Friday, December 31, 2021

Happy End Year 2021

 Haish.. dah nak habis tahun. Bersawang sudah my blog ni ha.. Post pertama tahun January dulu. Sekarang ni akhir tahun baru ada masa nak jengah. Busy sungguh my life ni. Hari ni ambil sedikit kesempatan untuk mencoret sepanjang tahun ini berjalan.

Awal tahun tak berapa ingat sangat kejadian. Cuma di awal Mac, daripada customer service exec bertukar menjadi Tenancy Exec ( sorry jawatan tak tukar tapi job scope tukar). My beloved boss Mr A dah tukar jadi Mr J. Dah terbiasa dengan cara Mr A jadi untuk masuk style Mr J, I rasa cannot go. Bukan tak cuba tapiiii... Ok tak mau further cakap. Dah lepas pun...

Bulan seterusnya macam biasa la kerja, ambil anak kerja, eh lupa ada WFH ke tak. Macam ada. Ada kot.. Ye ye ada, bulan Sept masuk balik. Baru lah full spektrum job scope baru tu boleh pergi. Tapi dalam masa sama haish dapat tau company macam sakit sakit pulak payment dia, kena keja half month potong gaji. Ahh sudah, macam mana. Buat la job side income business karipap frozen. Every week Alhamdulillah order masuk dengan gigihnya, I buat manual karipap pusing frozen. Life is not easy la kan, mana boleh duit jatuh dari sky like twinkle twinkle little star tu.

Somewhat October tiberr ade makhluk mana call I ingatkan scammer mana nak pow I, rupa-rupanya recruiter gigih stalking LinkedIn i ajak interview. I pun gigih juga stalking company ni kot2 nipu je kejenya.. Oh, nasib baik genuine. Interview pun pakai online, sememey je merapu ape cakap Mandarin.. Haahaha. ye la boss atas yang interview I tu daripada China Mainland, sorang pulak lagi daripada asal Thai. Stakat nak balas, wo keyi, wo zhidao, last last kalo balas pekat sangat i pilih save phrase " wo bu mingbai ler". Tak sangka, 3 sentences guna ni terus.. "When can u start on board?" I pun sap sap sui je la, after 1 month notice I can join the team.. Sebulan kemudian, here I am. Kalau dah rezeki kan... 

Bila dah masuk zone keje baru ni, I start keje WFH as really WFH. No kidding pura-pura macam kat ex company. Concentration untuk buat kerja sambil watching lappy i selalu tak sedar dah lunch time. Itu lah dia. Of course dia bagi padan dengan salary kan. That one tak boleh nak complain. Take it or u leave it.

Itu jelah kot update akhir tahun. Moga-moga ada rezeki untuk update lagi di sini next year which is tomorrow.. Chow. 

Tuesday, January 5, 2021

Happy Ney Year 2021

 

Happy New Year 2021 and here we go. Still doing this little blogging stuff. Tak banyak pun sikit-sikit jadi lah. Recap for the year 2020, Covid 19 pandemic telah menyebabkan masa berlalu dengan pantas. Sedar-sedar sahaja dah masuk tahun baru. Tahun lepas of course paling banyak cuti or work from home. Diri ini masih bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan. Alhamdulillah.

Keluarga so far sihat-sihat. Myself masih lagi stay with the in laws, for approximately hmm hmm ( counting ) 5 years.. Oh My Gosh, sangat cepat masa berlalu. Abah dah pencen. Dah balik kampung dah pun. Dorang sekarang ni dah duduk kat negeri Kelantan. No more balik Perak terms.

Kakak nadra tahun ni dah nak masuk pre-school. Dia baru 4 tahun di alam 5 tahun. Bunda harap awak dapat menempuh alam pre school dengan jayanya standing kawan-kawan sebaya. Adik Zaeem dah start mengira versi dia. Cuma bila no 7 tiba-tiba silent. Silalah jangan double standard no 7 adik. Tu nombor kegemaran bunda.

From time to time ada tempahan kek cheesecake. Buat suka-suka aje pada mulanya. Kemudian ada yang nak order. Cheesecake tu selalunya I buat saiz 2kg. Kalau ada permintaan nak saiz kecil kita turuti la. Kan customer always right.














Tengah tu je yang saya buat..👀