Tuesday, December 30, 2014

Goodbye 2014, Welcome 2015

Hari ni ialah 30hb Disember 2014. Bermakna ada lagi satu hari sebelum melangkah ke tahun baru. Apakah azam tahun baru CikDas. Wah, memang banyak tapi yang pastinya azam tahun lepas haruslah di bawa ke depan lagi sekali.. Wkwkwkw..

Banyak memory best berlaku pada tahun 2014. Antaranya ialah hubungan CikDas dengan Encik Labu semakin bertaut, semakin mesra dan utuh. Dan CikDas berharap segalanya berakhir dengan baik. Penat dah weh CIkDas nak wat perjalanan mencari cinta. Seriously letih + penat. Apa yang ada sekarang ni, CikDas bersyukur dan insyaAllah akan menjaga hubungan ni sebaik mungkin.

Angah CikDas dan isterinya insyaAllah akan bergelar ibu bapa pada bulan June 2015. Tak sabar CikDas nak menunggu kelahiran anak buah sulung. Sekarang CikDas terfikir-fikir panggilan apa yang sesuai.. Ada dua panggilan yang bermain difikiran àCikLong or Auntie Long” ^_^

Project Prudential CikDas sebagai part time agent masih lagi berjalan seperti biasa, ada juga la set appointment dengan client or prospects. Semoga pada tahun 2015 CikDas dapat menaikkan sale hingga ke paras yang mengkagumkan. Azam 2015. Amin


Dengar cerita Achik, adik Cikdas yang no 2 nak bertunang awal tahun nanti. Kita nantikan lah berita gembira itu. Sekarang kampong CikDas di Kelantan masih lagi berada di paras berjaga-jaga. Walaupun  kampong CikDas belum lagi terjejas teruk disebabkan banjir itu, namun mengenangkan sekolah lama CikDas masih lagi menjadi pulau kecil akibat banjir.

Monday, November 3, 2014

Awak dah ade Life Insurance @ Medical Card?

Soal Jawab Orang bila CikDas jumpa or bertegur kat mana-mana:
Ada yang jawab macam ni:
1.      Saya tidak perlukan insurans nyawa sebab company dah cover.
à  Memang kebanyakan daripada kita yang bekerja dengam company ada provide insurans kat tempat kerja. Tetapi, ada tak kita pernah tanya pada company berapa jumlah maximum yang kita boleh gunakan daripada insurans company? Kebiasaannya company akan allocate insurans antara RM5000 – RM10000. Katakan: Kos perubatan anda ialah RM20K. Dan katakan juga insurans company anda paling maksimum boleh guna RM10K. Baki RM10K, anda terpaksa menanggung sendiri. Sama ada melalui savings atau credit card. Anda kena fikir. Menggunakan savings bermakna simpanan semakin berkurangan. Menggunakan credit card bermakna hutang semakin melambung. Pro and Contra yang sangat menyakitkan. Fikir.


à  Pernah tak anda terfikir seandainya anda bertukar tempat kerja atau diberhentikan kerja, tiba-tiba diberi dugaan mendapat penyakit?. Insurans company lama takkan cover anda lagi. Masa tu pernah tak anda terfikir bahawa insurans company takkan menjamin diri anda sepenuhnya? CikDas nak bawa semua orang berfikir masa itu. Apa perasaan anda bila dah terkena sesuatu penyakit, kemudian barulah anda nak gunakan perkataan ni?“ KALAU la aku ambil insurans awal-awal lagi”. Perkataan KALAU ni memang best kan? Tapi takkan bermakna lagi KALAU dah berlaku:!! Fikir


Seterusnya, ada yang menjawab macam ni. 
Saya muda lagi la. Tunggu la dulu, nanti dah tua sikit saya ambil. Sekarang banyak komitmen. Nanti la ya..
è  Soalan pertama CikDas nak tanya. Anda boleh jamin tak yang anda takkan sakit ketika muda?. Katakanlah, semalam anda sedang gembira menikmati nasi lemak. Tiba-tiba anda tercekik. Nasib anda baik sebab ada orang berhampiran dan berjaya selamatkan anda. Lepas tercekik tu anda terasa jantung anda tidak selesa, anda pergi check up dengan doctor, doctor advise anda pergi ke IJN. Doktor kat IJN inform dengan anda, saluran jantung anda tersumbat sebab hari-hari makan nasi lemak. Long term effect sebab nasi lemak ialah makanan asasi anda waktu pagi. Hari-hari makan dapat penyakit jantung. Jangan terkejut jika zaman sekarang ramai orang muda dapat penyakit berbahaya. Soalan CikDas, anda boleh jamin ke bahawa anda akan kekal sihat sampai ke tua tanpa ada sakit? Jangan terkesima ya sekiranya ada orang yang menjalani kehidupan sihat, tidak merokok, selalu bersenam, menjaga pemakanan dengan teratur tetapi menghidapi penyakit kronik. Zaman sekarang semua tu bukan mustahil. Fikir



è  Point ke dua ialah anda perlu tahu bahawa polisi insurans diwaktu tua bayarannya sangat tinggi berbanding usia muda. Terus, anda tak mahu mengambilnya atas alasan mahal. Bila sakit anda hanya mampu masuk ke hospital kerajaan. Bila layanan tak memuaskan, anda komplen sedangkan anda dapat layanan setimpal dengan apa yang anda bayar. What is this?? Pernah tak anda terfikir bila anda sakit anda nak berada di situasi yang menenangkan?. Layanan yang memuaskan di mana anda boleh concentrate untuk speed recovery process tanpa perlu pening fikir mana nak cari duit nak bayar kos perubatan? Fikir.


My sincere advise, apply la insurance di kala anda masih muda dan sihat. Jangan lah tunggu sehingga terhantuk baru nak tergadah. Dah nak tercirit baru nak cari jamban. Its too late already, my fellow friends out there.
Ini baru sikit point CikDas nak bagi. Takpe la, kita bagi enjin panas pelan-pelan. Lepas ni akan ada lagi update pasal hal ni. Berminat untuk mendapatkan info lagi pasal ni, contact CikDas. Always Listening, Always Care. ^_^




Friday, October 31, 2014

Interview punya hal.

CikDas betul-betul tak paham dengan sesetengah orang yang nak datang minta kerja kat company CikDas ni. Dah tahu nak datang interview tu, bawak lah pen. Benda basic kot. Abes datang sini nak isi form harapkan receptionist  and customer service punya pen ka?. Yang datang sini berlenggang tu kenapa? Wat da phunk tol la. Stress aje CikDas rasa. Bukan sorang. Lima-lima ekor datang nak isi form kerja . Sorry la, CikDas dah geram hari ni terpaksa menggunakan perkataan ekor. Sebab kalau manusia maybe boleh fikir common sense. Datang mitak kerja, tapi tak bawak pen. Plus, takde wat copy untuk resume and sijil-sijil and mitak CikDas tolong photostat lak.. Gilo ko apo mung ni? Another wat da phunk!!

Tak kuasa CikDas nak entertain benda-benda macam ni. Sebab masa CikDas mitak kerja dulu kat company ni takde wat mende-mende mengarut camni. Tak bawak pen, acceptable lagi. Tapi tak bawak copy sijil and mitak orang sini tolong photostat memang CikDas rasa berbulu-bulu hati.. Lemak betol candidate-candidate ni. Kalau ni company CikDas, dah lama CikDas reject calon – calon staff macam ni. Tolong la ye, kepada sesiapa yang nak apply kerja, tak kisah la mana-mana company sekalipun, sila jangan carry attitude jenis macam ni. Anda datang untuk minta kerja, sila pastikan anda menyediakan diri anda sewajarnya. Bawa pen, wat photocopy siap-siap untuk segala sijil anda. Bukan dengan datang pada company yang anda nak minta kerja tu minta orang tolong photostatkan sijil-sijil anda.


Kan best masa interview nanti HR patut tanya, masa datang tadi ada pinjam pen daripada receptionist tak? Kalau dia jawab “Ya”. “I’m sorry, you are not qualify for this position”. Kenapa?? Attitude dah failed, how to perform? High probability akan jadi company’s liability not an asset. Hahahaha.. Suka-suka je CikDas wat decision. 

Aku, Dia dan Prudential…


Hari ni 31st October. Patutnya company dah release gaji. Tapi kena postpone Monday ni sebab ________. Malas CikDas nak komen. Nak marah? Buang karan. Kalau tak suka gaji masuk lambat, resign je daripada company ni. Tapi dalam gaji masuk lambat, ada gak mende yang best untuk CikDas. Compare dengan company lama CikDas, memang gaji masuk on time. 28th or 29th insyaAllah lah gaji dah masuk. Tapi kat sana CikDas akan kerja dengan sibuk sampai nak berak, nak kencing, nak makan, nak lunch pun tak senang hati. Kat sini, CikDas ada banyak masa lapang sampai siap boleh taip menaip blog. Tapi takdela selalu ada masa lapang, Cuma boleh lagi lah bertenang seketika daripada tempat kerja lama daripada 8.00am – 7.00pm or 6.30pm, busy, busy, busy.. Letih.. Cepat tua CikDas.. Senang citer kat sini CikDas relax sikit.

Tapi memandangkan kos sara hidup makin meningkat, CikDas tak rasa nak stay lama kat sini. Well, well. Dalam masa yang sama CikDas wat jugak part time Prudential. Sambil-sambil jual handphone. Habis semua kawan-kawan yang dah berzaman tondan CikDas tak pernah tegur , CikDas bertegur sambil try and error berminat tak dengan insurans Prudential. In positive way, ia mengajar CikDas untuk beramah tamah dengan orang. Of course, berlaku banyak rejection. Yess, memang banyak rejection. Wow, teramat banyak rejection.. Tapi, kalau orang reject kita terus nak patah semangat, dah takmau buat, baik jangan mula dari mula.  Oh oh oh, CikDas dah mula menghasilkan “Quotes of the day”. Tapi bila tengok kawan-kawan daripada group yang sama dengan CikDas asyik close sales je. Aisshh, ini cemburu  dan iri hati meluap-meluap. Mana boleh dorang je pergi trip. CikDas pun nak jugak. Bila CikDas nak, kena la buang muka malu ni jadi muka tak tahu malu. Hahahaha..

Tapi tiap kali CikDas down, Mr. Laboo always meniupkan semula sepirit CikDas. CikDas selalu tanya soalan bodoh dengan beliau. Which is takde lah bodoh mana pun soalannye.

C.D: Do you think that I can close sales?

M.R: Of course you can. Why not?

C.D: Sometimes I feel I’m not good enough. I tak pandai socializing sangat macam you. I suka stay di rumah. I tak suka sangat jumpa-jumpa orang yang tak berapa kenal ni. My world is about people that I already know.

M.R: That’s why you have to change. You got to mix around with other people. Build up your social network. But never mind. Regardless what you are, I’m still loving you.

Aisehh, Mr.Laboo sekali  lagi bagi ayat yang cairkan tahi telinga CikDas ( Sebenarnya  cair juga hati dengan kata-kata macam tu. Sape tak cair? Takyah nak bohong la… hahahaha ) 





Thursday, October 30, 2014

Formal Letter


Hari ini hari Khamis bersamaan 30th October 2014. Semalam CikDas dapat duty daripada superior CikDas yang nama Jo1 request CikDas untuk taip satu draft letter surat yang Mr. STan minta dia taipkan. Dengan tulisan beliau yang agak tulisan doctor, mengalami kesukaran pada medulla oblongata CikDas untuk mentafsir maksud tulisan tersebut. Rasa macam tengah translate tulisan hieroglyph + cuneiform yang kat dalam gua zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan berbagai-bagai itik lagi. Hadoiii..


Dah give up tak dapat nak memahami struktur ayat-ayat tersebut maka CikDas pun ikutlah word yang CikDas rasa agak-agak itu meaningnya. Hasilnya beginilah. Kih kih, agak-agak lepas tak General Manager nak sign ni???  (=,=!!)


Wednesday, October 29, 2014

CikDas dan temuduga SPA.


Hahaha, tepuk dahi dengan diri sendiri. Apalah CikDas ni, belum lagi tua. Tapi pelupa mengalahkan orang kena Alzheimer. Shhh, amit- amit jejauh daripada terkenan penyakit tuh. Storynya macam ni. Last week CikHan, hosmet CikDas dapat panggilan interview untuk jawatan PTD gred 41. So, CikDas dah men”Tahniah”kan beliau sambil CikDas berfikir, “apesal CikDas takde dapat apa-apa panggilan eh? Tempoh blacklist lom abes ke?” Ye la, before this CikDas pun pernah dapat 3 kali panggilan. Satu sengaja tak pergi sebab tempat nye jauh, area nak sampai Selayang sana tuh. Dah la takde transport masa tu. Baru jek dapat kerja kat tempat lama ( 8 tahun nan lalu). CikDas fikir-fikir. Banyak sangat halangan so CikDas withdraw and tak pergi. Beberapa tahun kemudian, CikDas re-apply lagi. CikDas dapat lagi offer pergi. Yang ni best, tarikhnya pulak yang dah terlepas. CikDas dapat buka email seminggu selepas offer interview tu. Awat dorang takde notify thru sms?? Dah mitak no hp bagai dalam details tu nape takde nak sms ade interview? Ingat hari-hari CikDas hadap yahoo mail? Ok takpe, dah terlepas kira takde rezki lah kan? à Pujuk hati sendiri lah kunun..   



Lepas tu, send lagi application. Kemudian, masa CikDas pindah tinggal dekat kondo, rumah sewa lama. Dorang send surat interview lagi. Tapi yang bestnya, surat tu Cikdas buka lepas seminggu date lepas. What is this????? Permainan apakah yang berlaku pada CikDas? Porque mi amorr???  

Then, agak lama jugak  CikDas merajuk dengan SPA  takde update detail ssehinggalah tahun ini 2014 beberapa bulan lepas. Barulah ada mood CikDas nak update, sebab CikDas pindah rumah lagi. Jadi, terpaksalah tukar alamat surat menyurat. Plus, update kan juga jawatan yang CikDas fikirkan sesuai. Dah update ni, sampailah time CikHan dapat interview jawatan tadi. CikDas diam tak kata apa-apa. Sambil hairan jugalah di benak. Up until today, kawan ofis CikDas yang name Meknor suddenly meng”highlight”kan issue, ada dapat panggilan SPA ke tak?. Dia advise la suruh check whether nama CikDas ada ke tak. So, buka balik portal SPA tu. Huh, dan huh dan huh.. Apalah ko ni CikDas. Memang lah ko tak dapat interview tu, dah CikDas tak click “Agree” untuk statement last before send latest update. Memeylah tak dapat panggilan..
 Moral of the story: Malas nak komen… (-ˇ⊿ˇ-)



Tuesday, October 28, 2014

Bulu mata gugur

Masa CikDas tengah borak-borak dengan Vsugi, tiba CikDas rasa mata CikDas macam pedih-pedih. CikDas biarkan je la. Pastu rasa mencucuk ke dalam mata. Terus CikDas bergegas ke washroom. Tengok ade segumpal bulu mata jatuh dalam mata. Dah terperosok ke dalam . Adooi, cotton bud takde. Nak cungkil keluar payah. Pakai eye drop pun tak jalan. CikDas pasrah. Menahan-nahan. Tak boleh tahan gak CikDas pergi lagi sekali ke washroom. Korek-korek, hambek ko. Segumpal bulu mata tu ade lebih daripada 10 helai bulu mata. Sape lak yang rindu kat CikDas beria-ria neh? J

Lagi satu story ala-ala sinetron or telenovela berlaku pada CikDas pada hari Ahad 26/10/2014 nan lalu. Masa tu CikDas keluar breakfast dengan CikZi hosmet baru CikDas tu. Masa sampai sana CikDas pilih satu port and tiba-tiba mata CikDas terpandang pada sesusuk wajah seorang lelaki yang CikDas rasa macam kenal. “Eh, Macam Woidic”. Hati CikDas berkata. Tapi bukan ke dia takde kat Malaysia? CikDas pandang lagi untuk double confirm sambil tunjuk gambar Woidic pada CikZi. CikDas tanya CikZi

C.D: Cuba CikZi tengok picture lelaki dalam handphone CikDas dengan lelaki yang kat belakang CikZi. Same tak rupe?

C.Z: Macam sama la CikDas.

C.D: Kan? Kalo muka tu boleh lah dibahaskan, nak kata pelanduk 7 serupa. Tapi sekali dengan cap yang dia pakai sekarang dengan cap dalam picture pun sama. Ini bukan kebetulan lagi kan?

C.Z: Yerp.

CikDas tak berapa berani nak tegur mamat tu sebab tengok ada gadis yang duduk berhadapan dengan dia. Karang berlaku drama sebabak lak. Cuma CikDas terkilan sebab dia macam tak kenal CikDas. Huh, Dasis pun tak kenal. Ampeh ko Woidic.. Ikut ati rasa nak bagi je kaki CikDas kat muka Woidic. Biar dia rasa penangan tapak kaki saiz 6 CikDas ni. Comel je tapak kaki CikDas. Secomel orangnye.. Huargh100X


But so kay la, everything happens with a reason. Atleast CikDas tau Woidic tu masih hidup. Takde la menjadi  misteri lagi. Dengan siapa dia nak bersama, itu bukan urusan CikDas. Sebab CikDas pun dah ade Encik Laboo yang CikDas kena jaga.. Kekekeke…  I love u very strong hokayyyy my cutie pumpkin… (^_^)Y

Monday, October 20, 2014

Peria Katak Chips


Semalam Encik Laboo Cik Das ada hantar lauk untuk dinner masa Cik Das kat ofis. Rendang daging plak tu, Nampak macam sedap so Cik Das bawak balik. Dah abes kerja semalam Cik Das singgah kat kedai runcit berdekatan rumah. Dah lama rasanya tak makan peria so Cik Das beli 2 biji peria katak. Sambil berfikir nak masak apa.

Later lampu idea menyala, Cik Das teringatkan chips peria katak yang restoren mamak Al-Shariff selalu buat tu. Al-Shariff dekat area tempat kerja Cik Das.  Ramai orang beli peria katak chips tu. Cik Das dah taste, memang rasa sedap jugak la walaupun ada rasa pahit. Tapi dorang takde nak reveal resepi. Jadi ala-ala masterchef, Cik Das taste rasa peria chips and olah sendiri ikut selera tekak Cik Das. Kalo nak resepi tu amik la kat bawah. No worry. Sharing is caring. Plus, Cik Das ni pelupa sikit. Dah buat resepi, dah siap makan, dah kenyang. Bila orang tanya macam mane Cik Das masak mende tu. Terus lupa, main campak je bahan-bahan. Tu yang Encik Laboo kadang-kadang tegur,
“ Masak apa-apa tu, tolong salin resepi. Senang. Awak tu pelupa.”
Keh keh keh. Macam-macam je Cik Das ni. Nah amik la.

Bahan-bahan:
·         2 biji Peria katak. Ini untuk individual serving.
·         Tepung jagung + tepung beras. Nisbah 2:1. Macam nak buat tepung adun pisang goreng
·         1 teaspoon Garam masala powder. Ini boleh beli dekat supermarket.
·         1 teaspoon 5 herbs hot spice powder. Cik Das beli cap Kijang.  Bau nye wangi.
·         1 teaspoon chili powder. If suka pedas boleh lebihkan
·         1 teaspoon curry powder.
·         1 teaspoon turmeric powder
·         Salt.

Cara-cara
·         Potong peria katak nipis-nipis. If ade cutter lagi senang. Potong macam nak buat kerepek tu.
·         Rendam peria katak dalam air garam. Bagi hilang sikit rasa pahit.
·         Campurkan tepung jagung, tepung beras and semua powder tadi. Gaulkan. Letak air untuk bagi pekat liquid. Letak garam untuk ada rasa masin.
·         Kemudian celupkan peria katak tu dalam adunan and goreng sampai garing dalam minyak panas.
·         Guna tempe pun sedap juga.

Selepas masak untuk makan malam, Cik Das makan sambil menikmati rendang ayam and peria goreng. Ohsem.. Makan dengan begitu seleranya. Lapar sebab the whole day tak jamah nasi. ^_^Y



Friday, October 10, 2014

Bila Mulut Puake berbunyi..

Cik Das dua tiga minggu ni pening kepala sikit memikirkan hal rumah. Hosmet student kat rumah yang sewa sekali dengan Cik Das buat kejutan dengan inform last minute seminggu daripada tarikh due bayar sewa rumah bulan ni, NAK KELUAR. Pulak dah. Kacau betul la. Maka bertukus lumus la Cik Das dengan housemate sorang lagi nama Cik Han mengiklankan “Housemate Wanted”. Lagi hampa belum ada lagi yang tertarik hati nak menyewa kat rumah tu.  Pening pening.

Nak kasi hot story lagi, budak student ni bila kami minta bayar bil letrik, suruh calculate bil letrik pakai minggu yang dia ada kat rumah. Memang budak ni masa tu ada cuti semester. Start cuti semester 1st July 2014 sampai la 07th Sept 2014 baru budak tu check in balik. Tapi bil letrik bukan start 1st of the month, running bill start midst of the month until another midst of the month.  Kat bawah ni dialogue WhatsApp Cik Das dengan budak tuh. Korang nilaikan lah sendiri cara berfikir tu mahasiswi ke or budak tak abes skolah.

C.D: Salam, XYZ. Akak nak double check. Ari tu semester break start berapa haribulan, and bila XYZ datang balik ke rumah ni?

XYZ: Wa’alaikumussalam. Sem break start bulan 7. Sem baru start bulan 9.

C.D: Bulan 7 tu berapa haribulan ya? Datang masuk balik bila ya? Kat tangan akak ada 3 bil letrik daripada bulan 7, 8,9. Bulan 7 start bacaan meter 13/06/2014 – 12/07/2014. Makna kata if XYZ masih stay lagi antara 2 minggu terakhir bulan 6, entitle kena bayar bil letrik macam biasa. Bil bulan 8  daripada 13/07/2014-13/08/2014, XYZ dah start cuti so boleh skip bayar. Bil bulan 9 pulak from 13/08/2014 – 15/09/2014. Hari tu XYZ dah datang 7/09/2014 so bil bulan 9 pun entitle la kena bayar. Hope this thing clear ya.

Ni Best Baca Apa Yang Dia Reply.. Menyebabkan Urat Saraf Cik Das Tersentap Jugak La

XYZ: 26/6/2014 dah balik kampong and 7/9/2014 XYZ datang. So kiranya untuk bulan 7 tu XYZ dah stay 2 minggu dari 13/06/2014 – 26/06/2014. Bil bulan Ogos takde. Bil bulan 9 XYZ stay seminggu je. Daripada 7/09/2014 – 15/09/2014. So jumlah yang XYZ kena bayar Cuma 3 weeks out of the whole 12 weeks ( 3 months)

Jadi Cik Das pun reply ler dengan ayat sarcastic sikit.

C.D: Tak pernah dibuat orang kira bil letrik pakai minggu. Kamu nak sukat kilowatt tenaga letrik tu pakai ape? Penapis teh? Pernah ke tak pernah duduk menyewa ni? Kalau bil letrik tu kamu dah duduk seminggu ke, 2 minggu ke untuk bulan tu, bil tetap dikira untuk sebulan. Tetap bahagikan sama rata. Pelik betul cara kamu berfikir.

XYZ: Kalau seminggu takkan saya nak kena liable bayar untuk semua for the whole sedangkan saya tak guna pun. Takpe la, saya bincang dengan Cik Han. Senang sikit kot cerita dengan dia.

Sini ko, Cik Das bagi lagi sedas tembakan mulut puake kat XYZ nih. Yang Cik Das pendam.Suka-suka kata kami tak liable. 

C.D: Cakap pasal liable tak liable. Tapi kamu pun tak liable dengan kami. Last minute cakap nak keluar. Sekarang siapa yang pening cari orang? Patutnya kamu yang bertanggungjawab cari orang. Masa dalam cuti semester hari tu kenapa tak notify awal-awal? Hal rumah akak takde nak berkira. Banyak benda dalam rumah akak pakai duit sendiri repair apa-apa, tak minta duit kamu sebab fikir kamu tu student. Tapi ada fikir problem orang bila kamu buat macam ni? Gril rumah kat depan yang dah kamu rosakkan tu, nak kira macam mane? Akak 100% sehari sebelum kamu balik, gril dalam keadaan baik. Bila kamu balik sahaja dah jahanam gril. Tukang repair gril cakap, busuk-busuk RM80 caj betulkan gril. Tu sapa nak bayar? Kata keluar bulan 10, sampai sekarang kamu masih parking lagi barang-barang dalam bilik tu, dah 10 hari pun. Itu pun nak caj macam mana? Nak kira pakai hari juga? Akak nak snap foto nak iklan bilik pun susah dengan barang kamu yang masih bersepah tu. Tu pulak nak caj macam mane?

Abes Cik Das hambur keluar. Nak berkira dengan Cik Das, Cik Das pun ada banyak nak berkira dengan dia neh.

C.D: Part bil letrik kamu yang masih pending cuma RM24 pun dah menggelupur macam ni. Bukan suruh caj bil sampai RM100.


Sebenarnya ada lagi tambahan versi daripada housemate Cik Das yang nama Cik Han. Dia lagi ganas bagi statement sound tepek budak student tu. Sesungguhnya Cik Das dah kering dek kerana bil-bil nih.. Sighh.. Sabor aje laaa… T_T

Thursday, October 9, 2014

Siapa Batrisya??


Cik Das rasa nak berkongsi satu kisah semalam semasa Cik Das kuar dengan Mr. Laboo Cik Das. Kitorang pergi kelas sama-sama semalam. Tapi permulaannya tu pun dah tak bagus. Semalam CIk Das dah moody, sebab tunggu Mr Laboo Cik Das depan rumah dia lama sangat. Dalam 20min camtu la kot. Dah muncul, pastu mitak extend masa kata tertinggal sesuatu. Tunggu lagi. Pastu muncul, mitak tunggu lagi, katanya mama Mr Laboo panggil. Cik Das tunggu lagi. So, emosi yang musim bunga-bunga tu mulai jadi musim luruh (Autumn Mode). Pause sekejap, tarik napas. “Takpe, let it go, kata Frozen Queen”.

Cik Das charging mood Cik Das supaya jadi musim bunga balik. Tup tup pastu, henpon Mr Laboo berbunyi. Mr Laboo angkat. “Pot pet pot pet 2, 3 min” kendian dia letak. Semangat inkuiri Cik Das meluap-luap, so Cik Das tanya:


C.D: Sape kol?
M.L: Kawan i
C.D: Sape kawan u?
M.L: Batrisya
C.D: Sape Batrisya?
M.L: Kawan I sebelum I kenal dengan u.
C.D: Nape dia kol?
M.L: Ade problem la kot. Nak meluahkan perasaan, nak komplen, nak mengadu.
C.D: Nape mesti cari u?
M.L: Ntah la, Yang.
C.D: Brapa umur Batrisya tu? Lawa ke dia tu?
M.L: Dia tu janda la. Dah 50 pun umur dia.
C.D: Name Batrisya umur 50 tahun, sebaya dengan my mom. Name macam tu belum komersial lagi era 1960-an la.  Agak-agak la nak letak nama glamour pun. Batrisya.. Huh, Puii… Grrrr…..  
Mr. Laboo tersengih tengok muke Cik Das dah macam nak aktifkan aura pembunuh.
M.L: U jealous ke? ( sambil gelak-gelak. Panas plak ati Cik Das. Eh, mamat ni. Menjolok sarang tebuan nampak.) Janda kot. U lagi lawa daripada dia. Hehehehehe..
C.D: Mane ade jealous. Suka sangat dengan Batrisya tu pergi la layan dia.
M.L: Tak jealous? Hahaha. U pegi tengok muka U kat cermin. See how is it look. Taknak, I nak U sorang je.
C.D: Huh..
M.L: Dah la, I sayang Cik Das sorang je ok. 


Perhhh, ayat.. Memang kalo taik telinga tengah pekat tu pun boleh cair bila dengar ayat-ayat macam ni. So, later on, Cik Das malas nak besar-besarkan issue ni. Tak kantoi takpe, tapi kalau kantoi plus berbukti memang siap.. Ganas kan? !




Monday, September 29, 2014

Lalok pagi Jumaat ♥(ˆ⌣ˆԅ)

write name on picture

Selamat Hari Jumaat kepada viewer Cik Das. Tenkiu sebab memollow or terbaca or terjebak ke blog ni. Takde pape spesel pun dekat sini.  Semuanya adalah teknik taipan merapu, merepek, membokbok ( kate orghe Kelate ), etc yang dikarang oleh Cik Das bila angin nak mengarang datang.  Semua topic kalo korang baca pun, takde la gah mane. Sekadar berkongsi feeling, perasaan, pendapat personal Cik Das untuk tatapan korang yang tengah takde kerja. Betulla kan? Kalo ade kerja, takkan korang rajin nak membaca karutan Cik Das ni kan? Hahaha, I’ve got u!!


Ok ok, sorry. Jangan la sentap dengan tulisan Cik Das. Berbalik dengan topic hari ni. Apa yang Cik Das nak mengarang kat sini. Cik Das kering idea plak. Bagi Cik Das pikir jap ah. Ok, ade sikit kisah Cik Das dengan Dato’ K. ( Teng teng teng ). Dato’ K mane plak ni? Suami Dato’ Siti ke? Oh no.. No… No.. Nehi hai.. Bukan dia sorang je Dato’ yang berhuruf K kat Malaysia ni. Tuh Dato’ Khalid pun Dato’ K jugak,  Dato’ Khoo pun Dato’ K, Dato’ Kanniapan pun Dato’ K jugak.. So, banyak Dato’ K kat Malaysia. Cuma Cik Das punye Dato’ K ni adalah Dato’ Kelabu. Bukan manusia pun. Kete bapak Cik Das, Cik Das namakan Dato’ K sebab kaler Kelabu. Model plak jenis Perdana. Kan dulu-dulu Perdana ni kenderaan rasmi orang kenamaan and  Dato’ – Dato’. Jadi sebab tu Cik Das panggil Dato’ K. So, jangan salah paham kat sini.. Keh keh keh..

