Tuesday, May 18, 2010

Love Story 2 ( El amor No Es Como Lo Pintan)

Apabila memandang Didi, hatiku pasti berdebar dengan kencang. Bagaikan larian marathon berpuluh-puluh KM. Aku kagum melihat keperkasaan Didi. Aku memang menyanjungi kekuatannya. Dek kerana itu perasaan ini semakin hari semakin membara. Ah, alangkah indahnya kalau Didi dapat menyambut perasaan ini sepenuhnya. Pasti aku lah makhluk yang paling happy di dunia ni. Akan tetapi Didi tidak menyedari bhw aku telah menjadi secret admirer dia. Aku tak mampu memberitahunya krn Didi pasti takkan nampak diriku krn aku adalah makhluk halus. Apa yang harus aku lakukan? Kerana perasaan ini semakin hari semakin mendalam.

“Kenapa ni Manis. Kamu dr tdi asyik termenung saja?” Bonda menegurku. Aku tersentak. Bonda merapati aku. Lalu membelai kepalaku dgn penuh kasih syg.

“Tak ada apa-apa, lah bonda. Manis ok je” jari-jemariku di angkat tanda ok & tak ada apa-apa. “Ayahanda mana bonda?” tanyaku cuba beralih topik.

“Ayahanda sibuk memerintahkan rakyat kita supaya bersiap sedia. Musim tengkujuh akan tiba, oleh itu kena buat persediaan” Bonda menjawab dgn tegas.

“Kalau begitu Manis permisi dulu. Keluar buang angin sekejap” Aku meminta izin Bonda. Bonda memperkenankan.

Aku segera keluar. Berjalan-jalan sambil membuang angin. Dari kejauhan aku ternampak Didi. Ah, seperti biasa dadaku berdetap kencang lagi. Kenapa ni?, tanyaku pada diri sendiri. Aku memerhatikan Didi dr jauh. Aku tidak berani untuk berhadapan dgn dirinya. Didi tetap seperti biasa mempamerkan kekuatannya. Mematahkan pokok dgn sekali hayunan. Tiba-tiba ada seseorang menghampiri Didi. Merapati Didi dan mencium pipinya. Tiba-tiba aku dipamit cemburu. Aku berlari pulang seraya menangis.

“Kenapa Didi? Why u did this to me? Tak nampak kah perasaanku terhadapmu?” aku merintih seorang diri di dlm kamar tidurku.

“Puteri Manis. Raja dan Ratu menitahkan puteri ke balai utama sekarang,” dayang perwara memaklumkan hal itu kepadaku. Aku tersentak. Hal apa lak ni? Aku bertanya sendiri. Kemudian, aku bersiap-siap.

Di balai utama kelihatan bonda & ayahanda menanti bersama-sama dgn seseorang. Yang pastinya bukan Didi. Tak mungkin Didi mampu bertemu dgn kami.

“Anakanda Manis, puteri ayahanda. Dgn sini, puteri. Ayahanda akan mengahwinkan kamu dgn Putera Antesz. Kami sudah sebulat suara bersetuju.” Ayahanda mengeluarkan titah.

“Ampunkan Manis, Manis menolak.” Jawabku dgn tegas. “Manis sdh ada pilihan sendiri”

Ayahanda & Bonda terkejut. Dgn suara tenang, Bonda bersuara.

“Kenapa tidak anakanda khabarkan kkpd kami awal2? Bonda fikir, anakanda belum ada bf.”

“Ampun kan Manis, bonda. Sebenarnya Manis sdh ada org yg Manis suka. Ttpi kami belum declare lagi.” Jawabku dgn jujur.

“Khabarkan pd ayahanda siapakah gerangan orgnya.” Ayahanda menitahkan.

“Didi, ayahanda” jwbku lagi.

“Didi, putera Gajah tu ke?” Tanya bonda

“Benar, bonda” akui ku.

“Anakanda sdh hilang akal kah? Mana mungkin kamu berkahwin dgn Didi” jawab ayahanda.

“Benar, anakanda. Sila fikir abis2. Mana mungkin anakanda boleh berkahwin dgn Didi” bonda menyampuk.

“Kenapa dgn Didi? Apa salah dia?” aku bertanya dgn tidak puas hati.

“Anakanda sedar kita ni siapa? Anakanda sedar tak Didi tu plak siapa?” Ayahanda menyoal dgn tegas

“Kitakan semut. Itu pun nak tanya lagi”

Wajah bonda dan ayahanda dah mula menunjukkan rasa kemarahan melihat aku yang tak faham2 bhs lagi ni.

“DAH TAHU KITA NI SEMUT, MCM MANA NAK KAWIN DGN GAJAH? RUMAH PUN TAK MUAT NAK MASUK”

Eh, ye tak ya juga? Baru aku terfikir. Mcm mana aku boleh terlupa akn hal ni. Maka, mahu tak mahu terpaksa juga lah aku berkahwin dgn Putera Antesz dr kerajaan semut api.

The End..

Love Story 1 (Yisashi Buri)

Lupin memandang jam tgn klasik di pergelangan tgnnya. Berkerut dahi dia. Kul brapa nak sampai ni? Lupin bertanya lagi pd diri dia. Ni yg malas nak mununggu org tak sampai2. Lupin mmg tak suka menunggu. Tak lama kemudian, Biasya sampai. Biasya ialah awek Lupin. Biasya muncul dgn gaya catwalk nye. “Cantik jam tangan Bi.” Biasya menegur jam tangan Lupin. Itu adalah panggilan manja mereka berdua Lupin tersenyum bila dipuji mcm tuh. “Sebenarnya Bi tak nak pakai. Tapi Bos Bi asyik suruh Bi pakai jer. Mcm tak sesuai kan? Ssh la nak jalan & melompat nanti. Mi pn nampak lawa juga ari ni. Siap ada reben” Lupin memuji aweknya.

Biasya riang dipuji oleh bf nya. “Jom lah Bi. Dah lambat ni. Monic buat party sempena tuannya tiada di rumah.” Biasya menunjukkan symbol best melalui jarinya yg berkuku panjang yg sdh di “quetic”.


“Wow, party. Berani betul dia tu kan?” Lupin mengagumi keberanian Monic. Sememangnye Monic otai. Di depan bosnya, dia berlagak seperti suci, malu-malu dan bersopan. Tetapi sebaik sahaja bosnya tiada krn urusan di luar negara, Monic bertukar menjadi devilish & naughticous. Maksud aku, dia BERTUKAR menjadi 360 darjah reverse. Namun Monic tetap disygi kerana kebaikan hatinya itu.


Monic sdh menanti di laman rumahnya. Kwn2 yg lain sdh lama menanti. Tersenyum menanti kdtgan Lupin dan Biasya.


“Kenapa lambat sgt Lupin, Biasya? Party dah nak start” Monic menegur kelambatn mereka. Monic kelihatan begitu stunning dgn reben di kepalanya. Lupin terpukau tapi nasib baik Biasya sempat menyiku. “Bi, jgn nak lebih2 tau” Biasya dah warning nada cemburu. “Opps, sorry. Bkn Bi tergoda pun. Mi tetap di hati Bi” Lupin menjawab sambil menyedapkan hati Biasya.


“Semua, sila sgr sini. Hari ni Monic kenalkan ahli baru kelab kita. Dipersilakan Toojah. Toojah baru shj berpindah ke sini.” Sebaik shj Monic memperkenalkan Toojah, semua tetamu
memandang tepat ke arah Toojah. Toojah kelihat berkarisma dgn cap dan bangle di lengannya.


“Hai, semua. Selamat berkenalan.” Suara Toojah yg seksi serak basah sgt menggetarkan hati Biasya.


“Oh em gee, sedapnye suara dia”, tanpa disedari Biasya memuji ttpi rusuknya di siku oleh Lupin.


“Aik, Mi. Lebih2 nampak.” Lupin bersuara dgn nada cemburu plak.


“Opps, sorry. Bkn Mi tergoda pn. Bi tetap di hati Mi”, Biasya memulangkan kata2 tdi.


Toojah nampaknya begitu senang apabila di samping Monic. Kelihatan mereka seperti dilamun cinta. Monic plak seakan tahu Toojah telah terpaut hati dan sengaja jual mahal. Pura-pura tidak menyedari perasaan Toojah.


“Kwn2 sekalian, jemput makan. Hari ni sempat prepare lauk kegemaran semua. Ikan mackerel cincang piccoroti dan Garfield Lasagna” Monic mengumumkan menu hari itu.
“Woow, sedapnya… !!“ Semua menjerit sekuat hati.


Rupanya jeritan mereka telah menyentapkan hati penghuni2 rumah yg lain.


“Bising lah kucing-kucing ni!. Dari tadi asyik memekak je. Tuannya pulak dah tahu nak outstation tak reti2 nak bagi org lain jaga? Menyusahkan betul. Nak tidur pun tak boleh. Kalau bising lagi aku baling dgn penyapu!” amaran telah dikeluarkan oleh penghuni rumah sebelah.


Semua kucing di situ terdiam termasuk la Lupin, Biasya, Monic & Toojah.

The End

Friday, May 14, 2010

Maratón de amor a mí

Bila dah berlaku hal begini pda diriku, barulah aku sedari bhw pergaulan aku masih lgi terhad dlm mengenali lelaki. Mayb sbb aku kurg mendedahkan diriku kpd mereka sbb sebenarnya aku ni takut bila mengenali makhluk Adam ni. Dan bila aku terikat pd sesuatu hub dgn slh seorg, aku lebih suka menumpukan perhatian pd satu itu shj. Bhs database nya, One-to-One relationship.


Dlm diriku mcm ada konflik antara membuang tempurung kelapa hidupku atau kekalkan diri dlm shelter tu. Mana satu pilihan yg lebih bijak. Tapi menurut pendpt fikiranku, lau tak buang shelter tu aku akn terbelenggu dgn kenangan lama. Tentu ssh nak move on. Dan aku dah decide, tempurung kelapa tu hendaklah dibuang sedikit jauh dr diriku. Tak boleh terlalu jauh krn shelter tu kna guna blik utk perlindungan. Sbb lau dh teruk sgt terdedah, aku kna amik blik shelter tu & tutup smula. Huhu..


Baru-baru ni kwn office aku memperkenalkan satu mende yg amat menarik hati aku utk menjauhkan fikiran dr mengingati mende lama. Jgn risau, bkn sejenis dadah ye. InsyaAllah, mintak selisih malaikat 44 lau jdi camtuh… Beliau memperkenalkan BOTS pd aku. Mmg ye, mula2 agak boring sbb lum ade member. Skrg bila dh ade member & rmai yg add juga aku walopun xde pic provided. Skurg2nye aku dh berjaya menghiburkan hati aku. Tq, Zani. Tq for bringing back my happiness… & Selebihnya juga lafaz syukur pd Allah SWT krn mengurniakan aku perkara2 mcm ni. Well, aku tak mau discuss lebih lanjut psl BOTS, biarlah rahsia pd sesiapa yg tidk mengetahui. Kalau tahu, phm2 sudah.


Final exam dh pun berlalu. Cma satu paper je yg aku tak brp confident. Paper MOC a.k.a EMOSI. Sgt beremosi bila nk menjawbnya.. Kenape? Main point dia cmni.. Sekiranya anda tak phm maksud term2 dlm soalan tu yg terlalu advanced language dia, adakah kalian mampu menggoreng dgn yakin walopun common sense? Tu la dia emosi aku ari tuh.. Termenung sampai mulut senget nak memikirkan apekah maksud perkataan itu. Kamus or dictionary xboleh bwk masuk dlm dewan. Therefore, surat cinta yg kulayangkan pd lecturerku bertulis, “C U Again Next Sem, wit happy smiley”.


Otak aku sdg aktif berfikir mcm mna nk sibukkan diri dgn aktiviti sama ada berfaedah @pun tak. Aku perlu ada aktiviti yg bagus2, spy sng aku nk update blog aku. Baru la ade citer nk share. Ni tak, asyik2 citer pasal BF lari sampai belas2 episod wat pe lak kan? Lemah benar aku samp asyik nk share citer psl tu jer.. Mesti korang muntah purple bila asyik bace mende2 yg sama kan? Well, citer ttg dia tu dh jdi sejarah.. Dulu hidup aku dgn dia ade interception, now dah split dgn journey masing2. Now juga, aku kna teruskan pengembaraan hidup aku ni dgn cerita lain & bru plak. Aku dah tak marah kat dia pun lagi. Rasanya lau aku kat tmpt dia pun mayb aku akn wat mende yg sama. Tentu dia dh pikir lama sblm nk amik decision mcm tuh. Real fact is menongkah arus tu boleh, ttpi kita akn penat. Sampai bila nk bertahan mcm tuh, bdn & emosi pn ade limitation juga. Mesti tak selalu boleh adapt. Mesti ade msanya kita akn mengalah juga. So, nak kate sape yg slh? Xboleh la nk slhkan sape2 coz semua ni di luar kuasa or bidang kita. Walo rapi camne skalipun aku plan terhadap sesuatu perkara tu, tpi lau dah “Kun fayakun” drp Allah SWT. Mayb silap drp aku juga.


Cara paling snang ialah happy kan semula hidup tanpa dendam ke apa ke. So, rasanya aku wat mende yg betul kot. Normal la manusia bila mula2 dia melantun or mrh2 sbb tgh emo. Tpi bila dh fikir dgn tenang & matang serta timbang tara balik, rsa nak tergelak sendiri plak. Aku beruntung sbb family aku back up aku, support aku. Siapa lagi yg tinggal selain drp family? Cinta boleh dtg dan pergi. Tetapi family kekal. Bila memikirkan mereka, aku terus rasa smgt. Abah & Mom sgt memahami aku. So, aku tak mau hampakan mereka dgn mengikut perasaan. Lau dia terbace blog aku ni, satu pesanan utk dia, ‘Awk, lau berjaya dgn pilihan kali ni, jgn lupa lygkan kad jemputan. InsyaAllah sy dtg lau takde aral’. Ikhlas ke ni? Hanya aku & Dia saja yang tahu…Shhh..

Wednesday, May 5, 2010

Sembilu 05/05/10

Tanggal ini mungkin menjadi satu tanggal yang maybe susah untuk aku lupakan. Kenapa ye? Di waktu besoknya aku akan berperang menghadapi peperiksaan akhir semester, aku telah dihadiahi dgn satu kejutan yang amat bermakna. Kejutannya ialah di mana aku secara live nye kembali solo selepas 4 thn menyulam cinta bersama si dia. Of course bkn aku yang menjadi puncanya. Secara diam-diam, dia sudah ada orang lain. Alasan dia kepada aku ialah aku selalu buat dia tension dengan bertanyakan soalan spt, "Adakah dia setia di sana?", "Dia ada org lain tak?" etc versi yang maksudnya lebih kurang sama. Salah ke bertanya @ update hati & perasaan? If nak compare antara berlaku curang @ kerap bertanya, aku rasa jenayah cinta yg paling teruk mestilah berlaku curang. So, apa relevannya di sini dgn mengaitkan pertanyaan aku utk mndptkan kepastian dgn tension dia? Tension sgt ke??? Kenapa dia tak boleh mcm dlm iklan burung murai tu. Si anak tanya bapak dia berulang-kali, jwb je lah. Apa tensionnya nak jawab, "Awak setia lagi ke tak ni?". Jwab je lah ye @ tak. Bukannya aku tanya, "Awak ada duit tak?". Itu barulah sesuai nak tension dpt awek kaki pow.



Aku kalau boleh tak nak tulis kat blog ni pasal peribadi aku & ex. Tapi kalau tak luahkan aku rasa sedih, muram & tak ceria. Aku tak suka macam tu. Aku tak mahu hidup aku suram tanpa dia. Aku mesti tunjuk yang aku still happy. Dia tinggalkan aku kerana org lain, ianya bkn slh aku. Pergi sajalah dgn perempuan itu. Sblm ni aku butakan mata, hati & terima saja problem yang dia create pada aku dgn alasan, "Please adapt the weaknesses, manusia tak sempurna" dan menjadi slogan tetap aku spjg aku couple dgn dia. Actually, menjadi seorang yang full-adaptor pun tak elok juga untuk kesihatan emosi. Inilah akibatnya. Tahniah kerana menerima pakej perpisahan menjelang hari peperiksaan penting anda.



Betul ke hati lelaki mudah bertindakbalas pada orang yang selalu berada di depan mata? Aku akui hubungan kami versi jarak jauh. Bak kata orang, calang-calang boleh survive. Dia kat Penang sana & aku lak kat Shah Alam. Jarang dapat jumpa tapi tak bermakna tak jumpa langsung. Bagus juga la jarang jumpa, kurang lah sikit maksiat sebelum nikah. Berkualiti lah sikit zuriat tu sbb mak & bapaknya tak buat maksiat. Sblm dia buat perangai, elok je kami tak ada masalah. Hati cepat berubah..


Alasan dia memang tak logik. Nak tutup kesalahan he's pointing his finger to me as the main problem creator. Aku pulak yang menjadi punca & sebab musabab kenapa dia berpaling tadah. Sungguh lemak berkrim statement itu. Kan senang je cakap, " Saya sudah jemu dengan awak sebab tu saya cari lain".


Org ketiga tu aku tak sure siapa. Tpi based on my intuition, mayb satu tempat kerja la kot @ area berhampiran. Dia sanggup gantikan aku yang lebih 4 thn kenal dgn org yg baru dia kenal. What a pleasant honor he gave me. Aku terima dia dulu masa dia tak ada apa-apa. Naik motor kapcai cabuk je pergi keje (itu 4 thn dulu la). Skrg ni dah berkereta, gaji pun dh besar sikit, pangkat pun dh senior sikit. Masa dia jadi "Betty" dulu, tak ada siapa yang pandang. Aku juga yang terhegeh-hegeh suka padanya. Sbb aku suka lelaki yg bermula dr bwh & slowly meningkat naik berjaya dlm hidup dia. Aku nk jdi org yg selalu brada di sisi dia masa dia dr bwh lpas tu sama2 grow up. Skrg bila "Betty" dah bertukar menjadi "Beauty", si "Beauty" ni dah mula lupakan "Beast" nya (aku le tu). Aku pun bercermin & sedar diri bhw aku ni bkn lah lawa mana pun, lebih kurang watak "Halimah Jongang" je.



Skrg panggilan mesra dah BERTUKAR menjadi panggilan formal. Cpt betul dia adapt perubahan tu. Seolah2 tempoh kami bercinta macam tak ada effect langsung. Mmg admitted yg experience kali ni agak tough utk aku. Iya lah, mendadak angin tak ada ribut tak ada suddenly break off. Baru saje kami dpt jumpa blik pada 1-2 May baru2 ni. Bkn aku tak ade experience langsung broke up dgn BF, ttp kali ini betul2 menusuk nurani la. Sampai aku terpikir, mampukah aku untuk bercinta lagi?. well, only Allah know when, where or how. Skrg ni bersabarlah menantikan hikmahNya. Berikan aku kekuatan & ketabahan. Amin...
(Tinggal kenangan.... Hastala vista.. I'll survive)

Friday, April 30, 2010

Kite Terjah Dia..!!

Akhirnya aku jumpa kes or tajuk citer yg agak menarik untuk dikupas di sini. Kes terjah roommate menyeludup “teman” secara sulit ke dlm bilik. “Teman” itu of course lah bkn spesies kitorg. Spesies berlawanan. Dua org “hosmet” lak jdi ala-ala “Pak Haji” berketayap putih merangkap saksi. Aku pulak memegang watak sebagai “Abang Nas Ahmad” menerjah mereka yg sdg lena dibuai mimpi. Ayat pertama yg keluar dari bibir munggil aku ni (munggil sgt ke?) sebaik sahaja heroin kita terjaga dri tidornya,

Ape ke jadahnya plak DIA ni tido kat sini?” (meniru gaya ala-ala Karam Singh Walia)

Dan heroin kita bangun dlm keadaan terpinga-pinga & tergamam. Ini adalah kali pertama aku buat aksi terjah orang tau. Dan perasaan aku time tuh ialah menggigil. Gigil tahan kemarahan & rasa nak sepak-sepak je jantan tu. Jgn tak percaya, aku mampu menyepak orang sampai tulang retak. Amboi-amboi, sungguh lena kalian tido ye sampai kitorang buka pintu & lampu pun still tak sedar. Tah apa la korang buat semalam ye..Ehem, no comment.

Paling syok aku sempat merakam video sbg bukti perbuatan “manis” mereka itu. Ini adalah sbg bukti bhw perbuatan mereka tu ade proof evidence dan bknnya serkap jarang. Maaf, tak dpt nak paparkan krn menjaga aib ibu bapa mereka. Aku tak kisah aib diorang ni tetapi aku masih lagi pikir perasaan mak ayah diorang lau terpandang video ni dipaparkan. Aku kesian dan pikir juga. Plus aku tak mahu blog aku dijadikan medan fitnah. Huhuhu.. mulia lak bunyi..


Tujuan aku menulis di entry ini bkn nak malukan beliau, nak buka pekung or apa-apa. Ini juga slh satu luahan perasaan aku sbg “hosmet” dia. Maaf lah, aku tak boleh nak luahkan secara lisan sbb lau lisan aku risau mulut aku ni berpuaka. Dalam kata lain, filter rosak & insurans luput. Therefore, alternative way ialah aku nak bgtau melalui blog. Sbb beliau tau blog aku ni. Y (bkn nama sebenar) kitorang hrp lpas ni insaf lah wahai teman. Bawa-bawa lah bertahan, dah bertunang pun kan.. Lepas nikah, nak buat apa pun dah halal. Kesian la kat zuriat tu. Harap maklum, beliau blum mengandung lgi, tpi maksud aku baka yg baik dtg dri induk yg baik. Lau induk buat prangai camtuh tak mustahil keturunan akn berikutan begitu. Dan aku ckp inipun sbg peringatn kpd diri sendiri dan juga orang lain. Jgn mimpi nk dpt zuriat yg mulia lau sendiri prangai cam apa2.


Beliau dan pasangannya merayu spaya tak bawa perkara ni ke level JAIS. Malu katanya, tak nak bgtau parent. Akan tetapi masa buat perkara itu, kat mana diorg campak maruah parent diorang? Tepi longkang? Tempat sampah? Lubang jamban? Kenapa bila dh jadi mcm tu bru teringat maruah mak ayah? Satu lagi yg aku nak senyum sinis dgn kebodohan mereka. Diorang ingt buat mcm tuh kitorang tak tahu? Nak perbodohkan orang mcm kitorang ni tak tahu apa-apa. Macam kami ni bdk tadika tgh seronok mkn lollipop. Sekali buat tak kantoi jgn lah assume selama-lamanya tak kantoi. Kdg2 org bgi peluang nak tgk weather kite ni melampau batas ke tak. Tapi tgk mcm takmo insaf plak tuh bangga sbb tak kantoi therefore naik lemak tak sedar diri. Bila nak buat camtuh, yg jadi sengal sampai kerap sgt tu kenapa? Imagine lah boleh dikatakan hampir setiap mlm kami menerima kunjungan “Penyewa Tanpa Izin” a.k.a penyewa hantu tanpa valid pass plus di luar pengetahuan kami. Valid pass bersamaan dgn kunci rumah. Ingat rumah kitorang ni hotel ke? Dan paling sengal jgn lah tinggalkan bukti. Bukti pertama, dah tahu semua hosmet tak hisap rokok. Jgn lah biarkan pasangan anda meninggalkan bau asap rokok di dlm jamban. Bukankah telah jelas dan nyata terang bersuluh BODOH namanya. Alamak, aku dh mendedahkan rahsia avoid kantoi lak.


Paling dikesali lak, beliau dah la nak exam ari Senin ni. Patutnya dah dkt nak exam ni lagi lah beramal soleh minta hajat dngan Allah minta dipermudahkan dalam peperiksaan. Bgn malam, & solat hajat ke apa ke. Ini tak, bgn time dinihari dlm kul 3, 4 pagi bkn nk study tpi nk seludup org lak pegi bwa masuk bilik. Bila dah jdi camni, bru tringt psl exam lah bagai. Malu ngn kawan, risau kena gantung ke apa. “YY” (bkn nma sebenar) kenapa tak pikir akibat sblm buat tu? Kenapa tak hormat kwn2 yg lain menyewa kat situ?


So far, selama ni aku senang & selesa dgn prangai YY. Ciri-ciri sbg good housmate dah ade. Yang slack nye nape boleh tegar hati wat camtuh pd kitorang. Teruk sgt ke layanan kami sampai sanggup wat camtu? Lau ye pun tak sanggup berpisah dgn “Buah hati” bagai serba tak kena lau satu hari tak jumpa tpi kena ingt besok2 nak mati pun berpisah juga. Kubur belum tentu sebelah2. Perkara jodoh ni di luar bidang kuasa kita. Let say bertunang sekalipun bkn satu jaminan dia tu akn jdi suami. Therefore, there is no 100% guaranteed. Simpan lah sedikit ketidakpercayaan tu dlm diri. Semua nak diberi, then apa plak balance tuk diri sendiri? Fikir2 kan dan selamat beramal.


P/S: Info terkini yang aku terima dr hosmet aku bhw Y sdh keluar dr rumah membawa semua brg2 dia licin. Dia tinggalkan pesan pd aku & hosmet yg lain bhw beliau malu sgt dgn kitorang. Pesanan aku utk beliau (sekiranya terbaca blog ni), Semoga cpt2 nikah dan bahgia dgn pilihan. Jgn risau, kemaafan sdh diberikan kpd anda juga tiada dendam di hati & lau spjg bersma menyewa sila maafkan juga lau ada wat salah, terkasar bhs. Halalkan juga Perl kacip Fatimah yg terguna minum msa stay up study ari tuh. Itu sahaja. Peace no war..

Tuesday, April 27, 2010

TRiaNGLe LoVe

Hari ini aku terpanggil untuk merungkaikan kisah cinta 3 segi yang berlaku pada diriku. Aku sesungguhnya tak paham, nape aku jadi rebutan 2 jejaka yg agak handsome..(Kira ok juga la, wat lepas tayang depan org kampong.) Adakah aku ni lawa?.. Haish.. idak lah juga.. Adakah aku bijaksini?.. Pn tak juga.. Lau aku ni bijaksana dah lama aku masuk Oxford.. Mungkin krn aku Happy maka org pun happy jg kot?

Jejaka pertama ni aku kenal tak la lama sgt.. Bdn nya mantap betul.. Ketul2 berketul.. Sehinggakan aku rsa amat secure bila disampingnya.. Dan dia pula sentiasa take care kat aku, sanggup wat apa sahaja utk aku.. Ini aku attachkan pic masa kitorang kuar dating ari tuh… Harap maaf lau gambar aku ni nampak putih bangatt.. Tersalah sapu foundation.. BF aku ni ajak dating kat tmpt yg penuh sunshine ala2 taman bunga lalang yang tinggi2 tu. Aku risau takut kulit aku gelap therefore aku nk pakai sunblock UV protection.. Dah kelam-kabut sgt, aku tercapai foundation putih.. Hasilnya.. bila tangkap gambar tu yg jdi camtuh.. Harap korang tak argue, nape muka putih tgn lak gelap sikit.. (Hehehehe)
(Kenangan aku dgn Jacob kat taman Lalang. Masa ni muka aku terlebih foundation)

Tpi sib baik lah Jacob (BF aku name glamour dia Jacob) tak kisah.. Terharu aku bila dia cakap,

“ I terima U seadanya. U putih ke hitam ke, yg penting my heart very strong kat u lah”

Tapi kusangka panas sampai ke petang.. Rupanya aku sendiri yang bawa petir dlm hubungan kami. Tanpa disedari aku sdh terjatuh hati pada seorang mamat lain. Tapi dia ni cool orgnya. Pandang kerek, bajet bagus.. Ape ingt aku sangkut ke kat ko? ( dgn penuh riaknya aku berkata). Tup tup, memang betul aku dah sangkut kat dia. Puncanya begini, Edward (jejaka kedua yg aku kenal) lupa bawa wallet nak bayar harga lempeng ubi yang dia beli kat kedai Mak Cik Senah. So, dipendekkan citer aku tolong lah bayarkan harga lempeng ubi Mak Cik Senah tu. Smenjak itu, persepsi Edward terhadap aku telah berubah sama sekali. Tak sangka dia juga jatuh hati dgn hati dgn sikap aku (Hak tui.. hipokrit tol)..
(Ini lah photo kenangan antara aku dan Edward)

Aku dah bagitau kat Edward yang aku dah declare dgn Jacob. Tapi Edward kata,
The best man win la..”
Aku dah start pening.. Nape korang ni, takkan la kerana sorang pompuan pn nak jadi mcm ni.? Aku dah tak mampu nk pendam last-last aku habaq kat Jacob. Apa lagi, bila Jacob dpt tau ade org cba usya awek kesayangan dia, serta merta dia bertukar menjadi ware wolf. Aku terkedu.. Rupa-rupanya selama ni aku dating dgn warewolf? Mujur dia tak pernah gigit aku. Lau tak, tak pasal-pasal aku kena samak lak. (Eh, warewolf kena samak gak ke)..

Edward rilek jer bila Jacob bertukar menjadi warewolf. Edward bgtau kat Jacob lau nak lawan dia kena tunggu “Full Moon”.. Jacob heran lah, “Apsal plak?” Ini yang wat mulut aku ternganga sampai senget (buruk betul lau tgk kat cermin rupa aku ternganga senget).. Sebaik je bulan mengambang penuh, mata Edward berubah. Mulut Udward kuar taring. Ceh, vampire rupanya. Lagi pening..

Aku pun angkat tgn kat diorg masa diorang dh start nk fight sambil berkata,
“I hereby to declare, Kita putus hubungan. So, jangan gaduh2 lagi. Berdamai.. Peace. I dah ade orang lain”

Jacob & Edward terpinga-pinga.. “Kenapa?!!” mereka bertanya aku serentak..
Baru je aku nak jawab, tiba-tiba..

Kringggggg… Loceng dah bunyi.. Time aku tido siang.. Hehehe.. tamat

Friday, April 23, 2010

Aku belum mandi lagi..

Tajuk yg sungguh memalukan.. Tpi here i am.. aku tak malu nk ngaku. ade citer nape aku tak mandi lagi.. Tdi sibuk menggodek tool2 or gadjet utk dimuatkan dlm blog aku ni samp terlupa nk mandi.. Korang ingt senang? Aku ni seorg yg slow pick up especially bila msuk tang html coding.. Dh lama dah aku meninggalkan alam programming.. Bak kate org, "dah naik kematu dah otak aku bila bace programming code.." Therefore, credit kpd blogger lain krn menyumbangkan idea dlm memantapkan lagi mutu layout blog aku.. still in progressing sbb aku kna mula dr basic.. Aku ingt nk gna short cut dgn merequest adinda ku yg terror code program ni tp beliau busy lak.. Plus, moral of the story tiada jln singkat dlm mencapai cita2. Towards the end, aku wat sendiri gak..


Hari Isnin nanti aku bakal menduduki final exam.. Sgt gusar krn persediaan tdk begitu rapi. Aku dah boleh terbayang ape menda aku nk mepek dlm exam nanti. Dah lah soklan omputih, vocab aku bknnye byk pun. Lain yg nk ditulis lain lak meaningnye.. Tpi ngikut kebiasaan aku setiap kali lps jwb soklan aku akn bg kata2 amanah pd pemeriksa a.k.a lecturer aku.. Tak delah aku nk merayu mitak lulus yg slalu dak2 ni wat.. siap tulis love letter tak hingat.. Cara aku lain lak, aku suka tulis.. "C U Next semester.. with smiley".. Sib bek aku tak pernah jumpa lgi ngn lecturer2 tersebut.. Hehehe.. Maksudnye.. lulus la tu..


Boleh tak lau aku tak mau study? Tpi aku nk dpt A juga. Kdg2 aku pikir nape yek aku sambung degree? Jeles tgk org lain ade degree ke? Lau jwb di sudut hati.. mmg betul la.. Dasar aku ni tak boleh tgk org lebih.. Tpi takde lah sampai nk menjatuhkan org. Aku suka compete dgn cara yg benar.. Bunyi cam suci je hati.. Ada lgi sthn stgh sblm aku graduate. Lau ikut umur dh memang layak berlaki pun. Tpi tu la dia.. aku tak mampu nk pikul byk title dlm satu msa.. Ckup je lah dulu dgn 2 ni.. jdi student n pekerja.. ini pn rasa dh nak rebeh bahu mikulnye.. Nk tambah lgi ngn title bini org + mak org + menantu org.. Oh.. nehi hai.. Bila blik kg time raye.. nyibuk je sdara mara tanye, "Bila mu nak kawen long?", "saham makin menurun lau tunggu lama2".. Aku terharu sbenarnye melihat diorg terlebih concern nape aku tak kawen lgi.. Tpi dulu msa aku gatal nak kawen, diorg takmo bagi.. suruh aku abes blajor.. Dh tuh skrg camno?


Apa yg penting, aku happy dgn idup skrg. Bf? hmm.. complicated la.. Ssh nk ckp.. Nk kata ade mcm takde, nk kata takde mcm plak ade.. Berserah je la.. Ada jodoh aku kawen.. Xde jodoh nk wat cmner? Ok la.. time to mandi..

Wednesday, April 14, 2010

AdA aPa DeNgAn nAmAKu

Aku tertarik dgn satu web ni menceritakan makna & personaliti aku di sebalik nama aku. Well, admitted that 90% of it accurate.. Dan inilah hasilnyer.. Nornira Fariha’s meaning name & PERSONALITY. Lau korang nak tau korang nye lak.. cari le sendiri..

Plus korang bace & nilaikan lah adakah begini karektor aku.. Hahaha..
http://www.blogthings.com/whatsyournameshiddenmeaningquiz/results/?result=Nornirafariha

You Are Dreamy and Distracted

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people. (Yes.. aku kan pencinta keamanan..haha)

You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts. (Mmg diakui aku suka sgt berangan samp kdg2 tak sedar ape dah..)

You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals. (Mestilah setiap org ade skap ni.. lau xde langsung sah2 penipuan & hipokrit)

You are well rounded, with a complete perspective on life. (Ye la kot kan)

You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you. (Hmm.. I guess so.. Setia kah aku? )

At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself. (Mmg.. kdg2 aku rsa nak terjun je tingkat 0.5 kat blok umah aku)

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something. (Mmg aku suke kenakan org.. Hahaha)

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense. (Mahu nye tak.. Pagi keje, ptg kelas sampai mlm.. Mlm sblm tido layan korea plus sempat msk lgi tuh.. tak caye tanye “hosmet” aku…)

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun. (Kdg2 aku tak sengaje malukan diri aku.. Tpi xpe lah.. seronok ape??)

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing. (Ni yg aku risau gak ni.. bila dh seronok sgt sampai lupa daratan.. tu yg akhirnye jdi bale..)

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long. ( Betullah.. stick pd stu perkara maksud aku slain dr bab percintaan tak fun la.. Dh hadkan diri utk teroka perkara lain.. So, bila rsa sesuatu tu dh tak fun lgi beralih lah pd sesuatu yg lain.. Salah kerrrr mencipta keriangan? )

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start. (Yg ni mmg ler.. lau tak mane sempat nk abiskan keje & study.. Must work smart & efficient.. Cth simple.. sambil wat keje aku bleh tulis blog lagi.. Pastu stop & tulis blik.. seronok ape?)

You are usually the best at everything ... you strive for perfection. (Mmg aku suka keadaan cmtuh.. satu kepuasan bg aku lau dpt achieve.. Boleh mengembangkan lobang idung aku yg kuncup ni)

You are confident, authoritative, and aggressive. (Kdg2 la.. lau terpaksa.. bila dh xde org mmg aku akn jdi cm tuh.. Tpi bila ada volunteer.. Pass je la kat dia.. Malas nk show off..)

You have the classic "Type A" personality. (Jap.. kaji dulu.. Natang ape Type A ni..)

You are loving, compassionate, and ruled by your feelings. (Bak kate dlm citer Adnan sempit tpi ubahsuai version aku.. “Walaupun muka aku kerek & bajet bagus, tpi dalam hati ada tamannnn…”

You are able to be a foundation for other people... but you still know how to have fun. (Hahaha… bakal leader lah katakan.. InsyaAllah lau ade rezki boleh jadi first Lady PM kat Malaysia.. Aminnn..)

Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them.(Hidup mmg ade mslh.. Akn sentiasa ada.. Drp muka kedut pikir mslh lebih baik muka manis dgn mslh.. Segalanye boleh selesai dgn bersenyumm..)

You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out. (Mmg aku ade byk idea pelik2 samp org kata aku kuat berangan.. Tapi tanpa angan2 org tak boleh sampai ke bulan.. Betul tak?)

Success comes rather easily for you... especially in business and academia. (Ni ssh le nak ckp.. Karang lebih2, kata takbur lak.. hehehe.. Tgk le cmner jdinya nanti ok?)

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person. (Sbb aku kna struggle dats y aku ade attitude ni.. Tak slh pn jdi selfish.. Sbb tu slh stu cbg melindungi diri sendiri. Lau tak org akn amik kesempatan.. Bkn bermakna langsung tak pikir org.. Ttp terlalu memikirkan org pn tak bgus jg.. Bkn org peduli pn lau ko buyfish ke tak..)

Tuesday, April 13, 2010

Im so HOT....

Pagi-pagi bikin hati aku panazz jer.. Ape taknye, aku tak tau la mangkuk jamban mane dh access PC aku mlm tdi (bdk shift mlm) kt office ni tanpa kebenaran & tukar username sesuka hati.. Tak pasal2 seekor B&B% sdh terluah dri mulutku.. Oppss.. tak baik kan? Tapi bila dh geram.. Dan plak tu wat aku panik bila tiba2 semua folder kerja aku hilang & ghaib tak tau ke mane..Check dlm Recycle bin takde, tgk dlm Local C pn xde.. Dlm My Document pn same.. Plus lagi tgk dlm laci xde, dlm seluar pn xde.. dlm kasut pn same.. Lau korang la, bengang tak? Aku rasa nak bunuh jer org tuh.. Aku tak marah nk gna PC aku.. Tpi bila namanye pinjam, & guna tanpa kebenaran, jgn lah menjadi makhluk sengal tak ubah blik username tuh N biarkan cam tuh jer.. Bagero… Mmg le ini harta COMPANY ttp since dat PC ni kat meja aku n aku guna setiap hari so dlm kata lain PC ni adalah tanggungjwb aku.. N lau PC ni jahanam ke ape ke di atas perbuatan SHIAL manusia lain yg tak reti nak mintak izin ni.. org tak slhkan si SHIAL tu ttp AKU..!! krn sbb PC ni under my responsibility.. Tak gitu? So aku rasa xde slhnye lau aku menyelar perbuatan mereka dgn mengungkapkan bhs sampah coz diorg nye attitude pn cm sampah…Jgn sampai aku activate kan mulut puake aku ni coz skali terucap, kesannya amat mendalam. Silap ari bln mkn berthn2 lamanye bru recover.. Lps ni, sure tak sanggup hidup lgi menempuh hari2 mendtg spt warna2 pelangi.. Sebaliknye dirundung dgn ribut petir, taufan Katrina, el Nino or La Nina etc..

Tpi xpe jg..aku think positive (lpas puas membebel la.. sbb tu mmg attitude aku..hehe).. Bila dh jdi camtuh aku dpt chance merendek ke department lain.. Bila sampai ke Receiving department.. Ternampak gitar la plak.. Eh eh.. boleh kreng kreng jap ni.. Kak Liz, Liana, & Bob terpinga-pinga melihat kdtgnku dgn muka ketat. Aku ade satu kelemahan kat sini.. Bila aku teramat marah, effect dia kat mate tau.. Air mata akn keluar bila aku mrh sgt..Sbb menahan kmrhan.. Tpi org ingt aku nangis.. Cess.. Tak main lah nangis2 nih.. Ape ke de hal!!..So, diorg tanye la aku.. Nape ngn ko? Aku wat tak tau n lantas amik gitar n terus goreng lagu tah ape2.. Janji kuar bunyi sudah.. Yg penting hati aku tenang.. Rupanye.. aku reti juga petik gitar (ceh prasan lak).. Bila dh abes stu lgu.. ( ini pun aku tak tau lgu ape aku main).. Brulah aku ade mood nk bercerita.. Ape lagi.. pong pang pong pet pak pek.. aku bercerita kpd mereka. Si Bob tiba2 jer mencelah ckp PC dia pn pernah wat hal camtuh gak dulu.. Then, solution nye dia mitak sorg kakak tu tolong setel kan.. So aku dpt idea.. Therefore aku blik smula ke department aku.. Sampai je kat sane.. si Juiko (IT staff kitorg) dh kol aku nk asking permission to VNC my pc. Actually he’s being away in other branch kt Shah Alam n office aku lak kat Bkt Raja. So from PC to PC lah dia VNC PC aku.. Tup tap tup tap.. dh siap.. Senang hati aku.. Baru bleh wat keje.. Tak jadi mulut puake aku ni nak di activate kan… Slmt mereka…


Suasane opis sunyi.. Mcm kat tanah perkuburan.. Tpi ade bunyi mesin fotostat.. Nak pasang lagu.. aku lak rasa penat. Tapi sekarang aku sedang belajar menaip dengan tanpa memandang keyboard. Walaupun agak ssh & lembap tetapi slowly aku boleh mengurangkan dia punye kesalahan.. Tapi takpe, usaha membawa kejayaan. So, tammat topic tuk ari ni.

Monday, April 12, 2010

Di dlm class daku berkarya

Wallawey.. bestnye title kat atas tu kan? But its true.. aku berkarya di dlm kelas MOC a.k.a EMOSI.. Memang beremosi sungguh bila brada slm cls ni.. Group aku bru je lepas present, penyakit gigil aku menjadi2 bila tiba turn aku nak dtg.. Tpi debaran sdh pun berlalu..

Skrg aku sdg gigih bertaip di sini sambil mataku liar memandang ke arah DR B yg sdg sibuk menfokus ke arah group lain present.. Manelah tau kot Dr B main "cikucak" kt blakang aku.. kantoi jer.. Presentation group itu ternyata tidak mampu menarik perhatian aku untuk fokus.. So, drp aku mengantuk lebih baik aku buat ni.. Hahaha.. Di kiri dan kananku juga kwn2 aku cam Kak Nor & Azli.. masing gigih juga dgn netbook memasing.. Group aku skrg ni dh jadi "3 Netbook Stooges" coz si Aly bru jer beli Lenovo netbook.. (skrg tgh berlagak sikit ngn aku coz satu feature netbook dia tu xde pd netbook aku.. Apekah itu? VERIFACE..) Veriface tu menurut katanye.. Netbook tu takkan boleh log in slagi muka owner tu tak boleh verified.. Aku terpikir lak.. let say muka tu tercedera ke.. kna asid ke.. cuke getah ke? gamaknyer xboleh on sampai bila2 lah kot.. Tpi xde lah aku nk mendoakan cmtuh kt org.. tak baik tau.. Aku ni hati suci punyer org.. tak sanggup nk doa camtuh.. hehehe.. Cma aku suka memikirkan negative side effect t'hadap sesuatu teknologi tuh.. Aiyo.. takkn nk tgk positive jer.. negative penting jg nk di value kan..

Kak nor lak kat sebelah kiri aku,. Dia tgh gigih membace forum kelolaan beliau.. Aku pn tak tau le ape yg menarik sgt forum tuh.. cube lah pegi ke Cari Forum .. Korg bace lah sendiri.. aku tak minat bab2 forum ni.. Trauma masih trase.. kenape? bace entry post aku yg sblm ni.. Lau tak phm means dat korang tak bace lah.. jgn le bce skip2.. tak fun.. ikut turutan ye anak-anak...hahah gelak lagi.. tak abis2 gelak..

Bila diorg tepuk tgn.. aku dgn smgtnyer tepuk jg.. tpi psl ape ye? lantak ler.. tepuk2 tgn.. bertepuk jgn segan.. skrg group terakhir sdg smgt present.. Aku cam biase lah.. lebih mementingkan taipan ini dr presentation mereka.. ape brg dehh..? ok ler.. idea kering lak.. seksok aku taip lagi ye..

paipai

Slacking Saturday... adoi malu

HOlaaaaaaaaaa… Yes.. Berjaya akhirnya aku mengarang ari ni.. Walopun aku hidup penuh dgn kesibukan sampai otak bleh jadi ting tong..namun aku bisa mengorak langkah dgn lebih yakin dan berani utk menempuh hari2 yg mendtg.. Cewah.. stu tepukan buat diri sendiri.. Plap plap plap..

Hari ini ialah hari permulaan dlm minggu ini iaitu hari Seniiiiiinn.. Hari yg amat membencikan bg sstgh org termasuk lah aku.. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu.. Nape? Sbb esoknye adalah Ahad.. Ape de hal.. wat2 tak tau lak.. Pura2 hati suci ler tu..

Aku nak bercerita ttg ke”disaster”an presentation aku pd hari Sabtu lepas.. Sungguh memalukan.. !!!! Aku rasa nk cari tong sampah & serkup kepala aku time tuh krn msa turn aku present aku tlh blackout lgi..!! Mulut aku kelu & idea aku ilang.. Rasa spt brada di dlm taman dan aku sibuk melastik burung2 dgn riangnyer.. Oitt, Wake up!!.. Ini bkn msa utk brangan.. Apatah lgi ketika dlm presentation forumku..Aku pelik lahhh.. di manakah keberanian ku utk berkata2 dihadapan public menghilang..? Kenape aku gigil mcm org gian tak dpt dadah? Kenape, kenape? BAKPOOO..?? (hah, kuar lak loghat ibunda ku). Aku rsa kna develop blik la skill berhadapan dpn public ni.. Lau tak.. aku tak boleh cari mkn dlm bidang ni..

Aku kecewa pd hari tersebut.. sgt kecewa.. Jika di scan tahap kekecewaan longitudnya brp.. Jwpnya ialah.. AKU PUN TAK TAHU.. sal aku dah lama tak amik Geografi.. Tapi takpe.. bak kate org (sape org tu? aku sendiri ler kot).. Segalanye boleh selesai dgn Bersenyummmmm..... :-)
Walopun ade dak-dak kelas, tersenyum sinis melihat aku yg blur.. tpi xpe.. Aku kan Cik Lawak Antarabangsa... Anggaplah aku brd di dlm show Ratu Lawak di mane mereka semua terhibur dgn lawak queen aku.. Yess.. Akhinye keseganan aku telah ditebus.. ( sorry aku xboleh letak perkataan keM#L%an utk menggambarkan prasaan malu aku krn ia membawa maksud menghina, aku pn tak sanggup melihat medan blog aku ni diklasifikasikan sbg 18GB krn mengndungi unsur2 Gila Bab% keterlaluan).. Mengapa tidak aku fikirkan saje yg aku masuk pertandingan Ratu Lawak? Ok hohoho.... skrg aku sdh tidak malu lagi...

Dgn smgt berkobar2, ari ni ade seekor presentation lgi yg hrus aku jinakkan (ceh.. mcm perlawanan knight dgn dragon lak bunyi).. Presentation ni harus aku siap sedia krn, Lecturernya sejenis subjek yg suke berubah-rubah.. atau bhs matematiknya.. Dia ialah Faktor X, dan juga pembolehubah pemalar kepada Y ( group kitorg ler tuh).. Jika dikamirkan dgn Z^2 (group yg ahlinye tak cukup nk present), akan memeningkan M (group yg dh abis present)..So conclusionnye.. ialah FSTB (Faktor Sepunya Terbesar) bg X (lecturer aku tu), Z^2 + Y = Finish..., when M != 0 .Excuse me, korang phm tak formula matematik aku ni? Hahaha.. Sah sah tak paham.. Aku lak? Lagi la tak paham...

Rasenye enough ler dulu.. Bg aku abeskan keje sat.. Lau ade mood aku sambung jilid dua.. hahaha



Tuesday, March 9, 2010

Friendship which is a noble?

Setelah sekian lama barulah aku berkesempatan untutk menatap blogku. Sudah byk hari aku ketinggalan ye. Hari ni kebetulan hari Selasa lagi.. Hohoho.. mmg berbadi lah aku dgn hari Selasa.. (Let say aku post ari lain pun, tpi hasil tulisan ini adalah hari Selasa adanya).
Sebenarnya tadi baru shj aku sempat menyiapkan test assignment utk subject ptg ni. Smlm nak buat tpi bdn & otak aku asyik bgi signal, “Bos, boleh tak kami nak rehat awal mlm ni.? Penat la. Apa kata test tu Bos buat esok je. Lagipun dipaksa2 sure takde ideanya.” Begitulah kononya otak & bdn aku berdialog mintak izin nk rest awal. Aku sbg bos yang prihatin pd keupayaan diri pun berkata (dlm diri je lah, lau ckp samp boleh org lain dgr karang kate aku gila lak), “Ok2, korang rehat mlm ni, tpi ingt besok no excuse”. So, happy la otak & bdan aku pd mlm itu lalu tanpa berlengah terus.. Zzzzz
Hari ni aku terpanggil untuk bercerita a.k.a meluahkan ketidakpuasan hatiku terhadap seorang kwn yg dulu agak akrab ttpi tak tahu la kenapa hubungan kami sekarang ibarat padang jarak padang terkukur. Aku pun nak recall punca sebenarnya persengketaan (ceh bunyi cam ala2 citer pendekar lak) kami adalah berkaitan apa? Tapi dah tak ingat la. Sbb aku ni mls nk ingt apa punca. Semakin hari aku semakin tidak boleh tahan dgn sikap egoisme, allselfbetullisme (ini penyakit bajet bagus yg rsa sendiri saje di pihak yg betul & org lain lak salah), notolerism (ini sikap tak boleh tolerate bunyi sewaktu beliau tgh tido), hartamu hartaku hartaku hartaku jua (part ni yang paling aku berbulu sekaliannya). Biarlah aku kupaskan satu demi satu sikapnya itu. Dan terpluang lah pada kalia untuk menilai. Di sini aku tak adalah nak provoke keburukan beliau tetapi sekadar renungan buat diriku dan korang2 diluar sana.
Logik aku berkata, apabila kita menyewa bersama-sama dgn org lain. Adalah normal kalau ada bunyi bising sikit tapi takdelah sampai macam keadaan kat dalam pasar sementalah yang tinggal di rumah cma 3 org sdgkan h.mate yg lain mcm beskut chipsmore. Aku lah yang bernasib malang sebilik dgn beliau. Disebabkan telinga beliau tu macam radar, therefore sebarang bunyi or frekuensi dapat di detect oleh lubang telinganya. Yang menjadi ketensenan aku yg sebilik dgn beliau, beliau ni sensitive bunyi semenjak dr zmn skolah2 lagi. Let say aku terbuat bunyi melebihi border radar telinga yg tlh ditetapkan tanpa segan silu beliau akn menyound aku sbb mengganggu lena dia. Persoalan aku ialah, jikalau anda tidak dpt bertolerate bunyi yg dikeluarkan oleh roommate anda tak kira lah bunyi brg jatuh ke, tapak kaki hentakan kuat ke, kentut yang amat deras ke, maka solution di peringkat awal ialah jangan berkongsi teman sebilik. Menyewa je lah sebilik sorang2 jer dan jgn share. Betul tak? Tapi herannya takmo lah plak. Pada awalnye sblm ini beliau menyewa ditempat lain ttpi tlh mengadu padaku pd ketika itu yg housemate biliknye suka buat bsing tak hormat dia msa tgh tido, masa tu aku pun tanpa tahu kisah yg sebenarnya terpikirlah yang housemate dia tu teruk dan menjemput dia menyewa sekali. Ttpi bila dah begini jadinya, terbit plak sesalanku (mcm lagu Ezlyn tu).
Mmg lah aku akui, beliau dikatakan agak pendiam dan tak brp gemar keadaan yang bising. Tapi sendiri pikirlah la, lau dah tinggal 3 orang kat rumah tu (termasuk aku) takkan lah nak jadi bisu masing2. Of course lah kena meriahkan suasana. Berbalik pulak kepada penggunaan harta benda. Aku teringat banyak kali statement yang dia keluarkan, “XX tak suka org usik atau sentuh brg XX”. Fine, we all noted. Then after dat aku dah tak usik & sentuh pun brg2 dia. Tapi yg aku pelik kt umh tuh, TV aku, peti sejuk aku, kettle letrik aku, semuanya sdh disentuh sampaikan antenna TV aku dh ilang sebelah sesungut dia, pintu cover freezer atas dah tercabut (cover putih yg belah dlm tu), plus bru2 ini kettle letrik aku pun dh hilang fungsi walhal sblm aku pulang tu msih lgi elok diguna. Dek ledakan kemarahan yang teramat sgt kettle yg tidak berdosa itu tlk kubaling sehingga tertanggal penutupnya. Alang2 rosak tak boleh panas, lebih baik rosak terus rupa bentuk. Puas hati aku sket. Dan yang best part is hasil "kraftangan" beliau, beliau boleh diam tak kata apa2 a.k.a buat bodoh. Dan aku masih mampu bersabar dan berdiam diri. Sbb lau gaduh aku takkan teragak2 utk mengunakan kekerasan sehingga membabitkan kecederaan (Fuh, bunyi cam gangster lak.. ahaks). Therefore, aku diamkan diri aku, cool babeh cool. Memikirkan tak lama lagi dia dah nak pindah a.k.a berambus (maaf lah ye terpaksa menggunakan perkataan kurg ajar krn mmg layak pun) maka aku bertahan buat bodoh tanpa memikirkan kewujudan beliau. Aku cuma bercakap dengan seorang lgi housemate sahaja.
Sekarang ni aku menghitung hari gamaknya bila la beliau ni nak beransur (polite plak bunyi) dari rumh sewa kami. Aku dah tanya hmate yg satu lagi merangkap sebagai leader rumh jg bila la gamaknya dia nak keluar. Jwapn yang diberikan amat lah mementingkan diri sendiri yang kurasakan ketika itu. “Sehingga diberitahu therefore sewa rumah bayar seperti biasa”. Kata nak keluar tapi tak bagitahu bila, nak bagitahu lak rasanya unpredictable sehinggakan aku dan leader pening kepala. Mangkuk ni ape kes? Nak keluar ke tak nak. Lau nak keluar sgt bgtau la senang nak cari ganti. Dibuatnya ko nak kuar bln dpn, bln dpnnya lak lagi seminggu tak ke namanya menyusahkan orang.?

