Wednesday, June 24, 2015

The Part Time..

Semalam CikDas baru start first puasa. Hari ke 6 Ramadhan baru CikDas boleh berpuasa. So CikDas rasa nak berbuka dengan Mr. Laboo. Akan tetapi di atas issue-issue yang tidak dapat dinyatakan di sini, CikDas majuk lagi dengan Mr. Laboo. Uhuk, uhuk semenjak dua menjak ni hati CikDas amatla sensitive. Tersalah cakap aja boleh sentap. Woah, pening gak la Mr Laboo nak melayan karenah CikDas ni.

Issue majuk ialah bila CikDas cakap dengan Mr. Laboo yang CikDas nak wat part time kat sebuah kafe from 8.00pm – 12.00am. Conversation lebih kurang macam ni la..

CD: ML, if CD cakap sesuatu ML mesti tak setuju ni?

ML: Apa dia? Cakap la dulu

CD: I cakap lepas pegi solat Asar dulu ya.

Lepas solat Asar, dalam kereta CikDas baru beritahu Mr. Laboo.

CD: Sebenarnya camni, boleh tak I nak wat part time sebagai kitchen assistant dekat satu kafe ni?

Terus Mr. Laboo jawab.

ML: No… N. O. No… ( dengan tegas )

CD: Kenapa? ( suara CikDas dah nak meninggi )

ML: Memang tak la.. I tau sangat diri u kalau dah penat. Ingat dulu u pernah masuk kerja dari 6am – 6pm. Itu pun dah badmood. Marah-marah I, pukul I pun ada. Sebabnya u penat. Memang tak la I nak bagi u kerja extra lagi dari pukul 8.00pm – 12.00am. Experienced, sayang. N.O.. No

CD: Bagi la I try dulu tengok camne..

ML: No… N. O.. Noooo…

CikDas dah mula buat muka grumpy face. Tak puas hati betul kena reject asking permission ni. Dan muka CikDas semakin ketat plus sour. But still Mr. Laboo tak nak compromise. Well, tak 100% pun salah dia kenapa dia bertegas macam tu. Dia memang ingat segala benda yang CikDas dah buat. Yang tak baik, yang baik tengtang CikDas even CikDas sendiri  pun dah lupa.

CD: Tapi I dah janji dengan orang tu nak datang malam ni.

ML: Takpe, cakap aja tak jadi.

CD: Senang nya cakap. I tak suka orang ingat I ni mungkir janji

ML: Memang senang pun. Cakap je la you tak jadi part time. And you have to promise me that you will never go tonight.

CikDas silent mode. Baru plan nak buat belakang dia. Dia ni kan……

ML: Hello, Assalam’ualaikum… Assalamu’alaikum…

CD: Wa’alaikumussalam ( kena jawab salam la )

ML: Dengar tak apa I cakap ni?

CD: Dengar

ML:  You promise me you tak pergi malam ni tau? Sayang.. I’m waiting your answer.

CD: Ye la ye la… I tak pergi.. Kalau pergi gak I mati eksiden.. ( CikDas geram and terlepas cakap macam tu)

ML: Kenapa nak cakap macam tu? U ni kan..

Sebagai resultnya plan asal nak pergi bazaar tak jadi sebab Mr Laboo nak settle issue tak puas hati CikDas ni. Well, after almost half an hour berpusing dengan kereta, memang semata-mata nak buat issue settlement. Selagi issue tak settle Mr Laboo memang takkan hantar CikDas balik. Dia cukup tak berkenan if CikDas pendam aja masalah tu. Walaupun kata-kata agak mengguris, dia lebih suka CikDas meluahkan daripada menyimpan. Dan CikDas bila dah disuruh buat macam tu, memang tak tapis apa-apa pun. Kalau orang cakap, point tu memang menusuk kalbu la. Still Mr. Laboo telan jua point-point itu.

Lepas je keadaan dah ok, and persetujuan tercapai Mr. Laboo ambil handphone and call his mama.

ML: Hello, mama. It’s me. Is it ok if CikDas will be joining us for buka puasa? She buka puasa alone. Really mama? Ok, thank you.

Mr. Laboo pandang CikDas.

ML: Now issue buka puasa kat mana dah settle. Berbuka kat rumah I.

CikDas diam and plus rasa segan.
So, semalam CikDas berbuka puasa dengan keluarga Mr. Laboo. Huhuhu…


Friday, June 12, 2015

My Life Journey of Achievement: Part 04

Lepas je graduate from diploma walaupun masih menunggu hari konvo, CikDas taknak duduk diam tanpa cari kerja. Permulaan life CikDas lepas graduate ialah CikDas kerja sebagai cashier dekat THE STORE PLAZA ALAM SENTRAL. Masa tu just fikir nak cari duit nak cover living expenses such as sewa rumah, bil –bil etc. Memang CikDas tak memilih kerja time tu. Dan disebabkan itu jugak la tak lama kemudian CikDas dapat offer kerja tetap dengan logistics company. Syukur Alhamdulillah. Moral of the story pada fresh graduate, jangan memilih kerja. Kerja level rendah walaupun ada diploma or degree tak bermakna anda seorang yang tak berguna. Itu maybe batu loncatan untuk mendapat kerja yang lebih baik. Selalu lah lihat kesusahan itu sebagai mende yang akan jadi positive di kemudian hari.

                Tahun ke dua CikDas kerja kat logistics company tu barulah CikDas terbuka hati nak sambung degree. Sebelum nak sign up CikDas fikir habis-habis dulu tentang kos, tentang masa, tentang mental and fizikal. Bukan apa, CikDas taknak ambil sekerat jalan. Lepas fikir habis-habisan, masa tu pun CikDas dah beli motor.Plus, CikDas tekad nak ada degree lantaklah degree apa pun. Jangan tak tau, mula-mula kerja kat logistic tu CikDas hari-hari jalan kaki dari seksyen 7 ke company CikDas, sampai kena kejar sekumpulan anjing.Nasib ada uncle India tolong halaukan. Bas takde lalu. Hari-hari nak naik teksi sure kopak la. So tahun 2007 secara rasminya CikDas buat part time Degree untuk course Human Resource. Hah, nampak tak lompatan jarak jauhnya dah lencong ke mana? Yang CikDas kerja kat Logistics company tu sebagai Customer Service Asst. Lansung takde kena mengena dengan CikDas study. Tapi sebab CikDas dah ada knowledge dalam computer system, CikDas tak ambil masa yang lama untuk memahami job flow. Ye lah, dalam logistics especially warehousing pun menggunakan system. Systemnye pun nak kena keyed in, data-data nak kena extract or verify baru boleh run figure. Tak ke banyak guna formulation. Still pengetahuan boleh digunakan tak?

                Now masuk balik part citer sambung degree. Tahun pertama agak bengong jugak la. Sebab nak sesuaikan environment bahawasanya waktu siang bekerja dan waktu malam kena pergi class. Class pula almost every day. CikDas kena balance kan waktu kerja dan kena get ready dengan class. Bukan senang tau. Mental and fizikal kena kuat. Pasal assignment or test semua jangan cerita la. Hari ni nak test, masuk awal sikit study and terus ambil test. Sebab, mana sempat nak study. Hahaha.. First semester final result tak payah cakap la, CikDas banyak dapat B. Ok lah kan. Dalam hati tetap rasa nak dapat sekurang-kurangnya sekali Dean List ( Anugerah Dekan ). Masa diploma tak dapat merasa sebab subject programming asyik failed aje, camne nak dapat dekan.

                Jadi untuk degree pula CikDas bulatkan tekad untuk dapatkan sekurang-kurang sekali Dekan. Continously study performance CikDas meningkat sejajar dengan pertemuan beberapa geng yang satu kepala. Best wo, time study dulu dapat geng yang group lain rasa tercabar. Yerp, I’m proud to be part of the gang. Biarpun busy kerja, tapi bila malam kami BERTUKAR menjadi kanak-kanak riang. Experience yang macam tu CikDas tak dapt masa diploma dulu. Sedar tak sedar 4 tahun berlalu macam tu and tibalah masa CikDas graduate. By the way masa part 5 hasil usaha gigih CikDas finally CikDas dapat DEKAN juga. Dan sampai sekarang rasa tak percaya.



 THE END.

My Life Journey of Achievement: Part 03



                Masuk Uitm untuk course Sains Komputer adalah kejutan intelektual buat CikDas. Kenapa? Sepanjang hidup CikDas masa tu, cuma mahir bahasa manusia aje. Tak pernah lagi tahu yang computer pun ada bahasa. Bahasa computer pun ada macam-macam. Permulaan course kitorang belajar bahasa C++. Hotak weii.. Menatang ape C++ tuh? Kalau dah C++, mane C- -nye? Medula oblongata CikDas terima kejutan intelek sampai jadi jammed. Time tu dah mula rasa cam sesalanku, kan senang ambil STPM aje. Hahaha, well my dearie myself, don’t regret because you won’t know what is ahead. Dengan penuh paksarela, CikDas memahamkan juga bahasa computer. Lari terus anggapan CikDas yang course ini tentang pembaikan alat-alat computer. Actually ko sendiri jadi tukang alih bahasa computer dengan coding and algorithm. Bila dah mula memahirkan diri dengan C++ ,itu pun setiap kali repeat exam, masuk je semester baru belajar bahasa computer yang baru iaitu JAVA. Hotak weii lagi. Mula-mula idea CikDas pasal JAVA ini ialah sejenis bahasa computer yang dijawakan. Cari juga perkataan “Marang kerapu kepundeng marang sekeper” dalam JAVA tu, tapi tak jumpa. Apa yang CikDas jumpa ialah:

Java is a programming language expressly designed for use in the distributed environment of the Internet. It was designed to have the "look and feel" of the C++ language, but it is simpler to use than C++ and enforces an object-oriented programming model. Java can be used to create complete applications that may run on a single computer or be distributed among servers and clients in a network. It can also be used to build a small application module or applet for use as part of a Web page. Applets make it possible for a Web page user to interact with the page.”

Sesiapa yang pernah mengambil course CikDas ni akan faham apa yang CikDas cuba sampaikan. Sesiapa yang tak pernah ambil, maaf lah, tak berdaya CikDas nak explain. Kenapa? Cuba tengok ni.

import java.util.Scanner;

public class SumOfDigits {
      public static void main(String[] args) {
            Scanner in = new Scanner(System.in);
            int n;
            System.out.print("Enter a positive integer: ");
            n = in.nextInt();
            if (n <= 0)
                  System.out.println("Integer you've entered is nonpositive.");
            else {
                  int sum = 0;
                  // algorithm step by step
                  // base:  sum = 0, n = 123
                  // step1: n % 10 = 3, n / 10 = 12
                  //        sum = 3, n = 12
                  // step2: n % 10 = 2, n / 10 = 1
                  //        sum = 5, n = 1
                  // step3: n % 10 = 1, n / 10 = 0
                  //        sum = 6, n = 0
                  // stop:  (n != 0) is false
                  while (n != 0) {
                        // add last digit to the sum
                        sum += n % 10;
                        // cut last digit
                        n /= 10;
                  }
                  System.out.println("Sum of digits: " + sum);
            }
      }
}



Macam mana CikDas nak explain pada yang tak pernah ambil program yang bahasa JAVA ni nak cerita macam mana nak buat summation of integers. Uhuk uhuk. Benda-benda macam ni la yang buat otak CikDas krem. Korang tau tak symbol “{“, “}”, “(“, “)” adalah bukan sengaja letak or perhiasan-perhiasan suka-suka letak kat situ. Itu adalah syntax code nya. Tak tulis or gatal tak tulis masa exam menyebabkan mark kurang @ takde mark. Dan masa final exam buka boleh main baling dadu A, ke B ke C ke D or bukan boleh buat essay panjang 5, 6 pages. Tetapi mende alah ni yang panjang 5, 6 pages without miss semua symbol-simbol à “{“, “}”, “(“, “)”, Now ngerti kamoo???

                Paling epic comment yang pernah CikDas terima daripada seorang lecturer JAVA ni, dia kata:
 “U Cuma boleh survive dengan C aje.”

Isk isk sedih woo lecturer cakap camtu. Tetapi apakan daya, kepakaran LOGIC CikDas yang merupakan attribute penting bagi seseorang programmer adalah takat tu aje. Nak pandai programming kena pandai guna LOGIC. Takde LOGIC tak boleh buat programming. Logic tu sebenarnya seperti ability. Contoh bakat melukis, menyanyi seseorang. Macam mana nak define level bakat –bakat semua tu. Ada orang dapat ability dengan hardwork, dan ada orang dapat ability secara gifted. Macam tu juga dengan ability buat program, ada orang boleh dapat lepas buat extra exercise, practice which is also a good thing la. Dan ada orang memang gifted program, lecturer bagi explain sekali dah boleh tangkap camne nak buat. CikDas ni plak, lecturer explain berkali-kali, plus buat exercise berkali-kali pun camtu juga. Ah, alas an.. Hahahaha..

Pernah CikDas buat programming assignment guna software dia, dari 8.00a, hingga 6.00pm tapi masih dapat logic error or syntax error. Period untuk CikDas buat diploma sebenarnya 3 tahun, tapi disebabkan CikDas ni “kurang” pandai programming, extend la 1 semester. Berjaya juga graduate tapi grade macam ampeh lerrr… So conclusion, percapaian masa diploma kurang memberansangkan. But still I’m kipidap.. After this CikDas sambung chapter degree pula.

To be Continued..


My Life Journey of Achievement: Part 02



Selepas CikDas berhasil mendapat keputusan yang agak baik itu, CikDas tidak mendapat tawaran ke mana-mana asrama penuh. Akademik CikDas memang bagus cuma CikDas tak berapa aktif dalam ko-kurikulum yang juga merupakan salah satu syarat wajib untuk mendapat tawaran. Bukan CikDas tak suka aktiviti kokurikulum, Cuma masa tu CikDas pendek dan cikgu-cikgu tak “nampak” kebolehan CikDas. Sedih gak tau. Huhuhu. Siapa sangka time sekolah menengah CikDas meninggi dengan jayanya. Tapi tak kisah la, sekolah mana-mana pun okay. SM3K ialah sekolah menengah yang CikDas daftarkan. First day agak terkesima sebab kita jadi paling “junior” kat sekolah tu. Ye la kan, masa sekolah rendah betul – betul menyeniorkan diri.  Now, bila masuk sekolah menengah, tengok abang-abang or kakak-kakak tingkatan 2,  3 dan ke atas yang tinggi macam galah, terasa kerdil pulak. Uhuk uhuk. Form 1 memang betul- betul behave. Masa tu kawan yang CikDas kenal agak baru-baru belaka. Cakap pun guna “saya”, “awak”. Gila formal. Tak silap CikDas masa form 1 ke form 3, akademik CikDas agak so and so. Tak cemerlang sangat, tak teruk sangat. Bila dah masuk pre- alam remaja, muka CikDas dihadirkan  dengan  “KakPimpel”, woah tensen betul. Banyak gila masa tu, rasa macam malu, segan, nak menonjolkan diri pun tak confident. Seriously, masalah KakPim bagi pada CikDas masa tu sangat-sangat irritating.

