Thursday, January 2, 2014

2014 – A new resolution

Holaaa,,… !!!
Selamat tahun baru 2014.. Hari ini adalah hari ke-dua tahun baru. Semalam aku tak sempat nak updet sebab netbuk kat rumah takde internet. Plus aku lebih suka update kat office. Aku baru je kembali daripada percutian kampung halaman  pakej 4 hari 3 malam, makanan ditaja oleh air tangan ummi aku a.k.a makcik aku. Makcik aku yakni adik perempuan mak aku ni aku panggil dia ummi. Anak-anak dia pun panggil dia ummi. Sepanjang aku kat kampung, makan makan makan je kerjanya.. Ummi lak rajin nak melayan ape mende aku nak makan. Request aje, rajin lah dia nak memasak. Kebetulan kakak sepupu aku daripada Sabah pun belum balik lagi. Jadi dah lama tak jumpa dia semenjak hari raya Puasa ari tu. Semakin montel lak aku tengok. Ngeeee jangan marah ye sis. Mane tak montel, ari-ari menyudu je. Menurut kata ummi, saban petang kakak sepupu aku ni ajak pergi tapau kat pasar malam. Segala ceruk pasar malam sekitar mukim Bachok, Gunung, Pauh Lima, Pengkalan Chepa, etc.. Habes diborongnya. Nasib dengan payung-payung orang meniaga kat pasar malam tu dia taknak bawak balik sekali. Kalau tak,memang kronik betul penyakit ”pasarmalamshopaholic” dia.  Pasar malam kat area kampung aku, macam-macam kuih ada. Yang jarang aku tengok pun ada. Rasa tu pun apetah lagi.. ^_^Y

 Snapshot kat kampung

 Pasar Malam kegilaan kakak sepupuku

 Airport Pengkalan Chepa

 Pendaftaran kat skolah

Jalan Kampung

 Cousin's engagement day
Dalam masa yang sama ada engagement function sorang lagi cousin aku. Jadi sekali harung lah trip aku ke kampung, menghadiri majlis pertunangan beliau. Tahniah ye Rubi. Muda agi dari aku. Takpe lah, dah jodoh awal, jalan lah dulu. Aku sempat juga pergi ke pendaftaran anak ummi yang bongsu kat sekolah dia. Dah lama tak masuk sekolah. Hehehe, rindu lak zaman old skool dolu-dolu. ^-^

Dah masuk balik kat tempat kerja, aishh kakliz cuti antar anak skolah. So, souvenir yang aku beli untuk mereka ni aku tertinggal lak kat rumah. Takde la mahal mane pun mendenye. Tapi kira ok la buat ingatan tulus ikhlas.
ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ)    +     ♪ (´ε` ) 

Tiba-tiba teringat kat Woidic. Ceh, mangkuk tu kejap kata gi Jepun, pastu last minit pergi Singapore, mencari ketenangan.. Puii, orang nak cari ketenangan pergi la Mekah, wat umrah ke, ape ke.. Ni pergi Singapore watperrr. Aisshh...Siap tinggalkan lagu daripada Encik Mimpi – ’Rindukanlah’. Sekarang ni mulut aku dari tadi duk ternyanyi-nyanyi lagu ni. Hantu betol lah lagu ni... Woidic ni adik angkat aku. Tapi kepala dia ni biol sikit (Bilo-biol pun hensem wo. Pandai nyanyi lak tuuh.. Terpegun aku kadang2.. Oppsss, kembali waras.. ^_^!! ). Lepas terhantuk kat jalan masa accident beberapa taon lepas, terus kadang-kadang datang short kat kepala dia. Sampai dengan aku-aku sekali ikut shorterm. Aku pun banyak kali gak kepala terhantuk kat atas jalan. Mengenang kembali di zaman kegemilanganku menjadi minah rempit sebelum menukar profession sepenuh masa kepada minah kete.. Bukan apa, abah aku riso kot sekali lagi aku terhantuk tak bangun-bangun.. Tu yang dia suruh aku bawak je keter. Selamat sikit katanya.. Ngeeee... Moral kisah ini: bawak motor hati-hati.. pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh aku yang prihatin.. huar100x.

White gold mania..
Semalam kuar tengok movie dengan member aku – Junior 3 ( bukan nama sebenar). Baik betul makhluk ni. Sanggup plak fetching aku dari stesen bas sekembalinya aku daripada kampung. So, untuk menyatakan ucapan terima kasih yang tak terhingga aku ajak kuar and tengok wayang. Citer Hobbit. Stress lak sebab bersambung.. Addoii...


Friday, December 27, 2013

Struggling is not an option



Hari ni customer service department separa lumpuh. Staff ada 4 orang termasuk boss aku. Tapi hari ni sorang staff yakni kaksal ambil leave and boss aku masuk tengahari. Macam biasa la, boss aku tu jenis liat nak bangun pagi. Dah tua-tua pun  masih susah nak bangun pagi. So hari ni aku dan kakliz terkontang kanting, terkangkang handle issue and all those stupid reports. Aku gelar itu sebagai stupid reports sebab dah memang bodo pun reports tu. Bagi aku tu bukan reports tapi data yang diextract and copy paste kat excel pastu send kat principle PIC. Puiii budak darjah satu pun boleh buat. Tapi boss aku kompang satu alam maya ni yang report dia bersepah macam sampah. Hahaha Kutuk lagi beliau.. Aku aje yang berani kutuk dia depan-depan. Sebab ? Bcoz I’m otai.. wallaaweyy, hebat kamoo..  (Clap-clap tepuk tangan tanda riak, takbur serta bongkak )

Ok, disebabkan rutin ini jua lah aku telah menyekip breakfast. Lapar tu memang lapar. Dah siap bunyi hiphop and breakdance mode plak perut cumil aku ni. Dari tadi cacing-cacing perut ( kalau masih ade baka cacing) mitak diisi. Sekarang ni selera aku nak makan meatball with spagetti.. Waaaa… Mane nak carik pagi-pagi buta restaurant yang jual mende alah tu ?  Arhh, perut. Kokye pun nak mengada mitak makan biarla patut-patut sikit. Nak kata aku mengidam sebab hamil. Hontakmu, aku belum ade laki dan masih suci murni lagi tau.. Ahakss.. ^_^

(gambar ilustrasi sahaja untuk tatapan korang)

Tiba-tiba aku bersuara pada kakliz satu cadangan yang agak gampang bunyinya.

‘Kakliz, bleh tak kalo saya nak amek halfday ari ni sebab nak balik umah and nak   masak spageti meatball. Rasa-rasa melampau tak permintaan saya ni ? ^_^’

Kakliz memandangku dengan muka takde perasaan.

‘Bunyi macam melampau jugak. Patut-patut la. Takkan kakliz sorang-sorang’

‘Tapi saya lapar dan nak makan spagetti meatball’

Korang rasa lah kang, dapat je rakan sekerja macam aku ni, rasa-rasa macam nak sepat tak? Hahahahaha. Jadi, demi Kakliz dan semangat berpasukan yang kental, maka aku membatalkan hasrat terpendam itu dan menyambung kembali kerja-kerja yang terbengkalai...


Thursday, December 26, 2013

3D - Drive in, Dinin & Dive in


Tadaa.. Just wanna share with you all a few things happen to me recently. I went to mamak's  restaurant and trying this banana leaf meals. Well, according to my friend, this dish doesn't meet with his expectation. He said not so delicious. I've tried it and my tongue said, "not bad".. Because another housemate already went here, she also said this place also not bad. By the way still couldn't beat "Exotic", another favorite port for Rawa tosey.. Nyumm nyum.. This place is around Jalan Tengku Kelana, Klang.



This one was given by my boss for Christmas. She said wanna give us some present. So, here it is. Even though just a simple and tiny gift but it's still nice and adorable.



This is the best dishes I'd went to near Muara, Port Klang. These was when my housemate's birthday. His boyfriend treated us seafood. Damn, delicious. I just couldn't resist the temptation.



I never thought that I could made this cake. So, do you think I can open a bakery shop for this. ^_^
Silly, still far away to go. I think I've should  put more effort on cake decorating. For me, I'm still lack of something. Thank goodness, that the taste still not bad. Hahahahs


This is another snapshot of having a crab. So big and sweet. I have to use a hammer in order to break the shell. However, I can say it's so oisshiii...

^_^


Yoshh.. Lets cekidaok..

OH Yeah.. Dah lama rasanya aku tak updet kat blog ni. Mesti korang selak-selak blog aku and tertengok sama je takde updet. Hahaha, perasan betul, Ingat celebriti ke hari-hari orang nak buang masa baca blog aku? Takpe-takpe, korang tak baca pun takpe, ini sekadar luahan hati nuraniku yang suci murni pada hari ini.. Hakpui...

Berbalik kepada sekarang, aku as usual semakin sihat dan comel. Berat badan aku dah naik sikit. Lelemak kat perut pun sedang giat menempel. Mencari saki baki ruang untuk memejalkan isi kering aku selama ini. Semenjak dua menjak ramai lak yang menegur, ” Arn semakin berisi la. Baru nampak bontox” .. Bongek betul lah dorang ni. Selama ni punggung aku takde ke? Abes, camne aku berjalan selama ni tanpa punggung..?Hahaha, aku tak kisah la sebenarnya. Bila dah nak masuk usia BMW 3-series ni kadar metabolisme dalam badan semakin menurun. Tapi takpe la, untung-untung body aku macam CikTa, dapat bakal suami mudeeee lak tu.. Opppss, berangan.. Takmo-takmo fikir bukan-bukan.

            Hari ini 26th December, malam besok aku balik kampung. Hoorayyyyyyyyyy...
Opps, aiseh, aku terlupa usiaku yang dah meningkat ni masih lagi macam kekanak riang. Ala, tak salah pun kan? Being childish is not a crime.. Cuma annoying sesekali je. ^_^

Dah lama tak balik kampong. Last time balik pun masa raya Puasa. Bayangkan berapa lama tak balik tuh? ( Ceh, baru beberapa bulan gap je pun).. Bila tengok kat pesbuk aku ramai lak kazens aku nak balik and ada plak yang bakal diikat oleh kumbang-kumbang hati masing-masing. Sebagai kazens sulung aku mengucapkan tahniah.. Tumpang hepi jugak la. Mane yang dapat jodoh dulu, sila-sila jalan dulu.

