Thursday, January 26, 2012

*&^%$

Malam semalam tiba-tiba hatiku terdetik nak skodeng crush baru aku. Nak usya apa aktiviti dia kat FB. Then, suddenly my eyes tertacap on something that published on his FB recent activity. His comment to a young girl. I guess a teenage school girl perhaps. Menyirapbandungcincau jap aku. Huh, if namanya lelaki. But I’m still cool la. Pengalaman lepas-lepas dowh.

Then malam tu terus aku tembak dia dengan sms yang agak berbisa. Well, you mess with the wrong girl. Told him, “Wat the fucking comment u gave to that freak young girl?”. Surprisingly, he replied very soonest. As compared to last time I texted him, he seldom wanna reply my sms that quick. Dan-dan pula nak petik reason yang his frenz always use his id to tackle gurlz. Come on lah, dear. I used to live few years earlier than u. So, my life much more salty than urs.

I told him, “If u think that I’m still not fit to be ur GF, n u still browsing ur eyes with other girlz, just be honest. Coz, I really DON’T LIKE it. When I’m said I’m committing to someone, I really mean it” . N he replied, “I pun really mean it ok”

Huh, how troublesome. But I suddenly remembered my friend had told me a long time ago, “Think b4 u throw”. So, I need to analyze in different angles or point of view before I make my final decision. What I can say is, “Beware my dear. U are still under probationary period. If ur performance continuously to be declined, I’ll not hesitate to withdraw”

Wednesday, January 25, 2012

WAZZUB

Nah click mende alah ni:

WAZZUB is in pre-launch until April 9, 2012. The more users that join our network through your personal link the more your $FACTOR will grow. Each new member 5 generations deep let your $FACTOR grow by 1. After launch we will pay 50% of WAZZUB's profits to our pre-launch members every month.


We simply divide the earnings through the total amount of $FACTORs of all members. Let us say for June the rate per $FACTOR is US$1.00 and your personal $FACTOR is 3905. That means we will pay you 3905 x 1.00 = US$3905.00!

IMPORTANT: WAZZUB STAYS FREE FOREVER! YOU NEVER HAVE TO PAY US A SINGLE DOLLAR!

http://signup.wazzub.info/?lrRef=8e87b

Tuesday, January 17, 2012

Iron Ass

Semalam berlaku funny insiden kat ofis. Kadang-kadang aku terfikir, working chair aku ni berhantu ke. Semalam boss aku main kenyit mata bila aku lalu. Ala, tak yah fikir apa la, kitorang kat ofis memang macam tu, bukan jadi skandal pun. Aku lak macam biasa la menjelir lidah bersungguh-sungguh hati sebab boss kenyit mata and wat senyum2 menggoda kat aku, plus mencebik mulut kat dia. Tu datang sewel boss aku macam tu lah. Tak ambil pot pun.

Semalam aku pakai ayu gila, dengan kebaya dan kain hitam skirt payung. Memang cantik lah aku rasa diri aku semalam ( perasan gila). So ala-ala catwalk, lepas menjelir kat boss, aku duduk kat working chair. Tiba-tiba

’Praaaap...” Kerusi patah dengan dengan aku dah terduduk ke lantai. Nasib bontot aku tak kena sula. Adeh, pedih and kebas. Kak Liz bantai gelak kat aku. Lady Boss aku tolong tarik aku bangun dari kerusi. Dia tanya aku

”Arin, are you ok?” Aku jawab, ”Kebas”. Malu? Hmm.. takde perasaan. Sebab dah lali sangat kerusi jatuh daripada aku. Mesti ada yang tukang menyambutnya. Boss yang aku jelir lidah tu lak, nak tergelak besar tapi dia kontrol. Huh, nak gelak, gelak je lah. FYI, badan aku tak macam Syani ok. Aku jauh lebih slim dengan berat aku just 49kg berketinggian 164cm ( tak ke figure model tuh?. Perasan lagi). Tu yang aku pelik, kerusi aku takde bagi simptom-simptom nak reput atau runtuh. Angin takdek ribut takdek tiba-tiba barai time aku duduk.

So boss aku perli aku lagi sebab dah ada modal, ” Robert Downey Jr berlakun sebagai Iron Man... Arin berlakun sebagai Iron Ass ” Syioot je cakap aku Iron Ass... Asal pandang aku je semalam dia gelak. Cess cess cess...

Wednesday, January 4, 2012

2012 & aku

Tahun 2011 sudah beberapa hari melabuhkan tirainya dan kini tahun 2012 membuka lembaran baru. Kini aku semakin menginjak ke usia yang agak matang. Pandangan kini berubah. Tinggal beberapa ketika lagi larian pendidikanku bakal menuju ke garisan penamat. Namun, semakin ia menghampiri ke garisan itu, semakin lebat aku dihujani dengan cabaran dan halangan. Semua menggamit perhatianku agar memperlahankan larian ke garisan itu.

Baik dari segi kerjaya, percintaan. Ianya silih berganti mengganggu kotak fikiranku. Lantas, apa yang perlu aku lakukan? Adakah aku akan tenggelam atau terus membanting segenap kederatku untuk berenang ke tepian. Memarkirkan diriku setelah bertahun bergelumang dengan arus dan ranjau pilihan hidupku ini. Satu pilihan yang melibatkan percaturan yang tinggi.

Dalam segala kepayahan yang mengikat kakiku ini, aku bersyukur kerana masih mampu melawan dan berjuang hingga ke akhir. Barangkali tanpa azam dan kecekalan yang sekeras waja, mustahil untuk aku terus bertahan. Apatah lagi bukan calang-calang orang yang mampu menyudahinya. Adakah aku akan termasuk di dalam golongan itu?

Bila kutoleh kembali kepada tahun-tahun yang telah kutinggalkan, sememangnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis telah menghiasi setiap perjalananku. Baik pengalaman sepahit hempedu mahupun pengalaman yang manis bak madu. Semua dirojakkan menjadi satu variasi yang mendewasakanku. Dan aku teramat bersyukur dengan segala pengalaman itu, dek kerana itu aku menjadi diriku.

Acapkali orang memujiku, dan sebanyak juga orang yang membenciku. Aku sedar, kekhilafanaku tidak mampu untuk menyenangi hati semua pihak. Namun, aku cuba menjadi lebih baik dari semalam, dan juga aku akan berusaha supaya hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini. Benar, setiap yang berlaku ada hikmahNya. Sebagai manusia yang tahu berfikir, dia takkan menyalahkan takdir. Sebaliknya akan berfikir mungkinkah ada kesilapan yang tidak kita sedari maka kita diberi ujian yang sedemikian. Ataupun untuk menguji sejauh mana tekad kita. Aku berharap aku akan sentiasa menjadi manusia yang tahu bersyukur dan menghargai nikmat itu.

Mungkin coretan aku pada malam ini agak serius kedengarannya. Kali ini aku ingin meletakkan akalku di tempat yang sebetulnya. Walaupun agak sukar kerana keterbiasaan itu sudah sebati dalam diri namun, selagi mampu berusaha ke arah itu, aku akan buktikan. InsyaAllah..