Pulak tu pegi gatal pakai product yang konon-konon boleh hilangkan KakPim, huh makin teruk ada lah. Kesudahannya CikDas redha dan redah aja lah dengan muka KakPim ni. Banyak tau saat terindah hidup CikDas terganggu disebabkan KakPim nih. Time PMR CikDas score tak berapa cemerlang. Sekadar 5A 3B. Yang B tu pulak Geografi, Sejarah, aiseh, lupa plak satu subject lagi tu apa. Matematik agaknya. Tapi percapaian tu ok lah kan? Kemudian masuk Form 4, dah start zaman SPM sijil terbuka. Maknanya student boleh pilih nak ambil aliran Sains Tulin or Sains Kejuruteraan. Disebabkan CikDas tak berapa suka dengan Biografi, CikDas tukar subjek ambil Lukisan Kejuruteraan. CikDas bersama dengan seorang lagi budak kelas Sains yang ambil Lukisan Kejuruteraan. Acah-acah konon nak jadi Jurutera la. Hahaha, Cita-cita zaman remaja. Everytime period untuk Kelas Biografi, CikDas dengan classmate perempuan yang nama Naena ni akan pergi ke kelas LKJ. Agak canggung mula-mula nak join budak Pure LKJ. Tapi lantak la kan, dah gatal sangat nak buat lain dari yang lain. Bila masuk Form 5, dah nak dekat SPM. CikDas perasan performance result untuk subject Chemistry and Physic sangat-sangat down.  Result test asyik dapat D dengan E  aje. Opps, teruk kan?? Masa tu CikDas dah ada 3 orang bestfriends yang nama Wuque, Naena and Sue. Zaman Form 5 memang penuh dengan macam-macam peristiwa. CikDas tak berapa ingat sangat zaman Form 5, sebab macam tak berapa best aja. Pendek cerita result SPM CikDas tak berapa bagus sebab dapat  A1 untuk 1 subjek aja, dan ada failed Physic.Attention, CikDas failed physic dan  LKJ dapat D. So macam mana CikDas nak jadi Jurutera? Down betul time dapat exam slip. Bila tengok kat Slip perasan subjek Physic tak taip kat situ. So maknanya? Status kegagalan Physic CikDas tidak dinyatakan di situ. Ahaks, tak tau nak happy ke tak. Dan tanpa CikDas sedari dari situ lah bermulanya multi background portfolio CikDas yang menyebabkan kemahiran separa di sana sini, melayakkan CikDas menyelit dalam apa-apa course yang CikDas ambil.

First intake untuk  panggilan university CikDas gagal. Lebih menyentapkan hati bila kawan baik CikDas nama Wuque dapat Uitm cawangan Shah Alam untuk course Food Service. Tinggal CikDas, Naena dan Sue. Sue lepas SPM terus tak minat nak sambung belajar. Maka tinggallah CikDas dan Naena. Kami berdua meneruskan perjuangan untuk belajar ambil STPM. So, CikDas masuk kelas 6 Bawah Ekonomi. Korang nampak tak permainannya di situ? Dari aliran Sains Tulin lompat ke aliran Kejuruteraan dan masuk ke aliran Ekonomi. For your info , masa zaman sekolah dulu bagi budak-budak aliran Sains, aliran Ekonomi , Accounting  a.k. a Business Mgt or Sastera ni ibarat low class. Well excuse me, don’t be so judgemental. Korang tak tahu, kat mana-mana private company yang  wujud kat Malaysia ni, subject yang dikatakan low class inilah yang boleh cari makan. Hahaha...Just my 2 cents thought. Ok, kita sambung yang tadi. But CikDas walaupun dah masuk Form Lower 6 untuk ready for STPM, at the same time CikDas apply juga for the second university intake ( Uitm je ). Apply lah juga walaupun tak taruh harapan tinggi. First choice yang CikDas letak masa tu ialah course Diploma Sains Komputer. Mati-mati lah CikDas ingat course tu untuk kasi baiki peralatan computer ( hardware ) which is pemikiran bawah tempurung CikDas masa tu. Tak disangkanya dapat offer belajar di Uitm. Sedih Naena sebab CikDas dah janji dengan dia nak ambil STPM bersama-sama. Cuma takde rezeki. Perjuangan itu Naena kena tempuhi sendiri  bersama kawan-kawan baru dia yang lain. Well good news, currently Naena ialah seorang CikGu. Personality Naena ialah pemalu, tak banyak cakap. That’s really surprising me how she becoming  a teacher.  Nanti CikDas update percapaian CikDas di Uitm masa Diploma.

To be Continued..

My Life Journey of Achievement: Part 01

My Life Journey of Achievement: Part 01

Hari ini CikDas hendak mengetengahkan topic  percapaian sepanjang hidup CikDas. Dah macam karangan autobiografi pula ye. Tak mengapa CikDas cuba lakukan yang terbaik. Kita mulakan dengan hari pertama CikDas dilahirkan di dunia. Maaf, ingatan luar sedar ini sudah terkabur. Selepas lahir CikDas lansung tak ingat apa yang CikDas dah lakukan sampai lah umur CikDas 4 tahun. Masa umur 4 tahun CikDas dengan ingatan berbalam balam, tayar kereta abah CikDas masa dia pakai dulu sama tinggi dengan ketinggian CikDas. Sebab CikDas rasa CikDas ingat tengah main dekat tayar kereta masa abah CikDas sedang basuh kereta. Percapaian pertama ialah CikDas sama tinggi dengan tayar kereta masa umur 4 tahun. Wahahaha bangga ke?…. Kemudian masa umur CikDas 5 tahun, masa dekat kampong CikDas pernah terjatuh ke dalam air “cha” sejenis tempat air kumbahan kerana konon-konon ingin tahu apa yang ada kat dalam tu. Semenjak kecil lagi sifat inkuiri CikDas memang melampau hingga membingungkan Mom and abah CikDas. Lepas jatuh dalam air kumbahan ( nasib baik tak dalam, paras lutut CikDas time tu) muka CikDas dah macam anak orang Negro sebab air cha warna hitam kelabu. Yang sakit hati masa tu, pakcik dan makcik-makcik CikDas bantai gelak sampai lebam. Melampau la dorang ni, bukan kesian kat CikDas yang masih kecil dan perlukan perhatian tu. Tak patut, tak patut.

                Masa kecil dulu CikDas memang supernakal. Tapi mom cakap, walaupun supernakal tetap dengar kata. Camne tu? Camni, memang CikDas masa kecil kepala nakal sampaikan adik-adik jadi follower setia. Ye la kan, KAK LONG KAWASAN RUMAH.  Tapi bila mom dah pegang hanger, penyapu lidi, ibarat macam kena mendram, diam-diam duduk kat rumah. Tapi tak lama, dah tengok mood mom dah ok. Oh yeah, let’s go baby. Let’s rock and roll again. Hahaha.. Dan ianya rotating kembali. Menurut kata makcik-makcik belah abah and mom, CikDas ni seorang yang petah. Sejak kecil lagi petah, banyak tanya. Lepas tu cakap macam keretapi, tak ada pull stop.

                Mom CikDas masa muda-muda dulu garang macam mak tiri. Sampai CikDas terfikir, ini mak betul ke mak tiri. Hahaha, mana tak nya. Cara mom mendidik kami dulu agak brutal. Dulu biasa lah kan kalau gaduh dengan adik beradik keluar perkataan mencarut. Fuh, pantang betul Mom CikDas anak-anak dia mencarut. Apa lagi, di ambilnya tempurung kelapa yang lepas kukur kelapa tu, pergi ganyang kat mulut kami. Outcome nya, semenjak itu kami tidak mencarut lagi. Haha. Yes, memang CikDas tak mencarut sampai lah CikDas kerja dengan company LF ( ex company CikDas ). Disebabkan oleh tekanan melampau dengan stress, CikDas dah membiak kembali perangai tak baik tu. Ape taknya boss, manager pun pakai “F” language. So percapaian yang ini tak berapa bagus sebenarnya. Dan sekarang  ni CikDas dah berusaha untuk mengikis perkataan tak baik tu kepada positive word. Contoh, perkataan “Shit” , CikDas convert positive word kepada “Shitake Mushroom”, or “Sittati Ayyam” yang membawa maksud “ 6 hari” dalam bahasa Arab. Sepatutnya tukar terus kepada istighfar, or etc but macam CikDas cakap pelan-pelan CikDas adjust diri CikDas. Adakah ini dinamakan percapaian? Macam tak lari topic. Hahaha

