Hoho, macam dah lama gila PnDas tak
update kat sini. Busy mengalahkan PM. Ekcelli PnDas sekarang sedang preggie 7
bln, with due on Dec 2016. But PnDas foresee macam terberanak awal aje rasanya.
Takpe la, mana mana je lah. Asalkan baby PnDas sihat walafiat.
Topik yang PnDas cuba utarakan pada
kali ini ialah berkisarkan ikut sedap PnDas nak taip. Sebenarnya PnDas takda la
idea bernas sangat untuk dibicarakan. Nak berkongsi pasal tips kehamilan pun
macam rasa belum otai lagi. Iyalah kan, baru first baby. Apa la sangat petua
petua yang PnDas boleh kongsikan. Cuma kat sini PnDas boleh menceritakan alahan
yang PnDas alami. PnDas kena kegatalan. Dari satu perut hingga ke dada. Nampak
buruk jugalah dah macam corak abstrak pelukis Wassily Kandinsky.
PnDas highlight kat Mr Laboo pasal kekurangan PnDas ni.Sedih la juga
, sape tak sedih kan perut dah macam peta dunia? Tapi dengan best nya Mr Laboo memberi
kata-kata perangsang.
“It’s ok,
sayang. You still look pretty no matter how. I love everything about you”.
Fuh, cair juga la dengan ayat-ayat camtu.
By da way, baby yang PnDas kandung
ni adalah baby girl. PnDas ni jenis tak menyabar nak tau jantina. Sebab bila
dah tau, senang la bagi PnDas nak specifikasikan persediaan new born tu nanti.
Untuk itu, PnDas signed up 3D 4D Scan
Malaysia under Dr Jezzlyn. Website nye kat sini:
PnDas ambil pakej RM120
untuk 3D/ 4D Scan. Banyak good review yang PnDas baca mengenai Dr Jezzlyn and
dia pun sweet funny orangnya. Dapat jugalah tengok baby PnDas dalam ultrasound
tu. Another thing kalau booking dengan Dr Jezzlyn online melalui laman web
tadi, harganya jauh berbeza berbanding walk in which is RM190 ( Umra Medical
Centre Seksyen 13). Fuh, mahal tol. Memandangkan PnDas tinggal
kat Shah Alam dan PnDas ingin mendapatkan khidmat Dr Jezzlyn, beliau cuma bertugas
pada hari Ahad sahaja kerana hari lain beliau kat area lain. Jadi sila lah baca
dulu term and condition before agree to set an appointment.
Persiapan
menyambut kelahiran baby.
Honestly,
PnDas belum prepare bersungguh-sungguh lagi barang – barang baby. Banyak buat
survey dulu. Antara laman web yang PnDas tengah usya ialah:
Semua
yang PnDas tengah survey ni ada harganya agak berbaloi dan ada harga macam
mahal juga. Depends on budget la. Ada a few of kawan kawan PnDas yang bakal mendapat
baby juga, jadi apa yang mereka post di FB barang barang yang patut dibeli,
PnDas jadikan sebagai reference. ^_^
Rasa
macam agak skema juga gaya penulisan PnDas lately ni. Kalau first first dulu
masa aktif mengarang blog, ayat agak la sempoi dan penuh gila-gila. Ke mana perginya bisa PnDas ye? Hahahaha
2 comments:
Great work!
Check this one october2017moonphasescalendar
Thanks
Bestnya artikel ni! Keep it up!
Minyak Tapil Cap Wanita
Post a Comment