Friday, January 22, 2016

Stay Still..

Pagi ini fikiran CikDas bak gelas jernih berwap dengan gas. Nampak clear tetapi berwap. CikDas masih lagi dalam fikiran berkecamuk. Tiba-tiba ditegur oleh seorang pelawat yang datang ke office ini.

Cik, boleh pinjam stapler?” tanya nya

Kejap ye, stapler tu ape?” OMG, CikDas blackout seketika. Kemudian setelah mendapat visual di dalam benak barulah CikDas tercapai-capai mencari stapler. “Maaf Encik. Pagi-pagi ini sel otak saya belum bersambung dengan betul. Kejap saya pasang suis ye”.

Dan partner CikDas, Vee memerhatikan dengan wajah penuh hairan. TIdak mempedulikan dia, CikDas menyambung menaip. Biarkan jari jemari ini menaip sesuka hati.

CikDas risaukan tunang CikDas, Mr. Laboo. Dia nampak tertekan dan sedih. CikDas harap dapat membantu dia. Tapi tangan dan kaki CikDas pun  dah terikat dengan simpulan mati. Apa yang termampu CikDas dah tolong, tetapi segala-segalany terhad.  Kekangan dengan pelbagai. Semalam dia sepatutnya dapat payment drp  clientnya. Dengan payment itulah diharap dapat digunakan untuk mengandalkan kos majlis kami. Dugaan sungguh. Tapi takpe la, ada la rezeki itu nanti. CikDas tak putus-putus doa, sambil berharap dibentangkan rezeki untuk dia. Dipermudahkan segala urusannya. Semalam dia pegang tangan CikDas. Sangat erat genggaman itu. Katanya,

I’m worry if the client unable to pay tonight. Holding ur hand is just like charging my body’s battery

Sshhh.. Dun worry, dear. Inshaa Allah.” Hanya itu yang mampu CikDas katakan.

Ganbatte kudesai, Mr. Laboo. I know it’s tough. But everything will be fine. We’ll find a way okay. Just stay strong. Hang on there..

Notification for incoming WhatsApp message…

Tak Berjaya..

To be continued………………..


Wednesday, January 20, 2016

Glum Heart


CikDas kekeringan idea untuk mengupdate di blog ni. Dah bersawang agaknya. Lagi 2 minggu sebelum wedding CikDas. CikDas tak tahu nak rasa gemuruh jiwa semangat membara ke apa. Banyak yang bermain di fikiran CikDas ibarat system yang sedang nak crash disebabkan banyak application sedang running. Oleh yang demikian seandainya kelihatan tulisan ini agak merapu tepu, ini adalah kerana medulla oblongata CikDas sel nya masih dalam transmission ke pencawang yang betul.


Henpon CikDas pulak di saat saat dramatic dengan keadaan CikDas kelesuan berfikir memberi pulak signal untuk kondem. Mengapa???!  Sekarang item henpon yang nak kondem ni berlegar difikiran CikDas mencari solusi. Seperti, restart, reformat, baling ke dinding or beli yang baru. Isunya henpon ini bukan berkaitan dengan kegagalan membuat panggilan tetapi kehilangupayaan fungsi aplikasi untuk mengakses medan sosial. Wah, sebab tu je CikDas hangin?  Suddenly sahaja saja henpon ini mempamerkan imej comatose yakni persekitaran hitam dipermukaan skrin atau nama lainnya blank screen ( sleep mode). Selalunya segala bentuk isu dan pemasalahan harian CikDas akan dirujuk dengan PakCik Google. Melaluinya sahaja lah setiap sudut pandangan, rantingan tercapai untuk CikDas klik dan pilih mencari jawapan yang sesuai dengan jiwa tekak CikDas. Cuma hari ni, CikDas dan Pakcik Google seakan tidak berada dalam garisan selari. CikDas tidak mahu terlalu bergantung kepada PakCik Google. Sebab boleh dikatakan banyak kali juga PakCik Google mencarikan jawapan yang tak relevan dengan soalan CikDas. Lebih-lebih sekarang jiwa CikDas sedang kusut kacau bila dan CikDas tak mahu mencipta jurang atau rekahan tekanan emosi yang mula membibitkan gempa di daerah paling sunyi di hati CikDas. 


Kembali kepada nyata, selepas CikDas menarik pembaca menyelidiki secara khusus perjalanan fikiran CikDas. Tak mengapa, mungkin ada yang kekejangan seketika. Biarkan, tarik nafas dan teruskan membaca. Masih ada banyak lagi coretan beku tepu yang sedang dipecah-pecahkan bongkah untuk dikeluarkan. Seperti fridge bahgian beku yang kita cuba keluarkan frost dengan mengetuk- ngetuk, begitu juga lah demikian dengan idea CikDas sekarang ini yang sedang membeku di dalam sana tunggu di frost kan. Kadang-kadang CikDas terfikir, terlalu banyak yang CikDas nak keluarkan dari sana. Segala bentuk imej, imaginasi, kata – kata, semua CikDas nak tuliskan dalam blog nanti. Seperti kepala air terjun, namun sebongkah untuk dikeluarkan kena kuis-kuis dengan banyak penyedal. Selalunya ada sahaja kerikil yang membuatnya tersangkut. Mungkin terlalu banyak semut yang CikDas telan.

Jujur sekali semasa di alam remaja dulu. Apa yang bermain difikiran CikDas mudah sahaja diabadikan dalam bentuk tulisan untuk CikDas tatapkan di hari muka. Kini, kemahiran dan keupayaan itu seakan diputuskan. Tetapi mengapa? Acapkali CikDas berfikir sendiri, kenapa CikDas tak boleh seperti dulu? Apa yang menyebabkan CikDas berubah? Adakah ini sejenis kebaikan atau semakin menunjukkan keburukan?

Hati CikDas pun rasanya tidak semurni dulu. CikDas rasa CikDas semakin berubah. Tetapi CikDas tetap biarkan sepeti katak yang direbus dalam periuk. CikDas tak mahu lompat tapi membiarkan sahaja diri dalam air yang semakin panas itu. Membiarkan situasi walaupun sudah genting masih tak cuba selamatkan diri. Eh, Ego kah CikDas ni?