Tuesday, August 9, 2011

Yo..Im back

Dah hampir setahun aku tak mengupdate kat blog aku. Bukan malas, tak rajin sangat sebenarnya. Memang banyak perkara yang berlaku dalam tempoh setahun ni. Antara perkembangannya, hubungan percintaan aku yang tak berapa cun. Dan akhirnya langkah drastik aku mengambil keputusan untuk kembali solo daripada berduet. Walaupun lagu Acha, "Berdua Lebih Baik" tapi takpe.. "Cuba Lagi".

Well, ketepikan dulu bab itu sebab muak juga kalau kerap diceritakan. Sekarang sudah hampir seminggu umat Islam menjalankan ibadah puasa dan merupakan hari ke-3 aku berpuasa. Kih Kih (sengaja mengantoikan diri). Ala, normal kan? Teeeet..

Perkembangan study aku, alhamdulillah result untuk final exam yang lepas agak baik berbanding semester yang lepas2. Dan aku berdoa semoga semester yang terakhir nanti aku dapat menghadapi dengan tenang dan tanpa gangguan emosi serta fizikal.

Kerja aku semakin lama semakin dilambakkan atas alasan customer srvice takde keje. Takde keje ke aku ni? Kalau aku takde keje, then why setiap hari nak balik sharp2 pun susah? Nasib baik rumah aku cuma sekangkang peha kuman, so tak luak sangat kalau balik lambat. Ye lah, bak kata ofismate aku, "Panaskan enjin kete lagi lama dari perjalanan balik ke rumah"

Kawan-kawan yang seusia dengan aku dah ramai mendirikan rumahtangga. Bila diajukan soalan "bila nak kawin?"..Dua versi jawapan aku.
1) Tiang mana yang nak kawen dgn aku?
2) Yang ni sedap sikit jwpnnya. Terus semua terdiam.. "Allah belum izinkan lagi. Sabarlah"