Friday, April 30, 2010

Kite Terjah Dia..!!

Akhirnya aku jumpa kes or tajuk citer yg agak menarik untuk dikupas di sini. Kes terjah roommate menyeludup “teman” secara sulit ke dlm bilik. “Teman” itu of course lah bkn spesies kitorg. Spesies berlawanan. Dua org “hosmet” lak jdi ala-ala “Pak Haji” berketayap putih merangkap saksi. Aku pulak memegang watak sebagai “Abang Nas Ahmad” menerjah mereka yg sdg lena dibuai mimpi. Ayat pertama yg keluar dari bibir munggil aku ni (munggil sgt ke?) sebaik sahaja heroin kita terjaga dri tidornya,

Ape ke jadahnya plak DIA ni tido kat sini?” (meniru gaya ala-ala Karam Singh Walia)

Dan heroin kita bangun dlm keadaan terpinga-pinga & tergamam. Ini adalah kali pertama aku buat aksi terjah orang tau. Dan perasaan aku time tuh ialah menggigil. Gigil tahan kemarahan & rasa nak sepak-sepak je jantan tu. Jgn tak percaya, aku mampu menyepak orang sampai tulang retak. Amboi-amboi, sungguh lena kalian tido ye sampai kitorang buka pintu & lampu pun still tak sedar. Tah apa la korang buat semalam ye..Ehem, no comment.

Paling syok aku sempat merakam video sbg bukti perbuatan “manis” mereka itu. Ini adalah sbg bukti bhw perbuatan mereka tu ade proof evidence dan bknnya serkap jarang. Maaf, tak dpt nak paparkan krn menjaga aib ibu bapa mereka. Aku tak kisah aib diorang ni tetapi aku masih lagi pikir perasaan mak ayah diorang lau terpandang video ni dipaparkan. Aku kesian dan pikir juga. Plus aku tak mahu blog aku dijadikan medan fitnah. Huhuhu.. mulia lak bunyi..


Tujuan aku menulis di entry ini bkn nak malukan beliau, nak buka pekung or apa-apa. Ini juga slh satu luahan perasaan aku sbg “hosmet” dia. Maaf lah, aku tak boleh nak luahkan secara lisan sbb lau lisan aku risau mulut aku ni berpuaka. Dalam kata lain, filter rosak & insurans luput. Therefore, alternative way ialah aku nak bgtau melalui blog. Sbb beliau tau blog aku ni. Y (bkn nama sebenar) kitorang hrp lpas ni insaf lah wahai teman. Bawa-bawa lah bertahan, dah bertunang pun kan.. Lepas nikah, nak buat apa pun dah halal. Kesian la kat zuriat tu. Harap maklum, beliau blum mengandung lgi, tpi maksud aku baka yg baik dtg dri induk yg baik. Lau induk buat prangai camtuh tak mustahil keturunan akn berikutan begitu. Dan aku ckp inipun sbg peringatn kpd diri sendiri dan juga orang lain. Jgn mimpi nk dpt zuriat yg mulia lau sendiri prangai cam apa2.


Beliau dan pasangannya merayu spaya tak bawa perkara ni ke level JAIS. Malu katanya, tak nak bgtau parent. Akan tetapi masa buat perkara itu, kat mana diorg campak maruah parent diorang? Tepi longkang? Tempat sampah? Lubang jamban? Kenapa bila dh jadi mcm tu bru teringat maruah mak ayah? Satu lagi yg aku nak senyum sinis dgn kebodohan mereka. Diorang ingt buat mcm tuh kitorang tak tahu? Nak perbodohkan orang mcm kitorang ni tak tahu apa-apa. Macam kami ni bdk tadika tgh seronok mkn lollipop. Sekali buat tak kantoi jgn lah assume selama-lamanya tak kantoi. Kdg2 org bgi peluang nak tgk weather kite ni melampau batas ke tak. Tapi tgk mcm takmo insaf plak tuh bangga sbb tak kantoi therefore naik lemak tak sedar diri. Bila nak buat camtuh, yg jadi sengal sampai kerap sgt tu kenapa? Imagine lah boleh dikatakan hampir setiap mlm kami menerima kunjungan “Penyewa Tanpa Izin” a.k.a penyewa hantu tanpa valid pass plus di luar pengetahuan kami. Valid pass bersamaan dgn kunci rumah. Ingat rumah kitorang ni hotel ke? Dan paling sengal jgn lah tinggalkan bukti. Bukti pertama, dah tahu semua hosmet tak hisap rokok. Jgn lah biarkan pasangan anda meninggalkan bau asap rokok di dlm jamban. Bukankah telah jelas dan nyata terang bersuluh BODOH namanya. Alamak, aku dh mendedahkan rahsia avoid kantoi lak.


Paling dikesali lak, beliau dah la nak exam ari Senin ni. Patutnya dah dkt nak exam ni lagi lah beramal soleh minta hajat dngan Allah minta dipermudahkan dalam peperiksaan. Bgn malam, & solat hajat ke apa ke. Ini tak, bgn time dinihari dlm kul 3, 4 pagi bkn nk study tpi nk seludup org lak pegi bwa masuk bilik. Bila dah jdi camni, bru tringt psl exam lah bagai. Malu ngn kawan, risau kena gantung ke apa. “YY” (bkn nma sebenar) kenapa tak pikir akibat sblm buat tu? Kenapa tak hormat kwn2 yg lain menyewa kat situ?


So far, selama ni aku senang & selesa dgn prangai YY. Ciri-ciri sbg good housmate dah ade. Yang slack nye nape boleh tegar hati wat camtuh pd kitorang. Teruk sgt ke layanan kami sampai sanggup wat camtu? Lau ye pun tak sanggup berpisah dgn “Buah hati” bagai serba tak kena lau satu hari tak jumpa tpi kena ingt besok2 nak mati pun berpisah juga. Kubur belum tentu sebelah2. Perkara jodoh ni di luar bidang kuasa kita. Let say bertunang sekalipun bkn satu jaminan dia tu akn jdi suami. Therefore, there is no 100% guaranteed. Simpan lah sedikit ketidakpercayaan tu dlm diri. Semua nak diberi, then apa plak balance tuk diri sendiri? Fikir2 kan dan selamat beramal.


P/S: Info terkini yang aku terima dr hosmet aku bhw Y sdh keluar dr rumah membawa semua brg2 dia licin. Dia tinggalkan pesan pd aku & hosmet yg lain bhw beliau malu sgt dgn kitorang. Pesanan aku utk beliau (sekiranya terbaca blog ni), Semoga cpt2 nikah dan bahgia dgn pilihan. Jgn risau, kemaafan sdh diberikan kpd anda juga tiada dendam di hati & lau spjg bersma menyewa sila maafkan juga lau ada wat salah, terkasar bhs. Halalkan juga Perl kacip Fatimah yg terguna minum msa stay up study ari tuh. Itu sahaja. Peace no war..

No comments: