Hari ni customer service department
separa lumpuh. Staff ada 4 orang termasuk boss aku. Tapi hari ni sorang staff
yakni kaksal ambil leave and boss aku masuk tengahari. Macam biasa la, boss aku tu jenis liat nak bangun
pagi. Dah tua-tua pun masih susah nak
bangun pagi. So hari ni aku dan kakliz terkontang kanting, terkangkang handle
issue and all those stupid reports. Aku gelar itu sebagai stupid reports sebab
dah memang bodo pun reports tu. Bagi aku tu bukan reports tapi data yang
diextract and copy paste kat excel pastu send kat principle PIC. Puiii budak
darjah satu pun boleh buat. Tapi boss aku kompang satu alam maya ni yang report
dia bersepah macam sampah. Hahaha Kutuk lagi beliau.. Aku aje yang berani kutuk
dia depan-depan. Sebab ? Bcoz I’m otai.. wallaaweyy, hebat kamoo.. (Clap-clap tepuk tangan tanda riak, takbur
serta bongkak )
Ok, disebabkan rutin ini jua lah aku telah menyekip breakfast. Lapar tu
memang lapar. Dah siap bunyi hiphop and breakdance mode plak perut cumil aku
ni. Dari tadi cacing-cacing perut ( kalau masih ade baka cacing) mitak diisi. Sekarang
ni selera aku nak makan meatball with spagetti.. Waaaa… Mane nak carik
pagi-pagi buta restaurant yang jual mende alah tu ? Arhh, perut.
Kokye pun nak mengada mitak makan biarla patut-patut sikit. Nak kata aku
mengidam sebab hamil. Hontakmu, aku belum ade laki dan masih suci murni lagi
tau.. Ahakss.. ^_^
(gambar ilustrasi sahaja untuk tatapan korang)
Tiba-tiba aku
bersuara pada kakliz satu cadangan yang agak gampang bunyinya.
‘Kakliz, bleh tak kalo saya nak amek halfday ari ni sebab nak balik umah and
nak masak spageti meatball. Rasa-rasa
melampau tak permintaan saya ni ? ^_^’
Kakliz memandangku
dengan muka takde perasaan.
‘Bunyi macam melampau jugak. Patut-patut la. Takkan kakliz sorang-sorang’
‘Tapi saya lapar dan nak makan spagetti meatball’
Korang rasa lah
kang, dapat je rakan sekerja macam aku ni, rasa-rasa macam nak sepat tak?
Hahahahaha. Jadi, demi Kakliz dan semangat berpasukan yang kental, maka aku
membatalkan hasrat terpendam itu dan menyambung kembali kerja-kerja yang
terbengkalai...
No comments:
Post a Comment