                Kemudian masuk ke umur 12 tahun, CikDas kena ambil UPSR. Masa zaman CikDas UPSR dulu masih lagi 4As, kira last batch la. Kenakalan CikDas masa umur 12 tahun amat merisaukan Mom and Abah CikDas. Tapi dalam nakal-nakal CikDas exam boleh tahan juga. Kalau penggal pertama result kurang memuaskan, penggal ke dua result CikDas akan naik. Tempat 1,2 or 3 tak sampai 10 tu memang selalu in position CikDas. Bila darjah 6, nak UPSR subject yang CikDas paling score ialah Bahasa Inggeris. Cikgu-cikgu sekolah dulu semua kenal CikDas sebab CikDas pandai Bahasa Inggeris dan boleh speaking. Kira sepsis RARE la. Sekolah luar bandar terutama kawasan di negeri Kelantan penguasaan Bahasa Inggeris agak lemah. Dek kerana itulah, CikDas dilantik menjadi kamus bergerak dikalangan kawan-kawan bila subjek Bahasa Inggeris. Adakah ini dinamakan percapaian? Boleh lah kan. Result exam UPSR keluar, Alhamdulillah CikDas dapat score with flying color with 4As. Bangga betul Abah CikDas anak sulung nakal dia dapat 4As, kemudian kena beri ucapan pula masa majlis PIBG sekolah. Permulaan percapaian CikDas dalam akademik. Nanti CikDas update percapaian masa sekolah menengah pula ye.

To be Continued..

Thursday, June 11, 2015

Oh my Job…

CikDas sibuk nak tau career yang sesuai untuk CikDas so CikDas jawab soalan kat bawah ni. The result keluar seperti di bawah. Hahaha, salah satunya adalah sama seperti yang CikDas kerja sekarang.





You are a humanitarian.     
                As an independent and original thinker with strong beliefs and personal integrity, you enjoy using your knowledge to help others.
                Choose a career that takes advantage of your commitment, determination and persuasive skills, such as:            
               
 Healthcare Administrator   

                You make healthcare work! Like every other business, healthcare facilities need good management to run smoothly. Healthcare administrators plan, direct, and oversee the delivery of health services. You'll get to see the positive effects of the medical system every day.             

  • ·         Interpersonal and multi-tasking skills, as well as a caring nature and a desire to help others.
  • ·         Supervise the delivery of health services
  • ·         Manage healthcare employees and other staff
  • ·         Create budgets for a department or facility
  • ·         Monitor patient and employee feedback


               
 Customer Service Representative

                Simply the best! You'll want to give your clients the best service possible. Customer service representatives usually take over WHERES salespeople leave off: after the sale is made, but when ongoing contact is needed.  

  • ·         Excellent verbal communications skills, a warm personality and attention to detail.
  • ·         Meet regularly with clients
  • ·         Assess ongoing needs and concerns
  • ·         Supply solutions to client problems
  • ·         Track costs and handle billing 

               
 HR Manager     

                Be a real "people person." Human resources managers help support a company's employees. You'll help recruit new employees, get them "settled in" and provide training and information on company policies, benefits and processes.               

  • ·         Good written and verbal communication skills; good negotiating skills.
  • ·         Run background checks
  • ·         Prepare new employee manuals
  • ·         Conduct orientation
  • ·         Maintain employee files
  • ·         Interview potential employees


 Financial Analyst  

                Be the bottom line. Financial analysts track how their company performs in terms of profit and loss. You will help provide the information on which a business bases its most important decisions.             

  • ·         Excellent math skills, as well as strong written skills.
  • ·         Monitor stock markets
  • ·         Manage investments
  • ·         Report on financial findings
  • ·         Project future revenue



p/s: Cuba teka apakah profession CikDas sekarang nih? ^_^





Anak Buah Sulung

Today is a very lucky day (08/06/2015) for our family because of the new born family member. Our little hero, Iman Rafiqi was being born today. Perasaan CikDas tak terkata happy nya, macam CikDas dapat anak sendiri. Anak buah pun macam anak sendiri kan? CikDas dah stop menaip dan baru boleh sambung semula hari ini (10/06/2015). Semalam tempat kerja CikDas sedikit busy plus CikDas takde mood sangat nak mengupdate . Now kita sambung semula tentang anak buah CikDas yang dipanggil Baby Iman. Sekarang ni initial nama anak dengan nama “Iman” dah macam famous. Termasuklah anak buah CikDas. CikDas teringin nak uplod picture anak buah CikDas, tapi orang kata tak molek baby baru lahir diuplod. Takpe la, tunggu Iman dah besar sikit. ^_^

Menurut kata my mom, Iman bila lapar aje menangis sekuat-kuatnya. Woah, vocal suara boleh tahan. Nak berzanji ke marhaban saying oii.. Comel betul. Semalam katanya bila dah dibenarkan pulang. Initial Iman bagi untuk Atuk belah umi dia dengan kentut dan berak kat atas riba atuk dia. Adusss, Iman, Iman.. Nakal kamu yeee…  Masih bayi pun sudah mula nakal. ^_^


Sekarang ni my mom spend masa dekat rumah besan dia di Alor Setar sana. Seminggu juga katanya jadi tetamu besan. Disebabkan abah CikDas kerja so abah  tak dapat nak stay lama dan dia akan pergi fetch my mom Sabtu nanti. Jadi CikDas pun plan nak join juga sambil curi peluang tengok Iman. 

Friday, June 5, 2015

Office Time

Mode:
T.E.A.S.E
Part 1
Me:        I thought last nite in WhatsApp grup, Mr. AB had informed that one company had stole our idea. Is it?
Mr. G:   Which company?
Me:        If not mistaken company XYZ. But I'm not sure whether it's a developer company or a financial institution company.
Mr. G:   Don't worry we search here. ( Google )
Me:        Woah, this company's profile is not bad, huh. ( while browsing ). Why not u just tender from here and apply this company?But, do not tell my boss that I'm suggesting you this place. Wink wink..
Mr. G:   Hahaha.. I definitely will tell him. Wink wink



Part 2
Dato' M datang ke meja customer service.
Dato’ M:              Wargh Wargh
Me:                        Ye Dato'. Apa yang boleh saya bantu?
Dato’ M:              Bantu? Ini bukan Biro Bantuan.
Me:                        Memang la bukan Biro Bantuan, Dato. Tapi sebagai Customer Service, itu soalan lazim saya kena tanya. (Smiley)
Dato’ M:              Owhhh... sambil berlalu...


Actually, CikDas pun tak pasti apa motif dia.. Layankan aje. ^_^

My Engagement



I’m very happy to share this moment. Finally, I’m engaged!!  Well, excuse me the event was held last Saturday but only today I got time to update in my blog. What is my feeling? As usual, I have a sweet bitter sour moment with Mr. Laboo. Thank you for still being with my incompetent personality. I believe outside there, not many men can withstand with my attitude. Ehem ehem..  That’s why I love you even more, Mr. Laboo.

(Lebih kurang macam ni la rupa )


So, of course for the next question, when is the big day?? Hurmm..  Just wait. We’re still in slow motion mode doing the preparation. By the way, this week my 2nd brother  ( Achik) not Achik Spin yaa, he also will have his engagement. Oh ho.. looks like my parents will get combo in law next year. ^_^. KakNgah which is my sister in law, my 1st brother wife soon will be deliver a child this coming June. Our family is going to expand with a “little one”. And I’m expected to get my 1st nephew. Having a nephew also ok, don’t bother la. Most important thing both mother and baby safe.


#This draft,  I update quite some times already. ^_^