Kat sini sbg org yang berpengalaman juga menyewa aku nak bg tips spy korang senang dgn org & org pun sng ngn korang. Pertama skali korang post-mortem diri dulu weather org bermsalah dgn ko ke atau ko tu yang bermslh dgn org. Ini adalh bgus utk mengetahui weather korg ni disenangi atau tidak oleh org lain. Sbg cthnya, mcm kes aku. Lets say lau aku nk ckp prangai aku ni teruk. Lau aku xde create problem means kata lain hubungan aku dgn hmate lain baik sdgkan hub aku ngn dia je yg teruk, soalannya ialah aku yang teruk atau dia yg teruk? Plus tgk hubungan "target" ko tu dgn hmate lain cmner. Adakah hmate lain pun complaint mende yang sma? Lau xde, possibilities ko tu teruk juga. Tapi lau ada, hehehe phm2 sdh..
Bila dah jumpa kes cmni mcm2 advice yg aku dpt. Ada yang kata wat bodoh, ada yang kata halau je lah dia kuar ( ni SETAN GONJENG yang suggest. SETAN ni ko bleh view profile dia dlm FB. hahah). Tapi aku ni jenis hati tak sampai. Hehe cam mulia je bunyi.. Kawan aku pun slalu nasihat.. Dia ni pun ko bleh view dlm FB gak. Nama CT. “Biar orang buat kita, jgn kita buat org. Lau kita buat juga apa beza kita dgn dia. Apa2 pun Allah tu Ada & Adil”. Sejuk je hati aku mendengar kata2 bak ustazah tu. Tu yang kdg2 dlm dilemma sama ada nak bertindak ke tak.
Apa yang kena tolerate bila duk dgn org ni? Nasihat ini aku tujukan buat diri sendiri juga. Adapt kelemahan org sbgmana kelemahan diri sendiri. Jgn rasa diri ni bagus sgt coz bila dh terlebih rasa bagus mula kuar satu perasaan lain iaitu riak. Bila riak kuar dlm diri, akn terbit rasa tak puas hati. Rasa cam org lain buat sumer slh, kita je betul. Bila dah jadi camni, jwpnnya jgn duduk dgn org. Duduk sorang2. Sekian dulu bebelan aku untuk hari ni. Perasaan aku dah lega sebab dah berjaya dimuntahkan dan aku rsa cukup lah. Cukup lah utk mempertikaikan diri beliau buat hari ni

Saturday, February 20, 2010

Wieder zu Hause Mutter

(P/S: Kali ini bhs pilihan aku ialah bhs German. Bunyi cam best kan? Terpulang la camner korang nak pronounce sebutannya, asalkan korang bahgiaaaa sudah.. Tapi meaning dia takde lah happening sgt. Meaning title di atas ialah... " Balik rumah mak".. Kan aku dh ckp, meaning dia biase2 jer.. Hahaha..Semoga terhibur)

Hola, sumer.

Maafin daku krn udah agak lama tidak menulis di blog. Aku amat busy lowh. Almaklumi, rutin ku semakin pack dgn perkara-perkara seperti berikut:

1) Penggeladahan artikel yg lepas2 di media elektronik , penyelongkaran surat2 khabar lama utk mencari isu (bkn isu sensitip ye) yg berkaitan dgn human resource. Sumer subjek yg aku amik utk sem ini memerlukan artikel, journal, suratkhabar lama atau baru utk di selatankan dlm bentuk point of view aku. Masalahnye ape yg aku nak point of view kan? Ape yang aku tau ttg isu huh? Satu kelemahan bg diriku krn dh lma tak tgk berita. Hahaha (gelakkan sinis buat diri sendiri). Skrg pdm muka aku dah menggelupur tak tau cmner nak goreng & submit bg pd ke semua my beloved lecturer.

2) Perkara lain plak of course tmpt keje aku yg membutuhkan satu komitmen yg tinggi di mana harus menonjolkan kredibiliti aku sbg staff yang dinamik. Excuse me, korang paham tak ape yang aku cba sampaikan di sini? Lau korang phm tolong explain blik pd aku sbb aku sebenarnye pun tak brp phm ape yang aku cba highlightkan. Tahap kemerengan menjadi-jadi krn brain alignment aku dah tak brp nak centre. Ini semua krn high brain utilization occurred backend of my medula oblongata. Lagi tak phm kan? Same la, aku pun tak phm jgk… Hahaha

Cukup la aku bg dua je reason nape tak blogging. Bg lebih2 sgt pun buat ape, betapa berat mata korang membaca, lebih berat lagi mata aku membaca + menaip + memerah otak sambil berfikir untuk menaip. Tripple work tu weih.. Ok guys.. stop this wicky twicky licky subjek therefore kita terus ke agenda seterusnya. Wats the topic I gonna to tell ya today? (Feweii, speaking loks)

Aku berniat nak menceritakan pada korang pengalaman superb aku bila blik umh parents aku kt T.intan msa CNY bru2 ni. Ape yg superb sgt? Huhuhu.. saspens saspens.. Lets cekidaok.

Tu dia.. superb yg pertama.. Menu mkn tgh hari.. superb tuh.. tom yam, salad Kelantan a.k.a salad budu, ikan goreng & aym goreng cun. Menu ini istimewa disediakan oleh.. jeng jeng .. hoho bkn aku yg masak la.. Of couse la my mom. Aku bila blik rumh akn mempunyai satu “habitat” yg tidak gemar turun ke dapur utk memasak. Alasannye? Skrg ni mak aku pun dh tak kisah dah.. Dah lali gamaknye.

Ini dia alasan aku yg bernas.. Aku blik rumah nak mkn masakan ibu pure therefore lau aku tolong mak aku masak, itu bkn nama masakan ibu lgi. Itu namanye masakan ibu dan anak. Ala.. mcm nama ubat batuk cap ibu dan anak tu. Sepattern je bunyi. Aku takmo le camtuh.. Dh duk umah bujang, aku dah jemu mkn masakan sendiri so takde salahnye skali skala aku nak masakan ibu plak.. Tak gitu? Tak salah kan? Hahaha.. nak menang juga.. Mendgr je alasan itu dikemukakan oleh aku, my mom dah tak kisah dah. Tpi lets say lau aku nak masak menda pelik2 bru lah aku mencemar duli prinsip aku turun ke dapur. Apakah benda pelik yg dimaksudkan itu? Cthnye.. Pernah korang mkn Pau Danmilo? Mcm mana rupanye Pau Danmilo tu? Adakah inti pau itu aku letak Milo di dlm nye? Teng teng teng…Jwpnnye.. Pau Danmilo ialah kuih pau yang aku masak dan diminum bersama air Milo sambil layan Astro la.. So, jadi lah Pau Dan Milo.. Hahaha.. Bikin panas hati je kan..

Korang pernah nampak tak bunga kaler ni? Lau pernah, tahniah aku ucapkan krn berjaya memecahkan tempurung yg men”covering” hidup anda. Tpi lau tak pernah.. isk isk isk.. siannye.. Takpe takpe, meh Kak Das nak habaq mai kat hangpa semua no. Ini lah dia lau hang nak kenai “Bunga Nasi Kerabu” (apsal plak tukar loghat nih, change back to ur origin please). Ini lah kaler natural untuk buat nasi kaler a.k.a Nasi Kerabu. Tu lah asal usul nape kaler nasi kerabu tu kaler biru. Itu adalah krn jasa baik bunga ini lah yg memecahkan molekul nasi yg kaler putih lalu menyerap molekul kaler biru bunga ni. Aik, masuk subjek Kimia + Bio lak dah.. Bunga ini secara fizikalnya adalah tumbuhan merayap yang menjadikan pokok lain sbg alat untuk mencapai cita-citanya. Aku rasa mcm pelik je bunyi penjelasan saintifik aku ni. Tapi takpe, abaikan lah ye. Disebabkan sifat ini yang suka merayap therefore jgn lah dispekulasikan bahawa bunga ini adalah sejenis kaum bunga gatal krn tidak ada kena mengena sama skali. Bunga ni tak gatal, bau pun takde so bila patinya dijadikan warna untuk nasi kerabu , xde lah masalah bau. Yg paling penting tidak beracun coz lau beracun takkan lah korang dpt bace plak ape yg aku tulis hari ini. Ape daaa..

Ini lah juga sepintas lalu sepetang di mini kebun my mom. My mom ni suka sgt ber”body”.. Oppss silap lak.. Berbudi pada tanah. Habis, tanah2 semak kat blakang rumh aku diratakan dijadikan kebun mini. Nape dikatakan mini? Coz setiap jenis tumbuhan tu dia tanam satu jer. Sepohon pokok cili, sepohon pokok tomato, sepohon pokok bendi, pendek kata semuanya sepohon kayu daunnye rimbun la, lebat bunganya serta buahnya, walopun hidup seribu tahun, lau tak solat apa gunanya. Haha sempat lagi buat nasyid lak. Ni pokok renek ni sebenarnya pokok ubi. Yang ni pun join the group "sepohon" juga. Aku tak brp tahu la ubi ape nama org sini panggil. Tpi kat Kltn org panggilnye “Ubi Keling”.. Opss sensitip.. Jgn mrh aku ye, bkn aku yg saje2 bg name cm tuh.. Dah mmg kt sane diorg paging ubi tu dgn name cm tu. Ubi ni bentuknye kecik2 jer. Mcm potato tpi versi kecil & gelap mcm “TuuuT” (phm ye maksud aku). Lau dah phm bagus, xperlu la aku expelan lebih2 ye.

Aku rasa enough untuk kali ini hingga kita bertemu lgi di lain masa ok? Chow..

Sunday, February 14, 2010

I say Wo..!

Well, gud morning evrybody.
Skrg aku brda di suatu tempat di dlm warehouse & sdg mencuri waktu menaip blog kesayangn aku. Tempat utk aku melepaskan tension, happy, sedih, marah & seangkatan dgnnya. Aku brada di dlm sebuah bilik kaca a.k.a aquarium di mana sgala gerak geri dpt di transparen dari luar atau dlm. Tapi takpe, since that today aku sorang jer gadis yg bekerja di sini ( yg len2 sronok bercuti) therefore no problem lau aku "mengular" seketika. Well, aku tgh tunggu diorg abis unstuffing barang from the contena. Dah abes unstuffing, barulah part keje aku dtg.
Ape topik yang harus aku selatankan di sini? Hmm, let me think. Yes, I got it. Tdi aku bru je google satu web berkaitan tentang personality by writing. Aku suka mengkaji tentang personaliti. Ini link yang aku temui. Agak menarik dan seronok. Cuba la lau ade masa. Tpi soklan yg dia bg agak byk dlm 72 questions. Cma jwb yes or no jer.

http://www19.homepage.villanova.edu/karyn.hollis/prof_academic/Courses/common_files/personality_types/personality_and_writing.htm
Result yang aku perolehi ialah ESFJ iaitu "Extrovert, Sense, Feeling, Judge". Lau korang nak study character korang camner, try le link yang aku bg tu. perhaps itu jwpn yang korang cari2 slama ini ttg personaliti korang.
Skrg dah masuk waktu lunch, tpi aku belum makan lagi. Tgh tunggu diorg tapau utk aku. Hopefully aku bleh siapkan keje aku b4 5pm coz after dat aku nak blik umh parents aku. abah aku dah pun sampai nak jemput aku. tpi bila dia tau keje aku belum abes lagi, sempat gak dia rewang skejap ngn adik bongsu aku sampai kul 5 karang.
Dats all for today. Aku ade mission jap ni. Nak tido siang. Chow

Saturday, February 13, 2010

A day B4 CNY

Hola guys,
Wat's up? Sorry for keeping myself longer from this blog. Well, as usual Im quire busy lately. Busy with so many activities. Trust me, all the activities are really suck. I even got a headache. Now, in front of my eyesight view, few people here. I mean my boss, my colleagues (Chinese of course) went back for their holiday. Hahahahah. Dah ler, aku ckp melayu je lah senang. Berbelit lidah aku nak exeplen.
Besok ialah CNY. Unfortunately aku kena keja juga, replace sorg chinese staff yg blik kg raye dia. Huhu.. Aku pun nak balik gak. Walopun tak celeb8 tpi of course kan smgt satu Malaysia (kunun) kita kena lah berspiritual juga kan? But sokay, after keje sok my beloved father will come & pick me. Manja tol. Tak lah.. Aku nak blik drive sendiri.. alo.. bukan jauh pun.. Shah Alam Vs Teluk Intan jer. Tapi nak wat cmner, abah aku ni syg sgt gamaknye kat anak pompuan sorg dia ni sehinggakan aku nak blik sendiri pun dia takmo bagi & sanggup nk hantar. Lebih2 lgi di musim2 perayaan ni, jln raya sgt sibuk coz rmai warga kota mengambil kesempatan utk pulang ke desa halaman masing2. (Aiseh, bunyi cam aya tdlm berita plak).. Lagi la abah tak confident. Sbb dia tau anak dia ni bwa kete cmner. Hahahaha..
Ape ye aku nak merepek lagi kat sini? Macm kekeringan idea pun ye. Dlm dua tiga hari ni, aku ade sedikit berang dgn kamera npon aku. Tiba2 buat hal lak. Aku ade amik pic satu gambar mskan, tup tup tak bley buka la. Mcm kena virus. Aku masak "Pulut Purple" ala mcm pulut kuning la tapi aku letak kaler purple. Mitak recipe ngan my beloved Mom. Mak aku gelak jer bila aku ckp nak wat pulut Purple. Tak pernah dibuat org katenye. Aku plak, yg tak pernah buat le aku nak buat. Aku guna kukus nak masak pulut tu. Oit, Das of course le pulut kna kukus msk (lau nak sedap) takkan pakai oven plak. Alhamdulillah, Pulut Purple aku menjadi dgn jayanye. Sorry guys, xbo bg proof. Evidence dah spoilt. Tpi percayela.. aku ni suci hati punye org, tak main tipu2. Hahaha, prasan lagi aku. Tu satu kes pertama npon aku wat hal. Yg keduanye lak, time opis. Aku dh siap amik pose cun2 dgn teman seperjuangan (bdk2 opis le). Siap record lagi. Towards the end bila nk transfer ke PC kat rumh, boleh lak tak boleh open. Adusss.. ini boleh mendatangkan amok. Hilang slh satu nilai estetika & masterpiece satu posing yg cun. Mcm mane aku nak proof kat korang yang posing aku ni layak masuk, "American Next Top Model"?. Cakap, cakap, katakan bagaimana?.. Ok lah.. aku dah takde idea nak tulis pape coz ade sorg duk sblh aku tgh bace aku taip.. Hahahaha.. Chow

Sunday, February 7, 2010

Spagetti Ku



Tadaaaa..... Korang tau tak pic ape aku upload tuh.. Inilah gambar original hasil masakan aku.. Namenye Spagetti.. Aku buat sendiri tau.. Jgn korang pikir aku tak tau masak.. Aku tau le.. cma kadang kemalasan itu mengatasi kerajinan. Ini adalah salah stu version rajin aku. Lau aku rajin, bkn stakat spagetti, mcm2 aku akn buat.. Hal ini telah dibuktikan oleh officemate aku sendiri. Lau tak percaya, korang tanye diorang ler. Mereka lah menjadi tester undangan aku. Hahaha..Tpi skrg ni rumah aku xde oven hak milik aku . Lau ade oven sendiri memang mcm2 aku akn try buat. Actually ade satu oven kat umh aku tpi oven itu aku tlh restricted diri aku dr menggunakannya krn itu adalah kepunyaan sorg "kwn" yg dh tak brp nk berkwn skrg ni. Reasonnye? Biarle rahsia yeeee..
Aku takmo citer psl yang tak best.. So lupakan psl story "kwn" yg tdi. The main point is as soon as i buy my own new oven, then i definitely share with ur guys about my cooking. Aku ade byk resipi dlm kapla otak ni yg nak dikeluarkan atau dlm kate lain di cuba.. Coz aku suke test
Spagetti di atas aku dah alter mengikut bhn yg ade pd ketika itu. Therefore, aku ni once dh try wat recipe aku luper ape aku dh campur. Makna kate, takkan same lah sbb aku main hentam jer. Aku tak suke ikut buku recipe. Sbb bila particular sgt ngn buku ini otak tak berkembang. Eh, jgn le trase lak pd org yg suke follow buku. Aku ckp ni based on aku nye sdiri.
Ari ni aku xboleh nak blog pjg2 coz this time aku tgh siapkan assigment aku. Due nye kul 6pm, skrg dh kul3.52pm... Ok lah.. take a leave..chow

Tuesday, February 2, 2010

TAHUKAH KORANG, SEJARAH YG HILANG..

ATTENTION: INI ADALAH PETIKAN DRI SUMBER YANG BUKAN AKU SENDIRI TAIP. INI BUKAN REKAAN AKU TPI AKU TERTARIK UNTUK BERKONGSI DGN KORANG SUMER. KORANG BACE & NILAIKAN LAH SENDIRI.

Siapakah Hang Tuah yang kita agung agung kan selama ini.adalah Hang Tuah itu sekadar Hikayat atau benar benar realiti.terdapat pelbagai versi mengenai siapa Hang Tuah.saya cuba kupaskan sedikit sebanyak maklumat yang saya dapat untuk dikongsi bersama sama.semua maklumat ini dikupas berdasarkan kefahaman saya terhadap blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com (Manuskrip Undang Undang Kedah) dan Bukan nya berdasarkan Hikayat Hang Tuah.kerana pendapat saya bahawa Hang Tuah itu Sejarah dan bukannya sekadar dongengan hikayat beradu.diharap admin sejarahnegarakedah dapat memantau hasil kupasan saya.andai ada tersalah silap minta emelkan kepada polimas. pssgm@gmail.com. wallahualam.

Nama baginda yang sebenar adalah Tun Saaban Ibni Almarhum Nai Hisbu Muadzam Shah(Raja Beruas Gangga Negara 1610-1628) . DE Magnificient, H.E Supreme Royal of Siam, Raja Kota Beruas. Adinda-adinda baginda menggelar baginda sebagai phe-raq(membawa asal usul negeri PERAK) yang bermaksud, abang yang dikasihi

Jadi kenapa baginda Tun Saaban dikatakan Hang Tuah???.ya..seperti kita juga mempunyai banyak panggilan dan berlaku kenaikan pangkat dalam pekerjaan kita..begitu juga Baginda.sentiasa meningkat umur dan naik pangkat. Ia juga bergantung kepada siapa yang menulis sejarah dan dimana ia ditulis. Narai di Ayuthia, semasa muda sebagai Hang Tuah di Melaka, terakhir bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh dan nama sebenar baginda ialah Tun Saaban.Ketika Muda baginda adalah hulubalang Melaka

yakni dilantik oleh Kekanda Sulung Baginda iaitu Sultan Mahmud Shah Sultan Melaka yang bergelar SRI SU TAMMARAJA.maka terpakai lah gelaran Laksamana HANG TUAH.Harus diingat bahawa Empayar SIAM AYUTHIA adalah pimpinan Khalifah/Islam sebelum diserang SUK-KHO-THAI(Puak Kafir)-THAILAND.besarnya empayar siam itu pernah digambarkan bermula dari HULU MELAKA di langkawi sehinggalah ke BANDAR HILIR MELAKA.(sebenarnya lebih besar empayarnya)

Apabila usia baginda makin meningkat maka baginda dititahkan Ayahanda baginda Nai Hisbu Muadzam Shah Gangga Negara dan diangkat Tun Saaban Menjadi Sultan yang memerintah Kerajaan Ayudhia/Ayuthia di Utara tanahair membawa gelaran NARAI TUN SAABAN.Narai dalam Bahasa Siam bermaksud RAJA/BETA/SULTAN. (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767). Pada Kemuncak pemerintahan Baginda telah sekali lagi dinaikkan pangkat dan ditabal menjadi Raja Di Acheh membawa gelaran Raja Iskandar Mahkota Alam.Baginda Mangkat ketika Memerintah Acheh.(mengikut Hikayat Acheh bahawa baginda mempunyai 4 puteri,salah seorang menantunya menaiki takhta dengan gelaran Iskandar Muda Thani)

Jadi tidak menjadi persoalan mengapa Hang Tuah mampu menutur 300 bahasa dan dapat mengadakan Hubungan Diplomatik dengan China(Rujuk Kisah Puteri Hang Li po) serta amat bijaksana dalam ilmu perang.ini kerana Nenda baginda sendiri adalah RAJA PEREMPUAN AYUTHIA yang bergelar MAHIN INTATIRAL AISYAH BEGUM atau BAVAINAUNG(SIAM & generasi maharaja Merong mahawangsa, Rujuk Hikayat Merong Mahawangsa) serta datuknya adalah SULTAN ZAHIRUDDIN RAJA AKHBAR MONGGOL INDIA tahun 1530.

