Thursday, September 22, 2016

Aloha Mommy To Be

Hoho, macam dah lama gila PnDas tak update kat sini. Busy mengalahkan PM. Ekcelli PnDas sekarang sedang preggie 7 bln, with due on Dec 2016. But PnDas foresee macam terberanak awal aje rasanya. Takpe la, mana mana je lah. Asalkan baby PnDas sihat walafiat.

Topik yang PnDas cuba utarakan pada kali ini ialah berkisarkan ikut sedap PnDas nak taip. Sebenarnya PnDas takda la idea bernas sangat untuk dibicarakan. Nak berkongsi pasal tips kehamilan pun macam rasa belum otai lagi. Iyalah kan, baru first baby. Apa la sangat petua petua yang PnDas boleh kongsikan. Cuma kat sini PnDas boleh menceritakan alahan yang PnDas alami. PnDas kena kegatalan. Dari satu perut hingga ke dada. Nampak buruk jugalah dah macam corak abstrak pelukis Wassily Kandinsky. PnDas highlight kat Mr Laboo pasal kekurangan PnDas ni.Sedih la juga , sape tak sedih kan perut dah macam peta dunia? Tapi dengan best nya Mr Laboo memberi kata-kata perangsang.

It’s ok, sayang. You still look pretty no matter how. I love everything about you”. 
Fuh, cair juga la dengan ayat-ayat camtu.

By da way, baby yang PnDas kandung ni adalah baby girl. PnDas ni jenis tak menyabar nak tau jantina. Sebab bila dah tau, senang la bagi PnDas nak specifikasikan persediaan new born tu nanti. Untuk itu, PnDas signed up 3D 4D Scan  Malaysia under Dr Jezzlyn. Website nye kat sini:


                PnDas ambil pakej RM120 untuk 3D/ 4D Scan. Banyak good review yang PnDas baca mengenai Dr Jezzlyn and dia pun sweet funny orangnya. Dapat jugalah tengok baby PnDas dalam ultrasound tu. Another thing kalau booking dengan Dr Jezzlyn online melalui laman web tadi, harganya jauh berbeza berbanding walk in which is RM190 ( Umra Medical Centre Seksyen 13). Fuh, mahal tol. Memandangkan PnDas tinggal kat Shah Alam dan PnDas ingin mendapatkan khidmat Dr Jezzlyn, beliau cuma bertugas pada hari Ahad sahaja kerana hari lain beliau kat area lain. Jadi sila lah baca dulu term and condition before agree to set an appointment.

Persiapan menyambut kelahiran baby.

                Honestly, PnDas belum prepare bersungguh-sungguh lagi barang – barang baby. Banyak buat survey dulu. Antara laman web yang PnDas tengah usya ialah:


                Semua yang PnDas tengah survey ni ada harganya agak berbaloi dan ada harga macam mahal juga. Depends on budget la. Ada a few of kawan kawan PnDas yang bakal mendapat baby juga, jadi apa yang mereka post di FB barang barang yang patut dibeli, PnDas jadikan sebagai reference. ^_^


                Rasa macam agak skema juga gaya penulisan PnDas lately ni. Kalau first first dulu masa aktif mengarang blog, ayat agak la sempoi dan penuh gila-gila.  Ke mana perginya bisa PnDas ye? Hahahaha

Friday, April 22, 2016

Birthday date with Mr Hubby

Bila birthday, every year PnDas memang akan apply cuti sebagai acara Personal Public Holiday PnDas. Mengikut persepsi PnDas, birthday ialah hari untuk menyantaikan diri tanpa perlu membebankan fikiran kita untuk bekerja. Plus, PnDas taknak mengharapkan budak2 ofis @ pressure kan diri mereka membuat collection nak buat acah-acah surprise birthday party. Lepas tu bila masuk time birthday orang plak, kena bagi donation. Dah macam paksarela. So bila camni PnDas rasa tak perlu rasa terbeban nak bagi donation. PnDas dah refuse awal-awal don’t want to involve with this all kind office birthday party. Lagipun pengalaman lepas-lepas tatkala kawan-kawan ofis buat birthday party, banyak juga meninggalkan memory yang tak berapa best. Contoh di sini, bila time birthday orang, kita sungguh-sungguh buat sampai beli kek yang agak best untuk diraikan. Bila time kita plak kek nya pula ala kadar aje. Contoh the 1st person dorang sediakan kek from Secret Recipe. Mahal kan? The 2nd fellow another time la dia punya birthday beli kek from Giant sahaja. Alasan bajet tak banyak so keknya tak special.  Dah timbul rasa tak puas hati di situ. So, buat apa kan? Baik celebrate dengan insan-insan istimewa sahaja. Itu personal opinion PnDas aje la. Kalau ada yang rasa nak meraikan dengan kawan-kawan ofis lagi bermakna, by all means dipersilakan. Nasib kita tak sama. Jenis kawan-kawan juga tak sama. Itu aje komen PnDas. Huhuhuhu, chill..

                Ini kisah hari yang sama sesi petang plak. Lepas urusan register buku pink setel, kena faham juga lah kan bahawasanya ( Hubby suka bebenor gunapakai ungkapan ini) hari lahir adalah bersamaan  dengan tarikh luput lesen memandu tahunan. So, PnDas malas nak ke JPJ . Nak full reload sabar petang petang hari memang payah sikit la. Altenative solution buat renew kat pejabat bos besar. Puas hati sikit kaunter banyak and urusan laju macam air. Tak sampai setengah jam setel bab renew lesen. PnDas baru dapat tahu yang Hubby pun tak renew lagi lesennya since last year. All this while he’s been driving with expired due license. Seriously dear????! Bila dia nk renew, katanya IC dia ade problem chip. Bengang le sekejap sebab kena pegi ke Jabatan Pendaftran untuk replace IC barulah boleh renew Licence tu. Kesudahannya tak pergi.

                Jadi Hubby masih lagi memendingkan (new term, jangan guna di public sebab salah vocab) urusan renewing beliau. Lantok ler sayang uihh. Kalau kena saman bukan PnDas yang bayor.  Lepas tu sibuk la bertanya,

Him: Sayang nak celebrate bday kat mana?

Me: I lapar, kita makan dulu ye?

Him: Boleh, nak makan ape yunk?

Me: I teringin makan nasi goreng la lately ni.

Him: Masakan goreng-goreng, tengahari belum ade yunk.

Me: Oh… Camtu nasi ayam kat seksyen 6. Air honeydew tu sedap. Dah lama tak minum. Ayam nak lebih ye.

Him: Okay.

Then both of us lunch kat situ dulu before heading to Subang Parade.


Kutip kat Google Image.

SABAR KENA BAWA LEBIH Episode 1

Semalam birthday PnDas (21st Apr 2016), tapi dah ade schedule pergi Klinik Kesihatan Seksyen 7. Sebab nak buat medical checkup. Kena buka buku kaler pink. Memula sibuk la PnDas bertanyakan pakcik Google, mende apa la yang nak dibawa untuk buka buku kaler pink tu. Takdela kebatakan terserlah semasa di sana. Sampai skodeng blog orang. Ye la, dah pakcik Google suka sangat mengorek rahsia kat blog orang, dengan PnDas sekali terjebak dengan acara macam tu. Hahaha. Tapi bila sudah pening membaca. Terus PnDas fedup. Zaman sekarang ni orang suka sangat tanya Pcik Google. Semua pakcik Google sampai kadang-kadang terlupa, pergi terus direct tanya kan senang. So, last bantuan pcik Google PnDas minta tanya no telefon Klinik Kesihatan Seksyen 7. Mujurla ada, terus PnDas dial dan bertanya. Kan senang senang je jawapannya…

1)    Bawa IC sendiri ( bawa ke sana tapi tak guna pun)
2)   Bawa salinan IC suami  ( tade plak dorang minta)
3)   Untk anak pertama bawa surat nikah ( pun tak minta )
4)  2D Scan ( yang ni je dorang amik and stapler kat buku pink tu)

Pengalaman setiap orang bila buka buku pink ni beza-beza. So, bila PnDas cakap dorang tak minta IC PnDas and suami or surat nikah, jangan lah semua pikir takyah bawa. Bawa tau, sebab situasi kadang-kadang tak sama. So, daripada buat keje 2X, bawa aje la.

Lepas tu, masa datang semalam sebelum 7.30am PnDas dah terpacak kat situ. Rupa-rupanya dah ramai orang queue. Memang lah Klinik start pukul 8.00am tapi kaunter dah start buka 7.30am. Macam mana PnDas tahu? Tanya lah direct, jangan banyak refer pakcik Google. Dia bukan nurse or doctor kat Klinik Kesihatan tu. So, PnDas dapat no yang agak awal juga la. Memandangkan PnDas takde temujanji, and ini experience pertama plak tu, skema le nunggu tak tanya kat kaunter sampai 2 jam melanguk. Pukul 9.30am nombor PnDas tak sebut sebut lagi. Pastu, terus PnDas pegi kaunter. Tanya elok-elok dengan nurse tu.

