Tuesday, February 2, 2010

TAHUKAH KORANG, SEJARAH YG HILANG..

ATTENTION: INI ADALAH PETIKAN DRI SUMBER YANG BUKAN AKU SENDIRI TAIP. INI BUKAN REKAAN AKU TPI AKU TERTARIK UNTUK BERKONGSI DGN KORANG SUMER. KORANG BACE & NILAIKAN LAH SENDIRI.

Siapakah Hang Tuah yang kita agung agung kan selama ini.adalah Hang Tuah itu sekadar Hikayat atau benar benar realiti.terdapat pelbagai versi mengenai siapa Hang Tuah.saya cuba kupaskan sedikit sebanyak maklumat yang saya dapat untuk dikongsi bersama sama.semua maklumat ini dikupas berdasarkan kefahaman saya terhadap blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com (Manuskrip Undang Undang Kedah) dan Bukan nya berdasarkan Hikayat Hang Tuah.kerana pendapat saya bahawa Hang Tuah itu Sejarah dan bukannya sekadar dongengan hikayat beradu.diharap admin sejarahnegarakedah dapat memantau hasil kupasan saya.andai ada tersalah silap minta emelkan kepada polimas. pssgm@gmail.com. wallahualam.

Nama baginda yang sebenar adalah Tun Saaban Ibni Almarhum Nai Hisbu Muadzam Shah(Raja Beruas Gangga Negara 1610-1628) . DE Magnificient, H.E Supreme Royal of Siam, Raja Kota Beruas. Adinda-adinda baginda menggelar baginda sebagai phe-raq(membawa asal usul negeri PERAK) yang bermaksud, abang yang dikasihi

Jadi kenapa baginda Tun Saaban dikatakan Hang Tuah???.ya..seperti kita juga mempunyai banyak panggilan dan berlaku kenaikan pangkat dalam pekerjaan kita..begitu juga Baginda.sentiasa meningkat umur dan naik pangkat. Ia juga bergantung kepada siapa yang menulis sejarah dan dimana ia ditulis. Narai di Ayuthia, semasa muda sebagai Hang Tuah di Melaka, terakhir bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh dan nama sebenar baginda ialah Tun Saaban.Ketika Muda baginda adalah hulubalang Melaka

yakni dilantik oleh Kekanda Sulung Baginda iaitu Sultan Mahmud Shah Sultan Melaka yang bergelar SRI SU TAMMARAJA.maka terpakai lah gelaran Laksamana HANG TUAH.Harus diingat bahawa Empayar SIAM AYUTHIA adalah pimpinan Khalifah/Islam sebelum diserang SUK-KHO-THAI(Puak Kafir)-THAILAND.besarnya empayar siam itu pernah digambarkan bermula dari HULU MELAKA di langkawi sehinggalah ke BANDAR HILIR MELAKA.(sebenarnya lebih besar empayarnya)

Apabila usia baginda makin meningkat maka baginda dititahkan Ayahanda baginda Nai Hisbu Muadzam Shah Gangga Negara dan diangkat Tun Saaban Menjadi Sultan yang memerintah Kerajaan Ayudhia/Ayuthia di Utara tanahair membawa gelaran NARAI TUN SAABAN.Narai dalam Bahasa Siam bermaksud RAJA/BETA/SULTAN. (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767). Pada Kemuncak pemerintahan Baginda telah sekali lagi dinaikkan pangkat dan ditabal menjadi Raja Di Acheh membawa gelaran Raja Iskandar Mahkota Alam.Baginda Mangkat ketika Memerintah Acheh.(mengikut Hikayat Acheh bahawa baginda mempunyai 4 puteri,salah seorang menantunya menaiki takhta dengan gelaran Iskandar Muda Thani)

Jadi tidak menjadi persoalan mengapa Hang Tuah mampu menutur 300 bahasa dan dapat mengadakan Hubungan Diplomatik dengan China(Rujuk Kisah Puteri Hang Li po) serta amat bijaksana dalam ilmu perang.ini kerana Nenda baginda sendiri adalah RAJA PEREMPUAN AYUTHIA yang bergelar MAHIN INTATIRAL AISYAH BEGUM atau BAVAINAUNG(SIAM & generasi maharaja Merong mahawangsa, Rujuk Hikayat Merong Mahawangsa) serta datuknya adalah SULTAN ZAHIRUDDIN RAJA AKHBAR MONGGOL INDIA tahun 1530.

Hakikat yang terpadam adalah Hang Tuah bukan lah hilang begitu sahaja.sebalik nya dinaikkan pangkat dan berpindah ke empayar benua Ayuthia yang makin berkembang merangkumi tanah Jawi hingga lah ke Australia.

terdapat 21 buah masjid didalam Kota Ayuthia dan orang-orang Parsi memanggil Ayuthia sebagai Shahri Nao atau Shahrul Nuri (tempat Hamzah Fansuri Mendalami Ilmu Agama).


Duit syiling lama
Duit-duit syiling lama ini ditemui oleh pembaca setia blog ini di Kuala Kedah ! ! ! Setelah kami meneliti manuskrip UUK, persoalannya, adakah Kuala Kedah itu Melaka pada sekitar tahun 1400 dahulu? Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah adalah Parameswara Melaka bersemayam di Kota Naga di Jenan, Kedah dan ayahandanya Muhammad Syah ialah Muhammad Syah Yang Adil yang mana duit syiling emas dijumpai dalam tembikar di Pulau Langkawi. Ada pihak yang mengambil nama Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah sebagai satu nama PADAHAL Muhammad Johan Syah adalah nama ayahanda baginda, bukannya nama baginda. Patutlah di Melaka hari ini tidak ada tinggalan ISTANA KESULTANAN MELAKA sepertimana di kawasan lain (yg ada itu replika berdasrkan Hikayat tahayul Hang Tuah sahaja). Empayar ape namanya tanpa istana?.... memerentah kerajaan dari atas pokok ke?

Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my
jumaat 3 april 2009

dipetik dari, *My Metro.

KEMPEN bagi pilihan raya kecil
Parlimen Bukit Gantang di Perak ini semakin hangat apabila sudah menjangkau empat hari dengan pelbagai taktik dilakukan oleh parti politik bertanding dan calon Bebas tunggal ‘beraksi’.
Namun di sebalik kehangatan itu sewajarnya direnungi sejarah terlakar di sekitar kawasan Parlimen berkenaan yang memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang.Di Parlimen inilah tercatatnya sejarah landasan kereta api terbina di Malaysia apabila beroperasi 1 Jun 1885 di Kuala Sepetang yang dulunya dikenali sebagai Port Weld dan berdekatan dengan bandar Taiping yang terkenal dengan lombong bijih timah satu masa dahulu.
Mengikut sejarah juga Bukit Gantang satu ketika dahulu pernah dijadikan pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar selepas dilantik sebagai Raja Larut melalui pelantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III yang dikenali sebagai Panglima Bukit Gantang dan juga Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada 1856.
Ketika diera pem
erintahan Long Jaafar, Bukit Gantang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam.
Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping. Apabila Syed Alang Alauddin mangkat pada 1862, Long Jaafar dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Muadzam Syah dan baginda melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut yang memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Bagaimanapun, pergolakan dan campur tangan penjajah Inggeris bermula pada era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikannya dihukum buang negeri kerana terbabit dengan komplot pembunuhan Residen British pertama di Perak iaitu Sir James Birch.Begitulah bibit sejarah yang pernah tercatat di kawasan ‘pertempuran’ tiga penjuru dalam pilihan raya kali ini.
Kini Parlimen Bukit Gantang mempunyai satu lagi tarikan baru iaitu mi udang yang cukup dikenali di Kuala Sepetang kerana terdapat puluhan kedai mi udang di kawasan itu dengan pelbagai menu berasaskan udang segar nyata membuatkan pekerja parti tidak mahu melepaskan peluang menikmatinya.Dengan keadaan itu, peniaga dilimpahi durian runtuh apabila tidak menang tangan melayan pelanggan yang memenuhi kedai mereka hingga menyebabkan seorang rakan penulis begitu teruja mengira keuntungan diraih mereka itu.Mengikut rakan yang berselera masakan mi udang goreng istimewa yang berharga RM13 sepinggan, peniaga mampu meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit pada satu hari.
PS ; Memang ada Sultan J
aafar lain dalam Sejarah Kesultanan Perak, akan tetapi Sultan Jaafar yang kami maksudkan ialah "yang melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempatnya dalam tahun 1862". Inilah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Yang Di Pertuan Negara Kedah, Sultan Jaafar Muadzam Syah.

Sebagai menteri inilah baginda dikenali sebagai Long Jaafar dalam sejarah Perak. Setelah ayahanda baginda Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang mangkat dalam tahun 1862, baginda telah menggantikan tempat ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Kedah. Kekosongan jawatan beliau di Larut kemudiannya baginda serahkan kepada Enche@Nai Ngah Ibrahim bin Nai Ngah Lamad. Jangan tersilap, Raja Ngah Ibrahim adalah anakanda baginda Sultan Jaafar dan bukannya Enche@Nai Ngah Ibrahim bin Nai Ngah Lamad.

Anakanda baginda sebenarnya ialah Raja Ngah Ibrahim yang meninggal di Singapura dan dibawa balik ke Perak dengan kapal TLDM baru-baru ini. Raja Ngah Ibrahim berniaga barang-barang kemas dan berpindah ke Singapura apabila berlaku kekecohan di Perak. Beliau meninggal dunia di sana. Abang sulungnya ialah Raja Sulaiman dan adik perempuannya ialah Raja Alang Sapiah. Bonda mereka bertiga ialah Ngah Sepora.

Ngah Sepora pula ialah adik perempuan kepada ayahnya Ngah Ibrahim yang bernama Nai Ngah Lamad bin Megat Terawis (Ngah Ibrahim bin Ngah Lamad bin Megat Terawis).

Dalam lain perkataan Ngah Ibrahim ialah cucu kepada Megat Terawis dan Ngah Sepora (bonda kepada Raja Sulaiman, Raja Ibrahim dan Raja Alang Sepiah adalah anak Megat Terwis) adalah mak saudara Ngah Ibrahim. Raja Ngah Ibrahim dan Ngah Ibrahim adalah saudara sepupu. Maklumat ini diperolehi dari waris yang masih ada di Kedah.
Yang pastinya, mereka semua adalah waris Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ( @ Raja Nambang-air telok @ Raja Bakar @ Syarif Abu bakar) bergelar Boromoraja Ekataat V, Mahadammahayaza, dan permaisurinya Tunku Suriya Marin ibni Tok Pasai (Tok Pasai adalah cucu Narai Iskandar Mahkota Alam @ Hang Tuah). Baginda berdua adalah Maharaja Benua Islam Siam Dinasti Ayuthia yang ke 33 (terakhir) , diusir bersama pengikutnya dari Ayuthia dalam serangan Sukhothai tahun 1767 dan akhirnya dibunuh oleh tentera thai di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821 (lihat salasilah dan artikel kami dibawah).
Hari ini, barulah jelas kepada kita sejarah bangsa kita. Yang kita ada di Perak hari ini adalah dari keturunan raja boneka lantikkan penjajah Inggeris bermula dari tahun 1874 dan mula berkuasa sepenuhnya melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang mereka tandatangani pada 31 Januari 1948 sahaja. Pada tarikh inilah mula wujudnya raja-raja melayu di semenanjung tanah yang telah di "melayu" kan.

Salinan dari buku "Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak", M.A. Fawzi Basri ms140


Nama-nama mereka tetap ada disebut dalam sejarah Perak walaupun disebut dengan tidak mengikut susunan yang betul. Kami sudah membetulkannya melalui penulisan semula sejarah realiti di blog ini melalui maklumat yang diperolehi dari waris mutlak, Tuanku Nai Long Kasim. Nama Sharif Abu Bakar disebut secara lengkap. Kewujudan baginda dalam sejarah Melayu hari ini tidak boleh dinafikan lagi.Raja Alang Putera dari Kedah ialah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu kepada Syarif Abu Bakar, Yang Di pertuan Kedah.

Sah, Ayutthaya diserang oleh Burma (Myanmar) dari puak Bud

dha Alaungphaya dalam tahun 1767. Tunku Sulaiman yang dimaksudkan disini ialah "..Yangkam dengan Belat Yukbat.." sepertimana disebut dalam UUK, ms 24 atau kita semua ketahui sebagai Raja Bersiong. Sah, bahawa Siam itu Melayu hari ini hingga ke Singgora (Songkhala) dan beragama Islam. Peralatan ini di pamerkan di Muzium Sejarah Di London,UK dan merupakan keratan dari akhbar tempatan. Sah, bahawa orang melayu pun pandai membuat senjata api. Sah, bahawa rakyat Thailand ditipu oleh penulis sejarah fantasi mereka, dan malangnya, begitu juga kita.

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH

PADA TAHUN 1730.

Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua

Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari

Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan

negara Thailand dizaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam

beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada

Buddha. Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang

thai sampai ke situ, melainkan orang-orang siam Islam dari rumpun Melayu.


TO BE CONTINUED...........

No comments: