raya dekat Kelantan, 2nd day raya dekat Pokok Sena, Kedah. 3rd day raya dekat Kg Gajah Perak. Macam pergi outstation. Tapi itulah family kami. Takde nya nak balik kampong lelama. Dengan abah CikDas buang tebiat nak balik kampong dengan superbike dia.  Adoiii, pening pening.. Tapi alhamdulillah selamat pergi dan balik. ^_^

My mom masih lagi stay di rumah Angah & isteri menemani cucunya di Kg Melayu Subang. Happy CikDas dapat bermain dengan anak buah. Lebih-lebih lagi dia senang tidur bila CikDas dodoikan. Oh oh oh, siapa pula yang jadi emak ni ya? Raf  ialah ( name manje CikDas bagi)  nama anak buah CikDas. Raf ni comel bebetul tapi agak moody. Kalau hari ni mood seindah suria besok nya mood dia ribut petir kilat sabung menyabung sampai kan nenek, abi dan ibu memujuk pun tak makan dek saman. Raf ni untung sebab menjadi cucu sulung dua-dua belah ibu and abi nya. Jadi memang semua perhatian bagi kat dia la. Agaknya itu pasal ngada-ngada sikit. Tapi takpe la, ngada-ngada pun auntyLong tetap sayang kat Raf.. Hehehehe



Pasal Mr. Laboo? Apa yang CikDas nak update tentang beliau? Dia semakin “berkembang”  menjadi lebih besar sedikit daripada biasa. Seminggu lebih tak jumpa dia makin gebu pulak muka & badan dia. Katanya dia senang hati. Amboiii, manis aje jawapan. Yang ini pun satu lagi “X-Files” yang tak boleh solve. Rasanya CikDas kena letak jawatan sebagai Menteri Bebelan dan Leteran. Lantak la nak membesar ke mengembang ke.. Still I love him the way he is.. ^_^


Monday, July 27, 2015

Puasa oh puasa

Oh, today is 1st July 2015. Rumors kata minyak naik lagi RM0.10. Tak tau lah sebab belum pergi isi minyak lagi. Malas nak komen pasal minyak turun naik ni. Ibarat anjing menyalak bukit. Suara sakit, bukit pun tak runtuh. Lain la kalau CikDas menulis kat sini ada pak menteri terbaca and terharu terus nak turunkan harga minyak which memang unbelievable la akan berlaku. Ahaks.. Skip la topic sebab CikDas bukan pakar.

Apakah yang CikDas lakukan sepanjang bulan puasa? Macam biasa-biasa je aktiviti. Pergi kerja, pergi bazaar, balik rumah, makan, solat, mandi, tido dan besoknya buat menda yang sama. Membaca pasal life CikDas pun dah boring gila kan? Then apa solution untuk CikDas bagi situasi ini? Seriously memang dull life macam ni. Stok kawan-kawan baik rasanya dah tak banyak. Sebab CikDas pun mula mengurangkan aktiviti social. Kawan-kawan yang CikDas ada sekarang Cuma yang betul-betul close dan mempunyai persamaan linear tentang life experience. It’s very sad to have once so called BFF tapi once berlaku konflik yang tak dapat dielakkan, that BFF relationship putus macam tu like nothing. Bila difikir-fikirkan sakitnye tuh bagaikan putus cinta dengan boyfriend. Sahabat yang bersama time susah senang, gelak sedih, then after that, becoming a totally stranger. But still orang cakap this is life. End up you have to be a lone ranger. Takde la lone mana pun, but currently still CikDas bersyukur masih ada sahabat yang berkualiti walaupun berlainan agama but memahami diri masing-masing. That’s so RARE.. ^_^


p/s: Draft ni CikDas dah siapkan awal-awal tapi tak berkesempatan untuk upload.