            Tu diaa, boss aku cuti hari ni. Hoorraay lagi. Tak perlu la aku mendengar suara beliau. So, hari ni tak pressure. Keje macam biase, siap boleh menyanyi and garu-garu lagi. Buat Mr. Junior 3 yang sedang skodeng blog ini. Jangan luper temu janji besok. Anda dikerah untuk menfetching this princess pergi ke bus station.  Thanks yaa . Jasamu dikenang ^_^


Saturday, August 24, 2013

Xperia J T_T

Hari ini hari Sabtu bersamaan 24/08/2013. Hari ni for no reason mood aku sangat-sangat panas. Semua benda tak follow apa yang aku nak. Wechat aku asik-asik hang, FB aku pun sama. Bahasa mudah phone aku asik keluar notification “ Your Memory is out of space”.. Damn, ape mende yang aku dah install sampai ke penuh? Picture (dah transfer pegi pendrive), video ( lansung takde). Ke henpon ni volunteer nak aku check in kan ke dalam tong sampah? Walopun henpon ni ade sentimental value sikit dalam hidup aku. Yaloh, memang la aku dapat free.. Orang bagi.. Tapi takkan la.. Adess..
Tolong lah berfungsi dengan baik ye sayang.. I sayang you lagi ( merujuk kepada Sony X-Peria J)


Aku rasa benda yang aku nak beli tahun depan ialah henpon baru.. Yang memorinya boleh infiniti.. Ceh, wujud ke?.. Disebabkan ke”hang”an henpon ni telah menyebabkan emosi aku turun naik tak menentu. Taboo hidup aku ialah bila berhadapan benda-benda yang lembap dan hang tak tentu pasal. Mesti viewer yang baca ni terfikir, ”Poyolah pompuan ni. Mende macam ni nak emo ke?”. Ini jawapan aku, ”Aku, dia dan henpon.. Satu peralihan”

Mock Recall oh Mock Recall

Hari ni hari Jumaat bersamaan 23/08/2013. Aku dan sorang kolik aku polo boss aku pergi Rawang. Ade meeting dengan customer pasal Mock Recall. Menatang ape Mock Recall? Tah la, boss dah suruh pergi, aku pergi tadah telinga je la.. Yang sorang kolik aku dah memang expert pasal mende tu rajinlah beliau bertanya itu ini. Aku since dat tak tau mende, melopong katak je la. Boss aku ni pun satu.. Kokyepun sayang bangat kat aku, tak perlu kot nak bawak aku ke hulu hilir macam pet. Pot pet pot pet aku membebel..

Tapi itu bukan mende utama yang aku nak mengutuk ni. Tak baik kan aku? Takpe, jangan ambik or tiru perangai aku yang tak bagus ni. Sayangi boss anda.. Hahaha

Boss aku ni memandu memang cara nak membunuh orang. Ape taknya, kete tengah speeding boleh terhuyung hayang lane tengah and lane kanan. Lepas tu jawab telpon lak. Agak-agak korang cemas tak? Mengucap panjang aku.. Bagai nyawa dihujung tanduk.. Plak tu dari Shah Alam ke rawang lalu NKVE. Perhh, seriau... Sempat gak aku update kat status FB kot-kot nyawa tak panjang.. Amit2x

Saturday, December 15, 2012

Stocktake deerrrr...

      Rasa macam dah berzaman tondan aq tak updet dalam belog ni.. Ape reason  ya? Huh, tak lain tak bukan.. BZZZZZ... Idea pun takde.. ari-ari keje 8.00am - 8.00pm++.. Mane ade masa nak mengetuk kibod nak taip belog ni. Ketuk kibod taip urusan keje ade la.. Well, takpe. Once in a blue moon, definately aku akn bersastera jua kat sini. Hari ni hari Sabtu bersamaan 15/12/2012 ( Oh yeaahhh, closing OT aq bln ni). Sekarang tengah ade stocktake count. So, all employees yuolls forbidd to apply any leave unless you have apply before stocktake being announced. Untong laaaaa ko Zani... ( Sape zani? Hamba Allah )
    Huh, tak rajin lah aku nak menaip ari ni. Dah lama tak jadi penulis. Kalo dulu-dulu, laju aje otak aku ni berfikir. Semenjak usia nak menginjak ke 3 series but still available ni ( cewah, macam nak wat promosi yang aku masih single lagi lak aih... bhahaxxx). Nope la, aku takmo pikir pasal bab-bab jodoh ni. Tunggu je la, kalo ada, ada ar. Kalo Dia plan lambat lagi status CIK aku ni nak bertukar, it's ok lah.. Being single is not a crime......!!! ( Opps, letak tanda seru macam nak maki orang lak.. Xde la readerz and viewerz.. I just nak menunjukkan ketegasan dalam bentuk poyos..  ^_^Y )



Friday, October 26, 2012

Raye Haji 2012


Hari ni hari raya Aidiladha tahun 2012. So far the celebration kat Perak ni, macam biasa lah. Tak happening sangat macam kat Kelantan.  Kitorang satu family tak dapat balik ke Kelantan taon ni kerana lembu yang nak dijadikan korban sudah mati di patuk ular. (T_T).
Takde lembu lain ke ular tu nak patuk selain lembu keluarga kami?  Namapun takde rezki. Dan tahun ini jugaklah rezeki cuti aku mencurah2. Aku dapt cuti seminggu sempena raya haji ni. Oh yeahh. Kerja aku sepanjang hari ni ialah, makan, tido, makan, tido, berak. Aneh tol time raya wat aktiviti macam ni.
Smlm Mr Adorable In a Unique Way ada called aku. As usual la, aku ni merangkap  alat terapi stress dia. Bila borak dengan aku kat hp tak sedar nak hamper sejam. Patut la aku rasa hangat semacam je hp.
Mom lak hari ni masak nasi himpi kuah kacang. Sangat sedap, tapi aku takleh makan lebih2. Kalo tak muka aku ni senang kena hinggap jerawat. Benci betul aku dapat jenis kulit sensitive ni. Seafood pun takleh hentam. Kalo hentam selamat lah muka aku esoknya. So dalam hidup aku ni banyak food xleh makan upenye.
Selain tu, kerja aku hari ni online kat Tagged. Agak have fun jugak lah. Idea aku beku lah hari ni. Next time le citer..

Friday, October 19, 2012

Hati berbisik


Mungkin diri aku belum cukup untuk jadi anak yang baik kot. Mungkin usahaku untuk buat abah berubah belum cukup kot. Tapi aku sayang abah. Walau macam mana abah tak berubah, aku tetap sayang abah. Cuma kadang-kadang kemampuanku ini terbatas untuk tolong abah. Kalau aku kaya, kalau aku banyak duit, kalau aku mampu, aku nak selesaikan semua hutang abah. Takpe lah kalau aku tak dapat pakai baju cantik, tak perlu beli handbag cantik2, tak dapat pergi bercuti tempat yang aku suka. Tapi hadiah yang aku nak, cuma satu je, kan bagus kalau abah dapat berubah. Bukan aku saja yang bersyukur. Orang yang paling gembira tentulah ibuku. Sebab dia wanita yang paling hampir dengan abah, yang bersama dengan abah sejak dari awal perkahwinan mereka sampailah sekarang…

Tuesday, September 4, 2012

Sayonara Boss

A lil bit sad coz today is the last day for my favorite boss. He already resigned from this %^&& company.. !! Owh, I feel hurt. Well, below are the last conversation between us:

Me‎‎ [9:52 AM]:

boss.. is it true? I lost the bet.


‎‎Boss‎‎ [10:02 AM]:

yes it's true

it's ok

no need to fulfill ur bet

it was a swift decision

‎‎ Me ‎‎ [10:03 AM]:

well.. i kinda feel sad laaa

swift?

wat's dat?

‎‎ Boss ‎‎ [10:03 AM]:

means fast decision

yeah me too


‎‎ Me ‎‎ [10:03 AM]:

boss.. did the top mgt pushing u too much?


‎‎ Boss ‎‎ [10:04 AM]:

let's just say I know most of ur smart and experienced people

Me ‎‎ [10:14 AM]:

sad sad sad

‎‎ Boss [10:16 AM]:

i am sorry i failed all of u

‎‎ Me ‎‎ [10:17 AM]:

where will u go after this boss?

already got the offer?

Boss ‎‎ [10:17 AM]:

i have not decided yet

ada la

but wan to rest for a while first

am really tired


‎‎ Me ‎‎ [10:19 AM]:

a person like u wouldn't have so much trouble to get new job within short period..

well, boss tke this opportunity to rest n b energetic


‎‎ Boss ‎‎ [10:20 AM]:

insyah allah !

here I have too much negative energy from top

to be creative

I dun like it


‎‎Me‎‎ [10:20 AM]:

hahah.. for this time being i'll think that u on long leave vacation... i wont think that u are resigning..heheh



‎‎ Boss [10:20 AM]:

I still know & believe in myself

I heard that before

Thursday, July 5, 2012

BI aku hampeh?

Bila baca balik ayat BI aku, macam gampang je. Tu la, ada hati nak speaking tapi, plural and singular pun tonggang langgang. Penting sangat ke grammar? Anggap je la aku guna BI bahasa pasar.. hahhahaah chill beb..

Sape-sape yang tergelak baca BI aku macam apa tah. Dear Reader, I'm still learning. Please accept any error of grammar while using the words or sentences. Sebab aku bukannya anak Mat Saleh. Aku anak Shamsuddin... Kuikuikui

BIU aku hampeh?

Tuesday, June 26, 2012

Aku tak pandai lukis =_=



Orang cakap kite sebagai manusia dikurniakan pelbagai kelebihan. Anda yang dapat anugerah suara sedap, main alat muzik, melukis, kira-kira etc. Aku plak? Tah lah, tak pasti plak aku terror bahgian ape, sebab aku ni jenis amik ability portion sikit. Menyanyi suara aku takde la sedap sangat, tapi kalo orang dengar belum lah sampai tahap Giant dalam citer Doraemon tuh. Aku boleh menari tapi takdelah sampai boleh masuk ”so u think u can dance”.

Dipendekkan citer, masa aku pernah pergi interview untuk position graphic designer beberapa tahun dahulu, ade kakak penemuduga aku tu suruh guna idea kreatif pasal bulatan. Apa yang aku boleh hasilkan dengan bulatan tu. Agaknya dia nak test aku punye kreativiti kot.


Inilah bulatan yang dorang provide pada aku untuk aku lukis tuh. Dorang suruh aku fikir, ape yang aku boleh hasilkan

Ini lak gambaran dalam kepala hotak aku ( imaginasi aku)




So, ikut kelebihan aku dalam mentransformasi imaginasi ke realiti, aku hanya mampu lukis macam ni

Ini lah rupa professor kalau dilukis dari pandangan atas. Dah siap. Tak yah pening-pening. Aku rasa takde lah lari sangat dengan watak asal imaginasi aku. Hahaha. And guess the result? Aku tak dapat job tu. =_=












Manticore ( sejenis makhluk berkepala orang berbadan singa, ekornya kala jengking)

Semalam semasa aku berkemas kat rumah baru, tak sangka ex aku, “Mr. Budget Bagus” had requested me a favor. Macam nilah bunyi text sms nya pada aku,

Dear, if u got this message please on9 or call me. I need your help

Oh ya, lupa nak intro. Sungguhpun kitorang dah broke off. Tapi panggilan kebiasaan tu masih lagi kekal. Pelik kan? Ala, panggilan je. It’s a common nowadays. Tak perlu nak tacing sangat. =_=

So, aku pun online tanya apo kobondo nyo eh. So, pom pam pom pam. Pendek citer, dia mitak aku tolong dia dapatkan informasi kat sebuah IPTA macam mana nak sambung LLB ( menatang jadah apa tah ni, aku pun tak sure). Alasan nape dia tak wat sendirik? Dia jawab à I tak leh call sendiri coz I busy kerja. =_= ( Abeh, aku ni nganggur la? Tak kerja macam dia? Jadi mistress hermanas? Puiii ... )

Dia mitak email address and bagi attachment result dia kat aku. Cehhh, takde lah gempak sangat result dia. Aku bajet dia ni DL every semester. Sebab dengar dari kompang dia macam setiap semester dapat Dean List. Tapi bila tengok.. Ok la ( hai hao , bahasa mandarin cakap) boleh lah wat tayang kat stok aweks. =_=

Memang mempergunakan aku sungguh. Takpe, ko gunakan aku, aku gunakan ko balik. Masa dia call tu aku cakap la.

Dear, what will I get if I doing this favor for u?” Miahaahahah , aku bertanduk dalam hati sambil lampu bernas menyala.

Ok, I blanje makan

Disagree…” =_=

Then?”

I wanna watch a movie. I want a chocolate. I want an ice-cream. Deal?” !($_$)!

Ok, then

Amek kaw, ape ingat free ke guna perkhidmatan masyarakat aku ni. So, hari ni dengan separa malas, tapi sebab dah deal aku pun call lah IPTA XYZ ni. Macam biasa lah trademark setiap kali call, line aku di pass ke sana ke mari macam bola. Kejap suruh cakap dengan Cik Kiah la ( bukan nama sebenar ), sekejap pass kat Cik Bedah (bukan nama sebenar jugak), Pastu bila dapat kat Cik Senah ( nama rekaan). Cik Senah cakap:

Maaf ye, Cik Pe’ah dah keluar. But I’m not sure when she’s available. Perhaps after lunch hour, she might be here. You call after lunch hour lah ye” ~_~

Aku rasa si Maarop ex aku ni dah rasa kot nak jadi macam ni sebab tu dia pass bola tu kat aku. Ketuiiii, =_=

I’m treating him as an option coz he’s also doing the same. Nak marah or revenge for every brokenhearted yang pernah dorang buat kat aku? Actually aku takde masa nak buat macam tuh coz aku busy menghargai orang yang appreciate aku. If they suddenly appear once in a blue moon dalam hidup aku, layan je la.. There’s nothing to lose but to tackle back my heart, required a lot of effort. ^_^

The most important things are I want to optimize my happiness as much as I can. Yang penting kita happy. Orang kata makin banyak “taik” yang orang bagi kat kita, ”reward” pun sama tinggilah nilainya. Untung-untung aku dapat reward kete freeeee.. sape tau rezki nak datang bergolek.. Hahaah Amin.. (^_^)Y

Monday, June 25, 2012

Medusa


Hari Isnin hari yang memang tak ramai yang akan jatuh cinta. Sebab lambat lagi nak bertemu dengan hari Ahad. Hari ni aku datang dengan emosi yang tak berapa menarik. Sebab semalam aku tidur lambat. Aku buat aktiviti maraton korea drama. Pelakonnya ialah vocalist band CN BLUE ( aku lupa laks nama dia) dengan Park Shin Hye ( yang dalam drama You’re Beatiful tu). Layan sambil on9 YM. Tapi best gak sebab ada Shinobi rajin nak bertegur dengan aku. Lately ni aku selalu chat dengan Shinobi sebab dia suka panggil aku Hime- Sama. Hahahah tacing kejap. Tapi takde apa-apa je la. Aku selesa chat sengan Shinobi sebab banyak bagi “falsampah ternyata benar”. Beliau banyak membantu aku dalam memberikan pandangan bernas, logik dan amsuk akal.

