Wednesday, November 2, 2011

Eh eh, Hijau nye daun itu

Tadi aku skudeng blog member-member. Dah lama tak buat aktiviti berfaedah. Makin canggih pulak blog diorang dengan widget bagai-bagai. Aku punye blog je yang macam tuh. Common dan simple. Bukan tak nak buat macam diorang tapi aku selaku pekerja cum pelajar asyik busy aje dengan rutin. Macam tak ada non stop. Orang lain yang ada banyak masa lapang tu pastilah banyak masa boleh dihabiskan menatap blodg and mengupdate, even cerita kucing nak beranak pun dorang update. Pastinya hubungan rapat sejagat dengan kucing itu telah mendorong mereka mengabadikan memoir penting itu bersama kucing. Mungkin diorang nak paparkan pada anak kucing itu pengorbanan ibu kucing susah payah melahirkan anak kucing. So, bila anak kucing tuh dah dewasa , anak-anak kucing boleh tengok dengan mata mereka sendiri bagaimana ibu mereka melahirkan mereka. Persoalannya, faham ke mereka?


Sekarang petang-petang aje dah hujan. Bagi orang dah kawen seronok lah, ehem ehem… Salah cakap pulak. Ina Toyota baru aje inform aku proposal dia masih dalam progress mode. Makna katanya, esok baru nk jumpa Encik Abu Arang. Nampak gayanya, petang ni terpaksalah jadi “lone ranger”. Rangers lain semua tak free, busy menentang raksasa proposal masing-masing. Aku nasib baik lah guna “light cruiser” sumbangan Encik Daniel Azly ( nama samaran), maka aku dapat menyiapkan dengan cepat sebab foundation sudah ada. Ditambah lagi dengan kebolehupayaan aku mencari semua source dengan tepat, maka mempermudahkan lagi urusan. Alhamdulillah ( mesti tak lupa ucapkan syukur, sebab yang ini adalah pinjaman dari Allah swt). Disebalik kesusahan dan dukalara aku terhadap seorang manusia berjantina lelaki yang aku sayang sungguh-sungguh, dipermudahkan sikit urusan aku yang ini.


Hujung minggu ni raya Haji.. Yeay Raye yeay… Tapi poket nipis sikit. Baru je beberapa hari lepas, selonggok duit aku longgok kt kedai air-cond kereta. Hujan-hujan ni air-cond kereta buat hal pula. Nasib lak aku mendapat skim bantuan khidmat adik-beradik daripada Angah ( adik jantan aku). Beliau dengan murah hatinya menaja separuh dari jumlah itu. Terima kasih, adikku. Kaklong sayang banget sama kamoooo… ( Ceh, time bagi duit sayang terlebih-lebih pulak..)

No comments: