CikDas kekeringan idea untuk
mengupdate di blog ni. Dah
bersawang agaknya. Lagi 2 minggu sebelum wedding CikDas. CikDas tak tahu nak
rasa gemuruh jiwa semangat membara ke apa. Banyak yang bermain di fikiran
CikDas ibarat system yang sedang nak crash disebabkan banyak application sedang
running. Oleh yang demikian seandainya kelihatan tulisan ini agak merapu tepu,
ini adalah kerana medulla oblongata CikDas sel nya masih dalam transmission ke
pencawang yang betul.
Henpon CikDas pulak di saat saat dramatic dengan keadaan CikDas kelesuan berfikir memberi pulak signal untuk kondem. Mengapa???! Sekarang item henpon yang nak kondem ni berlegar difikiran CikDas mencari solusi. Seperti, restart, reformat, baling ke dinding or beli yang baru. Isunya henpon ini bukan berkaitan dengan kegagalan membuat panggilan tetapi kehilangupayaan fungsi aplikasi untuk mengakses medan sosial. Wah, sebab tu je CikDas hangin? Suddenly sahaja saja henpon ini mempamerkan imej comatose yakni persekitaran hitam dipermukaan skrin atau nama lainnya blank screen ( sleep mode). Selalunya segala bentuk isu dan pemasalahan harian CikDas akan dirujuk dengan PakCik Google. Melaluinya sahaja lah setiap sudut pandangan, rantingan tercapai untuk CikDas klik dan pilih mencari jawapan yang sesuai dengan jiwa tekak CikDas. Cuma hari ni, CikDas dan Pakcik Google seakan tidak berada dalam garisan selari. CikDas tidak mahu terlalu bergantung kepada PakCik Google. Sebab boleh dikatakan banyak kali juga PakCik Google mencarikan jawapan yang tak relevan dengan soalan CikDas. Lebih-lebih sekarang jiwa CikDas sedang kusut kacau bila dan CikDas tak mahu mencipta jurang atau rekahan tekanan emosi yang mula membibitkan gempa di daerah paling sunyi di hati CikDas.
Kembali kepada nyata, selepas
CikDas menarik pembaca
menyelidiki secara khusus perjalanan fikiran CikDas. Tak mengapa, mungkin ada
yang kekejangan seketika. Biarkan, tarik nafas dan teruskan membaca. Masih ada
banyak lagi coretan beku tepu yang sedang dipecah-pecahkan bongkah untuk
dikeluarkan. Seperti fridge bahgian beku yang kita cuba keluarkan frost dengan
mengetuk- ngetuk, begitu juga lah demikian dengan idea CikDas sekarang ini yang
sedang membeku di dalam sana tunggu di frost kan. Kadang-kadang CikDas
terfikir, terlalu banyak yang CikDas nak keluarkan dari sana. Segala bentuk
imej, imaginasi, kata – kata, semua CikDas nak tuliskan dalam blog nanti. Seperti
kepala air terjun, namun sebongkah untuk dikeluarkan kena kuis-kuis dengan
banyak penyedal. Selalunya ada sahaja kerikil yang membuatnya tersangkut.
Mungkin terlalu banyak semut yang CikDas telan.
Jujur sekali semasa di alam remaja
dulu. Apa yang bermain
difikiran CikDas mudah sahaja diabadikan dalam bentuk tulisan untuk CikDas
tatapkan di hari muka. Kini, kemahiran dan keupayaan itu seakan diputuskan.
Tetapi mengapa? Acapkali CikDas berfikir sendiri, kenapa CikDas tak boleh
seperti dulu? Apa yang menyebabkan CikDas berubah? Adakah ini sejenis kebaikan
atau semakin menunjukkan keburukan?
Hati CikDas pun rasanya tidak
semurni dulu. CikDas rasa
CikDas semakin berubah. Tetapi CikDas tetap biarkan sepeti katak yang direbus
dalam periuk. CikDas tak mahu lompat tapi membiarkan sahaja diri dalam air yang
semakin panas itu. Membiarkan situasi walaupun sudah genting masih tak cuba
selamatkan diri. Eh, Ego kah CikDas ni?
No comments:
Post a Comment