Then after that, “Mr Adorable In A Unique Way” had called me. Borak-borak dengan beliau, ternyata dia stress sebab kerja bertimbun. Dan aku seperti biasalah menjalankan tugas pari-pari menceriakan hidup beliau. Banyak yang kami bualkan, half an hour kot dia called aku. Sambil gelak-gelak, aku intai juga kot-kot Shinobi reply YM ke tak. Hohoho….

Susah sebenarnya update entry sambil cover line. Mana taknya, boss aku asyik keluar masuk jamban je. Suis rosak ke ape? Kejap-kejap masuk toilet. Nak masuk toilet dia kena melepasi meja aku. Tu yang jadi problem, aku kena minimize. Bila minimize, time tu lak ilham aku mencurah. Dah kena potong stim. (=_=)

My corner partner is in heartbroken today. Well, good la I already told him, “expected the unexpected”. And it’s happened. Hopefully he’s being strong. Well, me and him got similarities in relationship matter. Both of us didn’t expect that the person we liked so much will do this kind of thing. And now, everyday if got time we’ll comfort each other how to be happy and start new story. Good luck my corner partner to find soul destiny: (^_^)Y

Sunday, June 24, 2012

MLTR kat Setia Alam??

Bangun pagi tadi tiba-tiba perut memulas. Apa sudah jadi?? Semalam seingat aku just makan mee goreng basah dengan fresh oren 1 jug je. But it’s true la, takde jodoh fresh orange dengan perut aku. Asal je aku minum, besok perut aku terus memulas. Orang kata bagus juga lah macam tuh, senang berak. Ada orang lagi susah nak berak kan? Sampai kena telan julap. Alhamdulillah, aku bersyukur yang perut aku ni tak mengada-ngada. Mampu lagi polow schedule yang betul. Berak on time. Hahahahah..


Hari ni aku berkemungkinan akan attend kenduri kawen hosmet aku. Tapi tak siap-siap apa lagi pun. Masih lagi kat atas dabel deker menonggeng sambil menaip benda alah ni. Semalam pergi area Setia Alam. Rupa-rupanya Michael Learns To Rock wat persembahan free kat sana untuk penduduk Setia Alam. Betul keee? Salah sorang dari roommate aku pergi and bagitau yang dia ada tiket free. Apsal tak habaq?? Tapi takpe, rezeki kitorang jugak dapat dengar suara artis tu (walaupun dari jauh) secara freee sambil aku drive. Patutlah jammed teruk semalam. Tak pernah-pernah Setia Alam jammed. Semalam aku bwak housemate aku kuar sebab nak beli adiah kawen sorang lagi housemate aku.

Saturday, June 23, 2012

Aku delete dah..


(FYI: ini aku drafted 2,3 hari lepas and baru update post sekarang sebab 2,3 hari lepas network bingai kat rumah area S7SA)


Kisah aku suka Sharizal Razak bersambung lagi di episode akan datang. Sebab macam bese lah kan, hidup aku ni on off. Sekarang beliau sedang memencilkan diri kat Gua Hira’ mana tah. So, aku tak dapat menjejaki permata hati itu (puiii, kunnnunnn)... Amaran kerajaan: dilarang menggunakan ayat-ayat meloyakan tekak orang...


Jap selingan ; aku cukup hangin gile bila setiap kali aku nak menaip ke ape ke, mende alah mungek ni asyik-asyik prompt in and men”stuck”kan segala 8tviti netbie aku. Pilih “Task Manager” > “End Task” pun mungek ni tak makan saman.
Inilah si mungek itu. Stress tol la. Aku tak suruh scan pun dia rajin nak scan sendiri. Adesssssssssss

Ok sambung alik citer tadi. Bagi aku bace dulu katne aku stop tadi sebab aku ni cepat lupe. Citer si Sharizal Razak ni akan ada sambungan sekiranya beliau mencari aku semula sebab aku dah delete nombor beliau. Wkwkwkwk.. padam muka lhoo.. Inilah balasan yang harus beliau terima kerana melayan aku seperti banduan.. HaHAHA... Takde la, dia tak layan aku macam tu pun. Sebenarnya, kewarasan dan keegoaanku telah menetapkan kiranya beliau tu sesuai untukku, maka BALIKLA walau ke mana juo ekau poie’ ( pinjam loghat nogori jap coz beliau orang Nogori).. So, cite pasal dia terpaksa di “pause” kan sehingga beliau (sambil nyanyi lagu Misha Omar – Bunga-bunga cinta) .. kembalilah kepadaku, sayangila diri ini .. lallalaala.

