Monday, November 7, 2011

I ain't a PLUMBER!!!

Aku dah kembali ke Shah Alam. Tadi pulang bersama adik-adik jantan aku. Angah dan achik. Sampai je kat rumah aku ingat boleh berehat. Sekali pandang sinki dengan sampah. Tiba-tiba aje temperature aku naik mendadak. Sepinah mana lah yang membiarkan sinki dengan serba serbi terapung. Jijik pula pandangan mata aku ni melihat. Ini boleh mendatangkan marah. Adoii.. sepinah-sepinah sekalian.


Izinkan aku membebel seketika di sini sebagai melontar perasaan tak puas hati aku. Gua tak marah korang nak guna dapur. Sebab duduk sekali and bayar sewa bersama-sama. Pakai, jangan tak pakai. Tapi apa masalah korang nak buang sisa and sampah sarap tu dari sinki? Kenapa korang biarkan terapung-apung macam mangsa banjir kat Bangkok tu. Dengan plastic sampahnya dah penuh, korang sumbat sampah-sampah sampai muntah. Dont give crap la, cakap korang busy kerja or study. Tak pasal-pasal hari ni gua jadi plumber terjun. Korang tau tak sisa minyak, sisa-sisa yang korang buang, meleleh dekat gua punya tangan dan lengan? Gua korek tanpa perasaan. Geli and jijik? OF COURSE ADAAAA.. Tapi sebab fikir, mende nak guna lama. Gua tolak tepi beb gua punye geli ni. Tapi pernah korang rasa sekali? Macam mana jari jemari mengorek sisa macam kapal korek and melekat pula dekat jari. Tak pernah kan nak try. So, WHAT THE HELL KORANG TAK BOLEH GUNA COMMON SENSE TU NAK JAGA KEBAJIKAN RUMAH SAMA-SAMA.????


Lagi satu korang tau tak function filter kat sinki tuh untuk apa? Untuk memerangkap sisa supaya tidak tersumbat. Tapi kenapa korang selalu keluarkan filter sinki tu? Sebab nak bagi aliran air cepat keluar. Memang murni and bagus.. Memang bijak idea bernas itu. Tapi BANGANG juga. Bila tersumbat sisa-sisa tu, sape yang jadi kapal korek? Bila time ada problem kat rumah, sinki sumbat, toiler sumbat, shower sumbat. Korang pass semua kat gua suruh setel. Ini yang bikin hati gua panassss...


Sekian, warass

Sunday, November 6, 2011

Apa Sebenarnya......?

Hari ni hari raya Qurban. Jadi, aku beraya di Perak kali ini. Tahun lepas dah balik Kelantan, so tahun ni kat sini. Bila dah balik ni, aku macam biasa. Tolong mom buat persiapan? Yang banyaknya aku tolong tengok je la. Bukan apa, aku tak nak sebarang campuran or sebatian bercampur dalam masakan mom. Sebabnya, sekali aku dah masuk dapur, aku tak tahu apa benda yang aku campur aduk. Yang pastinya abah takkan gemarkannya.

Aku buat kek butter semalam. Tak tahu kat mana silapnya, tapi hasil post mortem rasa-rasanya terlebih butter kot. Kek aku yang selama ni aku buat sedap, tak tahu kenapa kesedapannya kurang sekali semalam. Rasa-rasanya aku tak letak garam dalm adunan kek tuh. Atau mungkinkah disebabkan esen vanilla yang aku gunakan tu bukan jenama “Star Brand”, jenama Papco. Korang dengar pun macam pelik kan. Conclusionnye, disebabkan satu produk aku bikin semalam tak cun, telah membantutkan niat aku yang lain-lain untuk menolong mom kat dapur. Macam kurang waras je reason ni. Ahh, senang cerita aku mengaku aje lah yang aku tak rajin masak kat dapur rumah mom. Hahahaha, leganya lepas mengaku.

Bila dah spend masa kat rumah, macam biasa lah. Aku dilayan seperti ayam daging. Setiap masa diberi makan. Kejap-kejap makan. Untung lah badan aku ni bukan jenis yang cepat naik. Makan lebih pun belum tentu nampak effect. Alhamdulillah, bagus. Minta dikekalkan begini. Memandangkan abah pun takde involve dengan apa-apa aktivit korban, so far inilah raya haji terboring yang pernah aku alami. Disebabkan itu, sepanjang hari aktivit aku mentelaah drama korea dari pagi sampai malam. Kan bagus if aku praktikkan mentelaah ni pada study and assignment aku. Tapi macam biasalah, hasutan syaitan.

Perasaan aku di kala ini seperti kena hentak dengan bongkah yang tah ke berapa kalinya. Aku pun dah malas nak kira. Seperti biasalah, why question tu tak lekang bermain di minda. Aku seolah-olah keliru. Aish.. susah sungguh nak diceritakan. Tak tahu macam mana nak mulakan. Apa yang aku boleh katakana di sini. I must be strong. There must be someone i belong. So, until then aku MESTI bertahan.

Wednesday, November 2, 2011

Eh eh, Hijau nye daun itu

Tadi aku skudeng blog member-member. Dah lama tak buat aktiviti berfaedah. Makin canggih pulak blog diorang dengan widget bagai-bagai. Aku punye blog je yang macam tuh. Common dan simple. Bukan tak nak buat macam diorang tapi aku selaku pekerja cum pelajar asyik busy aje dengan rutin. Macam tak ada non stop. Orang lain yang ada banyak masa lapang tu pastilah banyak masa boleh dihabiskan menatap blodg and mengupdate, even cerita kucing nak beranak pun dorang update. Pastinya hubungan rapat sejagat dengan kucing itu telah mendorong mereka mengabadikan memoir penting itu bersama kucing. Mungkin diorang nak paparkan pada anak kucing itu pengorbanan ibu kucing susah payah melahirkan anak kucing. So, bila anak kucing tuh dah dewasa , anak-anak kucing boleh tengok dengan mata mereka sendiri bagaimana ibu mereka melahirkan mereka. Persoalannya, faham ke mereka?


Sekarang petang-petang aje dah hujan. Bagi orang dah kawen seronok lah, ehem ehem… Salah cakap pulak. Ina Toyota baru aje inform aku proposal dia masih dalam progress mode. Makna katanya, esok baru nk jumpa Encik Abu Arang. Nampak gayanya, petang ni terpaksalah jadi “lone ranger”. Rangers lain semua tak free, busy menentang raksasa proposal masing-masing. Aku nasib baik lah guna “light cruiser” sumbangan Encik Daniel Azly ( nama samaran), maka aku dapat menyiapkan dengan cepat sebab foundation sudah ada. Ditambah lagi dengan kebolehupayaan aku mencari semua source dengan tepat, maka mempermudahkan lagi urusan. Alhamdulillah ( mesti tak lupa ucapkan syukur, sebab yang ini adalah pinjaman dari Allah swt). Disebalik kesusahan dan dukalara aku terhadap seorang manusia berjantina lelaki yang aku sayang sungguh-sungguh, dipermudahkan sikit urusan aku yang ini.


Hujung minggu ni raya Haji.. Yeay Raye yeay… Tapi poket nipis sikit. Baru je beberapa hari lepas, selonggok duit aku longgok kt kedai air-cond kereta. Hujan-hujan ni air-cond kereta buat hal pula. Nasib lak aku mendapat skim bantuan khidmat adik-beradik daripada Angah ( adik jantan aku). Beliau dengan murah hatinya menaja separuh dari jumlah itu. Terima kasih, adikku. Kaklong sayang banget sama kamoooo… ( Ceh, time bagi duit sayang terlebih-lebih pulak..)

Putus Cinta?

Title entry yang agak sesuai untuk tema kali ini. Fuh.. sudah agak lama aku tak update entry aku.. macam dah bertahun-tahun. Alasannya.. takde modal nak cerita. Tapi disebabkan 2,3 hari ini aku stress and tekanan perasaan, aku kena lakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perkara pokok yang menjadi punca stress dan tekanan aku, seperti normal lah hal kerja, hal study, hal keluarga, hal hubungan. Bila digabungkan semua memang terbaik lah susu kocak perisa stress aku ni.

Beberapa minggu ke bulan lepas, aku rasa aku putus cinta la. Mesti pelik kan, kenapa rasa?. Common sense kan sepatutnya aku kena keluarkan “justify” statement dengan jitu, dan bukan main agak-agak or rasa-rasa. Tapi memang betul, aku rasa aku putus cinta. Aku sayang sangat lelaki ni, tapi sayang, dia tak sayang sangat pada aku. So, apa patut aku buat? Aku dah agak mesti korang nak suggest aku, lupakan dia, cari je lelaki lain. Jangan risau, memang aku dah buat. Tapi nak jadikan cerita, dah memang ditakdirkan jodoh pertemuan dengan segala calon-calon lelaki yang bakal dijadikan boyfriend, tak pernah panjang. Paling lama bertahan pun seminggu. Kenapa?

Bukan aku tak post mortem diri sendiri. Selalu juga aku muhasabah, menilai perilaku diri sendiri, aku kah yang bermasalah atau lelaki-lelaki yang aku jumpa tu ke yang tak tepat untuk memenuhi syarat tulang rusuk kiri?

Aduh.. aku dah terlupa apa aku nak membebel lagi. Tiba-tiba sahaja datang contract worker kat tempat aku minta aku acknowledge se bundle document. Terbantut seketika idea yang mencanak tadi. Kena masuk gear satu balik. Aku update entry masa tengah kerja. Oppss.. bukan aku mengular lingkar anaconda time kerja, mengulat gonggok sikit je. Aku sokong proverbs ni  “All works but no play make us adull worker”

Takpe, apa-apa sahaja yang keluar dari benak otak aku, kira spontan sajalah. Kalau lari sikit dengan topic atas takpe kan? Korang tak marah kan? Kenapa plak korang nak marah? Dah entry aku, ikut aku lah kan nak update apa.

Aku paling suka masuk lift tekan sendiri, sejak dari zaman diploma lagi, sifat aku yang “istemewa” tak pernah-pernah lekang dari personality aku. Member-member aku semua dah hafal sangat sifat aku nan satu ni. Korang tak faham? Hmm…. Camne nak cakap ye, hanya genius seperti aku sahaja yang boleh berfikir di luar kotak. Masih lagi tak dapat tangkap? Takpe, jangan risau. Tak masuk exam hidup korang pun. ( Aku dapat rasakan hampir ke semua pembaca akan mengulang perenggan ni sampai faham. Tapi yang sekali saja baca dah boleh faham. Tahniah, kerana korang memang genius macam aku.. Tepuk tangan untuk diri sendiri.)

Hari ni aku kena hantarkan 2nd draft proposal pada Encik Abu Arang (separuh nama sebenar). Minggu lepas aku dengan classmate bernama Ina Toyota (separuh nama sebenar) dah jumpa dengan Encik Abu Arang ni. Nasib baik draft proposal aku tidak ditolak mentah-mentah. Mungkinkah kerana aku dan Ina Toyota menyogok beliau dengan setin Tongkat Ali Power Root dan sebekas cookies, maka beliau tanpa banyak songeh meluluskan. Para full-timer and part timer student ( seperti aku), sila lah anda bertindak dengan bijaksana. Sebelum berjumpa dengan advisor anda, bawalah apa-apa bekalan. Manalah tau kot-kot rezeki, proposal anda diluluskan tanpa was was.

Aku baharu sahaja kembali dari melunaskan tuntutan azali. Tengah syok taip, tiba-tiba pula dapat signal besar untuk mengadap paduka mulia encik tandas. So, tak perlu lah aku mencirikan dengan terperinci apakah urusan aku dengan ia. Biarkan ia rahsia. Puncanya semalam aku beli satu pek Yakult. Ini semua pengaruh iklan yang memberi impak maksima dan menarik aku tanpa berfikir panjang untuk membayar harga benda alah tu. Tapi korang kan tahu sebotol Yakult tuh, aiseh sekali teguk je dah abes.

Sungguhpun aku berjisim slim dan ber figura ala-ala model, saiz Yakult yang tak munasabah itu telah menyebabkan aku membalun 3 botol sekali gus. Ikutkan hati, nak abiskan satu pek terus. Tapi karang ada orang kena diarrhea pulak. Pengaruh iklan kata, ade 5 juta bacteria Shirota dalam satu botol Yakult. So, semalam aku tibai 3 botol, makna kata aku telah memasukkan 15 juta Shirotan untuk menentang bacteria jahat di dalam usus aku. Lepas 15 minit, dalam usus aku bagaikan ada peperangan besar sedang meletus. Masakan tidak, tiba-tiba aje perut aku memulas. Tapi tak rasa nak “uhum-uhum”. So, pending for verification la semalam.

Tuesday, August 9, 2011

Yo..Im back

Dah hampir setahun aku tak mengupdate kat blog aku. Bukan malas, tak rajin sangat sebenarnya. Memang banyak perkara yang berlaku dalam tempoh setahun ni. Antara perkembangannya, hubungan percintaan aku yang tak berapa cun. Dan akhirnya langkah drastik aku mengambil keputusan untuk kembali solo daripada berduet. Walaupun lagu Acha, "Berdua Lebih Baik" tapi takpe.. "Cuba Lagi".

Well, ketepikan dulu bab itu sebab muak juga kalau kerap diceritakan. Sekarang sudah hampir seminggu umat Islam menjalankan ibadah puasa dan merupakan hari ke-3 aku berpuasa. Kih Kih (sengaja mengantoikan diri). Ala, normal kan? Teeeet..

Perkembangan study aku, alhamdulillah result untuk final exam yang lepas agak baik berbanding semester yang lepas2. Dan aku berdoa semoga semester yang terakhir nanti aku dapat menghadapi dengan tenang dan tanpa gangguan emosi serta fizikal.

Kerja aku semakin lama semakin dilambakkan atas alasan customer srvice takde keje. Takde keje ke aku ni? Kalau aku takde keje, then why setiap hari nak balik sharp2 pun susah? Nasib baik rumah aku cuma sekangkang peha kuman, so tak luak sangat kalau balik lambat. Ye lah, bak kata ofismate aku, "Panaskan enjin kete lagi lama dari perjalanan balik ke rumah"

Kawan-kawan yang seusia dengan aku dah ramai mendirikan rumahtangga. Bila diajukan soalan "bila nak kawin?"..Dua versi jawapan aku.
1) Tiang mana yang nak kawen dgn aku?
2) Yang ni sedap sikit jwpnnya. Terus semua terdiam.. "Allah belum izinkan lagi. Sabarlah"





Friday, November 5, 2010

Where there is a will, there is a way..

Hari 1st aku ada kat rumah family aku di Teluk Intan. Agak boring coz adik beradik aku yang lain tak balik. Angah ada keje and takleh alik, Achik lak ade exam, Wan pong same tak cuti lagi. Yang ada kat umah Cuma aku, adik, mom and abah. So, ape aktiviti aku hari neh? Let’s cekidaok..

Pagi-pagi monink as usual my mom kejutkan aku suh solat Subuh. Bgn le aku, pastuh dah takleh nak tido. Mom wat bekpes mee goreng. Dah lama dah tak makan mee goreng mom. Aku? Tgk je lah tak tulong pape. Xmo le rasa masakan mom aku neh ade air tangan aku skaley. Sure aku kurang nak makan. Pastuh, aku mandi. Selalunya lau balik sini, aku mandi petang2.. Hahahah.. oppss, kantoi lak habit aku.

Then, pastuh aku follow abah gi test drive Sonata. Coz itu kete yang abah baru trade in. Dia ambil Sonata. I drove the car la. Well, not bad. Aku speed samp cecah 145km/j (with abah ade kt sebelah aku). Abah ckp sedap kete neh. Aku nak tried wat lagi laju, but the road tuh cem xberapa best. So, 145km/j is more suitable lorh. Abah kate kete neh bleh bawa lagi laju coz abah ckp dia penah tekan minyak sampai 200km/j (Fuuh, gilos tol). Lansung tak goyang & stable. Tak macam Perdana ari tuh. Takat 160km/j je max. So, aku pun bagi ler compliment psl kete tuh pada abah. Senang lak hati dia.

Dah samp rumh, park kete dalam garaj. Aku cakap dgn abah nak blajar bawa motor ada clutch sambil menrefering Yamaha FZi abah aku. So, nasib baik hari neh mood abah aku sangat cun. Biasanya abah xmo bagi sebab dia tgk aku cam tak berapa nak yakin. Tapi tah camner dia nak plak ari nih. So abah willing nak teach aku. Motor tuh takde la berat sangat. Boleh bawa. Aku kena pandai imbang clutch. At 1st, mestilah mati kan? Kali kedua tak, then aku follow bonceng dengan abah cari port practice motor. Happy aku coz aku dh boleh bawa. Siap pusing-pusing area rumah aku. Akhirnya termakhbul jugak hajat di hati neh nak tunggang FZi. Abah tany aku suh trade in jer Smash Revo dengan Naza Bike model yang baru tuh. Aku ckp, motor aku lom abes instalment lagi. So, kena tunggu thn dpn ler..

Mom aku lak ckp baik bawa kete jer. Tak kena hujan. Aku gelak. Ala, tmpt keje dekat. Bawa kete rugi ler minyak. Dah lah xley parking dalam ofis. Tapi tgk la nanti mcm mana.

Wednesday, November 3, 2010

Evening story

Muahahha.. kepala udah ting tong lagi. Walopun kat ofis aq tlh dilonggokkan dgn berjuta-juta lemon keje yg mcm ape tah xmo abes.. Ces, termenung aku jap menatap download return yg tlh dihadiahkan oleh aku tanpa belas kasihan. Kak liz, back up aku lak on leave. Yg len2 busy. Dek krn stress yg agak boleh tahan aku telah bertindak secara radikal dgn mencium pipi Zani. Oppsss… Tade meaning pape pong. Zani tuh partner sebelah aku n FYI dia adalh perempuan.

Kak sal lak mengapikan aku & ckp kat aku, “Ko tgh musim mengawan ke?” Perh.. soklan. Direct siot.. Aku gelak je lah sambil mengacah Zani lagi skali. Zani berusaha mengelak dripad pipinya menjadi mangsa lagi skali. Then aku pergi lak kt tmpt kak sal nak acu cuba try test kiss dia. Tapi kan , lau dia tak elak memang bertaut bibir kitorg ari neh. Bhahahak. Aku udah bengong ari ni.

Ari ni dorang wat surprise bday utk Natalie, (bkn dak ofis tapi lady COPACKING from customer nye company). Hahaha, though aku cem tau ape motif.. Hoho luper la, ade bday sorang lagi dorang celebrate iaitu bday si dak Helmi tuh..Suke dia celebr8 dgn Natalie.

Ari ni nak gi cuci kete plus nak gi isi angin tayar kete. B4 balik esok ke t.intan kena la everything in perfect condition. Abah tuh mane leh tengok kete dia cem tak dijaga, akan bermulalah sesi ceramah khas ttg penjagaan kereta. So, dah tau dah habitat abah, nk idup kena pandai2 lerh..

Tapi kan aku ade stu kisah yg best tentang kete abah aku neh, tah aku ade citer tak b4 dis dlm blog aku. Tapi synopsis dia, aku pernh curi bawa kete abah & kete itu tercedera terlanggar dinding. Bukan aku yg wat tapi adik aku yg achik tuh. Aku mitak tulong dia masukkan balik kete tu dlm garaj tetapi sbb slah bajet ruang, adik aku tertekan minyk instead off brek. Dh ler kete tuh lak kete abah sewa sbb kete kitorg masuk workshop. So, sbb tak nak adik aku teruk kena tibai dgn abah. Aku dgn rela hatinya mengaku yang aku yang hit the garaj. Berdrama sebabak jap dengan abah aku as aku ni da only daughter therefore kerana janji, dia xleh marah kt aku. Terlepas aku dari hukuman utk ari tuh but not the other days, abah simpan pastuh meletop. Hahahaha.. kelakar laks bila ingt balik citer masa aku yg degil tuh.

Mak aku ckp perangai aku dgn abah sama. Dua-dua keras kepala. Tapi sbb aku neh anak, therefore aku kena ngalah lah kan ? Berdosa lah plak lau ikut hati sgt. Aku syg kt abah aku walopun kdg2 abah wat aku hangin. Hehehe oppss ayt cem ape tah. Kdg2 sian kat mom, tersepit dia dgn kitorg nye prangai. Tpi lau time baik dgn abah…, muahahahah…

My mom nye karektor lak, hmm.. sorang yg best. Aku dgn mom mcm bestfriend. Mom citer ngn aku lau dia ade prob dgn abh. So, aku consult mak aku ckp mcm tuh mcm nih. Bagi suggestion, idea and vice versa. Lau aku de prob, aq mitak consultation dari DR.Mom aku. Nak wat cemne, dh dua orang je pompuan dlm family kitorg. Nak tak nak kena wat merger & acquisition lah..

Aku dgn adik bradik aku lak? Aku ade angah, achik, wan and adik. Sumer jantan. Masing –masing karekter yg berbeza. Angah pendiam sikit xbyk ckp tpi adik2 sumer respect kt dia tmsuk dgn aku, Si achik lak mcm lincah tapi stil under control. Org kata dlm adik bradik kitorang, dialah yang paling hensem (kununnn.. aku tgk mcm bese je. Aku paling cantik ant adik bradik xheran pong), si Wan lak, adik aku yg senang aku nak mengarah.. Hahaha.. Cthnye lau cem bese lah, aku nak mkn keropok keping, naget ke, but aku mls nak goreng, so lau dia ada aku akn suruh dia. Yg syok dia follow jer. Tpi ade masa2 dia neh degil gaks. Cma dgn aku jer lau aku suruh dia wat. Yg bongsu, adik. Yang ni mmg byk objection. Paling cerewet antara semua. Suruh buat pape, mulut tuh dah start moncong. Nak wat cemner dh yg bongsu, ngade2 tuh lebih ler. Hehehe.

So far adik bradik aku kira mcm independent ler. Ade stu kes ari tuh Mom kena tahan dlm ward sbb asma dia teruk. Achik time tuh ade kat rumh uruskan adik2. Assign dorang wat tugasan rumah. Basuh baju, masak, jemur kain, sampai jiran-jiran pun tak tahu mom masuk spital sebab tgk ampaian bersidai, bunyi mcm ada org msk2, org mengemas rumah. Tapi tak sangka sumer tuh keje adik2 jantan aku. Adik2 lelaki aku kecuali yg bongsu, sume reti masak. Yang lebih tau tuh Achik and Wan. Angah bese2 jer lah, Yg adik lak,.. hampeh. Masak air pun failed. (lampau ler plak)

The Chance

Hari ini dengan semangat berkobar-kobar. Conversation aku dgn dia agak heavy sikit semalam coz aku sedang mengutip information tentang diri dia. Siapakah diri dia sebelum mengenaliku. Well, dia dah citer part dia a bit semalam so kira my luck la last night. Therefore, aku menjadi pendengar ajer semalam. Suatu rutin yang jarang aku lakukan bila dengan orang lain.

Apa-apa pun jawapan aku tetap sama. Takde perubahan pun walaupun pada mulanya aku agak tergugat. Well, bukan apa. Rasa macam hilang keyakinan sekejap. But when I come back to think straight. Aku dah pilih jalan ini. So, I’m going to stick until the end. Until Allah determine what’s gonna happen next. Walaupun dia ada cakap weather aku rasa bosan tak. So, jawapan aku ialah.. “Our story it’s just to begin. It’s too early to give up as I put a lot of effort to confess and senang-senang aku nak mengalah camtuh? Maybe kalau dulu, yes. Dulu aku tak certainty but now, selepas aku kenal dia, aku tahu aku akan cuba sampai ke akhir. Just give me a chance to prove it.

Coz if aku lepaskan dia sekarang, aku takkan jumpa lagi orang macam dia & dia juga takkan jumpa lagi pattern macam aku. We are completed each other. Aku faham the previous pain yang dia rasakan dulu susah nak cure. Takes time to heal. Itupun tak 100% but aku akan cuba yang terbaik untuk buat dia gembira dengan cara aku sendiri. Aku tak akan request dia untuk lupakan kenangan terindah dia dulu bersama dengan sebelumku. I just want to add more the sweet memory to him. Just give me a chance, dear.

Walaupun aku sometimes “giler-giler” but when its come to this matter I’m deeply serious. Just like u told me before, “U put a spell on me”. And now I feel the same, “U put a spell on me too”. So, we are even now. Both of us are under spell. Sekarang aku cuma kena put a lot of patient for me to gain back the trust. But it doesn’t matter. Take how much time you want to observe us as I’m a tough girl.

Monday, November 1, 2010

I ADORE YOU

I'll surrender my world to you
if that is the only way
I could become a part of yours.

The beating of my heart is a drum,
and it's lost,
and it's looking for a rhythm like you.

If you love someone you
have to look before you leap.

It takes a second to say I love you,
but a lifetime to show it.

When I miss you,
I don't have to go far ...
I just have to look inside my heart
because that's where I'll find you.

I heard someone whisper your name,
but when I turned around to see who it was, I was alone.
Then I realized that it was my heart telling me that I miss you.

If you love me as I love you,
nothing but death can part us two.

Tears in my eyes,
you on my mind,
love in my heart,
oceans in-between ...
I love you.

Sunday, October 31, 2010

Life is Unexpected

Hmm, baru jek hati nih nak berbunga-bunga riang, datang plak perkhabaran yang tidak berapa aku suka nak dengar. Aku pun antara dua nak percaya atau tidak. Tetapi selama ini perkhabaran yang aku dapat selalunya tepat. Jarang tersasar, Cuma kadang-kadang sipi je yang tak kena. Aku pun berat hati nak percaya tapi tidaklah salah kalau aku buat pre-cautious sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut alamat yang aku terima tadi, difahamkan bahawa aku adalah wanita ke-tiga dalam shortlisted beliau di mana wanita ke dua sudah di tolak mentah-mentah cma yang pertama nih adalah saingan yang agak kuat juga. Pokok pangkalnya wanita pertama ini masih lagi menyukai dia & menurut information yang aku dapat, hatinya berbelah bahagi jua. Takleh salahkan juga. Susah nak lupakan orang yang pernah bertahta di hati ini. Coz aku faham perasaan tuh suatu ketika dahulu. Masalah problemnya ialah apa pasal aku tak risau? Ke level of my confidence masih lagi tinggi. Macam mana aku tahu hal ni? Hehehe biarlah rahsia.

Bagi aku lah kan setiap orang nak buat pilihan yang terbaik dalam hidup. So, aku tak salahkan dia kalau dia ada calon-calon lain lagi selain dari aku. Paling penting ialah hati dia condong ke mana. Kalau pada aku it is good la, and Alhamdulillah. Tapi kalau bukan takpe lah. Nak wat camne, bukan jodoh. So, aku bertawakal sahaja lah. Apa yang paling penting daripada segala kepahitan yang aku hadapi selama ini, aku akan dapat kemanisan yang berjaya mengatasi segala kepahitan itu. Maybe sebab itu aku rasa relax kot.

Hmm.. itu jelah kot. Memandangkan aku nak double confirm whether yang aku dapat ni betul ke tak, aku kena clearkan balik my mind. Therefore, i’m sign off now.

Wednesday, October 27, 2010

Ekilievolissimi ouy

NOTES: SGT PJG LAK KALI NI. NK BACE OR TAK NAK, ADE AKU KESAHH?

Sakit kepala memikirkan sesuatu yang tak perlu difikirkan. Tapi semakin menolak semakin datang menyemakkan otak aku. Macam mengisi bola dalam bekas yang dah penuh. Macam masukkan air dalam bejana yang dah melimpah ruah. & satu lagi macam memerah susu lembu tua yang sudah kering susunya. Tapi kedegilan aku seperti stalagtit and stalagmite dalam gua. Semalam aku seperti mendapat hint yang sepatutnya aku faham-faham sudah. Dan aku masih berfikir sama ada untuk faham-faham sudah atau masih lagi ingin membuktikan sehingga berhasil. Sebab faham-faham sudah adalah satu hipotesis yang harus dibuktikan dengan ekxperimen untuk mengesahkan resultnya. Bila dah sahih, barulah hipotesis “faham-faham sudah” boleh diaplikasikan sebagai kesimpulan dari hipotesis. Yang menjadi masalah problem dilemma difficulties aku ialah measurement yang nak digunakan sebagai methodology experiment cinta aku ni. Adakah resultnya berkadar terus atau berkadar songsang dari titik asalan sama ada, ianya ada interception atau hanya parallel line yang tak ada kesudahan? Tapi mengapa untuk hal yang sebegini? Kan bagus kalau ianya untuk perkara lain. Agaknya inilah kelebihan daripada kelemahan aku. Memikirkan sesuatu sampai tahap kronik.

Walaupun aku seperti faham bahwa kecenderungan untuk dia menolak aku secara mentah-mentah itu tinggi. Tetapi selagi bukan jawapan “TIDAK” keluar dari mulut, aku tetap mahu mencuba. Sebab aku percaya usaha yang gigih pasti membuahkan hasil. Lagipun aku memang muka tak malu. Cuma perlu guna umpan yang betul masa yang tepat untuk meragut hati dia. Tapi umpan apakah itu? Hatinya pernah terluka lah. Dan aku pasti agak dalam juga based dari cerita dia. Kalau tak takkan seminggu dia layan lagu tema frust dia tanpa henti & siap promote pada aku lagi lagu tu. But thanks to him, lagu itu memang sesuai dengan jiwa aku yang gundah gulana sekarang ni. Aku tak tahu mcm mana nak jadi healer terbaik untuk dia. Kalau aku ni gamat tak apa lah jugak. Boleh je nak healing kan luka.

Kenapa aku konfiden sangat ni? Selagi aku tak dapat membaca isi hati dia, aku rasa aku tak boleh terima. Hati dia macam shelter. Terlindung dengan invisible mode. Sememangnya dia sukakan invisible. Dan aku pula dengan peliknya sukakan orang yang sedemikian. Normal attitude aku, bila kes macam ni selalunya aku kibarkan white flag sejak dari awal. Sebab aku malas nak pening2kan otak aku. Tapi kali ini kenapa aku berusaha dengan gigih juga nak peningkan otak aku? Can anybody please tell me what’s da hell is happening inside me????

Semakin aku fikir kenapa aku sukakan dia, semakin aku pening dan tak ada jawapan. Bukan sebab rupa kerana obviously rupa dia bukan taste aku. Exactly, bukan taste aku. Ya Allah, betul la wey, memang bukan taste aku. Dan paling penting aku tak prnah jumpa dia secara life. Logic aku secara pukalan normal tak boleh accept dengan condition camtuh kerana aku ni mata rupaan a.k.a memandang rupa paras. Selalu result akan keluar syntax error or logic error, jika aku run dengan skala yang sama pada orang lain. Aku tak faham kat mane exception handling dah occurred di compiler and buffering otak aku. Nak recoding balik dengan program yang lain asyik required new password and access denied. Plus more, aku dah tak mahir dah dalam mengaltering coding especially this type of coding. CPU otak aku biasanya running dengan mode relax aje. Tapi bila nampak aje dia online, CPU otak aku runs dengan overclocking speed. Sampaikan latest CMOS version yang aku implankan kat otak aku pun takleh nak cope dengan speeding dia. Dia punye berderau darah tuh lau toreh macam empangan pecah aliran (melampau pula metaphora aku kali ni). Persoalan sekarang apakah tarikan magnet yang dia dah kenakan pada aku? Padahal dia tak pernah pun seducing aku dengan ayat-ayat cinta yang power seperti Power Root Tongkat Ali tu atau juga Power rangers or power puff girls. Just common language & typical.!! Communication with mood steady. Abes, kat mane magnetnye?!! Ke dia guna magnet kutub khanah?

Adakah aku terperangkap dalam dimensi ciptaan aku sendiri? Macam mana nak terjaga dari mimpi ini? Guna air sebaldi ker? Ketuk dengan penyapu ker? Atau baling dengan selipar? Atau biarkan sahaja sampai terjaga sendiri? Tapi sampai bila? Semua ni boleh selesai andai aku ada keberanian untuk menyatakan, “ekilievolissimi ouy” pada dia. Buat pertama kalinya aku rasa amat takut dengan result penolakkan. OMG.. better simpan diam-diam. Tapi kebarangkalian untuk chance dia terima tuh 50-50. kalau tak cakap lansung aku tak tahu result. Walaupun bunyi macam songsang sikit, tapi sekurang-kurangnya aku tak hidup dalam regretful. Sekurang-kurang aku pernah beritahu yang aku “ekilievolissimi ouy”. Dia nak terima ke tak nak itu hak dia kan ? Yang penting aku sudah buat part aku, dan bakinya itu qada’ and qadar. Sebelum aku terjun bodoh ala –ala harakiri & kamikaze confession, aku perlu clarify dulu dengan hati aku adakah aku betul-betul suka atau obsess sahaja.

Orang kata bila sudah cintakan seseorang, kita tak ada sebab kenapa kita cintakan dia. Kita cuma rasa kita nak buat dia happy dengan kita, kita tak nak buat dia sedih walaupun masa tuh kita tengah sedih. Kita sentiasa ternanti-nantikan kehadiran dia. Kita jadi rindu sangat pada orang tu sampai diri sendiri rasa pelik. Tiba-tiba rasa cemburu bila nampak dia berinteraksi dengan orang lain. Tiba-tiba rasa sedih bila dia lupakan kita. Tapi si kembar cinta yang bernama obsess tu pun camtu jugak. Camna nak differenciate dua kembar ni ye?



p/s: Jatuh cinta buat otak jadi kronik. Sebab dh force otak wat OT tanpa rehat

Sunday, October 24, 2010

He once told me his story..

to start this amazingly written biography i will use a non proper language!!!note that and please forgive me for any typo error as im not used to do this sort of thing...i will write this in both language in malay and english (pasar la). ok now to your question and my answer

Sila ceritakan secara terperinci mengenai kisah hidup anda, ape yang anda buat?
apa yg i sudah buat. i done nothing wrong. hahaha ok betol betol plak as a child for their parents i think la kan i have done a lot of pretty bad things in younger days la most of this thing occur. ie. my father caught me when i ponteng sekolah. i tengah lari cross the road to my hanging spot dulu then accidently i lari depan kereta dier tapi i tak perasan pon kereta dier. and after that he gave me a really good beating...hahahaha and after that my father caught me at snooker center nearby my house area..he ran inside and me and about 8 my friends run and hide inside the toilet imagine all of us in out toilet macam sardin...hahaha...then my discipline teacher came to our house and tell my father that me and my friends that is 4 of us in the class is missing for 3 months. as usual another good beating is given. then suddenly PMR arghhhh!! im so afraid when the exam begin. imagine that i never study for whole year and walk into the hall with zero in my brain. and luckily i have a good result for the PMR and manage to place my self to a boarding school not MARA but TECHNIQUE is quite good as most of my partner in crime before flunk the exam. so i when to the boarding school at Jelebu, Negeri Sembilan. Dekat sana i study Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik. this is where most of my bad attitudes is a thing of the past. i study there but not really hard. but still manage to go to school. and in that 2 years thing goes pass us like a speed of sound. theres nothing much to remember and all the story is like other boarding school stories ragging, lompat pagar, bende biasa biasa la then the SPM. ini lagi takut dengan hall yg kipas dah kene curik panas giler...fuh tension. and also i got a pretty decent result for my SPM.

Then rite after the exam i started working part time to fill my free time like most of others do la kan. i work for several month and receive an offer from UNISEL for a Diploma. Those days this U is small at SEC 7 Shah Alam. i study Electronic dekat sana and i will travel everyday that have a class for 2 years or so from ampang to shah alam. after my studies finish there i started working in a Audio Visual Company and my job is to monitor all the repair works and check it after it done i work there for about 6 month and i hated that job. then i stay at home unemployed again and started to wonder what i really want to do. then i heard an ads in radio about studying Computer Design, Multimedia and etc. so i decided to join the Diploma Courses in Computer Graphic and there goes another two years of my life. there is a lot of happy memories there as i really enjoy the environment and the study as well. quite all of my best friend is from that college. after the study finishes. i pon started kerja at a small printing shop. biasa ar fresh grad not all can jump to a Medium or big organization kan. work for about three months and one of the customer offer me a job as a designer with minimal pays and i join him as a designer for almost 6 month with that minimal pay when i said minimal it is minimal. this is for the sake of experienced because i think no one will bother about u when u are working in a print shop as u are not designing them u just help others print their design. and after working there i started to get a few connection and one of them lead me to my current jobs. with a steady pay quite a good environment and i jumped again to this company and ive been here since then. there goes my studies life and my working life.

apakah faktor dan impak yg berlaku kepada anda sekrang sdgkan anda sudah tiada awek dan anda nk cari awek, apekah kriteria yg diperlukan utk mencapai
citarasa anda supaya akan dtg xkn mudah break off..? ape yg anda mahukan didlm sesuatu perhubungan itu.

Impak dier mestilah impak maksima mana tak impak maksima kereta i dah melekat dengan kereta orang tak maksima lagi ker. the impak is terok la maybe pasal news break off tu contribute to my accident but i dont blame her la. its just a reaction.i have a miserable hari raya. cant think straight. for a weeks or less i spent my time alone depression agaknyer and after that i spent my time mostly with my friends visiting me la im not working kan accident la kata nyer that make my week la im happy la my friends sume concern about me that good la i think. hmm kiteria apa yer. i sebenarnyer quite lost bende neh for ur info this is the last piece of the puzzle of the letter...definitly a good sense of humor. not to bother about the appearance but not terok sangat la. good cooker as i love to eat. but definately understanding with my job and my lifestyle. and boleh terima kawan i. maybe kalau minat bola, motorsport lagi bagus boleh enjoy sama-sama tuh jer ar tak demanding sangat sebab sebelom neh terlebih demand mendapat balik.. hahaha. dan jangan nak jealous tak tentu pasal. leceh ar!!! apa yg i nak dari sesuatu perhubungan is trust each other. a cool couple. and enjoy each other. tu ajer no need la my birhtday bagi gift hebat hebat macam other sebok pikir pasal small thing macam tuh. itu ajer la. sebab i neh pon bukan orang kaya nak return hadiah yg mahal mahal dier kasik bukit mana nak mampu i kasi gunung cam tuh la...one other thing is i tak suke selalu sangat keluar ngan my awek. i mean often tuh macam 2 hari sekali bukan tak jumpe langsung or tak kuar langsung. tapi not to often la!!! nanti my life ngan my friends tak der lah, tuh part understanding dier :D. and not all weekend is a day with her. i have other activities as well.















This is the graph as per request
Accident at Marina Bay Resort Port Dickson
if u refer to the graph this happen between 2005/06 one of my low point in life lah



the newest that almost cost a life syukur alhamdulillah tak jadik apa apa terok kat i and this is probably the lowest point in my life jatuh ditimpa tangga

Friday, October 22, 2010

Against the future

Huhu, another pain had been successfully endured. Mcm aq cakap dalam last blog update aq, “Bring it on”. So, aq dpt lagi. Masih lagi hidup aq dlm pencarian. Dlm pertengahan tu byk sungguh pasir2 yang melekat kat tapak kaki aq. Ada yang senang buang & ada yg jenis degil jugak. Cuma kuis pakai kaki je & ada kena tepuk2 sikit guna tangan. Walaupun aq tak tahu sampai bila, tpi perjalanan ini semakin mematangkan aq. Aq dah jumpa satu tagline yg sesuai utk segala kepahitan tuh, “Don’t let someone be your priority if you only an option in theirs”. Lau aq adalah subsititute or opportunity cost yang anytime can be eliminated by them then I guess that persons are not deserved to be my priority.

I believe that beyond of all this, there is someone who patiently waiting for me to find him. Cuma sbb aq jumpa terlalu ramai sampai aq tak cam dia bersembunyi di mana & paling penting yang mana satu orangnya. Relax, dear. Just hang on until I reach you babe. Definitely I’m going to find you. No matter what will happen & how long it may take. Bila dah jumpa one question aq nak tanya dia.. “Mana you sembunyi? Tpi so kay, finally I found you and I’m glad”. Waahh.. syoknye angan2 aq ni. Tah bila ayat tuh nk jadi kenyataan? Bhahahak..

Apa-apa pun aq cma ikut rentak. Follow the flow with live, feel & enjoy. So, besok2 bila aq dah ada kids, dengan bangganya aq bleh crita dgn my daughters especially tentang“How I met your father”. Really going to be an interesting life chapter of mine.

Tiba-tiba aq terfikir sesuatu. Ini boleh jadi wasiat for future ni. Mana lah tahu bila my kids dah teenagers & suddenly dia terbaca blog bonda dia. Dgr sini ye anak2ku sekalian tak kira lah berapa ramai korang nanti. My advice is, follow tagline kat atas tu. Your life is full with youth. So, jgn spoilt. Endure it & be happy. No matter how hard your life is, don’t forget to be happy (cool also).  P/S: Ur beloved mommy…. Hehehehe

Monday, October 18, 2010

Its just a beginning…!!

Semalam hari Ahad, aku tak pegi mana2, just lepaking jer kat rumah. Buka YM, surfing the Internet. Itu je yang aku wat semalam. YM lak aku cuma YM dengan Nenek and sorang budak Uitm. Berstory telling. Pastuh, menyelak FB, sesi mengutuk dgn neneknye Crush. I’m happy for her. Ingtkan si “Tuut” ada online, tapi hampeh. Tade lah plak.

Aduii.. bosan tol idup aku lately neh. Tade ke sorang dua lelaki yang baik2 yang boleh ceriakan hidup aku nan boring tahap babun nih. I mean bukan untuk kapel2 tapi tuk sharing & caring. Tapi apa yang aku jumpa semua menghampakan. Hampeh.. Bila aku suka dat guy, dat guy lak tak berapa nak suka kat aku. Bila aku tak suka, berlambak lak yang suka kat aku.. Y? Y? n Z?

Dlm tagged smlm aku buka ada mesej dari Si Gilos. Tak abes-abes lagi nak kacau idup aku. Aku dah kata tak mahu, paham2 sudah lah. Pegi la cari gurl lain. Takkan tak cukup2 lagi kena belasah dengan aku ari tuh. Dah la guna cara kotor. Pegi colet minyak pengasih kat aku, supaya aku ikut cakap dia. Well, sekius me, ur portion didn’t effect to me coz I always believe in Allah. Allah protected me from ur bad intention. Kalau lah bunuh tuh halal dalam Islam aku rasa, dia antara manusia terawal kena bunuh dengan aku. Sangat benci dan meluat tengok muka makhluk tu. Really my nightmare..!!

Disebabkan kerana jumpa mahkluk cemtuh aku jadi paranoid nak kawan dengan lelaki. Just main-main jer. Ello, bukan aku yang mulakan dulu. So, padam la muka lau pas nih kena dengan aku. Nak gained alik trust nih, hanya insan terpilih je yang dapat. Selebihnya, aku lebih trust my guts feeling. My intuition always leading me to identify which one is good or bad. Hopefully, my logic is still working.

Nenek dah sibuk tany kt aku bila aku nak update blog. I’m sorry, dear. Lately ni, idea tak datang2. Nak cerita pun mcm tade cerita. Listening to the song from Dream Theater. Well, I guess I started to miss him already. Doesn’t matter how he’ll react towards me. But each time I start to miss him, dis song really reminded a lot. I dun care if he doesn’t know. Its better dis way. To love is to get another pain. Love rejection also a pain. Between keeping all alone and get rejected, I guess by keeping it all still not as suffering as love rejection. If I confessed and it caused an odd feeling and affect our normal relationship I guess being silence is a better way. After all, I’m a tough girl. I can endure the pain especially this type of pain. I really got plenty of experiences & to add some more shouldn’t be a problem. Bring it on, babe. See, how I manage to stand. Huhuhuhu..
Ok, enough for today. I’ll try to add more next time.

Friday, October 1, 2010

Aq tak kisah dah

Bila citer ttg semua aq boleh ckp aq mmg dh tak kesah.. Lantak la nk buat aq cemne aq dah tak kisah. Makin aq kenal makin aq rasa tak kesah.Bukan aq yg mulakan semua ni tapi kerana kebodohan & sikap terburu-buru buat org jadi mcm ape tah. Dan aq dah tak kisah. Berapa banyak kali aq kenal org & orang tak fikir panjang dan buat keputusan terburu.. Sesungguhnya aq dah tak kesah.

Yang penting bukan aq yang mulakan & bukan aq yang akhirinya. Beselah bila kenal dgn org yang tak matang tapi berpura-pura matang. Bercakap apa-apa tak fikir panjang dan bila buat keputusan pun sama, tak fikir panjang. Dan aq dah tak ambil kesah daah..

Aq dah cakap dah, aq dah bagitau mende ni takkan jadi hasil. Buat macem bese tapi degil, nak cuba juga. Belum apa-apa lagi buat kali ke-dua menggelupur lagi, aq dah tak ambil kesah dah. Aq patutnya dah boleh predict dah mende takkan lama. Memang betul pun. Tak lama langsung dan aq dah tak amik kesah. Aq dah penat dah kesahkan, bagi peluang. Makin menjadi-jadi. Sekarang jangan nak menggelupur lagi coz aq dah tak kesah dahh...

Friday, September 24, 2010

Repek Corner Ver 2

Story 1

Well well well.. bengong again today.. Wat I am supposed to say? This is not a simple matter. The conflict running in my mind & seems I can’t tolerate anymore. I tried to release but it wont work.. Its keep bothering me with no answer. I smiled and I laughed but my heart still uncalmed. I felt something missing in there. Still wondering what it is. I feel that I already happy but why feeling the sadness at the same time? Guess I’m being hypocrite with myself again. Yes, I hate that word “hypocrite” but why I always keeping it all the time?

End story 1

Story 2

Lately ni aq ade satu behaviour pelik yang aq tak tau dtg dari mane? Rasa2nye addicted dr Mak Su aq kot masa blik kg time raye dulu.. Pantang je aq nampak colleague pompuan terus aq raba bontox dorg.. Uupss.. jgn slh paam.. Aq BUKAN lessy.. Saje, aq panggil tu “GURAUAN BERKASIH”. Sape suh bontox dorg tu mantol sgt.. Geram plak aq tgk..Hahaha.. Samp dorg panggil aq “PERABA BERSIRI”.. huhuhu.. Pas tu, kat ofis kitorg, dorg (colleague pompuan) lak meraba sesame dorg but attention pls, ONLY LADY’s BUTT je yg jadi mangsa.. Sumernye kesan dr attitude aq yg bengong ni.. Amaran: Warga LELAKI dilarang keras melakukan adegan di atas utk mengelakkan anda dituduh sexual harassment. Aq takpe sbb aq pompuan.. Hahahaha..

End Story 2

Story 3

Terpikir sekejap.. Mengikut analisa yg aq wat based ngn situasi tmpt keje aq. Di dpati skrg ni mnjdi satu trend yg si pompuan nye kawen lmbt but guys kawen awal. Mksd aq majority guy yg aq jumpa sebaik jer umur guys cecah 25 thn ke atas, rmai antara mereka yg dah branak pinak. Well, kat sini apa akn jdi pd gdis2 yg umur 26 ke atas cam aq ni? So, tak hairan lah lau dh jadi pattern nape skrg ni couple gurl nye lebih tua dr guy.. Coz guy yg baye2 umur dorg (gurlz ni la) majority dah kawen.. Hipothesis aq ialah, adakah lelaki zmn skrg gatal nak kawen awal? Oppss.. stats aq ni leh jdi kontroversi.. But its ok la.. I just giving my opinion.. Weather u guys like it or not, I don’t care. Dh blog aq, suke ati la aq nak taip cemner..

End Story 3


Story 4

Hujan yang turun membasahi bumi, diselangi dengan ribut petir. Salji turun mencurah-curah bak ketulan ais beku. Nun kejauhan kelihatan daun nyiur melambai-lambai. Pokok padi hijau luas terbentang. Sayugia mata memandang. Musim luruh meluruhkan daun maple. Sangat tenang dan damai. Oppss.. apsal aq rasa ayat metafora aq ni mcm pelik jer? Mula2 hujan, pastuh ribut petir, ade salji turun, nampak daun nyiur ditiup angin. Pastuh pokok padi yang hijau dengan daun maple luruh.. Eh, negara mana aq citer ni.. Hahahahah.. Aq udah ting tong lagi..

End Story 4

Saturday, September 18, 2010

For The Rest Of My Life

Ni dia aq upload liric lagu kegemaran aq dewasa ini.. Bila dgr lagu ni sgt2 la best..(Bagi aq ye..) Aq tulis pakai tulisan tangan & aq upload kan.. Tatapi la yer tulisan aq ni.. Hehehe

Friday, September 17, 2010

IDS Family Day 17/07/2010

Huhu, baru je aq nak upload pasal company aq nye family day. Bkn ape, malas je sebenarnya. Tapi tak ape la, aq malas nk komen byk2, layan je la... Lalala
Ratu BR4 IDS
Aku, Zani Dan... Panda
Venue: Stadium Melawati Shah Alam
On Zahari's Bestday (Salah sorang Manager Aq)

Beskut Rentung Part 2 (Sambungan daa)


Huhu.. sambung sikit upload pic.. Tdi tak muat lak.. Besar sgt size pic aq tuh. Bleh muat 5 pics jer. Tpi ni citer bkn pasal beskut rentung aq lagi.. nak sambung upload pic tadi.. Huar huar
Wa Hentam Lamb Chop
Tomyam Ikan Jacket
Hantam Sizzling Yee Mee
Lazy Carbonara Spagetti
Lazy Vegetarian Rice