Thursday, December 26, 2013

Yoshh.. Lets cekidaok..

OH Yeah.. Dah lama rasanya aku tak updet kat blog ni. Mesti korang selak-selak blog aku and tertengok sama je takde updet. Hahaha, perasan betul, Ingat celebriti ke hari-hari orang nak buang masa baca blog aku? Takpe-takpe, korang tak baca pun takpe, ini sekadar luahan hati nuraniku yang suci murni pada hari ini.. Hakpui...

Berbalik kepada sekarang, aku as usual semakin sihat dan comel. Berat badan aku dah naik sikit. Lelemak kat perut pun sedang giat menempel. Mencari saki baki ruang untuk memejalkan isi kering aku selama ini. Semenjak dua menjak ramai lak yang menegur, ” Arn semakin berisi la. Baru nampak bontox” .. Bongek betul lah dorang ni. Selama ni punggung aku takde ke? Abes, camne aku berjalan selama ni tanpa punggung..?Hahaha, aku tak kisah la sebenarnya. Bila dah nak masuk usia BMW 3-series ni kadar metabolisme dalam badan semakin menurun. Tapi takpe la, untung-untung body aku macam CikTa, dapat bakal suami mudeeee lak tu.. Opppss, berangan.. Takmo-takmo fikir bukan-bukan.

            Hari ini 26th December, malam besok aku balik kampung. Hoorayyyyyyyyyy...
Opps, aiseh, aku terlupa usiaku yang dah meningkat ni masih lagi macam kekanak riang. Ala, tak salah pun kan? Being childish is not a crime.. Cuma annoying sesekali je. ^_^

Dah lama tak balik kampong. Last time balik pun masa raya Puasa. Bayangkan berapa lama tak balik tuh? ( Ceh, baru beberapa bulan gap je pun).. Bila tengok kat pesbuk aku ramai lak kazens aku nak balik and ada plak yang bakal diikat oleh kumbang-kumbang hati masing-masing. Sebagai kazens sulung aku mengucapkan tahniah.. Tumpang hepi jugak la. Mane yang dapat jodoh dulu, sila-sila jalan dulu.

            Tu diaa, boss aku cuti hari ni. Hoorraay lagi. Tak perlu la aku mendengar suara beliau. So, hari ni tak pressure. Keje macam biase, siap boleh menyanyi and garu-garu lagi. Buat Mr. Junior 3 yang sedang skodeng blog ini. Jangan luper temu janji besok. Anda dikerah untuk menfetching this princess pergi ke bus station.  Thanks yaa . Jasamu dikenang ^_^


No comments: