Wednesday, October 27, 2010

Ekilievolissimi ouy

NOTES: SGT PJG LAK KALI NI. NK BACE OR TAK NAK, ADE AKU KESAHH?

Sakit kepala memikirkan sesuatu yang tak perlu difikirkan. Tapi semakin menolak semakin datang menyemakkan otak aku. Macam mengisi bola dalam bekas yang dah penuh. Macam masukkan air dalam bejana yang dah melimpah ruah. & satu lagi macam memerah susu lembu tua yang sudah kering susunya. Tapi kedegilan aku seperti stalagtit and stalagmite dalam gua. Semalam aku seperti mendapat hint yang sepatutnya aku faham-faham sudah. Dan aku masih berfikir sama ada untuk faham-faham sudah atau masih lagi ingin membuktikan sehingga berhasil. Sebab faham-faham sudah adalah satu hipotesis yang harus dibuktikan dengan ekxperimen untuk mengesahkan resultnya. Bila dah sahih, barulah hipotesis “faham-faham sudah” boleh diaplikasikan sebagai kesimpulan dari hipotesis. Yang menjadi masalah problem dilemma difficulties aku ialah measurement yang nak digunakan sebagai methodology experiment cinta aku ni. Adakah resultnya berkadar terus atau berkadar songsang dari titik asalan sama ada, ianya ada interception atau hanya parallel line yang tak ada kesudahan? Tapi mengapa untuk hal yang sebegini? Kan bagus kalau ianya untuk perkara lain. Agaknya inilah kelebihan daripada kelemahan aku. Memikirkan sesuatu sampai tahap kronik.

Walaupun aku seperti faham bahwa kecenderungan untuk dia menolak aku secara mentah-mentah itu tinggi. Tetapi selagi bukan jawapan “TIDAK” keluar dari mulut, aku tetap mahu mencuba. Sebab aku percaya usaha yang gigih pasti membuahkan hasil. Lagipun aku memang muka tak malu. Cuma perlu guna umpan yang betul masa yang tepat untuk meragut hati dia. Tapi umpan apakah itu? Hatinya pernah terluka lah. Dan aku pasti agak dalam juga based dari cerita dia. Kalau tak takkan seminggu dia layan lagu tema frust dia tanpa henti & siap promote pada aku lagi lagu tu. But thanks to him, lagu itu memang sesuai dengan jiwa aku yang gundah gulana sekarang ni. Aku tak tahu mcm mana nak jadi healer terbaik untuk dia. Kalau aku ni gamat tak apa lah jugak. Boleh je nak healing kan luka.

Kenapa aku konfiden sangat ni? Selagi aku tak dapat membaca isi hati dia, aku rasa aku tak boleh terima. Hati dia macam shelter. Terlindung dengan invisible mode. Sememangnya dia sukakan invisible. Dan aku pula dengan peliknya sukakan orang yang sedemikian. Normal attitude aku, bila kes macam ni selalunya aku kibarkan white flag sejak dari awal. Sebab aku malas nak pening2kan otak aku. Tapi kali ini kenapa aku berusaha dengan gigih juga nak peningkan otak aku? Can anybody please tell me what’s da hell is happening inside me????

Semakin aku fikir kenapa aku sukakan dia, semakin aku pening dan tak ada jawapan. Bukan sebab rupa kerana obviously rupa dia bukan taste aku. Exactly, bukan taste aku. Ya Allah, betul la wey, memang bukan taste aku. Dan paling penting aku tak prnah jumpa dia secara life. Logic aku secara pukalan normal tak boleh accept dengan condition camtuh kerana aku ni mata rupaan a.k.a memandang rupa paras. Selalu result akan keluar syntax error or logic error, jika aku run dengan skala yang sama pada orang lain. Aku tak faham kat mane exception handling dah occurred di compiler and buffering otak aku. Nak recoding balik dengan program yang lain asyik required new password and access denied. Plus more, aku dah tak mahir dah dalam mengaltering coding especially this type of coding. CPU otak aku biasanya running dengan mode relax aje. Tapi bila nampak aje dia online, CPU otak aku runs dengan overclocking speed. Sampaikan latest CMOS version yang aku implankan kat otak aku pun takleh nak cope dengan speeding dia. Dia punye berderau darah tuh lau toreh macam empangan pecah aliran (melampau pula metaphora aku kali ni). Persoalan sekarang apakah tarikan magnet yang dia dah kenakan pada aku? Padahal dia tak pernah pun seducing aku dengan ayat-ayat cinta yang power seperti Power Root Tongkat Ali tu atau juga Power rangers or power puff girls. Just common language & typical.!! Communication with mood steady. Abes, kat mane magnetnye?!! Ke dia guna magnet kutub khanah?

Adakah aku terperangkap dalam dimensi ciptaan aku sendiri? Macam mana nak terjaga dari mimpi ini? Guna air sebaldi ker? Ketuk dengan penyapu ker? Atau baling dengan selipar? Atau biarkan sahaja sampai terjaga sendiri? Tapi sampai bila? Semua ni boleh selesai andai aku ada keberanian untuk menyatakan, “ekilievolissimi ouy” pada dia. Buat pertama kalinya aku rasa amat takut dengan result penolakkan. OMG.. better simpan diam-diam. Tapi kebarangkalian untuk chance dia terima tuh 50-50. kalau tak cakap lansung aku tak tahu result. Walaupun bunyi macam songsang sikit, tapi sekurang-kurangnya aku tak hidup dalam regretful. Sekurang-kurang aku pernah beritahu yang aku “ekilievolissimi ouy”. Dia nak terima ke tak nak itu hak dia kan ? Yang penting aku sudah buat part aku, dan bakinya itu qada’ and qadar. Sebelum aku terjun bodoh ala –ala harakiri & kamikaze confession, aku perlu clarify dulu dengan hati aku adakah aku betul-betul suka atau obsess sahaja.

Orang kata bila sudah cintakan seseorang, kita tak ada sebab kenapa kita cintakan dia. Kita cuma rasa kita nak buat dia happy dengan kita, kita tak nak buat dia sedih walaupun masa tuh kita tengah sedih. Kita sentiasa ternanti-nantikan kehadiran dia. Kita jadi rindu sangat pada orang tu sampai diri sendiri rasa pelik. Tiba-tiba rasa cemburu bila nampak dia berinteraksi dengan orang lain. Tiba-tiba rasa sedih bila dia lupakan kita. Tapi si kembar cinta yang bernama obsess tu pun camtu jugak. Camna nak differenciate dua kembar ni ye?



p/s: Jatuh cinta buat otak jadi kronik. Sebab dh force otak wat OT tanpa rehat

No comments: