Tuesday, June 12, 2012

Rasakan...

Aku nak berangan sekejap.. Ini dia jalan ceritanya: Di sebuah perkampungan koboi, seorang lelaki (ex- aku) dibuli dengan teruknya oleh samseng-samseng jalanan. Masuk seorang gadis ala-ala red indian ( aku lah gadis itu) menunggang seekor kuda hitam. Lelaki itu dibelasah tanpa belas kasihan. Piang, dush, pom, dush ( bunyi tumbukan dan sepakan). Pecah bibir, lebam muka, lembik selembiknya. "Lepaskan lelaki itu!!" Gadis itu menyuruh stop. Ketua samseng bengang. Apehal lak minah ni nak tunjuk kerek, direct dia suruh stop. Diakan ketua samseng. "Ko sape?" ketua samseng tu tanya gadis tu balik. "Aku Anonymous. Tak perlu lah tau sape. Yang pastinya korang dah buat zalim mendera lelaki yang tak bersalah ini" gadis itu mencerling mata nya yang renung tajam. "Dah dia ni berhutang dengan aku. Taknak bayar, nasibla.." marah ketua samseng. "Tapi bukan dgn cara kekerasan.." sinis gadis itu. "Ahh, aku tak peduli. Kau tak puas hati, datang lah lawan" ketua samseng mencabar. "Jangan menyesal" Gadis tu memanaskan hati ketua samseng. Lelaki yg dibelasah itu sudah diketepikan menjadi watak sampingan. Gadis itu memandang seraya berkata, " Macam kenal je dia ni.. Macam salah seorang daripada bekas kekasihku" "Hiyarhh..." ketua samseng cuba pukul curi semasa gadis itu terfokus pada lelaki yang dibuli. Disebabkan kecekapan gadis itu, dia mampu mengelak. Pertarungan 7 lawan sorang. Sekali sepak dan terajang, semua mencirit lari. "Nak lawan dengan aku, tunggu sejuta tahun dulu" Sambil meniup rambutnya dia berkata. Gadis itu mendaptkan kuda hitamnya untuk berlalu, namun ditahan oleh lelaki yang dibuli itu. "U, pls jgn pergi.. I kesal sebab tinggalkan u dulu. Please, kita mula balik, can?" "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Selamat tinggal." Gadis itu berlalu dengan kuda hitamnya meninggalkan lelaki yang dibuli tadi. ~The End~

No comments: