Wednesday, July 26, 2017

Baking Mode: Cappucino Cheesecake


            Last   weekend I teringin nak makan cheesecake. Memandangkan I ade beli setebal tebal alam buku masakan untuk dessert semata “Bon Apetite Dessert”, jadi I ambil keputusan untuk study resepi resepi kat dalam tu. I selak la bahagian cheesecake. Buku resepi ni sangat tebal dan keras kulitnya. Kalau jatuh kat kaki, maybe boleh retak kot tulang, depends la kot. Bahagian resepi cheesecake, I tengok bajet macam senang aja. Study how to do crust, filling and topping. Terus memorize the recipe ( ini short term memory je) sambil checking dalam fridge stok barang yang masih ada.





            Lepas check tengok banyak barang barang takde so I decided nak pergi beli dekat Bagus Baker Supplies Seksyen 13. I suka beli barang barang bakery kat sana pasal stok nya pelbagai, mata boleh jadi rambang. Senang cerita seronok bershopping sampai habis beratus pun tak sedar. Ape? Ingat shopping baju and handbag je abes beratus?. Ok cut pasal tu. I ajak my hubby pergi sekali. So hubby ikut juga la. If dia tak nak ikut, I pun boleh je drive sendiri ke sana. The thing is my hubby tak nak bagi I drive sensorang which I dunno why. I rasa my driving skill lagi mantap dari dia kot ( huh riak eh..). But it’s true.. Hahahah.

            Satu perangai I bila buat cake ni, I tersangatlah suka derhaka dengan resepinya. Mula la I nak modify dengan menambah nambah bahan yang takde dalam senarai. For me, I like to follow the recipe but I suka if the recipe is according to my own. Baru lah ade, hak cipta terpelihara kan..? Lepas tu kan, bila dah modify recipe ni dan hasilnya ternyata sedap, I dah lupe sukatan bahan bahan yang I pakai tu. Lagi best dah lupa plak ape mende yang I taruk dalam resepi tu haaa.. What a waste. Kira resepi prototaip je la kan. Nak buat balik dah lupa… My bad my bad.. ^_^

            My hubby, my M.I.L and my mom pun selalu pesan. Buat resepi tulis balik. Nanti lupa. Tapi standard la iyakan dulu. Lepas tu, lupa juga nak tulis resepi.  Anyhow, ini I share kan dulu resepi yang I buat according to my own. Bab sukatan tu sorry to say ye. Seriously I memang pakai agak agak aja. I tak measure tepat pun. Hebat takk? Hahahah

Cappucino Cheescake

Crust:

1 pack digestive biscuit size 250gm rasenye. ( Hancurkan guna alat yang korang ada. Lesung batu pun boleh, kisar kering, or food processor. Jangan ada ketul ketul biskut tu. Biar betul betul hancur. )

1 genggam Nestle cornflakes (kisar hancur guna mesin kering. If ade food processor lagi bagus. I tak advise pakai lesung, tapi kalo rajin guna kekdah ni sila kan ye. Janji hancur. Nak guna apa apa pun boleh)

1 cubit cubitan garam

Suku pack butter. Cairkan dulu pun boleh. Pasal I malas, I biarkan suhu bilik. Bila dah lembik butter tu gaulkan dengan semua bahan kat atas.

Cara Buat:

Gaulkan kesemua bahan2 yang dihancurkan. Alaskan spring foam dgn butter, minyak,. Masukkan bahan tadi ke spring foam. Tekan tekan ala kadar je. Sebab kalo tekan padat padat, nanti crust tu jadi keras. I cakap pasal I buat camtu. Hahahaha, so jangan buat. Pastu based on resepi ni, crust itu dibakar around 10min api suhu 150 darjah C. Inipun kena tengok jenis oven juga. If oven jenis panas, boleh kurangkan suhu. Tak yah masak lelama pasal nanti nak bake lagi cheese filling guna water bath. Biarkan sejuk seketika.

Filling

3 pack Philadelphia creamcheese size 250gm. ( Pakai cream cheese lain pun boleh. I beli Philadelphia pasal masa tu ade offer. )

1 teaspoon cappuccino flavor

250gm milk chocolate dicairkan ( guna dark chocolate pun boleh. Tapi kena pandai play around dgn kuantiti gula. Since that milk chocolate ni dah manis, I guna 1 cup brown sugar je dah cukup. Cairkan guna double boil. If malas, pakai microwave pun boleh. I guna microwave aje)

¼ cup cocoa powder

4 biji telur ayam saiz A

Cara Buat:

Putar cream cheese, cocoa powder, gula & chocolate cair. Putar sampai sebati. Kemudian, sebiji demi sebiji masukkan telur. Sambunng putar sampai nampak sebati. Ambil spring foam yang ada crust tu dan tuangkan adunan cheese ke atasnya. Ketuk sikit bagi rata. Jangan over ketuk nanti barai spring foam, abeh terkeluar kesemuanya. Isikan air ke dalam satu bekas yang boleh fitkan spring form tu. Since that I takde bekas besar, I guna disposable baking aluminium foil. Isi air dalam tu agak agak nak half tinggi spring form. Bakar dalam oven pakai water bath selama 1 jam suhu 170 darjah C camtu la. Spring foam tu I guna size 8”.

Topping

100gm milk chocolate

Agak agak whipping cream

Sedikit cappuncino flavor

Butterscotch chocolate chip

Cara buat:

Masak topping ni bila kek sudah masak ye. Jangan pi gatal buat awal sangat. Pasal ganache ni akan mengeras bila sejuk. Guna double boil. Masukkan coklat, whipping cream, cappuccino. Kacau hingga sebati. Tutup api & baru masukkan butterscotch. Later on toppingkan atas cheese cake. Tudia siap…

Ni I ada upload, outcome nya. Selamat mencuba. I buat jadi. Kalo tak jadi, jangan salahkan resepi. Salahkan diri sendiri sebab tak pandai bake.. Plus, since I guna method agak agak. Kena lah pandai agak ye..

Chill.. ^_^

Hahahahah..