Tuesday, May 18, 2010

Love Story 2 ( El amor No Es Como Lo Pintan)

Apabila memandang Didi, hatiku pasti berdebar dengan kencang. Bagaikan larian marathon berpuluh-puluh KM. Aku kagum melihat keperkasaan Didi. Aku memang menyanjungi kekuatannya. Dek kerana itu perasaan ini semakin hari semakin membara. Ah, alangkah indahnya kalau Didi dapat menyambut perasaan ini sepenuhnya. Pasti aku lah makhluk yang paling happy di dunia ni. Akan tetapi Didi tidak menyedari bhw aku telah menjadi secret admirer dia. Aku tak mampu memberitahunya krn Didi pasti takkan nampak diriku krn aku adalah makhluk halus. Apa yang harus aku lakukan? Kerana perasaan ini semakin hari semakin mendalam.

“Kenapa ni Manis. Kamu dr tdi asyik termenung saja?” Bonda menegurku. Aku tersentak. Bonda merapati aku. Lalu membelai kepalaku dgn penuh kasih syg.

“Tak ada apa-apa, lah bonda. Manis ok je” jari-jemariku di angkat tanda ok & tak ada apa-apa. “Ayahanda mana bonda?” tanyaku cuba beralih topik.

“Ayahanda sibuk memerintahkan rakyat kita supaya bersiap sedia. Musim tengkujuh akan tiba, oleh itu kena buat persediaan” Bonda menjawab dgn tegas.

“Kalau begitu Manis permisi dulu. Keluar buang angin sekejap” Aku meminta izin Bonda. Bonda memperkenankan.

Aku segera keluar. Berjalan-jalan sambil membuang angin. Dari kejauhan aku ternampak Didi. Ah, seperti biasa dadaku berdetap kencang lagi. Kenapa ni?, tanyaku pada diri sendiri. Aku memerhatikan Didi dr jauh. Aku tidak berani untuk berhadapan dgn dirinya. Didi tetap seperti biasa mempamerkan kekuatannya. Mematahkan pokok dgn sekali hayunan. Tiba-tiba ada seseorang menghampiri Didi. Merapati Didi dan mencium pipinya. Tiba-tiba aku dipamit cemburu. Aku berlari pulang seraya menangis.

“Kenapa Didi? Why u did this to me? Tak nampak kah perasaanku terhadapmu?” aku merintih seorang diri di dlm kamar tidurku.

“Puteri Manis. Raja dan Ratu menitahkan puteri ke balai utama sekarang,” dayang perwara memaklumkan hal itu kepadaku. Aku tersentak. Hal apa lak ni? Aku bertanya sendiri. Kemudian, aku bersiap-siap.

Di balai utama kelihatan bonda & ayahanda menanti bersama-sama dgn seseorang. Yang pastinya bukan Didi. Tak mungkin Didi mampu bertemu dgn kami.

“Anakanda Manis, puteri ayahanda. Dgn sini, puteri. Ayahanda akan mengahwinkan kamu dgn Putera Antesz. Kami sudah sebulat suara bersetuju.” Ayahanda mengeluarkan titah.

“Ampunkan Manis, Manis menolak.” Jawabku dgn tegas. “Manis sdh ada pilihan sendiri”

Ayahanda & Bonda terkejut. Dgn suara tenang, Bonda bersuara.

“Kenapa tidak anakanda khabarkan kkpd kami awal2? Bonda fikir, anakanda belum ada bf.”

“Ampun kan Manis, bonda. Sebenarnya Manis sdh ada org yg Manis suka. Ttpi kami belum declare lagi.” Jawabku dgn jujur.

“Khabarkan pd ayahanda siapakah gerangan orgnya.” Ayahanda menitahkan.

“Didi, ayahanda” jwbku lagi.

“Didi, putera Gajah tu ke?” Tanya bonda

“Benar, bonda” akui ku.

“Anakanda sdh hilang akal kah? Mana mungkin kamu berkahwin dgn Didi” jawab ayahanda.

“Benar, anakanda. Sila fikir abis2. Mana mungkin anakanda boleh berkahwin dgn Didi” bonda menyampuk.

“Kenapa dgn Didi? Apa salah dia?” aku bertanya dgn tidak puas hati.

“Anakanda sedar kita ni siapa? Anakanda sedar tak Didi tu plak siapa?” Ayahanda menyoal dgn tegas

“Kitakan semut. Itu pun nak tanya lagi”

Wajah bonda dan ayahanda dah mula menunjukkan rasa kemarahan melihat aku yang tak faham2 bhs lagi ni.

“DAH TAHU KITA NI SEMUT, MCM MANA NAK KAWIN DGN GAJAH? RUMAH PUN TAK MUAT NAK MASUK”

Eh, ye tak ya juga? Baru aku terfikir. Mcm mana aku boleh terlupa akn hal ni. Maka, mahu tak mahu terpaksa juga lah aku berkahwin dgn Putera Antesz dr kerajaan semut api.

The End..

Love Story 1 (Yisashi Buri)

Lupin memandang jam tgn klasik di pergelangan tgnnya. Berkerut dahi dia. Kul brapa nak sampai ni? Lupin bertanya lagi pd diri dia. Ni yg malas nak mununggu org tak sampai2. Lupin mmg tak suka menunggu. Tak lama kemudian, Biasya sampai. Biasya ialah awek Lupin. Biasya muncul dgn gaya catwalk nye. “Cantik jam tangan Bi.” Biasya menegur jam tangan Lupin. Itu adalah panggilan manja mereka berdua Lupin tersenyum bila dipuji mcm tuh. “Sebenarnya Bi tak nak pakai. Tapi Bos Bi asyik suruh Bi pakai jer. Mcm tak sesuai kan? Ssh la nak jalan & melompat nanti. Mi pn nampak lawa juga ari ni. Siap ada reben” Lupin memuji aweknya.

Biasya riang dipuji oleh bf nya. “Jom lah Bi. Dah lambat ni. Monic buat party sempena tuannya tiada di rumah.” Biasya menunjukkan symbol best melalui jarinya yg berkuku panjang yg sdh di “quetic”.


“Wow, party. Berani betul dia tu kan?” Lupin mengagumi keberanian Monic. Sememangnye Monic otai. Di depan bosnya, dia berlagak seperti suci, malu-malu dan bersopan. Tetapi sebaik sahaja bosnya tiada krn urusan di luar negara, Monic bertukar menjadi devilish & naughticous. Maksud aku, dia BERTUKAR menjadi 360 darjah reverse. Namun Monic tetap disygi kerana kebaikan hatinya itu.


Monic sdh menanti di laman rumahnya. Kwn2 yg lain sdh lama menanti. Tersenyum menanti kdtgan Lupin dan Biasya.


“Kenapa lambat sgt Lupin, Biasya? Party dah nak start” Monic menegur kelambatn mereka. Monic kelihatan begitu stunning dgn reben di kepalanya. Lupin terpukau tapi nasib baik Biasya sempat menyiku. “Bi, jgn nak lebih2 tau” Biasya dah warning nada cemburu. “Opps, sorry. Bkn Bi tergoda pun. Mi tetap di hati Bi” Lupin menjawab sambil menyedapkan hati Biasya.


“Semua, sila sgr sini. Hari ni Monic kenalkan ahli baru kelab kita. Dipersilakan Toojah. Toojah baru shj berpindah ke sini.” Sebaik shj Monic memperkenalkan Toojah, semua tetamu
memandang tepat ke arah Toojah. Toojah kelihat berkarisma dgn cap dan bangle di lengannya.


“Hai, semua. Selamat berkenalan.” Suara Toojah yg seksi serak basah sgt menggetarkan hati Biasya.


“Oh em gee, sedapnye suara dia”, tanpa disedari Biasya memuji ttpi rusuknya di siku oleh Lupin.


“Aik, Mi. Lebih2 nampak.” Lupin bersuara dgn nada cemburu plak.


“Opps, sorry. Bkn Mi tergoda pn. Bi tetap di hati Mi”, Biasya memulangkan kata2 tdi.


Toojah nampaknya begitu senang apabila di samping Monic. Kelihatan mereka seperti dilamun cinta. Monic plak seakan tahu Toojah telah terpaut hati dan sengaja jual mahal. Pura-pura tidak menyedari perasaan Toojah.


“Kwn2 sekalian, jemput makan. Hari ni sempat prepare lauk kegemaran semua. Ikan mackerel cincang piccoroti dan Garfield Lasagna” Monic mengumumkan menu hari itu.
“Woow, sedapnya… !!“ Semua menjerit sekuat hati.


Rupanya jeritan mereka telah menyentapkan hati penghuni2 rumah yg lain.


“Bising lah kucing-kucing ni!. Dari tadi asyik memekak je. Tuannya pulak dah tahu nak outstation tak reti2 nak bagi org lain jaga? Menyusahkan betul. Nak tidur pun tak boleh. Kalau bising lagi aku baling dgn penyapu!” amaran telah dikeluarkan oleh penghuni rumah sebelah.


Semua kucing di situ terdiam termasuk la Lupin, Biasya, Monic & Toojah.

The End

Friday, May 14, 2010

Maratón de amor a mí

Bila dah berlaku hal begini pda diriku, barulah aku sedari bhw pergaulan aku masih lgi terhad dlm mengenali lelaki. Mayb sbb aku kurg mendedahkan diriku kpd mereka sbb sebenarnya aku ni takut bila mengenali makhluk Adam ni. Dan bila aku terikat pd sesuatu hub dgn slh seorg, aku lebih suka menumpukan perhatian pd satu itu shj. Bhs database nya, One-to-One relationship.


Dlm diriku mcm ada konflik antara membuang tempurung kelapa hidupku atau kekalkan diri dlm shelter tu. Mana satu pilihan yg lebih bijak. Tapi menurut pendpt fikiranku, lau tak buang shelter tu aku akn terbelenggu dgn kenangan lama. Tentu ssh nak move on. Dan aku dah decide, tempurung kelapa tu hendaklah dibuang sedikit jauh dr diriku. Tak boleh terlalu jauh krn shelter tu kna guna blik utk perlindungan. Sbb lau dh teruk sgt terdedah, aku kna amik blik shelter tu & tutup smula. Huhu..


Baru-baru ni kwn office aku memperkenalkan satu mende yg amat menarik hati aku utk menjauhkan fikiran dr mengingati mende lama. Jgn risau, bkn sejenis dadah ye. InsyaAllah, mintak selisih malaikat 44 lau jdi camtuh… Beliau memperkenalkan BOTS pd aku. Mmg ye, mula2 agak boring sbb lum ade member. Skrg bila dh ade member & rmai yg add juga aku walopun xde pic provided. Skurg2nye aku dh berjaya menghiburkan hati aku. Tq, Zani. Tq for bringing back my happiness… & Selebihnya juga lafaz syukur pd Allah SWT krn mengurniakan aku perkara2 mcm ni. Well, aku tak mau discuss lebih lanjut psl BOTS, biarlah rahsia pd sesiapa yg tidk mengetahui. Kalau tahu, phm2 sudah.


Final exam dh pun berlalu. Cma satu paper je yg aku tak brp confident. Paper MOC a.k.a EMOSI. Sgt beremosi bila nk menjawbnya.. Kenape? Main point dia cmni.. Sekiranya anda tak phm maksud term2 dlm soalan tu yg terlalu advanced language dia, adakah kalian mampu menggoreng dgn yakin walopun common sense? Tu la dia emosi aku ari tuh.. Termenung sampai mulut senget nak memikirkan apekah maksud perkataan itu. Kamus or dictionary xboleh bwk masuk dlm dewan. Therefore, surat cinta yg kulayangkan pd lecturerku bertulis, “C U Again Next Sem, wit happy smiley”.


