Hari ni hari
Jumaat bersamaan 23/08/2013. Aku dan sorang kolik aku polo boss aku pergi Rawang. Ade meeting
dengan customer pasal Mock Recall. Menatang ape Mock Recall? Tah la, boss dah
suruh pergi, aku pergi tadah telinga je la.. Yang sorang kolik aku dah memang
expert pasal mende tu rajinlah beliau bertanya itu ini. Aku since dat tak tau
mende, melopong katak je la. Boss aku ni pun satu.. Kokyepun sayang bangat kat
aku, tak perlu kot nak bawak aku ke hulu hilir macam pet. Pot pet pot pet aku
membebel..
Tapi itu bukan
mende utama yang aku nak mengutuk ni. Tak baik kan aku? Takpe, jangan ambik or
tiru perangai aku yang tak bagus ni. Sayangi boss anda.. Hahaha
Boss aku ni memandu
memang cara nak membunuh orang. Ape taknya, kete tengah speeding boleh
terhuyung hayang lane tengah and lane kanan. Lepas tu jawab telpon lak.
Agak-agak korang cemas tak? Mengucap panjang aku.. Bagai nyawa dihujung
tanduk.. Plak tu dari Shah Alam ke rawang lalu NKVE. Perhh, seriau... Sempat
gak aku update kat status FB kot-kot nyawa tak panjang.. Amit2x
No comments:
Post a Comment