Wednesday, July 26, 2017

Baking Mode: Cappucino Cheesecake


            Last   weekend I teringin nak makan cheesecake. Memandangkan I ade beli setebal tebal alam buku masakan untuk dessert semata “Bon Apetite Dessert”, jadi I ambil keputusan untuk study resepi resepi kat dalam tu. I selak la bahagian cheesecake. Buku resepi ni sangat tebal dan keras kulitnya. Kalau jatuh kat kaki, maybe boleh retak kot tulang, depends la kot. Bahagian resepi cheesecake, I tengok bajet macam senang aja. Study how to do crust, filling and topping. Terus memorize the recipe ( ini short term memory je) sambil checking dalam fridge stok barang yang masih ada.





            Lepas check tengok banyak barang barang takde so I decided nak pergi beli dekat Bagus Baker Supplies Seksyen 13. I suka beli barang barang bakery kat sana pasal stok nya pelbagai, mata boleh jadi rambang. Senang cerita seronok bershopping sampai habis beratus pun tak sedar. Ape? Ingat shopping baju and handbag je abes beratus?. Ok cut pasal tu. I ajak my hubby pergi sekali. So hubby ikut juga la. If dia tak nak ikut, I pun boleh je drive sendiri ke sana. The thing is my hubby tak nak bagi I drive sensorang which I dunno why. I rasa my driving skill lagi mantap dari dia kot ( huh riak eh..). But it’s true.. Hahahah.

            Satu perangai I bila buat cake ni, I tersangatlah suka derhaka dengan resepinya. Mula la I nak modify dengan menambah nambah bahan yang takde dalam senarai. For me, I like to follow the recipe but I suka if the recipe is according to my own. Baru lah ade, hak cipta terpelihara kan..? Lepas tu kan, bila dah modify recipe ni dan hasilnya ternyata sedap, I dah lupe sukatan bahan bahan yang I pakai tu. Lagi best dah lupa plak ape mende yang I taruk dalam resepi tu haaa.. What a waste. Kira resepi prototaip je la kan. Nak buat balik dah lupa… My bad my bad.. ^_^

            My hubby, my M.I.L and my mom pun selalu pesan. Buat resepi tulis balik. Nanti lupa. Tapi standard la iyakan dulu. Lepas tu, lupa juga nak tulis resepi.  Anyhow, ini I share kan dulu resepi yang I buat according to my own. Bab sukatan tu sorry to say ye. Seriously I memang pakai agak agak aja. I tak measure tepat pun. Hebat takk? Hahahah

Cappucino Cheescake

Crust:

1 pack digestive biscuit size 250gm rasenye. ( Hancurkan guna alat yang korang ada. Lesung batu pun boleh, kisar kering, or food processor. Jangan ada ketul ketul biskut tu. Biar betul betul hancur. )

1 genggam Nestle cornflakes (kisar hancur guna mesin kering. If ade food processor lagi bagus. I tak advise pakai lesung, tapi kalo rajin guna kekdah ni sila kan ye. Janji hancur. Nak guna apa apa pun boleh)

1 cubit cubitan garam

Suku pack butter. Cairkan dulu pun boleh. Pasal I malas, I biarkan suhu bilik. Bila dah lembik butter tu gaulkan dengan semua bahan kat atas.

Cara Buat:

Gaulkan kesemua bahan2 yang dihancurkan. Alaskan spring foam dgn butter, minyak,. Masukkan bahan tadi ke spring foam. Tekan tekan ala kadar je. Sebab kalo tekan padat padat, nanti crust tu jadi keras. I cakap pasal I buat camtu. Hahahaha, so jangan buat. Pastu based on resepi ni, crust itu dibakar around 10min api suhu 150 darjah C. Inipun kena tengok jenis oven juga. If oven jenis panas, boleh kurangkan suhu. Tak yah masak lelama pasal nanti nak bake lagi cheese filling guna water bath. Biarkan sejuk seketika.

Filling

3 pack Philadelphia creamcheese size 250gm. ( Pakai cream cheese lain pun boleh. I beli Philadelphia pasal masa tu ade offer. )

1 teaspoon cappuccino flavor

250gm milk chocolate dicairkan ( guna dark chocolate pun boleh. Tapi kena pandai play around dgn kuantiti gula. Since that milk chocolate ni dah manis, I guna 1 cup brown sugar je dah cukup. Cairkan guna double boil. If malas, pakai microwave pun boleh. I guna microwave aje)

¼ cup cocoa powder

4 biji telur ayam saiz A

Cara Buat:

Putar cream cheese, cocoa powder, gula & chocolate cair. Putar sampai sebati. Kemudian, sebiji demi sebiji masukkan telur. Sambunng putar sampai nampak sebati. Ambil spring foam yang ada crust tu dan tuangkan adunan cheese ke atasnya. Ketuk sikit bagi rata. Jangan over ketuk nanti barai spring foam, abeh terkeluar kesemuanya. Isikan air ke dalam satu bekas yang boleh fitkan spring form tu. Since that I takde bekas besar, I guna disposable baking aluminium foil. Isi air dalam tu agak agak nak half tinggi spring form. Bakar dalam oven pakai water bath selama 1 jam suhu 170 darjah C camtu la. Spring foam tu I guna size 8”.

Topping

100gm milk chocolate

Agak agak whipping cream

Sedikit cappuncino flavor

Butterscotch chocolate chip

Cara buat:

Masak topping ni bila kek sudah masak ye. Jangan pi gatal buat awal sangat. Pasal ganache ni akan mengeras bila sejuk. Guna double boil. Masukkan coklat, whipping cream, cappuccino. Kacau hingga sebati. Tutup api & baru masukkan butterscotch. Later on toppingkan atas cheese cake. Tudia siap…

Ni I ada upload, outcome nya. Selamat mencuba. I buat jadi. Kalo tak jadi, jangan salahkan resepi. Salahkan diri sendiri sebab tak pandai bake.. Plus, since I guna method agak agak. Kena lah pandai agak ye..

Chill.. ^_^

Hahahahah..




Thursday, June 22, 2017

Siri Repek Corner: Ramadhan

Siri Repek Corner: Ramadhan: Tahun 2017 rasa macam tak berapa nak rajin pula I nak update blog ni . I rindu sebenarnya nak update entry. Ada banyak perkara yang nak d...

Ramadhan & Raya 2017


Tahun 2017 rasa macam tak berapa nak rajin pula I nak update blog ni. I rindu sebenarnya nak update entry. Ada banyak perkara yang nak diluahkah tetapi kena mengambil kira juga sama ada hal ini wajar atau tak update. Manalah tau ada pihak pihak yang terbaca dan terperasan dirinya adalah subjek yang diperkatakan. Semua boleh claim “ Blog aku suka hati aku lah nak update apa. Tak suka takyah baca”. Well statement camtu I have no comment la. Masing masing punya pendirian.

Ramadhan tahun ini I biasa sahaja la. Rutin sebagai bunda Nadra, isteri Mr Laboo, as a menantu for Zahari’s clan is considered as a big role juga. Most of the time ketiga-tiga roles ni berlaku serentak. Bila hal ni berlaku rasanya masa tu la I jadi Gal Gadot “Wonder Woman”. Tahun ni giliran beraya sebelah keluarga suami. Looking forward since that ini first raya dengan keluarga mertua. Tahun lepas suami ikut beraya ke kampong I di Qelate. Mana mana readers yang follow my blog patutnya tahu I baru kawen tahun lepas. Hahahah

Persiapan raya pada tahun ni, I dah tempah baju raya 2 pasang 3 bulan awal. Alhamdulillah, baju tu siap before puasa. Good, & tak perlu pening pening. Tema tahun ini dengan suami ialah color royal blue. Cinonet tu pun I hantar baju tempah juga untuk dia. Kiranya kedondong  (sedondon) la kami sekeluarga.. Cuma belum siap lagi dan dijangka pada hari ini ( 22 June ). Biskut raya pun I sempat juga buat dalam 5 jenis. Walaupun berkalut dengan anak, I gagahkan juga misi raya tahun ni untuk buat biskut raya sendiri. Sebab I dah declare janji dengan mom nak bawak balik biskut raya homemade pada Hari Raya Ketiga nanti. I jenis janji ditepati. Once dah bagi statement "janji manisku", sedaya upaya I akan kotakan. Nanti I update picture homemade  biskut. Kalau rasa nak tempah, buat masa sekarang I tak berapa confident nak ambil tempahan. Bukan pasal takut resepi tak sedap, I confident biskut I sedap ( cewah boosting mode. ^_^ ). Cuma kekangan masa dengan Cinonet ni. Bila Cinonet nak mode melekat je dengan I, susah la sikit I nak concentrate buat biskut. Plus, I jenis utamakan janji. Bila janji nak siap pada this dateline suddenly tak dapat siapkan, I rasa bersalah sangat sangat & menghampakan orang. I tak suka feeling macam tu. Senang citer komitment tak mengizinkan I.   

Red Pearl

Red Velvet my own recipe

 Tart Gulung

 Semperit

 Famous Amos

My lil Cinonet:

Thursday, March 16, 2017

My Kitchen lil thing

Doing some masak masak at home. Tadaa, dinner. Looking forward for another menu next time.

Chicken Boneless Teriyaki 


Chicken Green Sambal


Turmeric Fried Fish with Shallot


Stir Brocolli with Buncis ( luper the name in English ^_^)


Pufftry Pizza

Dah beranak la wei.. ( Backdated Entry)

Hola semua readers or fans of siri repek corner i. Buat pengetahuan semua, ini adalah kali kedua draft yang ditaip oleh me setelah menaip beberapa perenggan yakni ilham mencurah-curah sudah terlupus tanpa sengaja. ( Frust sungguh gilerrr). Terpaksa la me menaip lagi sekali dan of course content nya takkan sama.. ( Aahh... ! Ok relax and retyping. By da way jangan luper save yeee...! Take note meself ~ ungkapan baru)
Kita citer dari mula mula masa hari I kena rush pegi hospital. Pada hari Jumaat 9 Dec 2016, I dah siap siap nak pegi keje cam biasa la... Siap mekap bagai until my sister in law tegur.. " Wah, cantik cantik sangat hari ni"

So I jawab la saje je nak melaram. Dalam hati cakap mana tau nak terberanak ari ni atleast macam CikTa, mekap sikit takdela pucat lesi muka. Huh, mulut tu masin sungguh.

Suami hantar I cam biasa. Sebenarnya that day I pegi keje after 2 days mc. Bila sampai office, colleagues pun tegur la..

"Eh, belom beranak lagi ke?"

"Ha ah belum. Nak beranak kat office agaknya"

Start waktu bekerja I masih lagi lincah and gelak macam biasa. Tiba tiba nak pegi toilet buang air kecil. Dekat panties ade bleeding sikit. 

"Eh, takkan period?"

Sengal kan. Tu la dia. I tanya my partner Vee. Dia cepat cepat suruh I pergi hospital untuk checkup. I masih lagi waswas sebab mana tau kot belum time nya lagi. Nanti tak pasal pasal kena halau balik dari hospital. Sebab dalam minda sedar i mengatakan tanda nak beranak ialah pecah air ketuban. Sebab lom pecah I masih macam biasa. Dah kena paksa dengan Vee barulah I terhegeh hegeh call my hubby. Kelam kabut dia datang ambil I kat office.

Patut tak I crita dialogue dalam kereta? Part suwit suwit moment. Uh, tak yah la kan. Skip that suwit suwit moment tu, sampai je kat hospital, i pegi checking kat kecemasan bahgian bersalin. Kena register, tunggu nurse attend. Kemudian kena pakai alat untuk check contraction. Sebenarnya I dah rasa perut kebas kebas sepanjang hari tu tapi tak ambil pot sangat pasal I rasa macam kembung perut nak terkentut. Pastu nurse pakaikan 1 alat yang I dah lupa namanya, dia biarkan I terkontang kanting dengan alat tu. Ade keluar graf tinggi rendah resultnya. Nurse tanya pada I

"Puan macam mana? Ada rasa sakit tak?"
"Sakit yang macam mane tu nurse?"
"Sakit contraction la. Kat graf ni memang kerap contraction Puan"
"Hmm, macam belom sakit" sambil I tersengih macam kerang busuk.
"Eh, peliknya. Patutnya dah sakit ni" 

Nurse tu keluar dan mendapatkan kawan dia yang lain. Memperkatakan tentang diriku lerr tu. Masa tu sempat lagi i duk pikir, agaknya tak sakit kena tendang balik ni. Tak lama kemudian nama i dipanggil

"Puan Dasnita.." ( bukan nama betul)
"Iyeeee..."
"Sila ikut saya ye"
"Baik..." Lorr ingatkan boleh balik

So, I dibawa naik ke floor atas dekat wad bersalin. Masa tu dah pukul 11am ++. Kena tunggu untuk wat registration. Husband kena register then baru I dapat tag hospital. Ala.. yang ade nama kita pastu cucuk jarum untuk masukkan air. Pastu kena check bukaan. Rupa-rupanya dah 3cm. I masih duduk lepak lepak, jalan jalan, tegur tegur orang sebelah . Yang orang sebelah tu pulak semuanya muka berkerut menahan sakit tu 3cm juga la. 

