Saturday, November 26, 2011

Menciii... Nantuknyeee

Aku kat dalam lab sekarang. Dengan mata ngantuk dan hujan pulak. Memang terbaek lah situasi sekarang. Ibarat dengan nasi himpit dengan kuah kacang. Kalau lah sekarang tengah kat rumah, memang selamat la aku tengah tidur sekarang. Sekarang baru aje pukul 3.26pm. Masih ade sejam lagi before masa habis.


Pagi tadi kerja, tapi half day pulak. Tak sangka Nadia Oliver datang hantar barang yang aku order hari tu. Tetapi apakan daya, barang Liyana Embun yang dapat dulu. Sebab Nadia Oliver cakap pada suatu hari di hari yang aku tak ingat bila, ayahandanya pinjam motokar untuk ke tempat kerja. Maka, ayahanda beliau memunggah keluar segala barang termasuk lah barang aku. So, aku kena tunggu lepas aku abis kelas dulu. Macam tak rajin pula sebab mata ni dah mengantuk.


Cik Nobita ni bila la nak abeskan lecture nya. Penat sungguh aku tunggu penyudah kata dari beliau. Apa yang dia lecture tentang SPSS, dah ibarat masuk telinga kanan keluar ikut hidung. Otak aku terus menerus menolak segala input yang dihantar.
Masa-masa macam nilah baru aku teringat semua kawan. Alangkah bahgianya mereka. Bila lah turn aku.

Wednesday, November 23, 2011

** Watak ? Watak Pengguna Di Facebook ** - Scripters

** Watak ? Watak Pengguna Di Facebook ** - Scripters

** Lelaki dan Wanita, Siapa Perlu Siapa? **

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.



Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.



Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.



Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.



Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.



Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.



Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.



Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.



Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.



Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Supernova Fireworks

Well, today I don’t have any class to attend. Only need to concentrate to my work. And until now, still doing both. I rather doing my job with this style “Cool and relax”. Now it’s almost 10 A.M., wondering what to do. Perhaps I still got a few pending debit memos that need to be updated. In WMS still got few trade retuns need to be keyed in. My weekly report already submitted yesterday, CC all bosses. Luckily they don’t realize that a couple of weeks ago I forgot to send. What a bless from Allah


At this time usually I receive email from Super Mario. Perhaps today he might be busy. Well, I’m not feeling bothered. The thing is when he replied my email, it’s just like a fireworks spreading all around my head. Guess I shouldn’t put too much hope on this. Experience made us grow older and mature. Some more, I shouldn’t be to obsess about this. Not good for me. Just let it see what’s going to happen next.

1st December is just around the corner. I’ve been offered to do some part time job for a month. But I’m not sure whether I can do this job or not. Quite tough for me but the offer sounds interesting. And I can’t afford to let it go. Really need that cash, so I can roll it to other things. I’ve got many plans to do next year. For me, year 2012 going to be the year of excitement and enjoyable. Hopefully, my good intention doesn’t reflect to the bad things. Aminnn


What else need to tell here? Yeap admitted I miss someone. But who is he? I can say, let me keep it inside alone. I don’t want to spread it anymore. When it comes to my logic sense, it’s actually humiliating to expose anything you feel in this entry. After a while, when you read it later, it is kind an embarrassing and regretful. Right isn’t it?

Forsaken

Wahh.. hari yang sangat heaven. Kerana boss aku sudah pun terbang and takkan datang office selama 2 minggu. Lalalalal.. macam budak-budak la. Please behave. Hari ini cuaca agak mendung tanpa matahari. Sangat-sangat selesa untuk baring dan berselimut. Tapi tak boleh la, kan sekarang tengah waktu office.


Sebenarnya pagi ini idea aku agak tepu untuk menguplod new entry. Apa aku nak membebel hari ni yea? Macam tak ada idea, walhal pagi tadi banyak benda aku fikirkan. Aku fikirkan tentang diri aku yang slim ini tapi still tak jumpa pangeran hati yang boleh fit dengan tulang rusuk. Of course lah kena fikir kan ( walaupun kadang-kadang aku tak nak fikir). Mom selalu bagi hint and kias dengan aku.. ” Ma dulu masa baya ko, anak dah 2, 3. Bila lah agaknya nak rasa bercucu...” Begitulah secebis dua ayat-ayat peberet my mom. Aku muda lagi la, baru 27 tahun. Eh eh eh... Biar betik.. Dah 27 dah ek? Kenapa aku baru rasa macam umur 20??? Rasanya seperti semalam aku tamat sekolah.


Semalam aku nakal sebab ponteng kelas Financial Management. Aku tak plan pun nak ponteng. Dah siap pun niat hati ni nak pergi. Tup tup last minute aku rasa tak nak pergi sebab ”TAK RAJIN”.. OMG, nakalnya aku. Then lepas masak makan malam semalam, sharp pukul 8pm, dengan badan masih berbalut towel, aku terlelap sampai pukul 10.30pm. Bila sedar balik, rasa mereng sebab tidur and bangun terkejut. Itulah aktiviti aku bila ponteng kelas, Claim TIDUR.


Aku dah mulakan rindukan diri aku yang tahan lasak. Dulu TAK RAJIN macam mana sekalipun pergi kelas, aku tetap akan kuatkan hati and semangat untuk pergi. Tengah-tenang hujan lebat pun aku redah, sanggup pergi kelas. Semalam tak tahu kenapa aku ni banyak alasan untuk diri sendiri. Apa lah dah jadi dengan aku ni..? Frust sangat ke aku ni sampai jadi down syndrome macam ni.. Come on lah..

Monday, November 14, 2011

PURPLE PILLOW

Tengah baik punye layan moody, tiba-tiba 001 datang bagi PURPLE PILLOW. Walaupun dari Mydin tapi hahahaha tersangatlah cantik menarik tertarik PILLOW ku gebu gebas. Kasal dan Kaliz tengok aje aku dapat pillow dari 001. Kekekekeek….

Memang itu hari aku ada cakap pada 001, pillownya sangat cantik. Dan aku request kalau nampak warna purple silalah belikan satu buatku. Dan akhirnya, sebentuk PURPLE PILLOW yang sangat gebu, lembut, sedap terhidang di depan mata. Waaahhh, tak sangka 001 belikan juga (tapi kemudian aku bayar lah juga price tu, sungguhpun boss aku ni baik hati, tapi kedekut juga.). Apa-apa pun boss aku ni memag besttttttt... !! (=_=)

Slowly mood aku kembali ke landasan yang betul. Aku kena cepat-cepat update ni kat blog, sebab kejap lagi nak gigih menyiapkan prizentension pow point yang corrupt tu. Ish ish, tak dapat lah aku tido time lunch untuk merasmikan PURPLE PILLOW tu.

Polemik seorang AKU YANG MOODY

Hari ini aku datang kerja dengan mood tak berapa bagus. Banyak perkara yang buat mood aku tak bagus. Pasal budak-budak rumah. Pasal esainmen dan prizentension aku pada petang ini. Pasal kerja yang sebenarnya aku happy, kejap-kejap tak happy. Pasal hubungan aku sesama insan yang kadang-kadang tak berjalan dengan bagus.

Kupasan pertama pasal budak-budak rumah. Mungkin issue ni seco’ek je bagi orang-orang lain. Tapi pada aku yang terbeban dengan macam-macam perkara, issue kecil pun boleh jadi besar. Kadang-kadang aku tak mahu ambil pot. Tapi tak ambil peduli ni pun tak berapa bagus. Problem still tak solve, tapi makin berterusan membenam di jiwa. Bila aku balik rumah, lepas penat kerja, aku expect rumah adalah port terakhir yang dapat aku jadikan sandaran melepaskan segala keletihan, kestressan sepanjang aku di luar bekerja dan pergi kelas. Dulu masa aku dengan seorang ex-hosmet aku yang bernma Cija Menarik ( separuh nama sebenar), kami berdua yang selalu berganding bahu menjadikan rumah sebagai ”Home Sweet Home”. Cija Menarik seorang yang sangat pembersih. Tak suka keadaan yang tak kemas. Dan kerana itu, aku sudah terikut-ikut dengan sifat positif beliau ini. Aku tak kata hosmet lain tak buat. Ada juga buat, tapi tak selalu la. Life dorang busy sangat kot sampai nak jadikan rumah ni Home Sweet Home pun tak ada masa. Itu satu point. Another point is, ruang tamu yang agak sedang-sedang luasnya dijadikan port bentang toto or port tidur. Untuk sekali sekala beralih angin nak tido kat luar tak menjadi masalah. Tapi if dah hari-hari buat port tido, bentang toto tak kira masa. Kaki-kaki ntah pijak apa, pergi masuk dapur, masuk jamban, etc then lepas tuh landing dekat toto. Aku kalau bising kan nanti dorang fikir aku ni bossy. Tapi aku RIMAS situasi macam tu. Sebab tu nowadays balik aje kerja aku suka lepak atas katil aku dalam bilik walaupun semua hosmet aku berkumpul dekat ruang tamu. tengok TV. Kan best if Cija Menarik ada. Rindu pulak kat beliau.

Aku pula jenis tak suka orang tido bersepah dekat ruang tamu. Sebab: pagi-pagi susah nak bergerak, nak iron baju pun kat situ. Aku pula suka iron baju waktu pagi bila nak pergi kerja. Jangan suggest aku iron waktu malam sebab waktu malam pun dorang berkumpul kat situ. Masing-masing dah ada bilik, siap ada katil masing-masing, then apa fungsi katil dalam bilik tu. Tempat setan tido ke? Punca tido kat luar sebab dalam bilik takde kipas. Tapi sudah berbulan-bulan stay dekat rumah ni, nak beli sekor kipas pun tak mampu ? Tapi beli baju, keluar tengok movie, shopping, semua bagai tu mampu pula. Aku rasa if total kan semua bukan setakat kipas, air-cond pun boleh pasang.

Kenapa aku rasa post aku kali ini sangat kejam ye. Kenapa aku menuduh mereka tanpa usul macam ni? Bahasa mudah kenapa aku selfish? Jawapannya mudah : AKU PUN TAK TAHU......

Monday, November 7, 2011

I ain't a PLUMBER!!!

Aku dah kembali ke Shah Alam. Tadi pulang bersama adik-adik jantan aku. Angah dan achik. Sampai je kat rumah aku ingat boleh berehat. Sekali pandang sinki dengan sampah. Tiba-tiba aje temperature aku naik mendadak. Sepinah mana lah yang membiarkan sinki dengan serba serbi terapung. Jijik pula pandangan mata aku ni melihat. Ini boleh mendatangkan marah. Adoii.. sepinah-sepinah sekalian.


Izinkan aku membebel seketika di sini sebagai melontar perasaan tak puas hati aku. Gua tak marah korang nak guna dapur. Sebab duduk sekali and bayar sewa bersama-sama. Pakai, jangan tak pakai. Tapi apa masalah korang nak buang sisa and sampah sarap tu dari sinki? Kenapa korang biarkan terapung-apung macam mangsa banjir kat Bangkok tu. Dengan plastic sampahnya dah penuh, korang sumbat sampah-sampah sampai muntah. Dont give crap la, cakap korang busy kerja or study. Tak pasal-pasal hari ni gua jadi plumber terjun. Korang tau tak sisa minyak, sisa-sisa yang korang buang, meleleh dekat gua punya tangan dan lengan? Gua korek tanpa perasaan. Geli and jijik? OF COURSE ADAAAA.. Tapi sebab fikir, mende nak guna lama. Gua tolak tepi beb gua punye geli ni. Tapi pernah korang rasa sekali? Macam mana jari jemari mengorek sisa macam kapal korek and melekat pula dekat jari. Tak pernah kan nak try. So, WHAT THE HELL KORANG TAK BOLEH GUNA COMMON SENSE TU NAK JAGA KEBAJIKAN RUMAH SAMA-SAMA.????


Lagi satu korang tau tak function filter kat sinki tuh untuk apa? Untuk memerangkap sisa supaya tidak tersumbat. Tapi kenapa korang selalu keluarkan filter sinki tu? Sebab nak bagi aliran air cepat keluar. Memang murni and bagus.. Memang bijak idea bernas itu. Tapi BANGANG juga. Bila tersumbat sisa-sisa tu, sape yang jadi kapal korek? Bila time ada problem kat rumah, sinki sumbat, toiler sumbat, shower sumbat. Korang pass semua kat gua suruh setel. Ini yang bikin hati gua panassss...


Sekian, warass

Sunday, November 6, 2011

Apa Sebenarnya......?

Hari ni hari raya Qurban. Jadi, aku beraya di Perak kali ini. Tahun lepas dah balik Kelantan, so tahun ni kat sini. Bila dah balik ni, aku macam biasa. Tolong mom buat persiapan? Yang banyaknya aku tolong tengok je la. Bukan apa, aku tak nak sebarang campuran or sebatian bercampur dalam masakan mom. Sebabnya, sekali aku dah masuk dapur, aku tak tahu apa benda yang aku campur aduk. Yang pastinya abah takkan gemarkannya.

Aku buat kek butter semalam. Tak tahu kat mana silapnya, tapi hasil post mortem rasa-rasanya terlebih butter kot. Kek aku yang selama ni aku buat sedap, tak tahu kenapa kesedapannya kurang sekali semalam. Rasa-rasanya aku tak letak garam dalm adunan kek tuh. Atau mungkinkah disebabkan esen vanilla yang aku gunakan tu bukan jenama “Star Brand”, jenama Papco. Korang dengar pun macam pelik kan. Conclusionnye, disebabkan satu produk aku bikin semalam tak cun, telah membantutkan niat aku yang lain-lain untuk menolong mom kat dapur. Macam kurang waras je reason ni. Ahh, senang cerita aku mengaku aje lah yang aku tak rajin masak kat dapur rumah mom. Hahahaha, leganya lepas mengaku.

Bila dah spend masa kat rumah, macam biasa lah. Aku dilayan seperti ayam daging. Setiap masa diberi makan. Kejap-kejap makan. Untung lah badan aku ni bukan jenis yang cepat naik. Makan lebih pun belum tentu nampak effect. Alhamdulillah, bagus. Minta dikekalkan begini. Memandangkan abah pun takde involve dengan apa-apa aktivit korban, so far inilah raya haji terboring yang pernah aku alami. Disebabkan itu, sepanjang hari aktivit aku mentelaah drama korea dari pagi sampai malam. Kan bagus if aku praktikkan mentelaah ni pada study and assignment aku. Tapi macam biasalah, hasutan syaitan.

Perasaan aku di kala ini seperti kena hentak dengan bongkah yang tah ke berapa kalinya. Aku pun dah malas nak kira. Seperti biasalah, why question tu tak lekang bermain di minda. Aku seolah-olah keliru. Aish.. susah sungguh nak diceritakan. Tak tahu macam mana nak mulakan. Apa yang aku boleh katakana di sini. I must be strong. There must be someone i belong. So, until then aku MESTI bertahan.