Me: Nurse, tumpang tanya. Saya dah datang kat sini since pukul 7.30am lagi. Sekarang dah 9.30am, nombor saya tak dipanggil. Boleh saya tau kenapa? ( Huh skema tanya)

Nurse pandang.

Nurse: Takde temujanji kan? Kalau takde temujanji memang lambat sikit sebab kita utamakan yang ada temujanji. Kena tunggu sampai 2,3 jam dulu.

Me: Iye saya faham. Tapi saya dah datang daripada 7.30am sebaik kaunter dah dibuka. Kira dah tunggu 2 jam juga la. Orang yang datang kemudian dah masuk dah. Nombor saya masih belum dipanggil. Macam mana saya nak ada temujanji kalau ini first time nak buat buku?

Nurse: Puan letak nombor tu kat mana?

Me: Dalam bakul “ Tanpa Temujanji”.

Then barulah nurse tu ambil nombor PnDas. Sebenarnya moral kat sini, jangan malu nak bertanya. Bertanya aja lah kalau itu boleh mempercepatkan urusan kita. Bila bertanya tu kita tanyala elok-elok. Bukan dengan nak marah-marah. Memang orang ramai, sebab service free. Kita pun sendiri amik khidmat Klinik Kesihatan sebab free. So? Nak kata apa? Sabar tu bawa lebih. Kalau boleh bawak spare sabar tu banyak-banyak. Kadang-kadang nurse pun boleh terlepas pandang sebab orang ramai tak putus putus. Jadi bila kita dah spoilt mood nurse pagi-pagi dengan buat dia stress, imagine orang yang belakang kita dapat tempias moody. Tak baik kan?? Akan datang ntah ntah kita pula yang dapat tempias moody sebab orang depan kita dah spoilt mood dia. So benda akan berpusing balik kena kat kita.

Berbalik kepada hal tadi, kemudian nombor  PnDas dipanggil untuk ditimbang berat badan. Then, beratur lagi ambil darah. Tips lagi satu untuk Allah mudahkan laluan kita ialah dengan berbelas kasihan pada orang yang lebih berat tanggungan daripada kita. Contoh, kerusi disediakan untuk ibu mengandung. 1st PnDas dapatlah duduk, penat juga berdiri lama-lama dengan mual loya. Later on ada preggie lady perut nya dah agak memboyot terpaksa berdiri. Macam PnDas cepat kesian. So, PnDas offerkan seat PnDas untuk dia. Mula-mula dia taknak. Segan agaknya tapi PnDas insist. So, dia duduk. Tak lama lepas tu, nombor PnDas kena panggil dah. Padahal depan PnDas ada lagi orang tengah tunggu.

Alhamdulillah.

                Lepas ambil darah, kena submit sample tu ke makmal, dia bagi cup untuk urin. Memang PnDas dah tak tahan nak buang air. Ngam-ngam time ibarat mengantuk disorong bantal. Lepas setel letak sample urin & darah dekat makmal, kena tunggu lagi. Betulkan? Sabar kena bawa lebih. Tak lama tunggu, nombor PnDas kena panggil lagi. Masuk dalam jumpa nurse. Alhamdulillah dapat nurse yang agak friendly siap wish birthday lagi kat PnDas. Dia update kat buku pink tu and explain sikit sebanyak. Buat breast checkup and macam-macam lagi la. By 11.00am urusan PnDas kat Klinik Kesihatan pun selesai.


                But last last sekali, sabar PnDas dah kehabisan reload apabila Mr Laboo datang lambat ambil PnDas.  Hahahah kesian beliau kena menerima amarah PnDas. Sape suruh lambat?? Love him more… ^_^

Wednesday, April 20, 2016

Suki suki je

Sekarang dah masuk bulan April. Apakah update yang PnDas boleh announcekan di sini. Oh ye, bulan ini ialah bulan hari jadi PnDas.. Wooohoo. Sempena meraikan hari kejadian PnDas, since last week PnDas dah apply coti dengan En Boss. Boss Mr AT, tanpa banyak soal terus mengapprovekan. Setel problem.

Last week project buat karipap pusing PnDas membuahkan hasil yang agak marveles, gebus, dan crispy. Dengan penuh rasa konfidennye PnDas cakap, boleh dijual. Hahahah perasantan lagi. Cuma satu je PnDas failed. Cara nak ketip or kelim tepi karipap tu. Tak tahu la kenapa, jari jemari PnDas ni macam kurang halus keseniannya di situ. Terpaksa meminta bantuan mertua PnDas mengetip tepi karipap tu. Hahahadooi, ini macam punya orang pun ada ka??? Filling & pastry karipap diakui successful kejadiannya.

Petang memandangkan orang tua tiada dirumah, terpaksalah PnDas & suami menggalas tanggungjawab menjadi penjaga sementara kepada adik-adik Hubby PnDas. Dalam kata lain, chef in da house la. Petang ni dah inform Hubby menyediakan bahan-bahan untuk dinner malam. Huh, biar betik? Awal gila. Takpa la, Hubby PnDas ni ada habit pahat sikit. Sekali ketuk baru jalan. Huhuhuhu


Malam semalam kedua –dua mertua PnDas pegi ke Meilbourne sampai weekend ni baru la balik. So, the whole family except adik ipar perempuan je yang pergi. CikGebus ( adik ipar PnDas ni) stay rumah nenek di KL. Tak dapatlah nak menghantar sekali.

Wednesday, March 30, 2016

Ke dapur la kite…





PnDas sekarang tak tahu nak update apa. Bermacam-macam perkara bermain di dalam kepala namun tak tahu nak luahkan macam mana. Bukan benda negative pun. Semenjak bermenjak ni PnDas sangat gigih mentelaah resepi yang PnDas rasa nak cuba. Belum setel projek A, PnDas terus nak jump projek B. Haish, kadang-kadang mende kecik macam ni pun boleh jadi stress. Apa la PnDas ni. Relax la. Nak masak pun berstress bagai.

So, Apa kata PnDas senaraikan dulu goal masakan yang bermain di fikiran. Senang lah sikit bila dah ready, boleh pick mana nak buat dulu.

PnDas nak cuba buat croissant. 2,3 hari ni nampak macam nak makan croissant. Bila tengok cara-cara, pertengahan jugak cara pembuatannya la. Senang sangat pun tak, susah sangat pun tak. Tapi kalau tak careful, memang tak jadi.

Pastu rasa nak buat Cheese Ring Pastry. Ala, macam croissant tapi buat bentuk star. Dalam dia letak cheese banyak-banyak, ade filling. Yang itu pun nampak senang nak buat, tapi kalau tak jaga-jaga, tak jadi juaga.

Kemudian PnDas plan nak buat Mexican Bun. Dari bertahun-tahun lepas nak buat tapi tak jadi-jadi. Alasannya PnDas rasa kebolehan buat roti PnDas macam ke laut. Selalu tak berapa nak jadi. Actually pada orang lain yang merasa bun dorang cakap best. Cuma personal thought PnDas rasa tak best. Tak seperti yang PnDas nak. But it’s ok, yang ini PnDas akan cuba realisasikan.

PnDas berkenan nak buat Paella. Paella ni makanan Spanish, sejenis risotto yang bercampur dengan macam-macam seafood. Tapi kalau ikut resepi sebenar, ade campuran wine. That part memang kena alter ikut tekak Muslim la. Masih lagi mentelaah ingredients nya. Tapi kan PnDas tak berapa gemar sangat nasi yang bercampur dengan susu atau cream. Huhuhu Takpe, yang ini kita ketepikan dulu.

Kek Pandan Cheese leleh pun PnDas rasa nak buat. Kawan masa diploma  PnDas buat Kek Pandan Cheese Leleh sedap betul. Siap jual lagi. Tapi PnDas tak berapa minat nak meniaga ni walaupun ada yang cakap makanan yang PnDas buat boleh dijual. Pelik kan perangai. PnDas suka masak atas dasar minat & suka-suka. Bila dah masuk fasa berniaga ni, PnDas rasa macam tertekan sebab nak kena ambil tempahan, siapkan and hantarkan. Sedangkan PnDas ada mood juga nak masak or baking. Mertua PnDas pun menggalakkan PnDas buat berniaga. Hahaha, maybe akan datang siapa tahu kot-kot PnDas dah mula jatuh cinta.

