Thursday, September 26, 2019

Term “Express…”

Hola everybody. Dah lama tak bersiaran di sini. I pun selalu takde inspirasi nak taip topic apa. Hari ni kita crita topic express. Iye la, zaman sekarang semua perkara nak kena express. Lebih lebih lahi untuk ibu yang bekerja. Semua perkara nak kena siap cepat, langkah pun kena pantas. Point kat sini sebagai ibu yang bekerja selalu rasa nak sediakan menu menarik untuk santapan keluarga. Selalu ada kekangan masa tak sempat nak itu nak ini. Kadang balik dah kepenatan nak sambung layan anak anak, suami, masak dan etc.

                I pun tak menafikan ada juga mengalami situasi sebegitu. I suka masak. Selalu nak cuba masak masakan yang I tak pernah cuba. Maksudnya mencuba resepi baru,  mengolah resepi mengikut barang yang ada kat rumah. Lebih lebih bila dah anak anak yang masih kecil, masa memasak kat dapur kena compress jadi sesingkat mungkin untuk siapkan hidangan supaya dapat cepat makan. Sangat sangat challenging tau kalau nak masak sambil kena perhatikan anak anak kat depan sedang buat apa especially kalau ada nak yang tengah aktif merangkak plus suka pula mengutip benda untuk dimasukkan ke mulut. Tengah potong bawang tiba tiba anak dah amik habuk lagi 3 saat dia terus nak masukkan ke dalam mulut. Bergegas la si ibu berlari- lari menjerit jerit “ No…!” dengan harapan anak tu tak masukkan ke mulut. Tapi tau lah kan budak kecik, apa dia kisah. ^_^!

                So bila namanya express ni, tempoh memasak kat dapur bagi seorang ibu yang ada beberapa anak kecil ni semestinya kenalah singkat. Masa ni term supermom, multitakingmom, dan macam macam term lagi akan jadi motivation factor bagi seorang ibu bila nak masak. I la salah sorang yang macam tu. Bila I masuk dapur sekarang, segala teknik resepi orang orang dulu kata nya resepi tu boleh jadi aunthentic  or resepi padu I kena lempar jauh jauh kalau process dia sungguh complicated dan renyah. I takut tak boleh nak cope masa memasak dengan melihat anak anak. But still kalau nak makan benda benda macam tu, I kena come out with alternative copypaste look alike resepi tapi guna cara express.

                Kalau I masak lauk berkuah seperti kari, varuval, kurma, sup, sambal, rendang,  tomyam, kuah percik mcm ayamas, perapan ayam, etc, I akan blender sekali dengan minyak bersama dengan bahan bahan kisar. I tak guna air. Based on observation kalau blender ni dengan air, for me dia amik masa lama untuk pecah minyak. Plus, terpercik percik ke dapur I tak suka. Dan berisiko kalau I masak sambil dukung anak. Solution blender dengan minyak, rempah tu kurang memercik plus dia cepat masak. Mengikut kajian I la bila di dapur I suka observe kaedah mana paling cepat dan sedap.

                Kita kena tanamkan dalam diri yang memasak untuk keluarga ialah satu perkara yang menyeronokkan. Lebih puas hati bila lihat ahli keluarga makan dengan berselera. Pujian tu datang ke belakang la, bukan hadap sangat dengan pujian. Walaupun I ni suka memasak, I makan pun tak seberapa. Mungkin sebab dah ambil bau kot.

                So kat sini I nak highlightkan kita sebagai ibu yang bekerjaya ni tak perlu rasa rigid sangat nak memasak follow resepi bagai nak stress. Just go with the flow, cooking with your heart. Dalam resepi  ade barang A, dan  kat rumah xde barang A, tak perlu pening pening, pakai apa yang ada. Kalau yang tak berapa biasa di dapur , ambil masa bersesuaian dengan diri. Masak tak perlu pressure. Takperlu nak potong bawang secantik mungkin, kalau kopek bawang ade tertinggal selapis kulit, xpe.  Tak mati pun kalo ade selapis kulit bawang terlekat. Let it be je. Bukan nak masuk pertandingan masterchef. Cuma agak agak la kalo tak kopek lansung.. ^_^

                Kalau orang kondem gaya atau cara kita masak masakan tu salah, tak payah kita rasa down sangat. Mana yang rasa boleh ambil panduan tu kita ambil lah. Orang yang suka kondem tu kadang kadang lagi teruk daripada kita pun. Iyelah, salah sendiri tak pernah nak mengaku. Salah orang laju je dia marking. Orang macam ni kalau sakit tengkuk pun dia salahkan bantal. Jadi, kita biarkan dia terjun dengan labu labunya. Dan biarlah kita berbahagia dengan cara kita, betul tak? Kalau kita rasa nak masak gulai ikan, ikan tu nak masuk dulu ke kemudian ke, suka hati la sebab kita yang akan makan kan? Pendapat orang yang kondem tu tak penting nak masuk kamus sentap hidup kita. Yang paling penting ahli keluarga kita gembira bila makan masakan kita.


Sekian dulu la…

Wednesday, March 20, 2019

I should throw in the Muzium

Siri repek entry hari ni I nak membebel pasal PC tempat keje I. Seriously I nak  komen memang patut kena letak kat muzium. Uollz bygkan lah, sila tengok screenshot ni. OS yang dipakai masih lagi XP… Hallooooo, XP tahun 2002  dear ladies and gentleman. Sekarang ni dah tahun  2019. Tahun depan dah Wawasan 2020 ( eh, masih ada lagi ke?).  I sebagai alumni Computer Science course / programming merasakan ke”M.A.L.U”an yang teramat besar kerana terpaksa mengkhianati ke oldskoolan OS fan follower. I dah OUTDATED thanks to my company. T_T


Hari hari I kena update MIS team ( IT team la ) untuk kasi tau bahawasanya my PC always IP Conflict dgn Huawei Technologies.  Tah sape punye hp pegi rembat my IP address. So hari hari clash. Nak buat keje sangkut, browsing sangkut, emailing sangkut and ezektra. Kejap ya, I pause entry dulu. I siapkan my kerja hakiki b4 I sambung entry bebelan. I’ve got a lot of stuff nak bebel. Paused at 9.36am

Now resumed at 12.08pm. V dah pun keluar lunch awal. Dia akan jaga balik time 1pm masa orang lain keluar lunch. Meanwhile sebelum  ada orang ganti, I dulu yang ganti sekejap. But selalu nya tak sekejap la dan I selalu generous cover sampai nak masuk lunch. Kalau I takde keje takpela. Ok cut pasal polanah ni. What ever her attitude yang kurang baik tu I hadap je la dulu. Kifarah akan ada. U buat orang macam tu, tak consider orang banyak tolong, fikir diri sendiri aja, tak apa lah. Buat orang kecil hati, u take it la. But balasannya dapat kat sudut lain. Dapat boss yang akan bagi lagi banyak keje, dapat pressure yang tah apa apa, buat apa-apa orang tak appreciate, those thing la u akan dapat. I tak rugi apa apa. Niat I selalu nak mudahkan semua orang. Tapi kalau orang suka buat susahkan orang, akan mendapat la. Tak perlu nak membalas. Sendiri akan dapat mende mende tak best. Myself is chill chill je.

Sila fahami kadang kadang I rasa nak meroyan bila time nak cepat, ada hal nak buat keje, pada time tu juga PC tak boleh pakai. Stress gak untuk bende bende yang tak perlu. Mula la nak diver t perasaan tak puas hati dengan melihat lihat di hp. Tup tup itu time juga boss nak lalu. Maka berlakulah cengkerik di situ 3X krik. Pada fikiran boss, staff ni asyik tengok hp aje. Asal lalu je tengok hp, asal lalu je pandang hp. Padahal baru sentuh tak sampai seminit. Baru nak bace komen pertama makcik bawang. Tak sempat nak Like lagi. Dah kantoi di situ.. Puncanya ialah PC with IP address conflict and it caused me another conflict.  Padan muka diri sendiri ^_^


Friday, March 15, 2019

Kerbau Chicken Wing


Semalam I masak chicken wing. Terliur nak makan chicken wing pasal tangan ni gatal melayari foodporn chicken wing. Daya tarikan tu buat rasa macam nak makan plak. Nak beli chicken wing kat pizzahut or dominos I rasa I punya chicken wing lagi win kot. Ahahaha masuk bakul lagi… Opkoz, edisi mengangkat diri sendiri adalah menjadi kewajipan diriku setiap kali mendraf posting. It’s my trademark. ^_^ !!

Betul wey I cukup tak berkenan bila mana tengok chicken wing yang dijual macam kat dominos ke, pizzahut ke, or any kafe hipster yang harganya boleh potong kaki sebelah. Harga mahal tapi makanan takde roh. I akan rasa kuciwa yang amat kalu bayar mahal, tetapi rasa tak berbaloi. Senang citer homemade is always the best. Citarasa kita kan.