Wednesday, November 2, 2011

Eh eh, Hijau nye daun itu

Tadi aku skudeng blog member-member. Dah lama tak buat aktiviti berfaedah. Makin canggih pulak blog diorang dengan widget bagai-bagai. Aku punye blog je yang macam tuh. Common dan simple. Bukan tak nak buat macam diorang tapi aku selaku pekerja cum pelajar asyik busy aje dengan rutin. Macam tak ada non stop. Orang lain yang ada banyak masa lapang tu pastilah banyak masa boleh dihabiskan menatap blodg and mengupdate, even cerita kucing nak beranak pun dorang update. Pastinya hubungan rapat sejagat dengan kucing itu telah mendorong mereka mengabadikan memoir penting itu bersama kucing. Mungkin diorang nak paparkan pada anak kucing itu pengorbanan ibu kucing susah payah melahirkan anak kucing. So, bila anak kucing tuh dah dewasa , anak-anak kucing boleh tengok dengan mata mereka sendiri bagaimana ibu mereka melahirkan mereka. Persoalannya, faham ke mereka?


Sekarang petang-petang aje dah hujan. Bagi orang dah kawen seronok lah, ehem ehem… Salah cakap pulak. Ina Toyota baru aje inform aku proposal dia masih dalam progress mode. Makna katanya, esok baru nk jumpa Encik Abu Arang. Nampak gayanya, petang ni terpaksalah jadi “lone ranger”. Rangers lain semua tak free, busy menentang raksasa proposal masing-masing. Aku nasib baik lah guna “light cruiser” sumbangan Encik Daniel Azly ( nama samaran), maka aku dapat menyiapkan dengan cepat sebab foundation sudah ada. Ditambah lagi dengan kebolehupayaan aku mencari semua source dengan tepat, maka mempermudahkan lagi urusan. Alhamdulillah ( mesti tak lupa ucapkan syukur, sebab yang ini adalah pinjaman dari Allah swt). Disebalik kesusahan dan dukalara aku terhadap seorang manusia berjantina lelaki yang aku sayang sungguh-sungguh, dipermudahkan sikit urusan aku yang ini.


Hujung minggu ni raya Haji.. Yeay Raye yeay… Tapi poket nipis sikit. Baru je beberapa hari lepas, selonggok duit aku longgok kt kedai air-cond kereta. Hujan-hujan ni air-cond kereta buat hal pula. Nasib lak aku mendapat skim bantuan khidmat adik-beradik daripada Angah ( adik jantan aku). Beliau dengan murah hatinya menaja separuh dari jumlah itu. Terima kasih, adikku. Kaklong sayang banget sama kamoooo… ( Ceh, time bagi duit sayang terlebih-lebih pulak..)

Putus Cinta?

Title entry yang agak sesuai untuk tema kali ini. Fuh.. sudah agak lama aku tak update entry aku.. macam dah bertahun-tahun. Alasannya.. takde modal nak cerita. Tapi disebabkan 2,3 hari ini aku stress and tekanan perasaan, aku kena lakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perkara pokok yang menjadi punca stress dan tekanan aku, seperti normal lah hal kerja, hal study, hal keluarga, hal hubungan. Bila digabungkan semua memang terbaik lah susu kocak perisa stress aku ni.

Beberapa minggu ke bulan lepas, aku rasa aku putus cinta la. Mesti pelik kan, kenapa rasa?. Common sense kan sepatutnya aku kena keluarkan “justify” statement dengan jitu, dan bukan main agak-agak or rasa-rasa. Tapi memang betul, aku rasa aku putus cinta. Aku sayang sangat lelaki ni, tapi sayang, dia tak sayang sangat pada aku. So, apa patut aku buat? Aku dah agak mesti korang nak suggest aku, lupakan dia, cari je lelaki lain. Jangan risau, memang aku dah buat. Tapi nak jadikan cerita, dah memang ditakdirkan jodoh pertemuan dengan segala calon-calon lelaki yang bakal dijadikan boyfriend, tak pernah panjang. Paling lama bertahan pun seminggu. Kenapa?