Hakikat yang terpadam adalah Hang Tuah bukan lah hilang begitu sahaja.sebalik nya dinaikkan pangkat dan berpindah ke empayar benua Ayuthia yang makin berkembang merangkumi tanah Jawi hingga lah ke Australia.

terdapat 21 buah masjid didalam Kota Ayuthia dan orang-orang Parsi memanggil Ayuthia sebagai Shahri Nao atau Shahrul Nuri (tempat Hamzah Fansuri Mendalami Ilmu Agama).


Duit syiling lama
Duit-duit syiling lama ini ditemui oleh pembaca setia blog ini di Kuala Kedah ! ! ! Setelah kami meneliti manuskrip UUK, persoalannya, adakah Kuala Kedah itu Melaka pada sekitar tahun 1400 dahulu? Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah adalah Parameswara Melaka bersemayam di Kota Naga di Jenan, Kedah dan ayahandanya Muhammad Syah ialah Muhammad Syah Yang Adil yang mana duit syiling emas dijumpai dalam tembikar di Pulau Langkawi. Ada pihak yang mengambil nama Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah sebagai satu nama PADAHAL Muhammad Johan Syah adalah nama ayahanda baginda, bukannya nama baginda. Patutlah di Melaka hari ini tidak ada tinggalan ISTANA KESULTANAN MELAKA sepertimana di kawasan lain (yg ada itu replika berdasrkan Hikayat tahayul Hang Tuah sahaja). Empayar ape namanya tanpa istana?.... memerentah kerajaan dari atas pokok ke?

Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my
jumaat 3 april 2009

dipetik dari, *My Metro.

KEMPEN bagi pilihan raya kecil
Parlimen Bukit Gantang di Perak ini semakin hangat apabila sudah menjangkau empat hari dengan pelbagai taktik dilakukan oleh parti politik bertanding dan calon Bebas tunggal ‘beraksi’.
Namun di sebalik kehangatan itu sewajarnya direnungi sejarah terlakar di sekitar kawasan Parlimen berkenaan yang memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang.Di Parlimen inilah tercatatnya sejarah landasan kereta api terbina di Malaysia apabila beroperasi 1 Jun 1885 di Kuala Sepetang yang dulunya dikenali sebagai Port Weld dan berdekatan dengan bandar Taiping yang terkenal dengan lombong bijih timah satu masa dahulu.
Mengikut sejarah juga Bukit Gantang satu ketika dahulu pernah dijadikan pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar selepas dilantik sebagai Raja Larut melalui pelantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III yang dikenali sebagai Panglima Bukit Gantang dan juga Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada 1856.
Ketika diera pem
erintahan Long Jaafar, Bukit Gantang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam.
Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping. Apabila Syed Alang Alauddin mangkat pada 1862, Long Jaafar dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Muadzam Syah dan baginda melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut yang memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Bagaimanapun, pergolakan dan campur tangan penjajah Inggeris bermula pada era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikannya dihukum buang negeri kerana terbabit dengan komplot pembunuhan Residen British pertama di Perak iaitu Sir James Birch.Begitulah bibit sejarah yang pernah tercatat di kawasan ‘pertempuran’ tiga penjuru dalam pilihan raya kali ini.
Kini Parlimen Bukit Gantang mempunyai satu lagi tarikan baru iaitu mi udang yang cukup dikenali di Kuala Sepetang kerana terdapat puluhan kedai mi udang di kawasan itu dengan pelbagai menu berasaskan udang segar nyata membuatkan pekerja parti tidak mahu melepaskan peluang menikmatinya.Dengan keadaan itu, peniaga dilimpahi durian runtuh apabila tidak menang tangan melayan pelanggan yang memenuhi kedai mereka hingga menyebabkan seorang rakan penulis begitu teruja mengira keuntungan diraih mereka itu.Mengikut rakan yang berselera masakan mi udang goreng istimewa yang berharga RM13 sepinggan, peniaga mampu meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit pada satu hari.
PS ; Memang ada Sultan J
aafar lain dalam Sejarah Kesultanan Perak, akan tetapi Sultan Jaafar yang kami maksudkan ialah "yang melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempatnya dalam tahun 1862". Inilah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Yang Di Pertuan Negara Kedah, Sultan Jaafar Muadzam Syah.

Sebagai menteri inilah baginda dikenali sebagai Long Jaafar dalam sejarah Perak. Setelah ayahanda baginda Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang mangkat dalam tahun 1862, baginda telah menggantikan tempat ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Kedah. Kekosongan jawatan beliau di Larut kemudiannya baginda serahkan kepada Enche@Nai Ngah Ibrahim bin Nai Ngah Lamad. Jangan tersilap, Raja Ngah Ibrahim adalah anakanda baginda Sultan Jaafar dan bukannya Enche@Nai Ngah Ibrahim bin Nai Ngah Lamad.

Anakanda baginda sebenarnya ialah Raja Ngah Ibrahim yang meninggal di Singapura dan dibawa balik ke Perak dengan kapal TLDM baru-baru ini. Raja Ngah Ibrahim berniaga barang-barang kemas dan berpindah ke Singapura apabila berlaku kekecohan di Perak. Beliau meninggal dunia di sana. Abang sulungnya ialah Raja Sulaiman dan adik perempuannya ialah Raja Alang Sapiah. Bonda mereka bertiga ialah Ngah Sepora.

Ngah Sepora pula ialah adik perempuan kepada ayahnya Ngah Ibrahim yang bernama Nai Ngah Lamad bin Megat Terawis (Ngah Ibrahim bin Ngah Lamad bin Megat Terawis).

Dalam lain perkataan Ngah Ibrahim ialah cucu kepada Megat Terawis dan Ngah Sepora (bonda kepada Raja Sulaiman, Raja Ibrahim dan Raja Alang Sepiah adalah anak Megat Terwis) adalah mak saudara Ngah Ibrahim. Raja Ngah Ibrahim dan Ngah Ibrahim adalah saudara sepupu. Maklumat ini diperolehi dari waris yang masih ada di Kedah.
Yang pastinya, mereka semua adalah waris Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ( @ Raja Nambang-air telok @ Raja Bakar @ Syarif Abu bakar) bergelar Boromoraja Ekataat V, Mahadammahayaza, dan permaisurinya Tunku Suriya Marin ibni Tok Pasai (Tok Pasai adalah cucu Narai Iskandar Mahkota Alam @ Hang Tuah). Baginda berdua adalah Maharaja Benua Islam Siam Dinasti Ayuthia yang ke 33 (terakhir) , diusir bersama pengikutnya dari Ayuthia dalam serangan Sukhothai tahun 1767 dan akhirnya dibunuh oleh tentera thai di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821 (lihat salasilah dan artikel kami dibawah).
Hari ini, barulah jelas kepada kita sejarah bangsa kita. Yang kita ada di Perak hari ini adalah dari keturunan raja boneka lantikkan penjajah Inggeris bermula dari tahun 1874 dan mula berkuasa sepenuhnya melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang mereka tandatangani pada 31 Januari 1948 sahaja. Pada tarikh inilah mula wujudnya raja-raja melayu di semenanjung tanah yang telah di "melayu" kan.

Salinan dari buku "Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak", M.A. Fawzi Basri ms140


Nama-nama mereka tetap ada disebut dalam sejarah Perak walaupun disebut dengan tidak mengikut susunan yang betul. Kami sudah membetulkannya melalui penulisan semula sejarah realiti di blog ini melalui maklumat yang diperolehi dari waris mutlak, Tuanku Nai Long Kasim. Nama Sharif Abu Bakar disebut secara lengkap. Kewujudan baginda dalam sejarah Melayu hari ini tidak boleh dinafikan lagi.Raja Alang Putera dari Kedah ialah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu kepada Syarif Abu Bakar, Yang Di pertuan Kedah.

Sah, Ayutthaya diserang oleh Burma (Myanmar) dari puak Bud

dha Alaungphaya dalam tahun 1767. Tunku Sulaiman yang dimaksudkan disini ialah "..Yangkam dengan Belat Yukbat.." sepertimana disebut dalam UUK, ms 24 atau kita semua ketahui sebagai Raja Bersiong. Sah, bahawa Siam itu Melayu hari ini hingga ke Singgora (Songkhala) dan beragama Islam. Peralatan ini di pamerkan di Muzium Sejarah Di London,UK dan merupakan keratan dari akhbar tempatan. Sah, bahawa orang melayu pun pandai membuat senjata api. Sah, bahawa rakyat Thailand ditipu oleh penulis sejarah fantasi mereka, dan malangnya, begitu juga kita.

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH

PADA TAHUN 1730.

Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua

Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari

Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan

negara Thailand dizaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam

beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada

Buddha. Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang

thai sampai ke situ, melainkan orang-orang siam Islam dari rumpun Melayu.


TO BE CONTINUED...........

Monday, February 1, 2010

Eat battello a vapore

Salam sumer..
Mest korang pening kan menatang ape yg aku tulis sbg title kat atas tuh. Maksudnye, "Makan Steamboat". Hahaha.. Tu bahasa Itali. Kali ni aku try cakap Itali dengan bantuan Google translate lagi.
Aiseh, baru je nak cakap ade panggilan untuk meeting pasal safety lak. Takpe, tunggu ye.. 9.36am,
Ok, dah abes training. Sekarang sudah 11.53am. Back to main topic. Pada hari Sabtu public holiday Thaipusam (aku xcelebr8 Thaipusam ok), aku ada janji temu dengan 3 orang jejaka. Ceng ceng ceng. Aku date secara lump-sump terus dengan diorang tu. Nak tahu siapakah beliau-beliau itu. Mereka bertiga adalah adinda-adindaku. Hahah. Sedih wo, nak date ngan boypren. Boypren xde lak nak date ngan aku. Terpaksa la guna adik2 aku sbg suppliment (betul ke spelling ni).
Kami berempat sepakat untuk kuar pada hari Sabtu. Chick (adik aku yg no 3) sanggup turun dari UPM Serdang untuk menjayakan acara kami di petang itu. Angah (yang no 2) , dia skrg tgh wat practical training kat satu IT company kt Subang Hitech. Previously dia study kt UTEM Melaka. Kuwe( adik aku yg ke-4) tgh tunggu result SPM. Tapi skrg dia wat part time kat Mydin.
Mereka bertiga ni xpernah mkn steamboat. So, aku pun suggest la cba makan. Pergi makan kt Johnny's, Jusco Bkt Raja. Ni aku upload muka-muka adik aku. Jap ar, bwa bertendang. Aku nak upload jap.
Inilah muka adinda2 aku. Amacam boleh tahan ke tak? Aku ada sorang lagi adik yang bongsu tpi masih sekolah. Sorry ye , DikPa (nickname adik bongsu aku). Kitorang mkn dulu.. Hehehe. Kat bawah ni aku upload lagi muka-muka teruja adik2 aku yang tak pernah


Di atas aku ade attach video untuk tatapan korang. Semoga terhibur.. Ok la.. aku kena pergi ni.. Chow..