Dorang tanya i macam tak sakit nak beranak je. Pasal nampak i nih ligat & lincah semacam je. Berjalan ke sana ke sini baca notis papan tanda. pastu pergi toilet. Dekat pukul 3.00pm baru lah nurse panggil I, masa tu i tengah berborak dengan suami dekat luar. Masa nurse panggil ada lagi 3 patients yang dah dapat katil macam. So kami dibawa ke ward. I masa tu masih kuat berjalan so tak guna la wheelchair. Sampai kat ward i dapat katil tengah whereby depan i kiri except kanan with the babies. Tapi tak lama kemudian jiran katil belah kanan dah kena tolak masuk labor room. Tinggallah i sensorang belom beranak. Sempat juga I bermesra dengan jiran katil belah kiri. Baby dia comel sungguh. 

Tu diaa fasa tak rasa sakit i sampai lah pukul 7.00pm contraction dah mula rasa kerap. Tapi I masih lagi boleh tahan sakit. Boleh lagi pergi ke toilet  dan rasa macam nak buang air besar pun ada. Tapi takde rasa nak terkeluar najis.Kemudian dalam pukul berapa tah I kena panggil oleh nurse untuk check bukaan. I turun daripada katil pergi berjalan ke bilik doktor yang check bukaan tu. Nurse cakap,

"Puan masih lagi 3 cm. Pukul berapa tadi puan check 1st bukaan?"
"Dalam pukul 12.00pm camtu la" 

Nurse tu pula keturunan Serani pasal nama dia Maria apetah macam keturunan Portugis aje. Dia tanya I

"Puan ade minum air selusuh ke, air yassin ke, atau air zamzam ke?"
"Ade minum air zamzam sikit dalam pukul 9.00pm camtu. Kenapa ye?"
"Sebab patutnya daripada pukul 12.00.pm. Sekarang dah pukul 10.00pm patutnya dah boleh buka banyak dah"

I tersenyum.

"Ye la, saya rasa contraction kerap, ingatkan dah buka banyak dah. Masih lagi 3cm ye?"
"Sebabnya macam ni puan. Kalau puan minum air macam tu, jangan tutup penutup botol nya. Macam tutup pintu rahim"
"Saya punya botol jenis tekan atas kalau nak minum. Tapi takpe nanti saya buka penutup nya"

Lorr baru lah I tau minum air zamzam ke air selusuh ke, air yassin ke, botol kena kasi bukak. So bila dah sampai ke katil i buka kan penutup dan sambung baring. Ingat nak tido la kejap.. Huh, jangan mimpi.. 
Pukul 12am tu i dah mula rasa sakit yang takleh nak bangun dan takleh nak buat apa. Nurse panggil untuk buat check bukaan, I cakap I takleh nak bangun. So kena angkut angkut dengan katil. Check bukaan dah 6cm. Perhh kalau I tau kena buka penutup botol, i buka awal-awal. Hahahahaa

So, 12.00am camtu i dah kena angkut masuk labor room. Kat labor room lagi rupanya kena tunggu sampai 10cm. Masa nurse kat labor room nak check rahim, dia perasan suhu badan i tinggi seperti demam. Tak boleh bersalin, hold dulu kasi temperature reda. Dalam sayup-sayup tu i terdengar,

"Kenapa tak check patient ni demam ke tak sebelum masuk labor?"

Lepas tu i terdengar nurse ke doctor cakap-cakap,

"benda ni kalau kat hospital swasta 1 saiz kecik ni RM300" lepas tu dengar lagi doctor tu cakap.."takpe yang ni saya tolong dia"

Tah apa benda doctor kasi kat i nak kasi demam kebah, lepas lebih kurang 15min camtu demam menggigil i reda. I dah tak rasa sejuk-sejuk lagi.Pukul 3am nurse check bukaan. Sempat lagi i tanya

"Dah berapa cm nurse?"
'Dah 8cm dah, kena tunggu lagi 2cm ye?" 
"Orait"
I pun tunggu lagi la.
Contraction dah kerap giler, tak sempat nak ready dia datang lagi macam gelombang. Kejap-kejap tukar position tapi still tak puas hati. Dan bila bukaan dan 10cm, nurse suruh i teran. I tanya balik?

"Camne nak teran ye?"
"Pernah berak sembelit yang susah nak keluar?"
"Hmm saya jarang sembelit la nurse." Huh, menjawab tuuuu
"Beranak ni macam berak sembelit"
"Betul ke nurse?"
"Ha ah, cepat la teran"
"Saya blurr la nak teran"
"Takpe, kamu berlatih teran dulu. Nanti dah boleh teran baru panggil saya. Kamu tak pernah pergi kelas antenatal ke?"

 Krik krik krik I terkesima. Biar betik nurse ni nak suruh I berlatih teran dulu.

"Saya takde masa la pergi kelas tu"
"Dah, kamu pergi teran dulu"
"Tapi saya tak tau camne nak teran"
"Takkan kamu tak tau berak sembelit. Teran berak sembelit laa!!" nurse tu dah naik suara.

Nasib baik i tengah sakit kalo tak terbang semua barang-barang tu. Sabar je laaaa..
Bila dah boleh teran, ntah macam mana bleh plak tau teran.

"Nurse.. saya dah tau nak teran dah" 
"Ye ke, ok bagus" 

Bila dah boleh teran tu, tah macam mana i asyik terputus nafas so my baby asyik keluar masuk keluar masuk pintu rahim. Nurse plak dah panggil Hubby untuk membantu I memberikan kata-kata semangat. I masih lagi berusaha sedaya upaya nak mengeluarkan bayi, dalam hati berkata, "apesal susah sangat nak keluar ni?" Tak lama kemudian pastu, my baby girl berjaya dilahirkan, nurse rushing bawa dia keluar lepas tunjukkan baby tu. I nampak my baby, "ini ke anakku?". My hubby pun keluar dengan separuh lembik juga. Reason? Sebab dia dah ternampak nurse tu gunting live wife dia macam mana. Actually disebabkan I teran terputus putus baby asyik keluar masuk, natijahnya my baby tak breathing for a while. Dia kena masuk oksigen.

Sambung taip hari lain.
Note: Lorrrr... ingatkan dah abes taip. Rupa-rupanya tak abes lagi.. Potong stim tol.

Takpe in nutshell, after semua insiden di atas berlaku. Alhamdulillah my baby lahir sihat walafiat, takde jaundice. First feeling masa pegang dia, I tak mampu nak tahan air mata. Syahdu dowwwhh.. I cakap kat Hubby.. "This is our first child.. so adorable.. " waaa potong bawang lagi dengan Hubby.

 Ini la my doter: Nadra Faiha
Suwit tak beliau?? 💆

So Boring ( Backdated Entry)

Petang yang agak memboringkan. PnDas masih lagi di office. Office hour until 6.00pm. Sekarang baru 5.32pm, meaning to say ada lagi half an hour before balik time. Angin tak berapa sepoi-sepoi bahasa. Udara sedikit suam-suam kuku. PnDas menaip dengan penuh muka toya dan tiada perasaan. Tiba-tiba Mr Gary lalu ( Manager PnDas) menyanyikan lagu "Oh Mas Ayu". Oh mai gad, PnDas terkesima dan medula oblongata menjadi hang seketika. Benarkah yang menyanyi tadi ialah Mr Gary Lok, si Manager Cina PnDas? Dia memang la sangat lain daripada yang lain. Di saat Cina-cina lain menyanyi, "Wo ai ni or Ni Ai wo", dia boleh selamba menyanyi lagu Taman Rashidah Utama.. Diulangi, lagu Taman Rashidah Utama!! Which is PnDas sendiri gagap nak ingatkan liriknya.

Kerja-kerja kehpohci PnDas sudah bermula. Mata PnDas sempat menangkap seorang dua staff punch out awal keluar. Weh? Ko dah kenapa balik awal?? Mana boleh dowhh.. Mesti ingat hati PnDas berkeladak dengki melihat mereka keluar awal. Ekcelli PnDas tak ambil pot pun. Cuma fast and curious sikit je kenapa mereka balik awal. Masih lagi jemari ini menyambung taipan yang tergendala disebabkan kekeypochian mata  PnDas tadi. Akhirnya Pakcik Din sudah berangkat pulang.

Tu aje update.. Ke laut kan???

Note: Mr GARY dah resign dah.. Sedih sket la sbb partner gossip dah takde.. T_T
Good luck Mr Gary. Suara nyanyian Taman Rashidah mu akan tetap berada di ingatanku.. Cewahh