Ok sekian, melaporkan carta hati hari ni dengan result kosong (+_+)

Aku suka Sharizal Razak. Sape dia tu Sharizal Razak? Dia manusia yang aku suka la. Aku suka dia semenjak 2 tahun lepas. Tapi ade satu problem. Besar kemungkinan, dia tak suka AKU!!!! Dalam kata lain, aku bertepuk dinding (T_T)... Ala, normal lah tu. Aku tak kisah pun kalau dia tak suka aku sebagaimana aku sukakan dia. Walaupun in between aku pernah in relationship dengan mana-mana lelaki. Biasalah, player kan ( oppps, mana ada. Aku ikhlas tau ber couple dengan sape-sape yang pernah jadi boyfriend aku. Semua lelaki yang pernah jadi boyfriend aku, memang aku sayang, aku jujur and aku setia. (angkat tangan , tak tipu) Tapi bila broke off, lelaki yang aku terfikir balik paling aku suka ialah Sharizal Razak. Ermm .. ermm.. ermmm)


Sebenarnya, bila aku suka Sharizal Razak pun aku tak harap sangat yang dia akan sukakan aku balik. Pelik kan aku ni. (Ko bukan aje pelik, meyngong pun iye jugak – sesi kutuk diri sendiri). Sekurang-kurangnya dalam hati aku tetap ada lelaki yang aku suka (makna kata aku bukan LESSY – yiihaa..), yang tak sakitkan aku bila tinggalkan aku macam tu (ye lah kan? takleh nak claim apa-apa coz dia pun tak pernah mengutarakan dia sukakan aku. aku je syok sendiri . (T_T )).

Lelaki yang pernah tinggalkan aku, sakitkan hati aku dulu. Terus terang aku cakap, luka yang dorang wat itu masih lagi berparut. Aku sentiasa ingat. Tapi bagus juga sebab kehadiran korang jgk lah ( ex-ex aku yang tah berapa org tuh) telah menjadikan aku matang dan tabah serta hati cekal. Apa-apapun secara creditnya juga, melalui korangn jugak lah aku mampu jadi lebih baik dari semalam. Dan aku tak kisah if lepas ni akan bertemu lagi lelaki-lelaki yang salah kerana kehadiran korang dalam perjalanan hidup aku akan membantu aku jadi lebih dewasa (Aiseh, takkan nak up lagi kot senarai-senarai mistake aku dalam life?).

Satu perangai aku yang lelaki patut tau (DENGAN TEGASNYA), when i’m committing with some1 in relationship, priority aku ialah lelaki yang aku commit tu. Segala aktiviti aku seperti berkawan dengan other guys, aku akan stop bagi menghormati perasaan dia. Sebab aku pun tak suka bf aku buat mende yang sama. Ini termasuklah juga, mengurung perasaanku pada Sharizal Razak (ello..., is something wit my brain here?). Still suka, tetapi lelaki yang aku commit in relationship itu priority aku. But once broke off, aku tak perlu lagi nak hormat feeling siapa-siapa lagi akn? Kalau orang baca apa yang aku taip ni, mesti fikir aku tak serius dalam hubungan, boleh lak adjust2 perasaan sesuka hati. Tapi pernah baca tak? meletakkan 100% perasaan pada lelaki yang belum tentu akan jadi milik kita, sangat-sangat lah berisiko. Bila hati tercedera teruk , itu yang ada kes terjun bangunan, masuk wad gila, tukar jadi lesbian, minat sesame perempuan sebab lelaki wat taik. Alhamdulillah, sepanjang aku broke off selama ini, tak pernah terlintas pun kat hati nak wat perkara-perkara di atas. Tapi kalau sape2 pernah baca, “Think like a man and act like a woman, “ inilah yang aku buat sekarang ni.


Apa yang aku suka and minat sangat dengan Sharizal Razak? Dia ni memang beza giler , unik jugak la. Spesies jarang ditemui dalam diri lelaki2 Melayu yang pernah aku kenal. (ayat common puji orang, opkoz lah setiap manusia unik, ngokngek tol la aku ni)Ye la kan, kan aku banyak siri koleksi lelaki yang pernah aku jumpa. Dia boleh tak tidor 3 hari semata-mata nak siapkan kerja, memang tahap workaholic gila la. Tapi ada satu part tu aku terharu sikit, sungguhpun dia bz nak rak, tapi bila aku call dia, still dia willing nak angkat fon. And kalo dia tak dapat angkat fon tuh, dia akn text apa yang dia tgh buat. Tapi aku faham, dia takde feeling sangat kat aku. But I still like him.So, what? Liking someone is not a crime. It’s the feeling u sendiri can’t defined either by words or drawings. Dia tak dapat nak suka balik pada aku, itu bukan salah dia. Juga bukan salah aku, dan bukan salah mereka dan keluarga mereka. Lalalalala....

Aku panas baran?

Aku panas baran? Yup, aku setuju dengan statement di atas.. Aku tak boleh berada dalam situasi slow, lembap, terhegeh-hegeh.. Situasi di mana menyekat aliran otak aku berfikir dengan pantas.. Bila situasi itu berlaku, brain temperature aku cepat HEAT.. Akan kuar serta merta alarm bunyi yang ada sesuatu telah mengganggu tumpuan ku terhadap sesuatu perkara. So, bila itu terjadi, fasa pertama yang berlaku ialah kePUAKAan mulut aku membebel. Bebelan aku merupakan remedy untuk meredakan temperature yang HEAT itu. So, yang tak berapa nak tahannya orang sekelilingku yang terpaksa menebal telinga mendengar bebelanku.

Tapi jangan sesekali situasi itu memasuki fasa ke-dua, di mana jika bebelanku masih lagi tidak mampu menyolusikan problem, tindakan reflex anggota badan akan memainkan peranan seterusnya. Kecenderungan tangan aku untuk menggapai, membaling or menerajang objek-objek keras yang berada disekelilingku . Itu aku anggap sebagai sesi latihan ilmu mempertahankan diri.. Practice make perfect. Kalo tak prektis tendang kot-kot aku lupe gaya menendang.. ahhh, alasan je tu. Itu dulu, bila usiaku masih lagi darah muda. Sekarang ni aku dah cuba untuk control. Tapi kadang-kadang terlepas jugak.. Al-maklumlah, humans are not perfect. Nak cuba ubah sesuatu yang dah lama jadi tabiat, bukan senang..

MY dreamz


Bior le orang kate impian aku macam budak-budak kecik. Takpe, dah memang aku ni suka mende-mende macam ni. Kat bawah ni adalah senarai2 impian dan harapan aku. Semoga suksess dengan jayanya( Amin ya rabbil alamin)

Pertama-tama skali yang aku ndak, sure lah sebuah tempat untuk berteduh yakni rumah yang berbumbung. Bukan tempat tadahan air hujan. Dalam banyak-banyak yang aku mampu afford, memadailah kalau aku dapat beli sebuah condominium or apartment, lengkap dengan security, swimming pool and other facilities. Inilah gambaran hotak aku tentang rumah idamanku



Kedua, bila dah ada rumah kenalah ada sistem pengangkutan kan? Takkan lah rumah cun pergi kerja naik beskal ( actually beskal pun ade yang mahal jugak. Lagi mahal dari motor kapcai pun ade). Dalam banyak kenderaan, yang menjadi poojaaan hatiku ialah model ini. Ahhh, aku tak kira if korang nak kondem spare part mahal ke, mentenen tinggi, bla, bla, bla. Kalo nak pakai kete besar mestilah pastikan saiz periuk tu pun besar. Kalau periuk min

i, nak hasilkan kerak besar macam mane. Untuk menjadikan saiz periuk aku berkadaran dengan saiz kerak nasi yang bakal aku dapat nanti, aku mestilah mendapatkan satu kerjaya yang superb stabil. Itu nanti aku analisis secara rawak, pukal, logik and logaritma yang jitu, baru aku akan come out dengan hipotesis dan resultnya sekali.



Ketiga, aku nak nonggeng.. Oppss salah eja, aku nak nunggang SUPERbike, bukan motorbike biase2. Kalo buley 250CC ke atas. Lantak la, nak kata badan slim ada hati nak tunggang. Karang kalau jatuh accident, patah riuk. Hello, bawa hati-hati la. Nak mati pun kat mana2. Dalam selimut pun boleh mati kalau dah sampai ajal. Lagi satu orang c

akap, pakai motor mahal2 pun tuduh bawah jambatan juga? Sekali lagi hello, sekurang-kurang duk bawa jambatan pun motorbike yang sedang landing bersama dengan aku tuh superb. Dah itu sejak dari zaman skolah tadika lagi aku dah jatuh cinta dengan superbike. Tinggal sebab badjet takde je nak sambar satu. Kalau tak konpom aku Vrooom vroomm kat mana-mana. Kih kih kih



Kendian, aksesori yang aku nak grab in future plan. Sebuah massage chair. Memandangkan soulmate aku ni tak tau sape lagi batang hidungnya, siapa yang nak massage aku kan? Tak payah nak susah-susahkan orang pergi urut or pergi massage centre. Massage je kat rumah guna kerusi ni sampai lebam.

Lepas tuh aku nak beli set tv LCD dengan Xbox 360 playstation. Perhh, duk umah tak yah kuar, hadap je mende tu. Ini dikatakan kehidupan orang single yang tak hadap sangat cari cari pasangan. Bukan tak nak usaha tapi fikir, daripada pening cari, if it meant to be akan muncul juga datang dari celah-celah mana. So, lebih baik aku penuhi impian aku sendiri. Fuuh, ade lagi mende apa yang aku rasa nak beli. Barang kelengkapan rumah. Aku suka masak mende pelik-pelik. Yang tak pernah aku makan memang aku suka masak. Benda yang susah nak buat ke, itu memang aku suka buat. Tapi kalau ada rezeki aku nak beli alat kelengkapan bakeri and pastri for homemade. Pastuh nak beli oven, microwave yang multifunction supaya senang aku prepare masakan pelik-pelik aku. Macam sekarang asik tersenut je nak merealisasikan idea dan inspirasi aku tu..