Wednesday, March 20, 2019

I should throw in the Muzium

Siri repek entry hari ni I nak membebel pasal PC tempat keje I. Seriously I nak  komen memang patut kena letak kat muzium. Uollz bygkan lah, sila tengok screenshot ni. OS yang dipakai masih lagi XP… Hallooooo, XP tahun 2002  dear ladies and gentleman. Sekarang ni dah tahun  2019. Tahun depan dah Wawasan 2020 ( eh, masih ada lagi ke?).  I sebagai alumni Computer Science course / programming merasakan ke”M.A.L.U”an yang teramat besar kerana terpaksa mengkhianati ke oldskoolan OS fan follower. I dah OUTDATED thanks to my company. T_T


Hari hari I kena update MIS team ( IT team la ) untuk kasi tau bahawasanya my PC always IP Conflict dgn Huawei Technologies.  Tah sape punye hp pegi rembat my IP address. So hari hari clash. Nak buat keje sangkut, browsing sangkut, emailing sangkut and ezektra. Kejap ya, I pause entry dulu. I siapkan my kerja hakiki b4 I sambung entry bebelan. I’ve got a lot of stuff nak bebel. Paused at 9.36am

Now resumed at 12.08pm. V dah pun keluar lunch awal. Dia akan jaga balik time 1pm masa orang lain keluar lunch. Meanwhile sebelum  ada orang ganti, I dulu yang ganti sekejap. But selalu nya tak sekejap la dan I selalu generous cover sampai nak masuk lunch. Kalau I takde keje takpela. Ok cut pasal polanah ni. What ever her attitude yang kurang baik tu I hadap je la dulu. Kifarah akan ada. U buat orang macam tu, tak consider orang banyak tolong, fikir diri sendiri aja, tak apa lah. Buat orang kecil hati, u take it la. But balasannya dapat kat sudut lain. Dapat boss yang akan bagi lagi banyak keje, dapat pressure yang tah apa apa, buat apa-apa orang tak appreciate, those thing la u akan dapat. I tak rugi apa apa. Niat I selalu nak mudahkan semua orang. Tapi kalau orang suka buat susahkan orang, akan mendapat la. Tak perlu nak membalas. Sendiri akan dapat mende mende tak best. Myself is chill chill je.

Sila fahami kadang kadang I rasa nak meroyan bila time nak cepat, ada hal nak buat keje, pada time tu juga PC tak boleh pakai. Stress gak untuk bende bende yang tak perlu. Mula la nak diver t perasaan tak puas hati dengan melihat lihat di hp. Tup tup itu time juga boss nak lalu. Maka berlakulah cengkerik di situ 3X krik. Pada fikiran boss, staff ni asyik tengok hp aje. Asal lalu je tengok hp, asal lalu je pandang hp. Padahal baru sentuh tak sampai seminit. Baru nak bace komen pertama makcik bawang. Tak sempat nak Like lagi. Dah kantoi di situ.. Puncanya ialah PC with IP address conflict and it caused me another conflict.  Padan muka diri sendiri ^_^


Friday, March 15, 2019

Kerbau Chicken Wing


Semalam I masak chicken wing. Terliur nak makan chicken wing pasal tangan ni gatal melayari foodporn chicken wing. Daya tarikan tu buat rasa macam nak makan plak. Nak beli chicken wing kat pizzahut or dominos I rasa I punya chicken wing lagi win kot. Ahahaha masuk bakul lagi… Opkoz, edisi mengangkat diri sendiri adalah menjadi kewajipan diriku setiap kali mendraf posting. It’s my trademark. ^_^ !!

Betul wey I cukup tak berkenan bila mana tengok chicken wing yang dijual macam kat dominos ke, pizzahut ke, or any kafe hipster yang harganya boleh potong kaki sebelah. Harga mahal tapi makanan takde roh. I akan rasa kuciwa yang amat kalu bayar mahal, tetapi rasa tak berbaloi. Senang citer homemade is always the best. Citarasa kita kan.

Berbalik pasal chicken wing semalam. Mula mula I nak plan buat chicken wing yang pedas gilbab. Tapi mikirkan yang suami ni tak boleh makan pedas sangat, ok la I kira bertolak ansur kurangkan pedas tu. Jadi antara hasil googling recipe, I berkenan buffalo style chicken wing recipe. Check ingredients nak kena pakai hotsauce, cayenne, paprika, garlic powder. Ah malas + mahal nak beli sekali harung. Natang kat atas tu harganya bukan MURMUR weyh nak plak minggu minggu sengkek, setiap sen bernilai. So I come out with the lampu idea ubah suai from Buffalo Chicken Wing, I plan jadikan Kerbau Chicken Wing. Why kerbau? Spt kerbau bermandikan lumpur begitu jugalah chicken wing tu bermandikan sos sos campuran yang I campak campak gaul sebatikan dengan quantity nya main agak agak aje.

Kat giant I Cuma beli chicken wing dekat 1kg++, pasal ahli keluarga ramai. Bapak mertua, adik ipar 3 orang, suami, I and anak. Mak mertua takde, pegi overnight rumah mak dia kat KL. Family tu memang hantu chicken wing. So memang tak boleh la beli sikit. Pastu topap 2 items sos I beli untuk lengkapkan resepi spontan mari. I beli Life BBQ sauce dan Kewpie Honey mustard ( I bru perasan kewpie keluarkan honey mustard & must try). I ni fan LIFE & KEWPIE.

Resepi dia untuk rumah I tak susah la, pasal additional ingredients lain dah ada. & I pretty sure barang barang ni tak semua orang ada. So I selalu praktiskan setiap resepi yang I hasilkan semua benda memang dah ada kat rumah. Jimat belanja. Hahaha

Resepi Kerbau Chicken Wing. Letak sendiri agak agak ye…

  • -          Honey mustard
  • -          Cili padi merah
  • -          Garlic
  • -          Ginger
  • -          Olive oil
  • -          Life thai sauce cili
  • -          Life BBQ sauce
  • -          Mahsuri kicap pedas
  • -          Mahsuri sweet & sour sauce
  • -          Maggie secukup rasa
  • -          Arabic cream cheese ( yang ni ada pasal mertua beli kat mekah masa pergi umrah bln lps)
  • -          Kraft cheddar spread (yang ni ada pasal mertua beli kat mekah masa pergi umrah bln lps)
  • -          Black pepper-           

  • ·         Semua bahan ni diblend sekaligus. Lepas tu lumpurkan chicken wing tu dalam bekas yang boleh tampung jumlah Cikenwing.

  • ·         Ambil tray bakar, alas dengan aluminium foil, splash dengan minyak zaitun sikit. Aturkan chickenwing tu atas baking tray, splash lagi on top of cikenwing tu utk kasi dia berkilat.

  • ·         I nye resepi ni tak yah nak perap. Boleh bake terus. Suhu oven I 250 C selama 35 – 40 min bergantung tahap kepanasan oven masing masin

  •       Overal chicken wing ni akan rasa pedas pedas manis masin masam secukup rasa.