Food yang pernah PnDas hasilkan dan mendapat komen bagus sama ada daripada kawan-kawan or ahli keluarga. Antaranya ialah:

1)       Sushii / Kimbab
2)     Kimchii – masa tu kegilaan dengan KPOP wave, makanan dorang pun PnDas nak cuba
3)      Onigiri
4)     Vietnamese Spring Roll – Mertua PnDas sangat gemarkan makanan ni.
5)     Steamboat & Grill – Family PnDas akan request bila ada special occasion
6)     Chocolate Brownies
7)      Banana Chocolate – Yg ni buah sekali je, sebab tak larat nak beli bahan2. Mahal sgt.
8)      Chocolate Indulgence – Sama gak, kejadiannya awesome tapi nak membuatnya penat
9)     Nasi Arab – Kos melampau juga. PnDas akan beli beras yang memang mahal semata2 nak buat
10)  Nasi Beriyani – Ni pun sama gak.
11)    Pizza
12)   Kek Chocolate Moist
13)   Grilled Fish – Guna trout, dory, salmon.
14)   Bubur nasi or kekacang
15)   Asam pedas
16)   Portugese Egg Tart
17)   Chinese Dumpling / Korean Mandoo
18)   Chicken Masala / Varuval
19)  Spagetti – Bolognese, Alfredo, Carbonara. Many creations  yang pelik2.
20) Etc

Fuh banyak gak la sampai tak tertaip.  

                Semoga kemalasan PnDas tidak mengatasi kerajinan. Huhuhuuhu..

Akhirnya Aku Kahwin…… Woohoo


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi bahawasanya CikDas opps PnDas sudah selamat bergelar sebagai isteri kepada MrLaboo pada tanggal 6th February 2016. Majlis perkahwinan kami Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Kedua-dua orang tua kami amatlah gembira dan PnDas mengharapkan agar rumahtangga yang kami bina ini inshaaAllah dapat berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.

Bercerita kepada topic ini,, buat masa sekarang PnDas dan suami tinggal bersama mertua di Shah Alam. Dekat tak dekat juga la dengan tempat kerja PnDas sekarang. Mujurlah masa belum kahwin dulu PnDas dah biasakan diri pergi kerja awal. Jadi bila lepas kahwin pun masih berterusan lah habit itu. Mertua PnDas kedua-duanya masih bekerja.

Sekarang ini PnDas masih lagi dalam situasi menyesuaikan diri dengan situasi, peranan, pengawalan emosi, etc. Kalau dulu PnDas boleh buat sesuatu sewenang-wenangnya tetapi sekarang bila sudah bersuami, haruslah bermuafakat dengan suami. Agak kekok tetapi inshaaAllah akan diusahakan perbaiki.

Bila dah kahwin ni mesti orang sibuk nak tanya pasal anak. PnDas dan suami tak merancang pun. Kalau ada rezeki Allah nak bagi maka PnDas terima. ^^ 

Kat bawah ni ade PnDas letakkan beberapa keping photo sebagai tatapan di hari bahgia PnDas







Friday, January 22, 2016

Stay Still..

Pagi ini fikiran CikDas bak gelas jernih berwap dengan gas. Nampak clear tetapi berwap. CikDas masih lagi dalam fikiran berkecamuk. Tiba-tiba ditegur oleh seorang pelawat yang datang ke office ini.

Cik, boleh pinjam stapler?” tanya nya

Kejap ye, stapler tu ape?” OMG, CikDas blackout seketika. Kemudian setelah mendapat visual di dalam benak barulah CikDas tercapai-capai mencari stapler. “Maaf Encik. Pagi-pagi ini sel otak saya belum bersambung dengan betul. Kejap saya pasang suis ye”.

Dan partner CikDas, Vee memerhatikan dengan wajah penuh hairan. TIdak mempedulikan dia, CikDas menyambung menaip. Biarkan jari jemari ini menaip sesuka hati.

CikDas risaukan tunang CikDas, Mr. Laboo. Dia nampak tertekan dan sedih. CikDas harap dapat membantu dia. Tapi tangan dan kaki CikDas pun  dah terikat dengan simpulan mati. Apa yang termampu CikDas dah tolong, tetapi segala-segalany terhad.  Kekangan dengan pelbagai. Semalam dia sepatutnya dapat payment drp  clientnya. Dengan payment itulah diharap dapat digunakan untuk mengandalkan kos majlis kami. Dugaan sungguh. Tapi takpe la, ada la rezeki itu nanti. CikDas tak putus-putus doa, sambil berharap dibentangkan rezeki untuk dia. Dipermudahkan segala urusannya. Semalam dia pegang tangan CikDas. Sangat erat genggaman itu. Katanya,

I’m worry if the client unable to pay tonight. Holding ur hand is just like charging my body’s battery

Sshhh.. Dun worry, dear. Inshaa Allah.” Hanya itu yang mampu CikDas katakan.

Ganbatte kudesai, Mr. Laboo. I know it’s tough. But everything will be fine. We’ll find a way okay. Just stay strong. Hang on there..

Notification for incoming WhatsApp message…

Tak Berjaya..

To be continued………………..


Wednesday, January 20, 2016

Glum Heart


CikDas kekeringan idea untuk mengupdate di blog ni. Dah bersawang agaknya. Lagi 2 minggu sebelum wedding CikDas. CikDas tak tahu nak rasa gemuruh jiwa semangat membara ke apa. Banyak yang bermain di fikiran CikDas ibarat system yang sedang nak crash disebabkan banyak application sedang running. Oleh yang demikian seandainya kelihatan tulisan ini agak merapu tepu, ini adalah kerana medulla oblongata CikDas sel nya masih dalam transmission ke pencawang yang betul.


Henpon CikDas pulak di saat saat dramatic dengan keadaan CikDas kelesuan berfikir memberi pulak signal untuk kondem. Mengapa???!  Sekarang item henpon yang nak kondem ni berlegar difikiran CikDas mencari solusi. Seperti, restart, reformat, baling ke dinding or beli yang baru. Isunya henpon ini bukan berkaitan dengan kegagalan membuat panggilan tetapi kehilangupayaan fungsi aplikasi untuk mengakses medan sosial. Wah, sebab tu je CikDas hangin?  Suddenly sahaja saja henpon ini mempamerkan imej comatose yakni persekitaran hitam dipermukaan skrin atau nama lainnya blank screen ( sleep mode). Selalunya segala bentuk isu dan pemasalahan harian CikDas akan dirujuk dengan PakCik Google. Melaluinya sahaja lah setiap sudut pandangan, rantingan tercapai untuk CikDas klik dan pilih mencari jawapan yang sesuai dengan jiwa tekak CikDas. Cuma hari ni, CikDas dan Pakcik Google seakan tidak berada dalam garisan selari. CikDas tidak mahu terlalu bergantung kepada PakCik Google. Sebab boleh dikatakan banyak kali juga PakCik Google mencarikan jawapan yang tak relevan dengan soalan CikDas. Lebih-lebih sekarang jiwa CikDas sedang kusut kacau bila dan CikDas tak mahu mencipta jurang atau rekahan tekanan emosi yang mula membibitkan gempa di daerah paling sunyi di hati CikDas. 


Kembali kepada nyata, selepas CikDas menarik pembaca menyelidiki secara khusus perjalanan fikiran CikDas. Tak mengapa, mungkin ada yang kekejangan seketika. Biarkan, tarik nafas dan teruskan membaca. Masih ada banyak lagi coretan beku tepu yang sedang dipecah-pecahkan bongkah untuk dikeluarkan. Seperti fridge bahgian beku yang kita cuba keluarkan frost dengan mengetuk- ngetuk, begitu juga lah demikian dengan idea CikDas sekarang ini yang sedang membeku di dalam sana tunggu di frost kan. Kadang-kadang CikDas terfikir, terlalu banyak yang CikDas nak keluarkan dari sana. Segala bentuk imej, imaginasi, kata – kata, semua CikDas nak tuliskan dalam blog nanti. Seperti kepala air terjun, namun sebongkah untuk dikeluarkan kena kuis-kuis dengan banyak penyedal. Selalunya ada sahaja kerikil yang membuatnya tersangkut. Mungkin terlalu banyak semut yang CikDas telan.

Jujur sekali semasa di alam remaja dulu. Apa yang bermain difikiran CikDas mudah sahaja diabadikan dalam bentuk tulisan untuk CikDas tatapkan di hari muka. Kini, kemahiran dan keupayaan itu seakan diputuskan. Tetapi mengapa? Acapkali CikDas berfikir sendiri, kenapa CikDas tak boleh seperti dulu? Apa yang menyebabkan CikDas berubah? Adakah ini sejenis kebaikan atau semakin menunjukkan keburukan?

Hati CikDas pun rasanya tidak semurni dulu. CikDas rasa CikDas semakin berubah. Tetapi CikDas tetap biarkan sepeti katak yang direbus dalam periuk. CikDas tak mahu lompat tapi membiarkan sahaja diri dalam air yang semakin panas itu. Membiarkan situasi walaupun sudah genting masih tak cuba selamatkan diri. Eh, Ego kah CikDas ni?