Friday, February 10, 2012

Lukenabeb

Hi,


Selamat pagi semua. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari dan merupakan hari ke-3 misi Charlie’s Angel aku untuk mengenakan ”Tuut”. Misi ini nampak gayanya masih belum kantoi kerana kepakaran aku melakonkan watak tersebut. Sape suruh dia tipu aku? Kan aku dah tahu hal sebenarnya. Aku rasa if ada anugerah pelakon tersohor, layak jugak aku mendapatnya.


Mesti korang heran ape kes lah cerita aku hari ni. Aku cuma boleh katakan satu pepatah yang dimodified oleh aku yang berbunyi, ”Sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi kanggaroo melompat”. Tupai melompat, kalau terjatuh sakit. Tapi kanggaroo melompat, terjatuh ekornya tolong sambut. Pening ke dengar pepatah aku apa kena mengena dengan topik entry kali ni.


Biar la aku straight to the point, ada sorg guy ni suka kat aku, and nak aku jadi gf dia. Orangnya boleh tahan lah cuma muda sikit dari aku. Ala.. muka aku pun bukan nampak tua sangat pun. Aku ni awet muda (perasan jap). So tak hairanlah jikalau ramai yang tertipu dengan usia aku. Ini bukan statement aku ok, ini adalah kata2 benar. Back to the story, memandangkan aku ni sekarang pun takde benda sangat nak buat, so aku accept lah usulan beliau untuk jadi gf dia. Tapi, jeng jeng jeng maka bermulalah episod menjejak awan dengan beliau a.k.a ”Tuut”. Aku bila dah ada bf terjun macam dia ni mula lah datang macam2 idea bernas untuk menscan @ mengimbas hati dan perasaan beliau yang sebenarnya pada aku. Lurus ke bengkok hati dia, itu aku MESTI nak kena tahu. Aku takleh la nak reveal methodology apa yang aku gunakan untuk menyelidik hal beliau. Hipotesis awal aku terhadap beliau ternyata berkadar songsang dengan hasil ujikaji. Kalau dah namanya LELAKI. Grrrrr grrrrr.. Sabor je lah. Nasib aku tak letak 100% perasaan pada dia. Just 13% je. Boleh main sukat2 perasaan lak ye.


Sampai sekarang dia masih tidak sedar yang aku masih lagi mengenakan dia. Tu la, sape suruh dia tipu aku. Aku pun tak tau bila aku nak kantoikan bf terjun aku ni. Dia ingat semua perempuan tu touching terbuai2 dengan perasaan ke? Dalam aku mengiyakan, tak bermakna aku setuju or mengikut aje. Dalam aku buat-buat bodo je ni, tak bermakne aku boleh diperbodokan. Maybe yang lain kot ye, tapi if dengan aku, maaf lah ye Sherlock Holmes tu turunkan bakat dia kat aku. So deduction skills and keabstrakan otak aku berfikir seringkali tak tercapai dek akalmu. Nanti aku update lagi.. Chow..