Thursday, June 22, 2017

Siri Repek Corner: Ramadhan

Siri Repek Corner: Ramadhan: Tahun 2017 rasa macam tak berapa nak rajin pula I nak update blog ni . I rindu sebenarnya nak update entry. Ada banyak perkara yang nak d...

Ramadhan & Raya 2017


Tahun 2017 rasa macam tak berapa nak rajin pula I nak update blog ni. I rindu sebenarnya nak update entry. Ada banyak perkara yang nak diluahkah tetapi kena mengambil kira juga sama ada hal ini wajar atau tak update. Manalah tau ada pihak pihak yang terbaca dan terperasan dirinya adalah subjek yang diperkatakan. Semua boleh claim “ Blog aku suka hati aku lah nak update apa. Tak suka takyah baca”. Well statement camtu I have no comment la. Masing masing punya pendirian.

Ramadhan tahun ini I biasa sahaja la. Rutin sebagai bunda Nadra, isteri Mr Laboo, as a menantu for Zahari’s clan is considered as a big role juga. Most of the time ketiga-tiga roles ni berlaku serentak. Bila hal ni berlaku rasanya masa tu la I jadi Gal Gadot “Wonder Woman”. Tahun ni giliran beraya sebelah keluarga suami. Looking forward since that ini first raya dengan keluarga mertua. Tahun lepas suami ikut beraya ke kampong I di Qelate. Mana mana readers yang follow my blog patutnya tahu I baru kawen tahun lepas. Hahahah

Persiapan raya pada tahun ni, I dah tempah baju raya 2 pasang 3 bulan awal. Alhamdulillah, baju tu siap before puasa. Good, & tak perlu pening pening. Tema tahun ini dengan suami ialah color royal blue. Cinonet tu pun I hantar baju tempah juga untuk dia. Kiranya kedondong  (sedondon) la kami sekeluarga.. Cuma belum siap lagi dan dijangka pada hari ini ( 22 June ). Biskut raya pun I sempat juga buat dalam 5 jenis. Walaupun berkalut dengan anak, I gagahkan juga misi raya tahun ni untuk buat biskut raya sendiri. Sebab I dah declare janji dengan mom nak bawak balik biskut raya homemade pada Hari Raya Ketiga nanti. I jenis janji ditepati. Once dah bagi statement "janji manisku", sedaya upaya I akan kotakan. Nanti I update picture homemade  biskut. Kalau rasa nak tempah, buat masa sekarang I tak berapa confident nak ambil tempahan. Bukan pasal takut resepi tak sedap, I confident biskut I sedap ( cewah boosting mode. ^_^ ). Cuma kekangan masa dengan Cinonet ni. Bila Cinonet nak mode melekat je dengan I, susah la sikit I nak concentrate buat biskut. Plus, I jenis utamakan janji. Bila janji nak siap pada this dateline suddenly tak dapat siapkan, I rasa bersalah sangat sangat & menghampakan orang. I tak suka feeling macam tu. Senang citer komitment tak mengizinkan I.   

Red Pearl

Red Velvet my own recipe

 Tart Gulung

 Semperit

 Famous Amos

My lil Cinonet: