Monday, November 3, 2014

Awak dah ade Life Insurance @ Medical Card?

Soal Jawab Orang bila CikDas jumpa or bertegur kat mana-mana:
Ada yang jawab macam ni:
1.      Saya tidak perlukan insurans nyawa sebab company dah cover.
à  Memang kebanyakan daripada kita yang bekerja dengam company ada provide insurans kat tempat kerja. Tetapi, ada tak kita pernah tanya pada company berapa jumlah maximum yang kita boleh gunakan daripada insurans company? Kebiasaannya company akan allocate insurans antara RM5000 – RM10000. Katakan: Kos perubatan anda ialah RM20K. Dan katakan juga insurans company anda paling maksimum boleh guna RM10K. Baki RM10K, anda terpaksa menanggung sendiri. Sama ada melalui savings atau credit card. Anda kena fikir. Menggunakan savings bermakna simpanan semakin berkurangan. Menggunakan credit card bermakna hutang semakin melambung. Pro and Contra yang sangat menyakitkan. Fikir.


à  Pernah tak anda terfikir seandainya anda bertukar tempat kerja atau diberhentikan kerja, tiba-tiba diberi dugaan mendapat penyakit?. Insurans company lama takkan cover anda lagi. Masa tu pernah tak anda terfikir bahawa insurans company takkan menjamin diri anda sepenuhnya? CikDas nak bawa semua orang berfikir masa itu. Apa perasaan anda bila dah terkena sesuatu penyakit, kemudian barulah anda nak gunakan perkataan ni?“ KALAU la aku ambil insurans awal-awal lagi”. Perkataan KALAU ni memang best kan? Tapi takkan bermakna lagi KALAU dah berlaku:!! Fikir


Seterusnya, ada yang menjawab macam ni. 
Saya muda lagi la. Tunggu la dulu, nanti dah tua sikit saya ambil. Sekarang banyak komitmen. Nanti la ya..
è  Soalan pertama CikDas nak tanya. Anda boleh jamin tak yang anda takkan sakit ketika muda?. Katakanlah, semalam anda sedang gembira menikmati nasi lemak. Tiba-tiba anda tercekik. Nasib anda baik sebab ada orang berhampiran dan berjaya selamatkan anda. Lepas tercekik tu anda terasa jantung anda tidak selesa, anda pergi check up dengan doctor, doctor advise anda pergi ke IJN. Doktor kat IJN inform dengan anda, saluran jantung anda tersumbat sebab hari-hari makan nasi lemak. Long term effect sebab nasi lemak ialah makanan asasi anda waktu pagi. Hari-hari makan dapat penyakit jantung. Jangan terkejut jika zaman sekarang ramai orang muda dapat penyakit berbahaya. Soalan CikDas, anda boleh jamin ke bahawa anda akan kekal sihat sampai ke tua tanpa ada sakit? Jangan terkesima ya sekiranya ada orang yang menjalani kehidupan sihat, tidak merokok, selalu bersenam, menjaga pemakanan dengan teratur tetapi menghidapi penyakit kronik. Zaman sekarang semua tu bukan mustahil. Fikir



è  Point ke dua ialah anda perlu tahu bahawa polisi insurans diwaktu tua bayarannya sangat tinggi berbanding usia muda. Terus, anda tak mahu mengambilnya atas alasan mahal. Bila sakit anda hanya mampu masuk ke hospital kerajaan. Bila layanan tak memuaskan, anda komplen sedangkan anda dapat layanan setimpal dengan apa yang anda bayar. What is this?? Pernah tak anda terfikir bila anda sakit anda nak berada di situasi yang menenangkan?. Layanan yang memuaskan di mana anda boleh concentrate untuk speed recovery process tanpa perlu pening fikir mana nak cari duit nak bayar kos perubatan? Fikir.


My sincere advise, apply la insurance di kala anda masih muda dan sihat. Jangan lah tunggu sehingga terhantuk baru nak tergadah. Dah nak tercirit baru nak cari jamban. Its too late already, my fellow friends out there.
Ini baru sikit point CikDas nak bagi. Takpe la, kita bagi enjin panas pelan-pelan. Lepas ni akan ada lagi update pasal hal ni. Berminat untuk mendapatkan info lagi pasal ni, contact CikDas. Always Listening, Always Care. ^_^