Thursday, December 27, 2018

Satu memori terungkap


Di balik memori yang tiba tiba menerpa daku terkenangkan satu nama…. Nazihah. Dia seorang yang matang pada usia 10 tahun. Kematangannya melangkau usia remaja. Ketinggiannya melebihi murid murid biasa. Tahi lalatnya di bawah mata. Senyumannya ceria. Kesayangan cikgu N ( I terlupa nama). Peminat tegar kumpulan Slam sama dengan cikgu N.

Setiap kali I berkelakuan kurang matang, biasala perangai budak budak 10 tahun matang tahap mana kan. Nazihah akan sound I tak matang.

“Well, I’m 10 years at that time rite?” Kami berdua berkawan baik dengan seorang lagi bernama Syikin Nizal. Dia anak pengurus Risda. I pada ketika  sangat sangat BFF dengan Syikin Nizal hingga ke satu tahap akan cemburu jika Syikin Nizal melayan Nazihah lebih daripada I. My childhood bff which now separated whereby salah satunya perpisahan abadi dan satu lagi tak pasti bila bertaut kembali.

Kami berpisah mengikut haluan masing masing selepas tamat UPSR. Nazihah  dan Syikin Nizal mengikut keluarga berpindah. Masa tu handphone, FB, Internet belum popular maka kami tak dapat menyambung silaturrahim. Alamat ntah di mana. Nazihah pada ketika itu I sempat bertanya khabar from time to time melalu adiknya yang dipanggil Mekna. Katanya kakaknya tak berapa sihat. Until one time I terima berita from adiknya Mekna bahawa Nazihah sudah tiada lagi. Dari my memory yang sudah kian samar samar, I tak perasan since bila dia sakit. As one of so called her bff, I tak pasti sampai level mana I ambil berat pada dirinya. Am I being awful?


Syikin Nizal , well I don’t know what happen to her? Hidup lagi kah? Ntah ingat lagikah dia pada diri ini? Mungkinkah sudah berkeluarga. Beranak berapa? Tinggal di mana? Kadang I cuba juga randomly cari that name melalui Pakcik Google. Sayangnya belum ada rezeki untuk terjumpa. Mungkin suatu masa jika diizinkan sang Pencipta.