Berbalik pasal chicken wing semalam. Mula mula I nak plan buat chicken wing yang pedas gilbab. Tapi mikirkan yang suami ni tak boleh makan pedas sangat, ok la I kira bertolak ansur kurangkan pedas tu. Jadi antara hasil googling recipe, I berkenan buffalo style chicken wing recipe. Check ingredients nak kena pakai hotsauce, cayenne, paprika, garlic powder. Ah malas + mahal nak beli sekali harung. Natang kat atas tu harganya bukan MURMUR weyh nak plak minggu minggu sengkek, setiap sen bernilai. So I come out with the lampu idea ubah suai from Buffalo Chicken Wing, I plan jadikan Kerbau Chicken Wing. Why kerbau? Spt kerbau bermandikan lumpur begitu jugalah chicken wing tu bermandikan sos sos campuran yang I campak campak gaul sebatikan dengan quantity nya main agak agak aje.

Kat giant I Cuma beli chicken wing dekat 1kg++, pasal ahli keluarga ramai. Bapak mertua, adik ipar 3 orang, suami, I and anak. Mak mertua takde, pegi overnight rumah mak dia kat KL. Family tu memang hantu chicken wing. So memang tak boleh la beli sikit. Pastu topap 2 items sos I beli untuk lengkapkan resepi spontan mari. I beli Life BBQ sauce dan Kewpie Honey mustard ( I bru perasan kewpie keluarkan honey mustard & must try). I ni fan LIFE & KEWPIE.

Resepi dia untuk rumah I tak susah la, pasal additional ingredients lain dah ada. & I pretty sure barang barang ni tak semua orang ada. So I selalu praktiskan setiap resepi yang I hasilkan semua benda memang dah ada kat rumah. Jimat belanja. Hahaha

Resepi Kerbau Chicken Wing. Letak sendiri agak agak ye…

  • -          Honey mustard
  • -          Cili padi merah
  • -          Garlic
  • -          Ginger
  • -          Olive oil
  • -          Life thai sauce cili
  • -          Life BBQ sauce
  • -          Mahsuri kicap pedas
  • -          Mahsuri sweet & sour sauce
  • -          Maggie secukup rasa
  • -          Arabic cream cheese ( yang ni ada pasal mertua beli kat mekah masa pergi umrah bln lps)
  • -          Kraft cheddar spread (yang ni ada pasal mertua beli kat mekah masa pergi umrah bln lps)
  • -          Black pepper-           

  • ·         Semua bahan ni diblend sekaligus. Lepas tu lumpurkan chicken wing tu dalam bekas yang boleh tampung jumlah Cikenwing.

  • ·         Ambil tray bakar, alas dengan aluminium foil, splash dengan minyak zaitun sikit. Aturkan chickenwing tu atas baking tray, splash lagi on top of cikenwing tu utk kasi dia berkilat.

  • ·         I nye resepi ni tak yah nak perap. Boleh bake terus. Suhu oven I 250 C selama 35 – 40 min bergantung tahap kepanasan oven masing masin

  •       Overal chicken wing ni akan rasa pedas pedas manis masin masam secukup rasa. 

Monday, January 7, 2019

hAppY nEw YeaR 2019 !!


Happy New Year 2019!! This my first entry for this year, yeah? Of course everytime masuk new year je, ada azam baru. For me, takde sangat azam tu. I just go with the flow. Tahun ni anak bertambah jadi dua. I dah ada anak sepasang. Nadrah & Zaeem. Memang challenging & life agak sibuk.

Masa cuti new year pun I tak ke mana mana holiday vacation. Tak pasti plak dalam tahun ni apa plannya. My hubby just getting a new job.  Listing untuk to do all the year pun tak buat. CUma on January, my weekend is fully occupied with relative’s wedding.

Around Mid February nanti InshaAllah kalau tak ada aral, my in laws dengan adik adik ipar akan menunaikan umrah. Since that Zaeem masih belum dihantar ke nursery plus in laws yang look after dia, I kena request my mom to come over for Zaeem. I hope my mom will able to come. If not memang kepayahan yang amat. Dorang pergi umrah for 12 days I suppose. Also February is our 3rd anniversary jatuh plak on 2nd day CNY. My office tutup seminggu. Hooray!! Buley balik kampong gajah

On March pula tentatively my 3rd little bro ( Ekhwan ) akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati. Majlis most probably is a simple aja. Buat kat Kelantan. Plus akan diadakan satu majlis combine both pihak. Persiapan untuk majlis as far as I know belum lagi ada buat. That one I leave to my brother la how he wants us to help.

On April plan been expecting another newborn from Angah’s  wife. Their 2nd baby. Iman ( my nephew) will becoming a big bro. In addition April also is my birthday. Now I ade gang la dengan my newborn nephew.


On May onwards belum ada apa apa schedule yet. Nevermind if necessary I’ll be updating it. That’s all for now.