Friday, April 22, 2016

Birthday date with Mr Hubby

Bila birthday, every year PnDas memang akan apply cuti sebagai acara Personal Public Holiday PnDas. Mengikut persepsi PnDas, birthday ialah hari untuk menyantaikan diri tanpa perlu membebankan fikiran kita untuk bekerja. Plus, PnDas taknak mengharapkan budak2 ofis @ pressure kan diri mereka membuat collection nak buat acah-acah surprise birthday party. Lepas tu bila masuk time birthday orang plak, kena bagi donation. Dah macam paksarela. So bila camni PnDas rasa tak perlu rasa terbeban nak bagi donation. PnDas dah refuse awal-awal don’t want to involve with this all kind office birthday party. Lagipun pengalaman lepas-lepas tatkala kawan-kawan ofis buat birthday party, banyak juga meninggalkan memory yang tak berapa best. Contoh di sini, bila time birthday orang, kita sungguh-sungguh buat sampai beli kek yang agak best untuk diraikan. Bila time kita plak kek nya pula ala kadar aje. Contoh the 1st person dorang sediakan kek from Secret Recipe. Mahal kan? The 2nd fellow another time la dia punya birthday beli kek from Giant sahaja. Alasan bajet tak banyak so keknya tak special.  Dah timbul rasa tak puas hati di situ. So, buat apa kan? Baik celebrate dengan insan-insan istimewa sahaja. Itu personal opinion PnDas aje la. Kalau ada yang rasa nak meraikan dengan kawan-kawan ofis lagi bermakna, by all means dipersilakan. Nasib kita tak sama. Jenis kawan-kawan juga tak sama. Itu aje komen PnDas. Huhuhuhu, chill..

                Ini kisah hari yang sama sesi petang plak. Lepas urusan register buku pink setel, kena faham juga lah kan bahawasanya ( Hubby suka bebenor gunapakai ungkapan ini) hari lahir adalah bersamaan  dengan tarikh luput lesen memandu tahunan. So, PnDas malas nak ke JPJ . Nak full reload sabar petang petang hari memang payah sikit la. Altenative solution buat renew kat pejabat bos besar. Puas hati sikit kaunter banyak and urusan laju macam air. Tak sampai setengah jam setel bab renew lesen. PnDas baru dapat tahu yang Hubby pun tak renew lagi lesennya since last year. All this while he’s been driving with expired due license. Seriously dear????! Bila dia nk renew, katanya IC dia ade problem chip. Bengang le sekejap sebab kena pegi ke Jabatan Pendaftran untuk replace IC barulah boleh renew Licence tu. Kesudahannya tak pergi.

                Jadi Hubby masih lagi memendingkan (new term, jangan guna di public sebab salah vocab) urusan renewing beliau. Lantok ler sayang uihh. Kalau kena saman bukan PnDas yang bayor.  Lepas tu sibuk la bertanya,

Him: Sayang nak celebrate bday kat mana?

Me: I lapar, kita makan dulu ye?

Him: Boleh, nak makan ape yunk?

Me: I teringin makan nasi goreng la lately ni.

Him: Masakan goreng-goreng, tengahari belum ade yunk.

Me: Oh… Camtu nasi ayam kat seksyen 6. Air honeydew tu sedap. Dah lama tak minum. Ayam nak lebih ye.

Him: Okay.

Then both of us lunch kat situ dulu before heading to Subang Parade.


Kutip kat Google Image.

No comments: