Title entry yang agak sesuai untuk tema kali ini. Fuh.. sudah agak lama aku tak update entry aku.. macam dah bertahun-tahun. Alasannya.. takde modal nak cerita. Tapi disebabkan 2,3 hari ini aku stress and tekanan perasaan, aku kena lakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.
Perkara pokok yang menjadi punca stress dan tekanan aku, seperti normal lah hal kerja, hal study, hal keluarga, hal hubungan. Bila digabungkan semua memang terbaik lah susu kocak perisa stress aku ni.
Beberapa minggu ke bulan lepas, aku rasa aku putus cinta la. Mesti pelik kan, kenapa rasa?. Common sense kan sepatutnya aku kena keluarkan “justify” statement dengan jitu, dan bukan main agak-agak or rasa-rasa. Tapi memang betul, aku rasa aku putus cinta. Aku sayang sangat lelaki ni, tapi sayang, dia tak sayang sangat pada aku. So, apa patut aku buat? Aku dah agak mesti korang nak suggest aku, lupakan dia, cari je lelaki lain. Jangan risau, memang aku dah buat. Tapi nak jadikan cerita, dah memang ditakdirkan jodoh pertemuan dengan segala calon-calon lelaki yang bakal dijadikan boyfriend, tak pernah panjang. Paling lama bertahan pun seminggu. Kenapa?
Bukan aku tak post mortem diri sendiri. Selalu juga aku muhasabah, menilai perilaku diri sendiri, aku kah yang bermasalah atau lelaki-lelaki yang aku jumpa tu ke yang tak tepat untuk memenuhi syarat tulang rusuk kiri?
Aduh.. aku dah terlupa apa aku nak membebel lagi. Tiba-tiba sahaja datang contract worker kat tempat aku minta aku acknowledge se bundle document. Terbantut seketika idea yang mencanak tadi. Kena masuk gear satu balik. Aku update entry masa tengah kerja. Oppss.. bukan aku mengular lingkar anaconda time kerja, mengulat gonggok sikit je. Aku sokong proverbs ni “All works but no play make us adull worker”
Takpe, apa-apa sahaja yang keluar dari benak otak aku, kira spontan sajalah. Kalau lari sikit dengan topic atas takpe kan? Korang tak marah kan? Kenapa plak korang nak marah? Dah entry aku, ikut aku lah kan nak update apa.
Aku paling suka masuk lift tekan sendiri, sejak dari zaman diploma lagi, sifat aku yang “istemewa” tak pernah-pernah lekang dari personality aku. Member-member aku semua dah hafal sangat sifat aku nan satu ni. Korang tak faham? Hmm…. Camne nak cakap ye, hanya genius seperti aku sahaja yang boleh berfikir di luar kotak. Masih lagi tak dapat tangkap? Takpe, jangan risau. Tak masuk exam hidup korang pun. ( Aku dapat rasakan hampir ke semua pembaca akan mengulang perenggan ni sampai faham. Tapi yang sekali saja baca dah boleh faham. Tahniah, kerana korang memang genius macam aku.. Tepuk tangan untuk diri sendiri.)
Hari ni aku kena hantarkan 2nd draft proposal pada Encik Abu Arang (separuh nama sebenar). Minggu lepas aku dengan classmate bernama Ina Toyota (separuh nama sebenar) dah jumpa dengan Encik Abu Arang ni. Nasib baik draft proposal aku tidak ditolak mentah-mentah. Mungkinkah kerana aku dan Ina Toyota menyogok beliau dengan setin Tongkat Ali Power Root dan sebekas cookies, maka beliau tanpa banyak songeh meluluskan. Para full-timer and part timer student ( seperti aku), sila lah anda bertindak dengan bijaksana. Sebelum berjumpa dengan advisor anda, bawalah apa-apa bekalan. Manalah tau kot-kot rezeki, proposal anda diluluskan tanpa was was.
Aku baharu sahaja kembali dari melunaskan tuntutan azali. Tengah syok taip, tiba-tiba pula dapat signal besar untuk mengadap paduka mulia encik tandas. So, tak perlu lah aku mencirikan dengan terperinci apakah urusan aku dengan ia. Biarkan ia rahsia. Puncanya semalam aku beli satu pek Yakult. Ini semua pengaruh iklan yang memberi impak maksima dan menarik aku tanpa berfikir panjang untuk membayar harga benda alah tu. Tapi korang kan tahu sebotol Yakult tuh, aiseh sekali teguk je dah abes.
Sungguhpun aku berjisim slim dan ber figura ala-ala model, saiz Yakult yang tak munasabah itu telah menyebabkan aku membalun 3 botol sekali gus. Ikutkan hati, nak abiskan satu pek terus. Tapi karang ada orang kena diarrhea pulak. Pengaruh iklan kata, ade 5 juta bacteria Shirota dalam satu botol Yakult. So, semalam aku tibai 3 botol, makna kata aku telah memasukkan 15 juta Shirotan untuk menentang bacteria jahat di dalam usus aku. Lepas 15 minit, dalam usus aku bagaikan ada peperangan besar sedang meletus. Masakan tidak, tiba-tiba aje perut aku memulas. Tapi tak rasa nak “uhum-uhum”. So, pending for verification la semalam.
No comments:
Post a Comment