Friday, April 22, 2016

Birthday date with Mr Hubby

Bila birthday, every year PnDas memang akan apply cuti sebagai acara Personal Public Holiday PnDas. Mengikut persepsi PnDas, birthday ialah hari untuk menyantaikan diri tanpa perlu membebankan fikiran kita untuk bekerja. Plus, PnDas taknak mengharapkan budak2 ofis @ pressure kan diri mereka membuat collection nak buat acah-acah surprise birthday party. Lepas tu bila masuk time birthday orang plak, kena bagi donation. Dah macam paksarela. So bila camni PnDas rasa tak perlu rasa terbeban nak bagi donation. PnDas dah refuse awal-awal don’t want to involve with this all kind office birthday party. Lagipun pengalaman lepas-lepas tatkala kawan-kawan ofis buat birthday party, banyak juga meninggalkan memory yang tak berapa best. Contoh di sini, bila time birthday orang, kita sungguh-sungguh buat sampai beli kek yang agak best untuk diraikan. Bila time kita plak kek nya pula ala kadar aje. Contoh the 1st person dorang sediakan kek from Secret Recipe. Mahal kan? The 2nd fellow another time la dia punya birthday beli kek from Giant sahaja. Alasan bajet tak banyak so keknya tak special.  Dah timbul rasa tak puas hati di situ. So, buat apa kan? Baik celebrate dengan insan-insan istimewa sahaja. Itu personal opinion PnDas aje la. Kalau ada yang rasa nak meraikan dengan kawan-kawan ofis lagi bermakna, by all means dipersilakan. Nasib kita tak sama. Jenis kawan-kawan juga tak sama. Itu aje komen PnDas. Huhuhuhu, chill..

                Ini kisah hari yang sama sesi petang plak. Lepas urusan register buku pink setel, kena faham juga lah kan bahawasanya ( Hubby suka bebenor gunapakai ungkapan ini) hari lahir adalah bersamaan  dengan tarikh luput lesen memandu tahunan. So, PnDas malas nak ke JPJ . Nak full reload sabar petang petang hari memang payah sikit la. Altenative solution buat renew kat pejabat bos besar. Puas hati sikit kaunter banyak and urusan laju macam air. Tak sampai setengah jam setel bab renew lesen. PnDas baru dapat tahu yang Hubby pun tak renew lagi lesennya since last year. All this while he’s been driving with expired due license. Seriously dear????! Bila dia nk renew, katanya IC dia ade problem chip. Bengang le sekejap sebab kena pegi ke Jabatan Pendaftran untuk replace IC barulah boleh renew Licence tu. Kesudahannya tak pergi.

                Jadi Hubby masih lagi memendingkan (new term, jangan guna di public sebab salah vocab) urusan renewing beliau. Lantok ler sayang uihh. Kalau kena saman bukan PnDas yang bayor.  Lepas tu sibuk la bertanya,

Him: Sayang nak celebrate bday kat mana?

Me: I lapar, kita makan dulu ye?

Him: Boleh, nak makan ape yunk?

Me: I teringin makan nasi goreng la lately ni.

Him: Masakan goreng-goreng, tengahari belum ade yunk.

Me: Oh… Camtu nasi ayam kat seksyen 6. Air honeydew tu sedap. Dah lama tak minum. Ayam nak lebih ye.

Him: Okay.

Then both of us lunch kat situ dulu before heading to Subang Parade.


Kutip kat Google Image.

SABAR KENA BAWA LEBIH Episode 1

Semalam birthday PnDas (21st Apr 2016), tapi dah ade schedule pergi Klinik Kesihatan Seksyen 7. Sebab nak buat medical checkup. Kena buka buku kaler pink. Memula sibuk la PnDas bertanyakan pakcik Google, mende apa la yang nak dibawa untuk buka buku kaler pink tu. Takdela kebatakan terserlah semasa di sana. Sampai skodeng blog orang. Ye la, dah pakcik Google suka sangat mengorek rahsia kat blog orang, dengan PnDas sekali terjebak dengan acara macam tu. Hahaha. Tapi bila sudah pening membaca. Terus PnDas fedup. Zaman sekarang ni orang suka sangat tanya Pcik Google. Semua pakcik Google sampai kadang-kadang terlupa, pergi terus direct tanya kan senang. So, last bantuan pcik Google PnDas minta tanya no telefon Klinik Kesihatan Seksyen 7. Mujurla ada, terus PnDas dial dan bertanya. Kan senang senang je jawapannya…

1)    Bawa IC sendiri ( bawa ke sana tapi tak guna pun)
2)   Bawa salinan IC suami  ( tade plak dorang minta)
3)   Untk anak pertama bawa surat nikah ( pun tak minta )
4)  2D Scan ( yang ni je dorang amik and stapler kat buku pink tu)

Pengalaman setiap orang bila buka buku pink ni beza-beza. So, bila PnDas cakap dorang tak minta IC PnDas and suami or surat nikah, jangan lah semua pikir takyah bawa. Bawa tau, sebab situasi kadang-kadang tak sama. So, daripada buat keje 2X, bawa aje la.

Lepas tu, masa datang semalam sebelum 7.30am PnDas dah terpacak kat situ. Rupa-rupanya dah ramai orang queue. Memang lah Klinik start pukul 8.00am tapi kaunter dah start buka 7.30am. Macam mana PnDas tahu? Tanya lah direct, jangan banyak refer pakcik Google. Dia bukan nurse or doctor kat Klinik Kesihatan tu. So, PnDas dapat no yang agak awal juga la. Memandangkan PnDas takde temujanji, and ini experience pertama plak tu, skema le nunggu tak tanya kat kaunter sampai 2 jam melanguk. Pukul 9.30am nombor PnDas tak sebut sebut lagi. Pastu, terus PnDas pegi kaunter. Tanya elok-elok dengan nurse tu.

Me: Nurse, tumpang tanya. Saya dah datang kat sini since pukul 7.30am lagi. Sekarang dah 9.30am, nombor saya tak dipanggil. Boleh saya tau kenapa? ( Huh skema tanya)

Nurse pandang.

Nurse: Takde temujanji kan? Kalau takde temujanji memang lambat sikit sebab kita utamakan yang ada temujanji. Kena tunggu sampai 2,3 jam dulu.

Me: Iye saya faham. Tapi saya dah datang daripada 7.30am sebaik kaunter dah dibuka. Kira dah tunggu 2 jam juga la. Orang yang datang kemudian dah masuk dah. Nombor saya masih belum dipanggil. Macam mana saya nak ada temujanji kalau ini first time nak buat buku?

Nurse: Puan letak nombor tu kat mana?

Me: Dalam bakul “ Tanpa Temujanji”.

Then barulah nurse tu ambil nombor PnDas. Sebenarnya moral kat sini, jangan malu nak bertanya. Bertanya aja lah kalau itu boleh mempercepatkan urusan kita. Bila bertanya tu kita tanyala elok-elok. Bukan dengan nak marah-marah. Memang orang ramai, sebab service free. Kita pun sendiri amik khidmat Klinik Kesihatan sebab free. So? Nak kata apa? Sabar tu bawa lebih. Kalau boleh bawak spare sabar tu banyak-banyak. Kadang-kadang nurse pun boleh terlepas pandang sebab orang ramai tak putus putus. Jadi bila kita dah spoilt mood nurse pagi-pagi dengan buat dia stress, imagine orang yang belakang kita dapat tempias moody. Tak baik kan?? Akan datang ntah ntah kita pula yang dapat tempias moody sebab orang depan kita dah spoilt mood dia. So benda akan berpusing balik kena kat kita.

Berbalik kepada hal tadi, kemudian nombor  PnDas dipanggil untuk ditimbang berat badan. Then, beratur lagi ambil darah. Tips lagi satu untuk Allah mudahkan laluan kita ialah dengan berbelas kasihan pada orang yang lebih berat tanggungan daripada kita. Contoh, kerusi disediakan untuk ibu mengandung. 1st PnDas dapatlah duduk, penat juga berdiri lama-lama dengan mual loya. Later on ada preggie lady perut nya dah agak memboyot terpaksa berdiri. Macam PnDas cepat kesian. So, PnDas offerkan seat PnDas untuk dia. Mula-mula dia taknak. Segan agaknya tapi PnDas insist. So, dia duduk. Tak lama lepas tu, nombor PnDas kena panggil dah. Padahal depan PnDas ada lagi orang tengah tunggu.

Alhamdulillah.

                Lepas ambil darah, kena submit sample tu ke makmal, dia bagi cup untuk urin. Memang PnDas dah tak tahan nak buang air. Ngam-ngam time ibarat mengantuk disorong bantal. Lepas setel letak sample urin & darah dekat makmal, kena tunggu lagi. Betulkan? Sabar kena bawa lebih. Tak lama tunggu, nombor PnDas kena panggil lagi. Masuk dalam jumpa nurse. Alhamdulillah dapat nurse yang agak friendly siap wish birthday lagi kat PnDas. Dia update kat buku pink tu and explain sikit sebanyak. Buat breast checkup and macam-macam lagi la. By 11.00am urusan PnDas kat Klinik Kesihatan pun selesai.


                But last last sekali, sabar PnDas dah kehabisan reload apabila Mr Laboo datang lambat ambil PnDas.  Hahahah kesian beliau kena menerima amarah PnDas. Sape suruh lambat?? Love him more… ^_^

Wednesday, April 20, 2016

Suki suki je

Sekarang dah masuk bulan April. Apakah update yang PnDas boleh announcekan di sini. Oh ye, bulan ini ialah bulan hari jadi PnDas.. Wooohoo. Sempena meraikan hari kejadian PnDas, since last week PnDas dah apply coti dengan En Boss. Boss Mr AT, tanpa banyak soal terus mengapprovekan. Setel problem.

Last week project buat karipap pusing PnDas membuahkan hasil yang agak marveles, gebus, dan crispy. Dengan penuh rasa konfidennye PnDas cakap, boleh dijual. Hahahah perasantan lagi. Cuma satu je PnDas failed. Cara nak ketip or kelim tepi karipap tu. Tak tahu la kenapa, jari jemari PnDas ni macam kurang halus keseniannya di situ. Terpaksa meminta bantuan mertua PnDas mengetip tepi karipap tu. Hahahadooi, ini macam punya orang pun ada ka??? Filling & pastry karipap diakui successful kejadiannya.

Petang memandangkan orang tua tiada dirumah, terpaksalah PnDas & suami menggalas tanggungjawab menjadi penjaga sementara kepada adik-adik Hubby PnDas. Dalam kata lain, chef in da house la. Petang ni dah inform Hubby menyediakan bahan-bahan untuk dinner malam. Huh, biar betik? Awal gila. Takpa la, Hubby PnDas ni ada habit pahat sikit. Sekali ketuk baru jalan. Huhuhuhu


Malam semalam kedua –dua mertua PnDas pegi ke Meilbourne sampai weekend ni baru la balik. So, the whole family except adik ipar perempuan je yang pergi. CikGebus ( adik ipar PnDas ni) stay rumah nenek di KL. Tak dapatlah nak menghantar sekali.