Apabila memandang Didi, hatiku pasti berdebar dengan kencang. Bagaikan larian marathon berpuluh-puluh KM. Aku kagum melihat keperkasaan Didi. Aku memang menyanjungi kekuatannya. Dek kerana itu perasaan ini semakin hari semakin membara. Ah, alangkah indahnya kalau Didi dapat menyambut perasaan ini sepenuhnya. Pasti aku lah makhluk yang paling happy di dunia ni. Akan tetapi Didi tidak menyedari bhw aku telah menjadi secret admirer dia. Aku tak mampu memberitahunya krn Didi pasti takkan nampak diriku krn aku adalah makhluk halus. Apa yang harus aku lakukan? Kerana perasaan ini semakin hari semakin mendalam.
“Kenapa ni Manis. Kamu dr tdi asyik termenung saja?” Bonda menegurku. Aku tersentak. Bonda merapati aku. Lalu membelai kepalaku dgn penuh kasih syg.
“Tak ada apa-apa, lah bonda. Manis ok je” jari-jemariku di angkat tanda ok & tak ada apa-apa. “Ayahanda mana bonda?” tanyaku cuba beralih topik.
“Ayahanda sibuk memerintahkan rakyat kita supaya bersiap sedia. Musim tengkujuh akan tiba, oleh itu kena buat persediaan” Bonda menjawab dgn tegas.
“Kalau begitu Manis permisi dulu. Keluar buang angin sekejap” Aku meminta izin Bonda. Bonda memperkenankan.
Aku segera keluar. Berjalan-jalan sambil membuang angin. Dari kejauhan aku ternampak Didi. Ah, seperti biasa dadaku berdetap kencang lagi. Kenapa ni?, tanyaku pada diri sendiri. Aku memerhatikan Didi dr jauh. Aku tidak berani untuk berhadapan dgn dirinya. Didi tetap seperti biasa mempamerkan kekuatannya. Mematahkan pokok dgn sekali hayunan. Tiba-tiba ada seseorang menghampiri Didi. Merapati Didi dan mencium pipinya. Tiba-tiba aku dipamit cemburu. Aku berlari pulang seraya menangis.
“Kenapa Didi? Why u did this to me? Tak nampak kah perasaanku terhadapmu?” aku merintih seorang diri di dlm kamar tidurku.
“Puteri Manis. Raja dan Ratu menitahkan puteri ke balai utama sekarang,” dayang perwara memaklumkan hal itu kepadaku. Aku tersentak. Hal apa lak ni? Aku bertanya sendiri. Kemudian, aku bersiap-siap.
Di balai utama kelihatan bonda & ayahanda menanti bersama-sama dgn seseorang. Yang pastinya bukan Didi. Tak mungkin Didi mampu bertemu dgn kami.
“Anakanda Manis, puteri ayahanda. Dgn sini, puteri. Ayahanda akan mengahwinkan kamu dgn Putera Antesz. Kami sudah sebulat suara bersetuju.” Ayahanda mengeluarkan titah.
“Ampunkan Manis, Manis menolak.” Jawabku dgn tegas. “Manis sdh ada pilihan sendiri”
Ayahanda & Bonda terkejut. Dgn suara tenang, Bonda bersuara.
“Kenapa tidak anakanda khabarkan kkpd kami awal2? Bonda fikir, anakanda belum ada bf.”
“Ampun kan Manis, bonda. Sebenarnya Manis sdh ada org yg Manis suka. Ttpi kami belum declare lagi.” Jawabku dgn jujur.
“Khabarkan pd ayahanda siapakah gerangan orgnya.” Ayahanda menitahkan.
“Didi, ayahanda” jwbku lagi.
“Didi, putera Gajah tu ke?” Tanya bonda
“Benar, bonda” akui ku.
“Anakanda sdh hilang akal kah? Mana mungkin kamu berkahwin dgn Didi” jawab ayahanda.
“Benar, anakanda. Sila fikir abis2. Mana mungkin anakanda boleh berkahwin dgn Didi” bonda menyampuk.
“Kenapa dgn Didi? Apa salah dia?” aku bertanya dgn tidak puas hati.
“Anakanda sedar kita ni siapa? Anakanda sedar tak Didi tu plak siapa?” Ayahanda menyoal dgn tegas
“Kitakan semut. Itu pun nak tanya lagi”
Wajah bonda dan ayahanda dah mula menunjukkan rasa kemarahan melihat aku yang tak faham2 bhs lagi ni.
“DAH TAHU KITA NI SEMUT, MCM MANA NAK KAWIN DGN GAJAH? RUMAH PUN TAK MUAT NAK MASUK”
Eh, ye tak ya juga? Baru aku terfikir. Mcm mana aku boleh terlupa akn hal ni. Maka, mahu tak mahu terpaksa juga lah aku berkahwin dgn Putera Antesz dr kerajaan semut api.
The End..
No comments:
Post a Comment