Otak aku sdg aktif berfikir mcm mna nk sibukkan diri dgn aktiviti sama ada berfaedah @pun tak. Aku perlu ada aktiviti yg bagus2, spy sng aku nk update blog aku. Baru la ade citer nk share. Ni tak, asyik2 citer pasal BF lari sampai belas2 episod wat pe lak kan? Lemah benar aku samp asyik nk share citer psl tu jer.. Mesti korang muntah purple bila asyik bace mende2 yg sama kan? Well, citer ttg dia tu dh jdi sejarah.. Dulu hidup aku dgn dia ade interception, now dah split dgn journey masing2. Now juga, aku kna teruskan pengembaraan hidup aku ni dgn cerita lain & bru plak. Aku dah tak marah kat dia pun lagi. Rasanya lau aku kat tmpt dia pun mayb aku akn wat mende yg sama. Tentu dia dh pikir lama sblm nk amik decision mcm tuh. Real fact is menongkah arus tu boleh, ttpi kita akn penat. Sampai bila nk bertahan mcm tuh, bdn & emosi pn ade limitation juga. Mesti tak selalu boleh adapt. Mesti ade msanya kita akn mengalah juga. So, nak kate sape yg slh? Xboleh la nk slhkan sape2 coz semua ni di luar kuasa or bidang kita. Walo rapi camne skalipun aku plan terhadap sesuatu perkara tu, tpi lau dah “Kun fayakun” drp Allah SWT. Mayb silap drp aku juga.


Cara paling snang ialah happy kan semula hidup tanpa dendam ke apa ke. So, rasanya aku wat mende yg betul kot. Normal la manusia bila mula2 dia melantun or mrh2 sbb tgh emo. Tpi bila dh fikir dgn tenang & matang serta timbang tara balik, rsa nak tergelak sendiri plak. Aku beruntung sbb family aku back up aku, support aku. Siapa lagi yg tinggal selain drp family? Cinta boleh dtg dan pergi. Tetapi family kekal. Bila memikirkan mereka, aku terus rasa smgt. Abah & Mom sgt memahami aku. So, aku tak mau hampakan mereka dgn mengikut perasaan. Lau dia terbace blog aku ni, satu pesanan utk dia, ‘Awk, lau berjaya dgn pilihan kali ni, jgn lupa lygkan kad jemputan. InsyaAllah sy dtg lau takde aral’. Ikhlas ke ni? Hanya aku & Dia saja yang tahu…Shhh..

Wednesday, May 5, 2010

Sembilu 05/05/10

Tanggal ini mungkin menjadi satu tanggal yang maybe susah untuk aku lupakan. Kenapa ye? Di waktu besoknya aku akan berperang menghadapi peperiksaan akhir semester, aku telah dihadiahi dgn satu kejutan yang amat bermakna. Kejutannya ialah di mana aku secara live nye kembali solo selepas 4 thn menyulam cinta bersama si dia. Of course bkn aku yang menjadi puncanya. Secara diam-diam, dia sudah ada orang lain. Alasan dia kepada aku ialah aku selalu buat dia tension dengan bertanyakan soalan spt, "Adakah dia setia di sana?", "Dia ada org lain tak?" etc versi yang maksudnya lebih kurang sama. Salah ke bertanya @ update hati & perasaan? If nak compare antara berlaku curang @ kerap bertanya, aku rasa jenayah cinta yg paling teruk mestilah berlaku curang. So, apa relevannya di sini dgn mengaitkan pertanyaan aku utk mndptkan kepastian dgn tension dia? Tension sgt ke??? Kenapa dia tak boleh mcm dlm iklan burung murai tu. Si anak tanya bapak dia berulang-kali, jwb je lah. Apa tensionnya nak jawab, "Awak setia lagi ke tak ni?". Jwab je lah ye @ tak. Bukannya aku tanya, "Awak ada duit tak?". Itu barulah sesuai nak tension dpt awek kaki pow.



Aku kalau boleh tak nak tulis kat blog ni pasal peribadi aku & ex. Tapi kalau tak luahkan aku rasa sedih, muram & tak ceria. Aku tak suka macam tu. Aku tak mahu hidup aku suram tanpa dia. Aku mesti tunjuk yang aku still happy. Dia tinggalkan aku kerana org lain, ianya bkn slh aku. Pergi sajalah dgn perempuan itu. Sblm ni aku butakan mata, hati & terima saja problem yang dia create pada aku dgn alasan, "Please adapt the weaknesses, manusia tak sempurna" dan menjadi slogan tetap aku spjg aku couple dgn dia. Actually, menjadi seorang yang full-adaptor pun tak elok juga untuk kesihatan emosi. Inilah akibatnya. Tahniah kerana menerima pakej perpisahan menjelang hari peperiksaan penting anda.



Betul ke hati lelaki mudah bertindakbalas pada orang yang selalu berada di depan mata? Aku akui hubungan kami versi jarak jauh. Bak kata orang, calang-calang boleh survive. Dia kat Penang sana & aku lak kat Shah Alam. Jarang dapat jumpa tapi tak bermakna tak jumpa langsung. Bagus juga la jarang jumpa, kurang lah sikit maksiat sebelum nikah. Berkualiti lah sikit zuriat tu sbb mak & bapaknya tak buat maksiat. Sblm dia buat perangai, elok je kami tak ada masalah. Hati cepat berubah..


Alasan dia memang tak logik. Nak tutup kesalahan he's pointing his finger to me as the main problem creator. Aku pulak yang menjadi punca & sebab musabab kenapa dia berpaling tadah. Sungguh lemak berkrim statement itu. Kan senang je cakap, " Saya sudah jemu dengan awak sebab tu saya cari lain".


Org ketiga tu aku tak sure siapa. Tpi based on my intuition, mayb satu tempat kerja la kot @ area berhampiran. Dia sanggup gantikan aku yang lebih 4 thn kenal dgn org yg baru dia kenal. What a pleasant honor he gave me. Aku terima dia dulu masa dia tak ada apa-apa. Naik motor kapcai cabuk je pergi keje (itu 4 thn dulu la). Skrg ni dah berkereta, gaji pun dh besar sikit, pangkat pun dh senior sikit. Masa dia jadi "Betty" dulu, tak ada siapa yang pandang. Aku juga yang terhegeh-hegeh suka padanya. Sbb aku suka lelaki yg bermula dr bwh & slowly meningkat naik berjaya dlm hidup dia. Aku nk jdi org yg selalu brada di sisi dia masa dia dr bwh lpas tu sama2 grow up. Skrg bila "Betty" dah bertukar menjadi "Beauty", si "Beauty" ni dah mula lupakan "Beast" nya (aku le tu). Aku pun bercermin & sedar diri bhw aku ni bkn lah lawa mana pun, lebih kurang watak "Halimah Jongang" je.



Skrg panggilan mesra dah BERTUKAR menjadi panggilan formal. Cpt betul dia adapt perubahan tu. Seolah2 tempoh kami bercinta macam tak ada effect langsung. Mmg admitted yg experience kali ni agak tough utk aku. Iya lah, mendadak angin tak ada ribut tak ada suddenly break off. Baru saje kami dpt jumpa blik pada 1-2 May baru2 ni. Bkn aku tak ade experience langsung broke up dgn BF, ttp kali ini betul2 menusuk nurani la. Sampai aku terpikir, mampukah aku untuk bercinta lagi?. well, only Allah know when, where or how. Skrg ni bersabarlah menantikan hikmahNya. Berikan aku kekuatan & ketabahan. Amin...
(Tinggal kenangan.... Hastala vista.. I'll survive)