Saturday, August 24, 2013

Xperia J T_T

Hari ini hari Sabtu bersamaan 24/08/2013. Hari ni for no reason mood aku sangat-sangat panas. Semua benda tak follow apa yang aku nak. Wechat aku asik-asik hang, FB aku pun sama. Bahasa mudah phone aku asik keluar notification “ Your Memory is out of space”.. Damn, ape mende yang aku dah install sampai ke penuh? Picture (dah transfer pegi pendrive), video ( lansung takde). Ke henpon ni volunteer nak aku check in kan ke dalam tong sampah? Walopun henpon ni ade sentimental value sikit dalam hidup aku. Yaloh, memang la aku dapat free.. Orang bagi.. Tapi takkan la.. Adess..
Tolong lah berfungsi dengan baik ye sayang.. I sayang you lagi ( merujuk kepada Sony X-Peria J)


Aku rasa benda yang aku nak beli tahun depan ialah henpon baru.. Yang memorinya boleh infiniti.. Ceh, wujud ke?.. Disebabkan ke”hang”an henpon ni telah menyebabkan emosi aku turun naik tak menentu. Taboo hidup aku ialah bila berhadapan benda-benda yang lembap dan hang tak tentu pasal. Mesti viewer yang baca ni terfikir, ”Poyolah pompuan ni. Mende macam ni nak emo ke?”. Ini jawapan aku, ”Aku, dia dan henpon.. Satu peralihan”

Mock Recall oh Mock Recall

Hari ni hari Jumaat bersamaan 23/08/2013. Aku dan sorang kolik aku polo boss aku pergi Rawang. Ade meeting dengan customer pasal Mock Recall. Menatang ape Mock Recall? Tah la, boss dah suruh pergi, aku pergi tadah telinga je la.. Yang sorang kolik aku dah memang expert pasal mende tu rajinlah beliau bertanya itu ini. Aku since dat tak tau mende, melopong katak je la. Boss aku ni pun satu.. Kokyepun sayang bangat kat aku, tak perlu kot nak bawak aku ke hulu hilir macam pet. Pot pet pot pet aku membebel..

Tapi itu bukan mende utama yang aku nak mengutuk ni. Tak baik kan aku? Takpe, jangan ambik or tiru perangai aku yang tak bagus ni. Sayangi boss anda.. Hahaha

Boss aku ni memandu memang cara nak membunuh orang. Ape taknya, kete tengah speeding boleh terhuyung hayang lane tengah and lane kanan. Lepas tu jawab telpon lak. Agak-agak korang cemas tak? Mengucap panjang aku.. Bagai nyawa dihujung tanduk.. Plak tu dari Shah Alam ke rawang lalu NKVE. Perhh, seriau... Sempat gak aku update kat status FB kot-kot nyawa tak panjang.. Amit2x