Tahun 2017 rasa macam tak berapa nak
rajin pula I nak update blog ni. I rindu sebenarnya nak update entry. Ada banyak perkara yang nak
diluahkah tetapi kena mengambil kira juga sama ada hal ini wajar atau tak
update. Manalah tau ada pihak pihak yang terbaca dan terperasan dirinya adalah
subjek yang diperkatakan. Semua boleh claim “ Blog aku suka hati aku lah nak
update apa. Tak suka takyah baca”. Well statement camtu I have no comment la.
Masing masing punya pendirian.
Ramadhan tahun ini I biasa sahaja
la. Rutin sebagai bunda
Nadra, isteri Mr Laboo, as a menantu for Zahari’s clan is considered as a big
role juga. Most of the time ketiga-tiga roles ni berlaku serentak. Bila hal ni
berlaku rasanya masa tu la I jadi Gal Gadot “Wonder Woman”. Tahun ni giliran
beraya sebelah keluarga suami. Looking forward since that ini first raya dengan
keluarga mertua. Tahun lepas suami ikut beraya ke kampong I di Qelate. Mana
mana readers yang follow my blog patutnya tahu I baru kawen tahun lepas.
Hahahah
Persiapan raya pada tahun ni, I dah
tempah baju raya 2 pasang 3 bulan awal. Alhamdulillah, baju tu siap before puasa. Good, & tak
perlu pening pening. Tema tahun ini dengan suami ialah color royal blue.
Cinonet tu pun I hantar baju tempah juga untuk dia. Kiranya kedondong (sedondon) la kami sekeluarga.. Cuma belum siap lagi dan
dijangka pada hari ini ( 22 June ). Biskut raya pun I sempat juga buat dalam 5
jenis. Walaupun berkalut dengan anak, I gagahkan juga misi raya tahun ni untuk
buat biskut raya sendiri. Sebab I dah declare janji dengan mom nak bawak balik
biskut raya homemade pada Hari Raya Ketiga nanti. I jenis janji ditepati. Once dah bagi statement "janji
manisku", sedaya upaya I akan kotakan. Nanti I update picture homemade biskut. Kalau rasa nak tempah, buat masa
sekarang I tak berapa confident nak ambil tempahan. Bukan pasal takut resepi
tak sedap, I confident biskut I sedap ( cewah boosting mode. ^_^ ). Cuma
kekangan masa dengan Cinonet ni. Bila Cinonet nak mode melekat je dengan I,
susah la sikit I nak concentrate buat biskut. Plus, I jenis utamakan janji.
Bila janji nak siap pada this dateline suddenly tak dapat siapkan, I rasa
bersalah sangat sangat & menghampakan orang. I tak suka feeling macam tu.
Senang citer komitment tak mengizinkan I.
Red Pearl
Red Velvet my own recipe
Tart Gulung
Semperit
Famous Amos
My lil Cinonet:
No comments:
Post a Comment