Thursday, May 24, 2012

Tiada jawapan

Semalam perasaan aku down. Banyak benda yang aku fikirkan semalam sampai tak jumpa punca. Malam kelmarin aku bermimpi. Dalam mimpi tu aku tengah bersedih. Dalam duk touching tengah sedih aku ternampak ex-housemate aku yang sangat baik dengan aku (Cikja - nama samaran ) sedang tekun mengaji Al-Quran atas sejadah. Bila dengar beliau mengaji, slowly perasaan sedih aku hilang. Tak lama lepas tu aku terjaga dari tidur. Bila sedar memang mata aku bengkak.. Kerja hari ni macam biase aje. Under control. Banyak tak banyak, sikit tak sikit. Kadang-kadang rasa bosan gak nak wat kerja yang sama. Akitiviti luaran yang aku ingin lakukan selalu macam terbantat je aku nak lakukan.. Geram lak aku dengan sorang guard tu. Asyik pandang2 je. Pandang tu kalo penuh keikhlasan takpe la.. Ni pandang penuh $#@%^.. Rasa nak terajang je..

Wednesday, May 9, 2012

Frustration

Kenapa ek dlm byk2 gadis yg u kenal, u nak kenakan i? kenapa mesti u nak main2kn hati i? ape yg i dah wat pada you all? puas hati you all dapat hancurkan hati i sampai jadi macam ni? Ya Allah, pedih and terlukanya hati aku untuk kesekian kalinya, sampai air mata ni dah takleh nak keluar... Sampai air mata ni dah kering nak mengalir.. Sampai hati ni dah takde perasaan.. Benci, dendam, marah, semua bercampur aduk.. Semua dikisar jadi serbuk yang aku sendiri dah tak boleh nak cam.. Kalau orang kata bersabarlah, ini adalah dugaan.. Yeapp.. memang aku akui sebahagian dari dugaan.. Aku akan terus di duga untuk bertemu dengan lelaki2 jahat.. Lelaki yang aku temui SEMUAnya ada niat tak baik padaku.. Kenapa dengan korang ni? Apa yang aku dah buat sampai korang tergamak buat aku macam ni? Abis takkan setiap kali jumpa lelaki2 lain aku kena assign dalam otak yang korang semua berniat jahat? Habis mane pergi semua lelaki baik ni? Sudah pupuskah??? Mati syahid kah? Aku tak kacau pn hidup korang.. Aku menjalani hidup aku dengan normal.. Korang je yang tiba2 muncul dalam hidup aku and buat porak peranda.. Korang yang datang bagi harapan, janji-janji yang aku tak mintak pun.. Kemudian korang mungkir, blah macam tu.. Dalam masa yang sama korang ambil hati aku sekali dan campak sesuka hati perasaan aku tu.. Mayb akan cakap aku bodoh sebab kenapa percaya sangat kata-kata korang... Kenapa aku percaya? sebab aku benci bersangka buruk dgn korang.. Sbb aku berkawan takde niat buruk nak kenakan korang, kenapa pula korang nak ada niat buruk untuk kenakan aku?? Kalau sebelum ni korang pernah terkena pada gadis2 yg pernah korang jumpa, kenapa pulak balas dendam pada aku?? Sedangkan sebelum ni aku pun pernah terkena dgn korang2 yg sebelum ni, takde plak aku nak berdendam dgn korang yg selepas ni... Tapi aku cukup kesal kenapa korang yg sebelum ni pn sama dgn korang yg skrg ni? Mana pergi semua korang yang baik2? Dah mati syahid ke semuanya????