Bukan aku tak post mortem diri sendiri. Selalu juga aku muhasabah, menilai perilaku diri sendiri, aku kah yang bermasalah atau lelaki-lelaki yang aku jumpa tu ke yang tak tepat untuk memenuhi syarat tulang rusuk kiri?

Aduh.. aku dah terlupa apa aku nak membebel lagi. Tiba-tiba sahaja datang contract worker kat tempat aku minta aku acknowledge se bundle document. Terbantut seketika idea yang mencanak tadi. Kena masuk gear satu balik. Aku update entry masa tengah kerja. Oppss.. bukan aku mengular lingkar anaconda time kerja, mengulat gonggok sikit je. Aku sokong proverbs ni  “All works but no play make us adull worker”

Takpe, apa-apa sahaja yang keluar dari benak otak aku, kira spontan sajalah. Kalau lari sikit dengan topic atas takpe kan? Korang tak marah kan? Kenapa plak korang nak marah? Dah entry aku, ikut aku lah kan nak update apa.

Aku paling suka masuk lift tekan sendiri, sejak dari zaman diploma lagi, sifat aku yang “istemewa” tak pernah-pernah lekang dari personality aku. Member-member aku semua dah hafal sangat sifat aku nan satu ni. Korang tak faham? Hmm…. Camne nak cakap ye, hanya genius seperti aku sahaja yang boleh berfikir di luar kotak. Masih lagi tak dapat tangkap? Takpe, jangan risau. Tak masuk exam hidup korang pun. ( Aku dapat rasakan hampir ke semua pembaca akan mengulang perenggan ni sampai faham. Tapi yang sekali saja baca dah boleh faham. Tahniah, kerana korang memang genius macam aku.. Tepuk tangan untuk diri sendiri.)

Hari ni aku kena hantarkan 2nd draft proposal pada Encik Abu Arang (separuh nama sebenar). Minggu lepas aku dengan classmate bernama Ina Toyota (separuh nama sebenar) dah jumpa dengan Encik Abu Arang ni. Nasib baik draft proposal aku tidak ditolak mentah-mentah. Mungkinkah kerana aku dan Ina Toyota menyogok beliau dengan setin Tongkat Ali Power Root dan sebekas cookies, maka beliau tanpa banyak songeh meluluskan. Para full-timer and part timer student ( seperti aku), sila lah anda bertindak dengan bijaksana. Sebelum berjumpa dengan advisor anda, bawalah apa-apa bekalan. Manalah tau kot-kot rezeki, proposal anda diluluskan tanpa was was.

Aku baharu sahaja kembali dari melunaskan tuntutan azali. Tengah syok taip, tiba-tiba pula dapat signal besar untuk mengadap paduka mulia encik tandas. So, tak perlu lah aku mencirikan dengan terperinci apakah urusan aku dengan ia. Biarkan ia rahsia. Puncanya semalam aku beli satu pek Yakult. Ini semua pengaruh iklan yang memberi impak maksima dan menarik aku tanpa berfikir panjang untuk membayar harga benda alah tu. Tapi korang kan tahu sebotol Yakult tuh, aiseh sekali teguk je dah abes.

Sungguhpun aku berjisim slim dan ber figura ala-ala model, saiz Yakult yang tak munasabah itu telah menyebabkan aku membalun 3 botol sekali gus. Ikutkan hati, nak abiskan satu pek terus. Tapi karang ada orang kena diarrhea pulak. Pengaruh iklan kata, ade 5 juta bacteria Shirota dalam satu botol Yakult. So, semalam aku tibai 3 botol, makna kata aku telah memasukkan 15 juta Shirotan untuk menentang bacteria jahat di dalam usus aku. Lepas 15 minit, dalam usus aku bagaikan ada peperangan besar sedang meletus. Masakan tidak, tiba-tiba aje perut aku memulas. Tapi tak rasa nak “uhum-uhum”. So, pending for verification la semalam.