Friday, May 14, 2010

Maratón de amor a mí

Bila dah berlaku hal begini pda diriku, barulah aku sedari bhw pergaulan aku masih lgi terhad dlm mengenali lelaki. Mayb sbb aku kurg mendedahkan diriku kpd mereka sbb sebenarnya aku ni takut bila mengenali makhluk Adam ni. Dan bila aku terikat pd sesuatu hub dgn slh seorg, aku lebih suka menumpukan perhatian pd satu itu shj. Bhs database nya, One-to-One relationship.


Dlm diriku mcm ada konflik antara membuang tempurung kelapa hidupku atau kekalkan diri dlm shelter tu. Mana satu pilihan yg lebih bijak. Tapi menurut pendpt fikiranku, lau tak buang shelter tu aku akn terbelenggu dgn kenangan lama. Tentu ssh nak move on. Dan aku dah decide, tempurung kelapa tu hendaklah dibuang sedikit jauh dr diriku. Tak boleh terlalu jauh krn shelter tu kna guna blik utk perlindungan. Sbb lau dh teruk sgt terdedah, aku kna amik blik shelter tu & tutup smula. Huhu..


Baru-baru ni kwn office aku memperkenalkan satu mende yg amat menarik hati aku utk menjauhkan fikiran dr mengingati mende lama. Jgn risau, bkn sejenis dadah ye. InsyaAllah, mintak selisih malaikat 44 lau jdi camtuh… Beliau memperkenalkan BOTS pd aku. Mmg ye, mula2 agak boring sbb lum ade member. Skrg bila dh ade member & rmai yg add juga aku walopun xde pic provided. Skurg2nye aku dh berjaya menghiburkan hati aku. Tq, Zani. Tq for bringing back my happiness… & Selebihnya juga lafaz syukur pd Allah SWT krn mengurniakan aku perkara2 mcm ni. Well, aku tak mau discuss lebih lanjut psl BOTS, biarlah rahsia pd sesiapa yg tidk mengetahui. Kalau tahu, phm2 sudah.


Final exam dh pun berlalu. Cma satu paper je yg aku tak brp confident. Paper MOC a.k.a EMOSI. Sgt beremosi bila nk menjawbnya.. Kenape? Main point dia cmni.. Sekiranya anda tak phm maksud term2 dlm soalan tu yg terlalu advanced language dia, adakah kalian mampu menggoreng dgn yakin walopun common sense? Tu la dia emosi aku ari tuh.. Termenung sampai mulut senget nak memikirkan apekah maksud perkataan itu. Kamus or dictionary xboleh bwk masuk dlm dewan. Therefore, surat cinta yg kulayangkan pd lecturerku bertulis, “C U Again Next Sem, wit happy smiley”.


Otak aku sdg aktif berfikir mcm mna nk sibukkan diri dgn aktiviti sama ada berfaedah @pun tak. Aku perlu ada aktiviti yg bagus2, spy sng aku nk update blog aku. Baru la ade citer nk share. Ni tak, asyik2 citer pasal BF lari sampai belas2 episod wat pe lak kan? Lemah benar aku samp asyik nk share citer psl tu jer.. Mesti korang muntah purple bila asyik bace mende2 yg sama kan? Well, citer ttg dia tu dh jdi sejarah.. Dulu hidup aku dgn dia ade interception, now dah split dgn journey masing2. Now juga, aku kna teruskan pengembaraan hidup aku ni dgn cerita lain & bru plak. Aku dah tak marah kat dia pun lagi. Rasanya lau aku kat tmpt dia pun mayb aku akn wat mende yg sama. Tentu dia dh pikir lama sblm nk amik decision mcm tuh. Real fact is menongkah arus tu boleh, ttpi kita akn penat. Sampai bila nk bertahan mcm tuh, bdn & emosi pn ade limitation juga. Mesti tak selalu boleh adapt. Mesti ade msanya kita akn mengalah juga. So, nak kate sape yg slh? Xboleh la nk slhkan sape2 coz semua ni di luar kuasa or bidang kita. Walo rapi camne skalipun aku plan terhadap sesuatu perkara tu, tpi lau dah “Kun fayakun” drp Allah SWT. Mayb silap drp aku juga.


Cara paling snang ialah happy kan semula hidup tanpa dendam ke apa ke. So, rasanya aku wat mende yg betul kot. Normal la manusia bila mula2 dia melantun or mrh2 sbb tgh emo. Tpi bila dh fikir dgn tenang & matang serta timbang tara balik, rsa nak tergelak sendiri plak. Aku beruntung sbb family aku back up aku, support aku. Siapa lagi yg tinggal selain drp family? Cinta boleh dtg dan pergi. Tetapi family kekal. Bila memikirkan mereka, aku terus rasa smgt. Abah & Mom sgt memahami aku. So, aku tak mau hampakan mereka dgn mengikut perasaan. Lau dia terbace blog aku ni, satu pesanan utk dia, ‘Awk, lau berjaya dgn pilihan kali ni, jgn lupa lygkan kad jemputan. InsyaAllah sy dtg lau takde aral’. Ikhlas ke ni? Hanya aku & Dia saja yang tahu…Shhh..

No comments: