Friday, February 21, 2020

Pitbull Story

Cerpen Bunda : Berkarya hanya bila jiwa kacau

Sebuah kisah kerajaan di mana segalanya diperintah oleh anjing. Daripada raja sehinggala pak menteri, dayang dayang pewara, biduanda, hamba rakyat jelata semuanya anjing. Macam macam jenis, tapi yang memerintah tu sejenis PitBull. Raja Pitbull ( a.k.a anjing baka ni la ) sangat lah garang. Meleleh air liur kalo tak kena gaya. Sekali menyiat sampai ke tulang tak ada sisa. Menteri pasola anjing semua tak berani nak lawan tokey dengan Raja Pitbull ni. Raja Pitbul punye ratu hati dia ialah Queen Pomeranian ( sejenis baka anjing lawa nak mampus). Kisah percintaan Raja Pitbull dengan Queen Pomeranian ala lebih kurang macam citer Princess Disney juga la. Cuma beza nyan Queen Pomeranian ni jadi rebutan antara Pitbull, German Sherpard, Husky, Great Dane. Huh, pergaduhan rebutan yang menumpahkan darah pahlawan ( ceh, exaggerate  sungguh ). Akhirnya Raja Pitbul yang menjadi juara sekaligus menambat hati Queen Pomeranian. Tamat flashback story.

Terkini Raja Pitbul merasakan bahawasanya sudah tiba masa untuk dia pergi mencari diri. Iyelah kan bila dah berada di puncak kejayaan  ni walaupun rasa macam serba serbi ada. Harta melimpah, queen lawa, negeri makmur rakyat mewah tapi jauh di sudut hati Raja Pitbul macam ada something missing inside his heart. Sugul baginda dua tiga hari ni sampai sup tulang favourite pong tak abis nak makan. Queen Pomeranian juga berasa hairan. Apa yang mengganggu fikiran hubby tercinta. Eh, takkan pasal dorang masih belum ada cahaya mata untuk mewarisi tahta. Queen Pomeranian masih belum bunting walaupun dah bertahun-tahun anniversary.

Semasa berdua lebih baik, slowly Queen Pomeranian berbisik di telinga hubby nya..

“Babe, I tengok u unhappy je 2, 3 hari ni. Why babe? I sudah gemok ke? “

Raja Pitbull pandang wifey nya atas bawah.. Berkerut seketika : “Beta tengah sugul dia bleh buat lawak plak. Nasib baik lawa, lawak tu boleh terima”

“No honey. I’m ok je”

“Babe, don’t lie to me. I tengok ekor u gerak gerak camtu pong dah tau u punye hati takde senang. Now tell me my king.”

“I feel …. “ Raja Pitbull diam.. masih berfikir fikir patut ke tak patut cakap.

Queen Pomeranian rasa gundah. Karang dia minta nak mengawan dengan breed lain, sedih queen. Tau la takde anak lagi. Tapi takkan sebab itu nak ngawan lain. Oh, minta minta la jangan nak request yang itu.
“Babe… cakaplah. I sudi dengar.. “ dup dap dup dap berdenyut jantung Queen Pomeranian.

“Honey, I rasa I nak gi mengem….."

“wan…. “ Queen tunggu je perkataan “..wan” di belakang tu muncul.

“Mengem…..bara” sambung Raja Pitbul..

“Fuuhh, mengembara.. Nasib baik bukan mengawan..” Queen sedikit lega tapi terkejut juga.

“Mengembara…? Jeng jeng jeng. Ke mana?... Jeng  jeng jeng… Kenapa?.... Jeng jeng jeng” Tanya Queen Pomeranian impatiently.

“Honey, I feel u, I feel glory, I feel everything. But deep inside I feel empty, I feel nothing.. That’s why, I nak mengembara. Mencari jatidiri Pitbull yang hilang.” Raja Pitbul menjawab dengan emosi. Tisu juga baginda dalam diam. Ingatkan garang memanjang.

“Babe, u nak mengembara dengan siapa? Sekor sekor ke? I bimbang kan u sekor sekor keluar nanti” Queen meluahkan rasa prihatin.

“I need to this alone. I nak mengembara di padang pasir. Jangan halang I. Sepeninggalan I nanti U in charge la tahta ni. Suka ati u la nak wat camne. Nak demokrasi ke, monarki ke, republic ke, . All is urs, bukti bahawasanya cinta I pada U setakat bagi tahta takde hal. Small matter my honey” Offer yang diberi oleh Raja Pitbul tu membuatkan Queen Pomeranian panasaran. Shud I be happy or shud I worry? Ni dah macam bagi wasiat je ni. Dalam kerisauan dan kegundahan Queen Pomeranian menerima keputusan Raja Pitbull dengan berat hati.

Raja Pitbul memanggil semua menteri pasola berhimpun di balai penghadapan. Semua menteri bersegera berhimpun.

“Ampun tuanku Raja Pitbull yang hebat. Gerangan apakah halnya Tuanku men”summon” kami as at 3.00am ni?” PM Border Collie bertanya on behalf.

“Sorry memanda sekalian beta mengganggu kalian sleeping beauty. Beta ada announcement penting nak buat ni” Raja Pitbull mengeluarkan perintah.

Semua menunduk dengan penuh tekun mendengar  titah Raja Pitbull.

“Tomorrow, beta nak keluar mengembara di padang pasir. Tak pasti bila nak balik. So dalam sepurnama kalo takde berita tentang beta, menyusul la kalian. So, sepeninggalan beta nanti tahta ni hand over kat Queen Pomeranian. Just follow her instruction and instagram. Also the Tweeter. Queen akan banyak bagi instruction dalam tu. Rajin rajin la buka Tweet. Beta pun akan Like juga.”

Semua menteri terkejut. Tapi tetap akur dengan perintah Raja Pitbull. Besoknya selepas matahari terbit, Raja Pitbull bersiap siap melengkapkan diri baginda untuk memulakan pengembaraan yang julung julung kali dilakukan sendirian itu. Beserta dengan kelengkapan asas selepas bertukar tukar pesanan dengan Queen, comolot etc bagai, Raja Pitbull memulakan ekspedisi mencari dirinya.

Hari berganti hari berganti pekan hinggalah genap sepurnama Queen merindui hubbynya. Check instagram dan tweeter pun takde update. Last checked in kat oasis padang pasir  mana ntah. Itu pun dua pekan sebelumnya. Teringat pesanan Raja Pitbull, kalau sepurnama tak ada khabar berita pergilah menyusul. Tanpa bertangguh Queen Pomeranian memanggil PM Border Collie mengumpulkan skuad elit anjing pengesan terbaik untuk menjejak hubby Raja Pitbull iaitu Liutenant Golden Retriever untuk menjejaki Raja Pitbull.  Golden Retriever berjaya menyusul dan menjejaki Raja Pitbull malangnya ketika tiba di sana, di dapati Raja Pitbull sudahpun mangkat. Dalam kondisi perut kembung, lidah terjelir. Harta perbendaharaan tidak terusik. Panas terik kawasan kering kontang. Botol air bekalan masih penuh. Bekalan makanan pun masih lagi mencukupi. Ubat ubatan pun masih ada. Tiada unsur unsur rompakan berlaku.

Soalannya; Apakah punca kematian Raja Pitbull? Sesiapa yang dapat memberikan hampir tepat dengan skema jawapan bunda, mereka itu adalah genius. Jangan bagi jawapan sudah sampai ajalnya. Itu tidak dikira. Aher aher aher… ^_^


Sekian…