Sambung balik cerita Cik Das dengan Dato’ K. Abah Cik Das pass Dato’ K dia pada Cik Das sempena Whitey kena renew roadtax. Whitey ni Persona Puteh Cik Das. Jadi wat sementara, Cik Das kena look after Dato’ K. Abah dah pesan macam-macam amanat kat Cik Das. Haissshh.. So kenala Cik Das berhemah ketika membawa Dato’ K ni. Pagi tadi Cik Das dah lambat pergi kerja. Pukul 8.15am Cik Das masih lagi berlengah-lengah kat rumah. Padahal masuk ofis pukul 8.30am. Nasib baik tempat kerja lebih kurang 3km camtu daripada rumah. Cuma nak kena menunggu traffic light, tu yang kena jadi lambat. Having said that, Cik Das ni dah la lambat, plak tu cara memandu macam lagi sejam nak masuk ofis. Awat, otak Cik Das blurr ari ni?? Lepas tu boleh bagi jalan kat orang.  Kesimpulan, Cik Das lalok pada hari tersebut.. Penat je cerita,  ini point sebenarnya..

P/s: Disebabkan busy sangat hari Jumaat nan lepas, Cik Das tak sempat nak publish post. Only Monday baru sempat.. Hehehehe


Ke mana hilangnya kaki ayam itu? (☉_☉)

Flushed Face Emoji 1f633Hari ni Cik Das nak share cerita semalam di mana, Cik Das rasa lapar yang amat. Oh yea, semalam jugak adalah birthday Laboo Cik Das yang ke teeettt.. Takpe, tolak tepi cerita pasal Laboo sebab topic  paling penting, misteri kehilangan kaki ayam goreng. Cik Das goreng 4 ketul ayam termasuk satu ketul yang dipotong dua kaki ayam hujung dan jari kaki ayam. Al kisah, semasa ayam-ayam tu masih lagi di dalam kuali, Cik Das keruangan depan untuk menonton tv. Biasala, sambil tunggu ayam goreng menjadi garing Cik Das akan layan TV barang seminit dua. Tiba-tiba masa tengah syok tu terdengar bunyi letupan minyak di dapur. Cik Das cam biase la, wat biasa je. Minyak meletup sebab goreng ayam, biasa lah kan? Bila dah rasa macam cukup garing masa menunggu tu, Cik Das terus ke dapur.Face Screaming In Fear Emoji 1f631
 
Yang magic nya 4 ketul ayam tu, dah tinggal 3 ketul . Bahagian kaki dah hilang satu. Puas Cik Das cari serata ceruk dapur kut-kut terpelanting, tetapi NOTHING. (-_-)ゞ゛

Wah, ini sudah magik. Cik Das terfikir, ada “sesuatu” kah yang mengambilnya?? °)

Teori mistik  itu Cik Das tolak ke tepi dahulu sebab dah lapar sangat. Nasi pun dah masak, lalu Cik Das ngap. Hari ini Cik Das berkesempatan berkongsi cerita dengan seorang driver Dato’ ( boss director company Cik Das). Katanya, kalau kaki ayam hilang, benda yang suka mengambil adalah ‘toyol’. Menurut kata orang tua-tuan. Eh, betul kah?? Masih menjadi misteri hingga ke hari ini. Balik kerja karang Cik Das sambung balik investigation tu.  Face With Open Mouth And Cold Sweat Emoji 1f630


Tuesday, September 23, 2014

(°◡°♡) Wah, my my my ….



Cik Das terpanggil untuk menaip sesuatu yang tak tahu hujung pangkal. Ini kerana dalam masa yang sama, komputer Cik Das yang kat office ni selalu saje sangkut, lembap, memory hang etc bla bla.  Sedikit stress maka alternatifnya Cik Das mengalih tumpuan Cik Das untuk menaip sesuatu di sini. Opps, boss Cik Das baru sahaja sampai . Kena la buat muka pura-pura busy. Hairan betul lah kan. Cik Das cuba menaip tanpa melihat pada skrin, tpi sama aje  kalau Cik Das pejam mata. Bukan Cik Das hapal pun tempat menaip tu tapi macam pelik je Cik Das dapat cari tempat tekan.
Hahaha  lampu idea Cik Das dah mula menyala   (◡≦) 

Cik Das akan menaip dengan menutup mata.  (••)
Dan korang boleh baca berapa banyak kesalahan Cik Das ketika menaip semasa menutup mata.. Bersedia??  Kita mulakan.. (づ ̄ ³)

Pada suatu hari yang penuh dengan kehidupan yang selsa. Cik Das terpanggil untuk menaoi[ tentang kehidupan Cim Das yang sangar2 la boring. Cik Das rasa semua orang sangat baik.”

See see see, banyak tak kesalahan ejaan Cik Das semasa menutup mata tu?? (˘⌣˘)


Thursday, September 18, 2014

ツ Awkward moment.. (=_=!!)


Semalam Cik Das busy kerja, 2 orang manager Cik Das Mr. G.Lok ( nama samaran ) and Mr. S.Tan ( bukan maksud Setan ye.) minta Cik Das do some favor. Mr. GLok ni request Cik Das buat property research for a few of our competitor. Ok no issue pasal tu, memang Cik Das suka pun browsing tenet or Pakcik  Google untuk wat research analysis nih. Tup-tup at the meantime datang pulak manager sorang lagi Mr S.Tan ni request Cik Das wat power point. Dah season pun Mr STan ni thus, dats why kemahiran computerize Mr STan ni kurengg.. Jadi sebagai seorang staff yang dedikasi, berkomitmen penuh maka buat juga la multitasking. Sambil Mr. STan duduk sebelah Cik Das sambil kunyah pisang goreng. Ade gak lak dia pelawa Cik Das. Cik Das amik la seketul wat cukup syarat. Masa tengah shiokkkk menaip kat Power Point, Cik Das rasa ada orang tengah usap peha Cik Das yang masa tu pakai baju kurung. Ikut habit pendekar Cik Das ni boleh terpelanting orang tu kena tendang. Sensitip woo sentuh-sentuh peha ni. Bukan sebarangan orang bukan muhrim boleh sentuh.


Kussss semangat, rupa-rupanya Mr. STan tengah duk kuis-kuis dengan pen dia sisa pisang goreng yang terlanding kat kain baju kurung Cik Das. Hahadooii.. Nak kata gigi takde pagar, tengok bersusun cantik plak gigi tu takde lubang. Habes camno terpelanting? Nak Cik Das sound setepek kesian plak tengok muke orang tua tu dah mula serba salah..


Oppss, sorry. Terjatuh..”

Haisshh, sabor jer la.. Sambil-sambil Cik Das pandang kat kain Cik Das.  (_#)

Wednesday, September 17, 2014

XPDC Pecah Lemak


Pada suatu hari Abang Kawasan ( bukan nama sebenar ) telah meroger Cik Das. Lebih kurang gini ler dialog kitorang. Maaf la, Cik Das tak hapal skrip masa tu.
A.K : CikDas, coti Malaysia ko watpe?
C.D: Takde watpe pong. Nape Abg Kawasan?
A.K: Jom pegi Bkt Celaka nak? (nama asal Bkt Cerakah)
C.D: Ape menarik pegi ke sana?
A.K: Kite pecahkan lemak je la
C.D:  Sape lagi yang pegi?
A.K:  Kite berdua je la. CikDas takde nak kuar dating ke ape ke?
C.D: Petang je la kot. Roger ke?
A.K: Roger

Tiba hari yang dijanjikan, maka terpacul la wajah ayu CikDas bertemu Abang Kawasan. Lupa nak bagitau Abang Kawasan tu sebenarnya adalah seorang gadis sunti berfizikal comel. History kenapa dipanggil Abang Kawasan rasanya dah bagitau pada entry sebelum tapi tak pe, Cik Das paham korang memang tak rajin nak scroll entry sebelum ni kan?! Hahaha Cik Das sangat memahami korang. Dulu Abang Kawasan ni brutal, pompuan tapi macam perangai sedikit kejantanan. Akan tetapi bukan tomboy atau pengkid atau sewaktu dengannya. Dia ni normal. Dulu rambut beliau panjang rebonding lurus + Cap, having said that korang intrepretasi la sendiri Abang Kawasan ni jenis apa. Namun, setelah tahun bertukar dan umur pun kian meningkat, maka dikatakan Abang Kawasan ini telah menerima hidayah untuk berhijrah menjadi gadis ayu berhijab. Alhamdulillah.. So gitu la kesahnye.. Oh ya, promote sikit. Abang Kawasan ni masih lagi single serta available. (^_<!)Y

Bila dah sampai sana, punya la ramai orang. Baru teringat, rupa-rupa cuti sekolah + public holiday. No wonder lah tempat itu sesak. Skip part tercengang dek kerana ramai orang, now enter chapter lepas beli tiket. AK ( shortform je la ye) tanya Cik Das, nak menapak ke naik bas?. Dia asik rekomen suruh pergi ke Taman Kaktus. Cantik katanya, lawa snap poto. Terpengaruh dengan dakyah itu, maka dengan inesennya CIk Das pollow. So kitorang naik bas sampai ke SkyTrack . Kata Encik Drebar Bas, sampai situ je perhentiannya, selebihnye kena naik bas no. 2 ( maksudnya menapak la ). Ada gak 1km. Dipertengahan jalan hujan mulai turun dari rintik ke separa lebat. Sungguhpun Cik Das dan AK berdiri di tepi jalan still kena hujan jugak. (T_T!)Y .Apakah yang kamu sedang karutkan ini Cik Das?? Seperti biasa Cik Das bersikap menyalahkan orang dalam segala hal. Hahaha teruk betul sikap Cik Das nih.. Antara lontaran peluru puake dari bibir mungil Cik Das pada AK. Sib bek AK ni memang dah masak rentung dengan pe’el molek Cik Das nih.

“Idea bernas sapa ajak berjalan kat Cerakah pastu hujan..”
“Sebelum datang sini ada AK check weather forecast??..”
“Ni kalo esok Cik Das demam + MC, AK bertanggungjawab ye..”

Itu lah antara potpet potpet Cik Das. Dan AK hanya menjawab.. “A.A K “ ( Ada aku kesah?!) 

Ini adalah sedikit snapshot Cik Das dengan AK. Chillex..