Tuesday, January 27, 2015

Dengue Fever..

Permulaan tahun 2015, CIkDas dah kena admitted kat KPJ Bandar Baru Klang disebabkan denggi. Azab sungguh demam tu. Hari 1st admitted, CikDas tak boleh tidur. Sebab air cond sejuk. Suhu bilik cik Nurse tekan sampai  10 darjah C!!. Pastu tak boleh selimut. Katanya supaya cepat turun suhu. Masa tu suhu badan CikDas dah cecah 40®©. 1st time CikDas masuk hospital private. Tapi takpe lah, medical card kan hadooooo… Prudential is the best.  Hahaha ( sempat iklan jap). Masa nak admit tu kena letak deposit dekat rm300. Tapi yang herannye cik Nurse kata deposit rm200. Deposit bila discharge, dorang pulangkan balik. Tapi tak full la coz hospital kan ade admin charges, tapi tak banyak la. CikDas malas nak argue sebab rather than bagi RM300, baik bagi RM200. Dah la tengah bulan tu. Rezki rezki… Masa admit tu dekat pukul 10.00pm hari Khamis malam. Lambat sikit tunggu untuk GL Prudential release. Sebab if tak release, CIkDas tak leh check in KPJ. Tunggu punya tunggu takdela complicated bebenor. Dah release GL terus CikDas  admitted. CikDas dapat bilik sorang, ada bathroom sekali. Wahh.. macam best je takyah share dengan orang. Tapi bila time sakit camtu kan, dah tak peduli sangat dah keselesaan. Tidur je keje cikDas sepanjang demam denggi tu. 



Mom datang keesokkan harinya. Temankan CikDas selama 5 hari dalam KPJ tu. Kesian mom, sejuk punye pasal dia pun hampir selsema. Tapi ok la, compare pergi kat government hospital, lagi kesian kot my mom if dia kena tunggu CikDas. My mom tanya la CikDas, berapa kos duduk dalam KPJ ni. CikDas jawab, entahla. Yang penting bukan CikDas bayar bil. Prudential bayar. Mata cikDas dah kuar symbol duit bila memikirkan elaun yang bakal CikDas dapat nanti. 5 hari tu dowh. If 1 hari elaun Prudential bayar rm100, if dah 5 hari tak ke rm500? Itu kiraan kasar cikDas aje. So, pada sapa-sapa yang masih liat nak ada medical card tu, cepat2 la amik satu. Rugi if tak amik masa muda ni. Macam CikDas, cikDas tak pernah terfikir pun nak masuk hospital. Tapi sapa sangka CikDas nak kena denggi pastu masuk hospital. Memang boleh option nak pergi government. Tapi larat ke time sakit nak kena bersesak dengan ramai orang. Share ramai-ramai. Macam CikDas, bila sakit nak privacy. Tak mau bunyi bising-bising, nurse government yang garang. Ni nurse kat private hospital baik-baik and mesra belaka. Pasal food yang dorang provide memang not bad. Siap CIkDas boleh pilih menu apa yang CikDas nak makan. Hospital government boleh demand ke? Tapi terpulang pada you all la nak buat choice macam mana. CIkDas happy macam ni.



Mr Laboo CikDas uruskan kemasukan CikDas kat situ sebab dia agent Prudential. Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak tau ape benefits yang Prudential boleh bagi, sila call Mr. Zhaffran  017-6170168 . and boleh arrange appointment dengan dia. Ok? Enough dulu ya.. ^_^



Facility kat KPJ


Lebih kurang camni la bilik yang CikDas menginap dulu..


Apa lagi? Sign Up la untuk medical card. ^_^
Believe me, you all takkan mampu nak afford hospital bills tanpa medical card. Daripada bayar duit untuk bill hospital baik korang simpan untuk duit kawen..(bagi sape2 yang belum kawen la)..  Bagi yang dah kawen dan plan nak beli rumah, lebih baik duit tu simpan untuk downpayment? Jadi mengapa bayar lebih? Medical card kan hadoooo.... 

Monday, January 5, 2015

My Sweet Memory


Tanggal 3rd January 2015, last Saturday, CikDas dengan Mr. Laboo menerima jemputan ke majlis kawan baik Mr. Laboo berdekatan dengan Dewan Felda dekat Jalan Semarak, KL. Agak gah juga acara di majlis tu sebab 1st time CikDas tengok bunyi kompang digantikan dengan bunyi pancaragam daripada ala Scotland. Ala, pernah tengok tak lelaki pakai skirt main gendang dan tiup batang paip. Cam tu la gayanye.  Well, CikDas taknak komen lebih-lebih sebab lain orang lain tastenye. Sape CikDas nak menilai majlis mereka. Tapi agak menarik juga pembukaan tu dimulai dengan selawat Nabi sempena Maulidur Rasul. Agak panjang jugak selawat Nabi tu. Tang ni CikDas puji. Suara Tok Imam yang bacakan doa sempena upacara majlis itu sangat menyentuh hati. Tersentuh hati bagaikan wedding tu CikDas yang punya. ^_^


Pakaian kami berdua pada malam tu agak sedondong. CikDas pakai baju kurung kaler pink blink blink, sama dengan Mr. Laboo. Dah macam pengantin plak kami. Keh keh keh. Perasan jap. Well, kawan-kawan Mr Laboo sibuk bertanya bila plak majlis kami. Mr. Laboo dengan konfidennye bagitau. InsyaAllah kalau takde aral tahun ni jugak. Oh my oh my.. Betul ke?

So CikDas tanya beliau,

Eh, eh, konfiden plak you nak kawen tahun ni.
Sambil pandang CikDas, merenung tepat ke mata CikDas.
Kite mestilah confident. I memang nak kawen dengan you tahun ni.”
Berbunga-bunga juga la dalam hati ni. Tapi takpe la, pape pun just relax and pelan-pelan planning.



Well, lupa nak add lagi satu part best. Sebelum pergi ke majlis tu actually, Mr Laboo bawa CikDas berjumpa dengan sanak saudara and kaum kerabat belah mama dia. Ada gathering  and makan-makan sikit. Secara tak lansung CikDas dah diperkenalkan kepada saudara mara dia yang lain. Agak kekok juga mula-mula. Almaklum la, walaupun CikDas ni muka tak berapa nak malu tapi bila berdepan dengan situasi ini, tah dari mana sifat malu ni terimport. ^_^ Sampai terpaksa CikDas whatsApp Mr. Laboo yang tengah syok berborak dengan uncles beliau.



You, I mati kutu ni. Apa yang I nak buat ni? T_T
And he replied,
You borak la dengan Ika (his little sister) and Mak Itam (one of his auntie)
Hmm, both of them tengah borak la.”
And later on dia datang sambil berdiri and menguis kaki I. Maknanya, pergi la beramah tamah.



Well, tah macam mana CikDas memberanikan diri and after that CikDas dah boleh sesuaikan diri borak-borak dengan relatives dia. Fuhh, pass… Hahahaha

Malam tu selepas abis majlis kawen kawan Mr. Laboo, dia hantar CikDas balik. We chatted and recap pasal everything. Actually permulaan sebelum pergi ke rumah nenek tak berapa bagus. We had a silly fight. Biasa la, couple mana tak gaduh. Sure ada gaduh-gaduh. Cuma issue tu tak dibesarkan saja. So we had a little fight but we managed to settle it down before entering the grandmom’s house. Issue nya tak perlu la tahu. Biasela, gaduh-gaduh manje. ^-^

Ok, later on CikDas tertinggal handphone di dalam kereta. That time was 1.00am ++ already. Mr. Laboo dah balik. Damn, I need my handphone. Camne ni nak kol? So CikDas fikir yang Mr. Laboo akan datang besoknya. But tanpa pengetahuan CikDas, Mr Laboo patah balik around 3.00am just to return my handphone. Yang kelakarnya, maybe sebab dah penat, CIkDas tak sedar yang dia dah tercongok kat depan tingkap  apartment bilik  CikDas ( apartment CikDas tingkat 1) sambil memanggil perlahan-lahan nama CikDas . Ye lah, ground floor is also rumah jiran. Tak boleh nak jerit kuat-kuat. Karang jiran tetangga terjaga sapa yang susah. So, dengan hampanya, Mr Laboo patah balik. CikDas tahu hal ni keesokan harinya, masa kami keluar.  Tapi tu la dia, dah penat sangat CikDas lansung tak dengar. Oh my, oh my, kesiannya..  Bt p/s, I love you.