Friday, December 27, 2013

Struggling is not an option



Hari ni customer service department separa lumpuh. Staff ada 4 orang termasuk boss aku. Tapi hari ni sorang staff yakni kaksal ambil leave and boss aku masuk tengahari. Macam biasa la, boss aku tu jenis liat nak bangun pagi. Dah tua-tua pun  masih susah nak bangun pagi. So hari ni aku dan kakliz terkontang kanting, terkangkang handle issue and all those stupid reports. Aku gelar itu sebagai stupid reports sebab dah memang bodo pun reports tu. Bagi aku tu bukan reports tapi data yang diextract and copy paste kat excel pastu send kat principle PIC. Puiii budak darjah satu pun boleh buat. Tapi boss aku kompang satu alam maya ni yang report dia bersepah macam sampah. Hahaha Kutuk lagi beliau.. Aku aje yang berani kutuk dia depan-depan. Sebab ? Bcoz I’m otai.. wallaaweyy, hebat kamoo..  (Clap-clap tepuk tangan tanda riak, takbur serta bongkak )

Ok, disebabkan rutin ini jua lah aku telah menyekip breakfast. Lapar tu memang lapar. Dah siap bunyi hiphop and breakdance mode plak perut cumil aku ni. Dari tadi cacing-cacing perut ( kalau masih ade baka cacing) mitak diisi. Sekarang ni selera aku nak makan meatball with spagetti.. Waaaa… Mane nak carik pagi-pagi buta restaurant yang jual mende alah tu ?  Arhh, perut. Kokye pun nak mengada mitak makan biarla patut-patut sikit. Nak kata aku mengidam sebab hamil. Hontakmu, aku belum ade laki dan masih suci murni lagi tau.. Ahakss.. ^_^

(gambar ilustrasi sahaja untuk tatapan korang)

Tiba-tiba aku bersuara pada kakliz satu cadangan yang agak gampang bunyinya.

‘Kakliz, bleh tak kalo saya nak amek halfday ari ni sebab nak balik umah and nak   masak spageti meatball. Rasa-rasa melampau tak permintaan saya ni ? ^_^’

Kakliz memandangku dengan muka takde perasaan.

‘Bunyi macam melampau jugak. Patut-patut la. Takkan kakliz sorang-sorang’

‘Tapi saya lapar dan nak makan spagetti meatball’

Korang rasa lah kang, dapat je rakan sekerja macam aku ni, rasa-rasa macam nak sepat tak? Hahahahaha. Jadi, demi Kakliz dan semangat berpasukan yang kental, maka aku membatalkan hasrat terpendam itu dan menyambung kembali kerja-kerja yang terbengkalai...


Thursday, December 26, 2013

3D - Drive in, Dinin & Dive in


Tadaa.. Just wanna share with you all a few things happen to me recently. I went to mamak's  restaurant and trying this banana leaf meals. Well, according to my friend, this dish doesn't meet with his expectation. He said not so delicious. I've tried it and my tongue said, "not bad".. Because another housemate already went here, she also said this place also not bad. By the way still couldn't beat "Exotic", another favorite port for Rawa tosey.. Nyumm nyum.. This place is around Jalan Tengku Kelana, Klang.



This one was given by my boss for Christmas. She said wanna give us some present. So, here it is. Even though just a simple and tiny gift but it's still nice and adorable.



This is the best dishes I'd went to near Muara, Port Klang. These was when my housemate's birthday. His boyfriend treated us seafood. Damn, delicious. I just couldn't resist the temptation.



I never thought that I could made this cake. So, do you think I can open a bakery shop for this. ^_^
Silly, still far away to go. I think I've should  put more effort on cake decorating. For me, I'm still lack of something. Thank goodness, that the taste still not bad. Hahahahs


This is another snapshot of having a crab. So big and sweet. I have to use a hammer in order to break the shell. However, I can say it's so oisshiii...

^_^


Yoshh.. Lets cekidaok..

OH Yeah.. Dah lama rasanya aku tak updet kat blog ni. Mesti korang selak-selak blog aku and tertengok sama je takde updet. Hahaha, perasan betul, Ingat celebriti ke hari-hari orang nak buang masa baca blog aku? Takpe-takpe, korang tak baca pun takpe, ini sekadar luahan hati nuraniku yang suci murni pada hari ini.. Hakpui...

Berbalik kepada sekarang, aku as usual semakin sihat dan comel. Berat badan aku dah naik sikit. Lelemak kat perut pun sedang giat menempel. Mencari saki baki ruang untuk memejalkan isi kering aku selama ini. Semenjak dua menjak ramai lak yang menegur, ” Arn semakin berisi la. Baru nampak bontox” .. Bongek betul lah dorang ni. Selama ni punggung aku takde ke? Abes, camne aku berjalan selama ni tanpa punggung..?Hahaha, aku tak kisah la sebenarnya. Bila dah nak masuk usia BMW 3-series ni kadar metabolisme dalam badan semakin menurun. Tapi takpe la, untung-untung body aku macam CikTa, dapat bakal suami mudeeee lak tu.. Opppss, berangan.. Takmo-takmo fikir bukan-bukan.

            Hari ini 26th December, malam besok aku balik kampung. Hoorayyyyyyyyyy...
Opps, aiseh, aku terlupa usiaku yang dah meningkat ni masih lagi macam kekanak riang. Ala, tak salah pun kan? Being childish is not a crime.. Cuma annoying sesekali je. ^_^

Dah lama tak balik kampong. Last time balik pun masa raya Puasa. Bayangkan berapa lama tak balik tuh? ( Ceh, baru beberapa bulan gap je pun).. Bila tengok kat pesbuk aku ramai lak kazens aku nak balik and ada plak yang bakal diikat oleh kumbang-kumbang hati masing-masing. Sebagai kazens sulung aku mengucapkan tahniah.. Tumpang hepi jugak la. Mane yang dapat jodoh dulu, sila-sila jalan dulu.

            Tu diaa, boss aku cuti hari ni. Hoorraay lagi. Tak perlu la aku mendengar suara beliau. So, hari ni tak pressure. Keje macam biase, siap boleh menyanyi and garu-garu lagi. Buat Mr. Junior 3 yang sedang skodeng blog ini. Jangan luper temu janji besok. Anda dikerah untuk menfetching this princess pergi ke bus station.  Thanks yaa . Jasamu dikenang ^_^