Thursday, April 16, 2015

SuperSleepy Mode ヽ(●-`Д´-)ノ


Hari ni hari Khamis 16 April 2015, CikDas rasa amat mengantuk. Semalam punya pasal, degil. Gatal sangat layan drama Korea. Hambekk ko, marathon sampai 2.00am!!!. Itupun semalam masih ada hati nak lajak sampai ke Subuh. Kerja gila tengok Korea time weekday. Sesungguhnyaa kekesalanku ini sudah menjadi bubur lambuk. Penangan dia, padam muka diri sendiri. Takyah nak merungut ke apa. Tanggungla dengan hati yang lapang.
T_T


Untuk menghilangkan rasa mengantuk ini, terpaksalah CikDas mengarang coretan-coretan yang bermain difikiran. Saat ini CikDas tak mau sesiapa pun mengganggu konsentrasi CiKDas di alam blog ni. Jangan la telefon berbunyi, jangan lah nak intercom suruh CikDas nak buat itu ini. Just peace and let me be in my world. Kelopak mata semakin lama semakin ingin bercantum. Alangkah indahnya di saat ini mempunyai bantal peluk,  tilam dan kipas or aircond. Pasti CikDas dah berdengkur. Wake up.!! Apa yang kau dah merepek ni CikDas.? Jangan mengajar anasir-anasir negative di medan ini. Sila be positive.

 ^_^

Semalam buat personality test. Panjang betul soalan nya. Mr. Laboo lah yang send kat Telegram CikDas. Untuk tidak mengecewakan hati beliau, lalu CikDas jawab la test tu. So result, CikDas dapat ENFP type. Ape kebende tuh? Takpe, CikDas berikan summary. Elaboration pun agak panjang. Type ENFP ini ialah dalam golongan “CAMPAIGNER”.  Kelebihan ENFP antaranya ialah ada sifat curious, observant, energetic & enthusiastic, excellent communicator, know how to relax. Ada kebenaran juga la di sini mengikut pengamatan CikDas. Kelemahan type ENFP ialah  poor practical skills, find it difficult to focus, over think things, get stressed easily, highly emotional, and independent to a Fault. Also CikDas tak menafikan. Hahaha..^_^





Kalau rasa nak cuba diri sendiri ni jenis macam mana, boleh lah browse link di sini:




Tuesday, April 14, 2015

The Ultimate Momok Story

Ini ada sambungan berkenaan kisah momok yang berlaku di rumah CikDas. Few weeks ago disebabkan tak tahan dengan gangguan aneh di rumah CikDas, CikDas telah menceritakan kepada Mr. Laboo. And Mr Laboo mengambil inisiatif dengan menghubungi kenalan baiknya yang tahu bab-bab alam mistik ni. Contoh gangguan itu ialah:

  1.     1 Derapan Tapak Kaki Spesis Tapak Kaki Godzilla Atas Ceiling.
  2.     Geseran Perabot Saban Waktu Tak Kira Time. Malam Ka, Siang Ka, Asal Mau Bunyi Je.  
  3.         Ketukan Pintu Tapi Takde Sape-Sape.
  4.      Yang Paling Mengejutkan Saraf Jantung Bila Tengah Khusyu’ Sujud Dalam Solat, Tiba- Tiba Bunyi Guli Bergolek Ke Sana Ke Mari.
  5.     Pasang Yassin Or Ayat Ruqyah Pun Tak Jalan. Cuma Jalan Bila Sendiri Baca Ruqyah Or Yassin.

Bila jumpa kawan Mr. Laboo yang CikDas panggil Rock (bukan nama sebenar) dekat restaurant mamak seksyen XYZ. First-first impression CikDas ingat Rock ni macam Pak Ustaz ala-ala masjid punye type. Rupa-rupa sempoi je orangnya. Story punya story ( at kedai mamak itself), Rock reveal rumah tempat CikDas tinggal tu memang dah tempat “mereka”. Bila merefer pasal “mereka”, bukan rumah CikDas aje yang mempunyai, ibaratnya seperti perkampungan “ mereka”, pelbagai kaum yang tinggal macam kita juga manusia ni. So, ceiling-ceiling umah kami ibarat medan untuk “mereka” bermain-main. Menurut Rock lagi, katanya kat area situ banyak Puchong Prima, Puchong South”. Lorh, CikDas ingat Genie in the bottle je yang banyak. Rupenye IOI Mall Puchong pun ada.  CikDas akan menaip menggunakan perkataan berkias, sebab masa ini lah readers dapat melatih sel-sel otak untuk berhubung sambil berfikir secara kritis. Outside of the box. Jadikan gunakan imaginasi anda untuk memahami kisah CikDas ni. Cewahh, poyo ah…


So, Rock menggunakan abilitinya untuk “meninjau” rumah CikDas. Spontan Rock cakap, “semaknya, banyak sangat ah dorang ni. Sumer bangsa ada”. Mr. Laboo diam aja. Sebab dia ni sebenarnya penakut sikit bab-bab alam misteri ni. Komen dia bila CikDas ceritakan hal ni,


“Kalau I jadi U, I dah lama pindah rumah.”

“So, maknanya I ni berani la?”

“Yes, you are. You boleh stay sorang-sorang even rumah macam tu”

“I have no choice. Letih la nak pindah-pindah pasal rumah ni. Barang bukan sikit. Nak angkut lagi. Ikutkan semua tempat ada.”


Tiba-tiba Rock cakap,

“Kalau nak pagarkan rumah, kena buat rumah awak je. Sebab agama lain punya anutan kita tak boleh kacau. Dalam al-Quran pun ada cakap, “agamamu adalah agamamu, agamaku adalah agamaku”. 

Actually ayat yang Rock guna lagi dalam maksudnya, kena berfikir secara kritis baru boleh tangkap pemahaman. CikDas tak boleh nak taip kat sini guna ayat Rock sebab… CikDas LUPA.. Hahahahah Tapi intipatinya cemtu la.


So, pendekkan cerita ( actually banyak lagi part-part yang CikDas terpaksa rahsiakan di sini ). Gilo ko apo nak taip dialog satu-satu, bukan CikDas hapal skrip one short dialog tu. ^_^


Selepas Rock tolong “memagarkan” rumah CikDas, ayat yang Rock bagi, “Kalau Allah izinkan, InsyaALLAH takde lagi gangguan tu lepas ni. Sebab saya ni pun manusia biasa saja. Kita sebagai hambaNya bertawakal sajalah. Jangan biarkan diri kita takut sesuatu selain daripada Allah SWT. Kalau kita takut sesuatu lebih daripada Allah SWT, dah masuk dalam kategori syirik. Takut hanya untuk ALLAH SWT sahaja, bukan pada makhluk ciptaan Dia.”


Actually, banyak juga nasihat-nasihat yang Rock telah share kepada kami malam tu. By the way, ade sambungan lagi kisah tu. Nak tau?
Bagi CikDas wat kerja lain dulu la. Talk to you all later. ^_^ 

Wednesday, April 8, 2015

CikDas Cooking & Recipe: DF Burger (ી(΄◞ิ౪◟ิ‵)ʃ)


Mr. Laboo selalu bising kat CikDas kalau masak apa-apa, sila catat resepi. Sebab CikDas ni memang pelupa. Honestly, memang betul. CikDas suka create or campak apa-apa bahan dalam resepi CikDas, lepas bila suruh buat balik, CikDas lupa. Jadi agak banyak juga la resepi-resepi yang CikDas reka dan ubahsuai selama ni yang agak sedap bila disuruh buat balik, CikDas dah tak ingat. So, takpe CikDas update je la kat sini. Sesiapa nak ambil and guna pun silakan.(^._.^)ノ


Dory Fillet Burger:
1 packet burger bun – bought from Cold Storage (RM3.15). // Very fluffy bun and fit for the burger. Cold Storage bakery – can find near Subang Parade Cold Storage.
3 pieces Dory Fish Fillet – marinated (recipe)
Coleslaw
Cheddar cheese
Tomatoes (slices)
Mayonnaise
Chilli sauce
Kewpie Mayonnaise
:. Assemble all like usual burger making

Marinate base:
Tempura packet
Italian mixed herbs
Black pepper
French Tarragon Leaves – bought from Cold Storage (RM2.36)
Salt to taste
:. Combine all together and marinate.


Coleslaw base:
Cabbage
Tomatoes
Mayonnaise
French Tarragon Leaves
Olive oil
:. Mix all together


Online Shopping – Lazada (҂⌣̀_⌣́)


Baru-baru ni company tempat CikDas bekerja mengadakan Annual Dinner pada 27th March 2015. CikDas takde la pun beli baju baru walaupun temanya Celebrity Red Carpet. Jadi, CikDas Cuma pakai baju yang dah sedia ada. Tak sangka plak dapat tempat ke-3 Miss Photogenic Female. Hahaha, kelakar betul.  Masa di announce tu CikDas terpinga-pinga. Ye la kan, time bila plak dorang snap pic CikDas



 Sempena Annual Dinner jugakla CikDas dengan tanpa kawalan mengorder 3 pasang kasut / sandals/ heels kat Lazada. Dah marked down almost 85% discount, sape yang tak gila membeli??  Akan tetapi, moral of the story kat sini bagi CIkDas la, “NEVER BUYING SHOES ONLINE”, unless we are confident the shoes memang selesa dan sedap dipakai. 


Reason:
  1.  Kesemua heels / shoes yang CikDas order tak best  dipakai, walaupun cantik. Menyakitkan kaki CikDas.  (,,#Д) 
  2. Heels tu takde supporting bahgian depan for size 5-inches. Sangat-sangat painful bila mula pakai selama 1 jam ke atas. (●-`Д´-)
  3. Kaki terasa tidak bernyawa and melecet di bahgian belakang.  (_)





Tapi nak buat camne kan, dah beli pun. Nampaknye bertambah lagi la koleksi kasut pekasam CikDas dalam almari kasut.  Ni lah kasut-kasut yang CikDas beli. Lawa tak? (。・ω・。)




CikDas dapat tempat ke - 3 


Dengan kawan baik juga


Monday, April 6, 2015

Layan Korean Drama title “Empress Ki”

Selamat Hari Isnin minggu ke 2 April 2015. Boleh agak kan tarikhnya bila? Last week on Saturday and Sunday CikDas menghabiskan masa CikDas dengan melayan drama Korea 50 episode ( now episode 48 ) cerita “Empress Ki”. Cerita epic and lagenda sikit. Siap CikDas buat research kat Wikipedia tentang Empress Ki ni. Sedikit perkongsian tentang riwayat hidup Empress Ki.


Empress Ki adalah Permaisuri yang hidup zaman Dinasti Yuan. Selain nama tu, beliau juga dikenali sebagai “Öljei Khutugh” (dalam bahasa Mongolia), dalam bahasa Korea nama beliau yang sebenar ialah Gi Ja-O ( dalam drama nama beliau ialah Ki Nyang), di zaman Dinasti Goryeo ( sebelum zaman Joseon). Kononnya beliau mempunyai seorang abang yang bernama Gi Cheol ( Cuma CikDas hairan dalam drama bersiri tu watak abangnya takde plak muncul. Mungkin nak cut cost kot. Kang meleret-leret plak cerita kalau watak abang dia muncul juga). 


Kemudian beliau jadi gundik kepada Toghun Temur dan bonda kepada Ayurshiridara ( macam nama anak perempuan plak, tapi anak beliau tu lelaki). Selepas permaisuri utama yang bernama Tanashiri dilucutkan tahta kerana abang beliau memberontak bernama Tangqishi, Toghun Temur melantik Gi Ja-O ( Ki Nyang ) menjadi permaisuri a.k.a Empress Ki. Tetapi siri dalam drama dengan riwayat hidup sebenar agak lari la. Jadi, CikDas tak tau nak percaya kisah yang mana satu. Tapi lantak la, it’s just a cerita pun. Common la if the pengarah cuba pusingkan cerita bagi nampak dramatic, romantic, bombastic and akhirnya jadi plastic. T_T