Thursday, January 16, 2014

One day journey

Semalam aku ambil cuti untuk menyelesaikan masalah berbaki aku ekoran kehilangan purse hari tu iaitu permohonan kad lessen. Alkisahnya semalam morning ( iklan jap) dalam keadaan tergesa-gesa aku minum air KOPIKO LA yang baru aku beli kat Mydin. Lepas je minum start enjin kete nak pegi JPJ Padang Jawa. Ohmaigad, masa tu plak perut aku memulas. Pulasan tu rasa macam mana aku memulas buah pulasan, begitulah jua lah perut aku terpulas nak cari jamban. Aduhh, terus aku mematikan enjin kereta and bergegas semula ke rumah… dan.. ( faham-faham sendiri la). Itu dia penangan KOPIKO LA.. tamat iklan..

            Dah setel urusan semulajadi tadi, aku sampai ke JPJ sana dalam 8.10am. Current nombor 1021, no aku 1199.. @_@. Bertenang dan bertabah saje lah. Kerusi lak dah penuh, kaunter buka cuma dalam 5 camtu la. Tapi luck aku datang bila mana masa tu aku sedang bergayut dengan mak aku, seorang lelaki datang menghampiri dan memberikan no giliran padaku. Katanya dia taknak tunggu. Dan aku mengucapkan terima kasih kepada beliau. Lantas dengan hati gembira dan bersyukur aku melihat no itu 1152. Terima kasih ya Allah. Terus nombor asalku serahkan kepada insan lain. ( ini lah permulaan kesilapanku, setelah membuat post mortem). Sebaik nombor aku dipanggil, aku menghampiri kaunter dan bersedia untuk membuat pembayaran. TETAPI umpama ledakan bom, pegawai itu berkata:

            ”Maaf, cik tak dapat membuat lesen”
            ”Kenapa ya?”
            ”Ada saman yang cik belum bayar dan sudah blacklist”
            ”Ye ke? Bila masa plak saya ada saman? Jadi saya tak boleh buat lesen selagi belum jelaskan saman.? Berapa harga saman tu?”
            ”Itu cik kena check kat bawah, kaunter pembayaran saman”

            Dengan langkah yang lemah longlai, aku pergi ke kaunter bawah. Dan orang kaunter bawah melantunkan aku ke bangunan sebelah hujung untuk menjelaskan saman. Dan bila dikaunter pembayaran saman plak, aku tidak membawa tunai yang mencukupi. Terus aku menelepon bondaku dalam keadaan sedih.

            ”Mom, Along kena bayar saman. Kalau tak bayar, tak boleh apply lesen. Macam mana ni, dah tengah bulan. Mana nak ada duit dah. T_T”
            ”Tak pela, pakai duit mama dulu. Pinjam dengan Angah. Nanti dia balik, mama ganti la”
            ”Nanti dia pun takde duit gak camne? Taknak la susahkan dia. T_T ”
            ”Takkan lah dia takde. Achik dulu pinjam dengan dia RM3k, Maksu dulu pun ada pinjam juga”

            Terus aku call Angah ( adik lelaki aku, aku mane ade adik pompuan).


            ”Angah, mu busy tak? Aku nak mitak tolong sikit. Aku kena bayar saman, tapi duit tak cukup. Boleh pakai duitmu dulu? ”
            ”Bila nak pakai? ”
            ”Sekarang”
            ”Ok. Aku bank in jap gi?”

            Alhamdulillah seketika. Sebab cabaran seterusnya ialah,

            ”Encik, saya nak bayar saman tapi takde cash kat tangan cuma ada kat bank aje. Boleh bayar melalui bank kad tak? ”
            ”Cik ada kredit atau debit kad tak? Kita cuma menerima dua jenis kad je”
            ”Tak ada. Cuma bank kad”

            Aku melangkah dengan langkah longlai lagi (sudah 2X longlai), menuju ke kereta dan berfikir. Tiba-tiba hp berbunyi. Rupa-rupanya daripada mama.

            ”Macam mana Along. Dapat setel tak?”
            “Belum. No giliran dah habis.”
            “Susah-susah sangat, buat kat Teluk Intan. Ambil cuti esok”
            “Tak boleh la, mom. Kerja banyak. Takpela, Along pegi JPJ Sabak Bernam je la. Kalau tak pun dekat JPJ Teluk Intan.”

            So, aku nekad jugalah nak setelkan masalah lesen itu hari tu jugak. Sambil berdoa di dalam hati moga-moga tak ada aral. On the way ke sana Polis buat roadblock. Hah, sudah. Bila tiba giliran aku, Alhamdulillah kereta aku lepas. Mungkin berkat zikir “Ya Hayyu, Ya Qayyum”. Selama 2 jam aku memandu ke JPJ Sabak Bernam. Sampai kat sana dalam 1.30pm. Akhirnya setel urusanku dalam 2.00pm camtu. Dah abes, Mom hantar mesej, “Jadi tak nak balik rumah”. So, aku teruskan perjalanan ke rumah MaAbah kat Kg. Gajah. Well, dah dapat lesen balik takde lah gundah gulana lagi. Happy pulak dapat petik duku and makan rambutan. Maybe itu hikmah untuk susah payah aku hari tu. Yang penting seperti kata Andre XI – ” Bertenang aja.. Bertabah aja..”. Well, kata-katamu menjadi peransang setiap kali I susah hati. ^_^




Tuesday, January 7, 2014

Purse Hilang


Fuh, penat memikirkan nama tajuk untuk kisah hari ni. Jadi aku akan menceritakan kisah pilu dan sayu aku semalam – Purse ilang (T_T). Aku pun tak tahu macam mana nak menceritakan episod lara aku semalam. Kehilangan yang sangat misteri dan mistik jua. Lokasi akhir beliau ( purse itu) sebelum didapati hilang di mana beliau masih lagi berada di atas pangkuanku di dalam Dasnita ( kete aku la) semalam. Aneh, aneh aneh... Puas aku meraba Dasnita setiap penjuru, celah-celah kelangkang, mencari-cari beliau, namun hampa. (Apesal aku rasa penjelasan ini ada berbaur-baur unsur lucah ye? Sila abaikan kerana maksudku hanya straight to the point. No dabel meaning.. hokayy). Plus Shidot (housemate aku) turut mengambil peluang untuk turun padang meraba Dasnita sebagaimana aku lakukan. Sehinggakan montox mungel Dasnita pun kami bukakan, walaupun mustahil purse berada di situ. Ahhh.. memang takde. Aku sedih, aku pilu, aku rasa macam nak nangis.. Ngeeeee... ( Adegan itu terpaksa ditapis oleh lembaga penapisan teh kerana sangat menjatuhkan imej cool and macho aku neh)

(No giliran semalam)

So semalam aku mengambil percutian kecemasan kerana harus membuat satu laporan ke balai polis berdekatan, berkenaan dengan kehilangan beliau. Seawal pagi morning muka comel aku ni dah terpacul depan kaunter aduan polis. Eh, baru aku tau kena ambil no giliran gak ke? Yang itu setel. Pastu aku meneruskan misi aku seterusnya ke JPN yang berdekatan. Sampai kat Seksyen 9 Plaza Massalam aras 6, didapati angka giliran aku yang ke 138. Bermakna aku harus menunggu seramai 55 makhluk di depan aku. Argghh, masa berjalan. Bagaimanapun sebelum aku ke JPN, aku plan nak ke bank dulu. Akan tetapi sampai je kat bank dorang cakap untuk apply kad baru, aku kena ada salinan IC or IC original. Selagi TAK ADA IC BETUL tak boleh apply atm kad. Kepada sesiapa yang akan hilang purse or dompet  pada masa akan datang. Bukan aku mintak doa, manalah tahu kot-kot korang akan mengalami situasi di atas, 3 benda je korang boleh buat masa hari pertama purse / dompet korang hilang. 1st, pegi balai polis. 2nd, pegi JPN apply mykad baru and 3rd, call bank careline untuk batalkan segala bentuk kad-kad utang or debit or saving korang tu. Pastu relax, takyah gatal-gatal nak gi bank buat atm kad, or pegi JPJ nak buat lesen ke. Tak payah la selagi korang tak dapat MYKAD ORIGINAL. Korang hanya membuang masa ke hulu ke hilir with nothing. Dorang pun takleh wat pape sebab polisi memang dah macam tu. So, tunggu je la MYKAD tu siap baru pegi setelkan. Itu pengalaman aku ke hulu ke hilir semalam. Last-last tak dapat setel sebab apa-apa request untuk new atm card or driving license, dorang nak yang ORIGINAL. MYKAD tu boleh siap dalam masa 24jam sejurus selepas korang apply, menurut info semalam lah. Jadi aku sepatutnya ambil hari ni. Tetapi memandangkan mana lah tau kena drag jadi 48jam ke, so aku ambil langkah ke depan untuk ambil besok. Plus, hari ni kerja aku banyak tertonggak, colleague pun tak ramai nak support. Jadi nak tak nak, aku tolerate untuk datang kerja hari ni. 

Besok je la aku akan meneruskan perjuanganku mendapatkan semula mendapatkan semula yang hilang. Waaa, letih-letih.. Tapi kan aku rasalah kan. Sape-sape yang baca apa yang aku tulis ni, rasa macam purse dorang pun akan hilang dalam masa terdekat. Hahahaha, jangan marah. Gurau je... Tapi kalau hilang jugak jangan marahkan tulisan aku. Ini semua secara kebetulan... Hahahahahahaahhahaha.. Chow

Saturday morning “ulor”

Hahahaha.. Selamat pagey sumer.. Apo khabar? Dah bekpes? Dah mandi? Dah makan? Dah kencing? Dah berak?.. Oppss, terlampau lak soklan nih. Ngee. Hari ni  mood agak seindah suria. Feeling happy for no reason. Well, aku memang kena be happy nomatter what, sebab dah janji kena happy. Adess, Hahahaha

Hari ini adalah hari Sabtu. Well, opkoz la aku bekerja sekerat hari je. Tapi rasa-rasanya produktiviti aku sebaga staff yang cemerlang, gemilang, terbilang plus dedikasi akan merundum pada hari ni. Aku check WMS system, ade 2 je TRN dorang download. Ala, kacang peanut je tu.. sambil korek hidung pun aku boleh setel. (Fuh, pengotor betol. Wahai aku, behave sikit. Pesanan nasihat, sila jangan membudayakan amalan ini kerana sangat kurang sopan. (^_^)

Boss aku dah takde, pergi ofis bawah. Hahha yahoo, now ”ULAR” mode is activated. Google page – standby mode, song playlist – standby mode juga. Siri Repek Corner – drafting in progress..

Aku rasa semenjak dua menjak ni idea mengarang aku macam makin tumpul. Nape ek? Adakah disebabkan oleh symptom-simpoton penuaan? Kalau dulu macam-macam idea aku nak mengarang. Ade je mende-mende best yang boleh aku taip. Tapi mengapa sekarang? Macam kosong, kosong aje... T_T

Thursday, January 2, 2014

2014 – A new resolution

Holaaa,,… !!!
Selamat tahun baru 2014.. Hari ini adalah hari ke-dua tahun baru. Semalam aku tak sempat nak updet sebab netbuk kat rumah takde internet. Plus aku lebih suka update kat office. Aku baru je kembali daripada percutian kampung halaman  pakej 4 hari 3 malam, makanan ditaja oleh air tangan ummi aku a.k.a makcik aku. Makcik aku yakni adik perempuan mak aku ni aku panggil dia ummi. Anak-anak dia pun panggil dia ummi. Sepanjang aku kat kampung, makan makan makan je kerjanya.. Ummi lak rajin nak melayan ape mende aku nak makan. Request aje, rajin lah dia nak memasak. Kebetulan kakak sepupu aku daripada Sabah pun belum balik lagi. Jadi dah lama tak jumpa dia semenjak hari raya Puasa ari tu. Semakin montel lak aku tengok. Ngeeee jangan marah ye sis. Mane tak montel, ari-ari menyudu je. Menurut kata ummi, saban petang kakak sepupu aku ni ajak pergi tapau kat pasar malam. Segala ceruk pasar malam sekitar mukim Bachok, Gunung, Pauh Lima, Pengkalan Chepa, etc.. Habes diborongnya. Nasib dengan payung-payung orang meniaga kat pasar malam tu dia taknak bawak balik sekali. Kalau tak,memang kronik betul penyakit ”pasarmalamshopaholic” dia.  Pasar malam kat area kampung aku, macam-macam kuih ada. Yang jarang aku tengok pun ada. Rasa tu pun apetah lagi.. ^_^Y

 Snapshot kat kampung

 Pasar Malam kegilaan kakak sepupuku

 Airport Pengkalan Chepa

 Pendaftaran kat skolah

Jalan Kampung

 Cousin's engagement day
Dalam masa yang sama ada engagement function sorang lagi cousin aku. Jadi sekali harung lah trip aku ke kampung, menghadiri majlis pertunangan beliau. Tahniah ye Rubi. Muda agi dari aku. Takpe lah, dah jodoh awal, jalan lah dulu. Aku sempat juga pergi ke pendaftaran anak ummi yang bongsu kat sekolah dia. Dah lama tak masuk sekolah. Hehehe, rindu lak zaman old skool dolu-dolu. ^-^

Dah masuk balik kat tempat kerja, aishh kakliz cuti antar anak skolah. So, souvenir yang aku beli untuk mereka ni aku tertinggal lak kat rumah. Takde la mahal mane pun mendenye. Tapi kira ok la buat ingatan tulus ikhlas.
ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ)    +     ♪ (´ε` ) 

Tiba-tiba teringat kat Woidic. Ceh, mangkuk tu kejap kata gi Jepun, pastu last minit pergi Singapore, mencari ketenangan.. Puii, orang nak cari ketenangan pergi la Mekah, wat umrah ke, ape ke.. Ni pergi Singapore watperrr. Aisshh...Siap tinggalkan lagu daripada Encik Mimpi – ’Rindukanlah’. Sekarang ni mulut aku dari tadi duk ternyanyi-nyanyi lagu ni. Hantu betol lah lagu ni... Woidic ni adik angkat aku. Tapi kepala dia ni biol sikit (Bilo-biol pun hensem wo. Pandai nyanyi lak tuuh.. Terpegun aku kadang2.. Oppsss, kembali waras.. ^_^!! ). Lepas terhantuk kat jalan masa accident beberapa taon lepas, terus kadang-kadang datang short kat kepala dia. Sampai dengan aku-aku sekali ikut shorterm. Aku pun banyak kali gak kepala terhantuk kat atas jalan. Mengenang kembali di zaman kegemilanganku menjadi minah rempit sebelum menukar profession sepenuh masa kepada minah kete.. Bukan apa, abah aku riso kot sekali lagi aku terhantuk tak bangun-bangun.. Tu yang dia suruh aku bawak je keter. Selamat sikit katanya.. Ngeeee... Moral kisah ini: bawak motor hati-hati.. pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh aku yang prihatin.. huar100x.

White gold mania..
Semalam kuar tengok movie dengan member aku – Junior 3 ( bukan nama sebenar). Baik betul makhluk ni. Sanggup plak fetching aku dari stesen bas sekembalinya aku daripada kampung. So, untuk menyatakan ucapan terima kasih yang tak terhingga aku ajak kuar and tengok wayang. Citer Hobbit. Stress lak sebab bersambung.. Addoii...