Wednesday, May 5, 2010

Sembilu 05/05/10

Tanggal ini mungkin menjadi satu tanggal yang maybe susah untuk aku lupakan. Kenapa ye? Di waktu besoknya aku akan berperang menghadapi peperiksaan akhir semester, aku telah dihadiahi dgn satu kejutan yang amat bermakna. Kejutannya ialah di mana aku secara live nye kembali solo selepas 4 thn menyulam cinta bersama si dia. Of course bkn aku yang menjadi puncanya. Secara diam-diam, dia sudah ada orang lain. Alasan dia kepada aku ialah aku selalu buat dia tension dengan bertanyakan soalan spt, "Adakah dia setia di sana?", "Dia ada org lain tak?" etc versi yang maksudnya lebih kurang sama. Salah ke bertanya @ update hati & perasaan? If nak compare antara berlaku curang @ kerap bertanya, aku rasa jenayah cinta yg paling teruk mestilah berlaku curang. So, apa relevannya di sini dgn mengaitkan pertanyaan aku utk mndptkan kepastian dgn tension dia? Tension sgt ke??? Kenapa dia tak boleh mcm dlm iklan burung murai tu. Si anak tanya bapak dia berulang-kali, jwb je lah. Apa tensionnya nak jawab, "Awak setia lagi ke tak ni?". Jwab je lah ye @ tak. Bukannya aku tanya, "Awak ada duit tak?". Itu barulah sesuai nak tension dpt awek kaki pow.



Aku kalau boleh tak nak tulis kat blog ni pasal peribadi aku & ex. Tapi kalau tak luahkan aku rasa sedih, muram & tak ceria. Aku tak suka macam tu. Aku tak mahu hidup aku suram tanpa dia. Aku mesti tunjuk yang aku still happy. Dia tinggalkan aku kerana org lain, ianya bkn slh aku. Pergi sajalah dgn perempuan itu. Sblm ni aku butakan mata, hati & terima saja problem yang dia create pada aku dgn alasan, "Please adapt the weaknesses, manusia tak sempurna" dan menjadi slogan tetap aku spjg aku couple dgn dia. Actually, menjadi seorang yang full-adaptor pun tak elok juga untuk kesihatan emosi. Inilah akibatnya. Tahniah kerana menerima pakej perpisahan menjelang hari peperiksaan penting anda.



Betul ke hati lelaki mudah bertindakbalas pada orang yang selalu berada di depan mata? Aku akui hubungan kami versi jarak jauh. Bak kata orang, calang-calang boleh survive. Dia kat Penang sana & aku lak kat Shah Alam. Jarang dapat jumpa tapi tak bermakna tak jumpa langsung. Bagus juga la jarang jumpa, kurang lah sikit maksiat sebelum nikah. Berkualiti lah sikit zuriat tu sbb mak & bapaknya tak buat maksiat. Sblm dia buat perangai, elok je kami tak ada masalah. Hati cepat berubah..


Alasan dia memang tak logik. Nak tutup kesalahan he's pointing his finger to me as the main problem creator. Aku pulak yang menjadi punca & sebab musabab kenapa dia berpaling tadah. Sungguh lemak berkrim statement itu. Kan senang je cakap, " Saya sudah jemu dengan awak sebab tu saya cari lain".


Org ketiga tu aku tak sure siapa. Tpi based on my intuition, mayb satu tempat kerja la kot @ area berhampiran. Dia sanggup gantikan aku yang lebih 4 thn kenal dgn org yg baru dia kenal. What a pleasant honor he gave me. Aku terima dia dulu masa dia tak ada apa-apa. Naik motor kapcai cabuk je pergi keje (itu 4 thn dulu la). Skrg ni dah berkereta, gaji pun dh besar sikit, pangkat pun dh senior sikit. Masa dia jadi "Betty" dulu, tak ada siapa yang pandang. Aku juga yang terhegeh-hegeh suka padanya. Sbb aku suka lelaki yg bermula dr bwh & slowly meningkat naik berjaya dlm hidup dia. Aku nk jdi org yg selalu brada di sisi dia masa dia dr bwh lpas tu sama2 grow up. Skrg bila "Betty" dah bertukar menjadi "Beauty", si "Beauty" ni dah mula lupakan "Beast" nya (aku le tu). Aku pun bercermin & sedar diri bhw aku ni bkn lah lawa mana pun, lebih kurang watak "Halimah Jongang" je.



Skrg panggilan mesra dah BERTUKAR menjadi panggilan formal. Cpt betul dia adapt perubahan tu. Seolah2 tempoh kami bercinta macam tak ada effect langsung. Mmg admitted yg experience kali ni agak tough utk aku. Iya lah, mendadak angin tak ada ribut tak ada suddenly break off. Baru saje kami dpt jumpa blik pada 1-2 May baru2 ni. Bkn aku tak ade experience langsung broke up dgn BF, ttp kali ini betul2 menusuk nurani la. Sampai aku terpikir, mampukah aku untuk bercinta lagi?. well, only Allah know when, where or how. Skrg ni bersabarlah menantikan hikmahNya. Berikan aku kekuatan & ketabahan. Amin...
(Tinggal kenangan.... Hastala vista.. I'll survive)

3 comments:

asmaria said...

assalamualaikum.. tabahkan semangat, tenangkan hati. Hikmah di sebalik kejadian ni pasti telah menunggu, apabila anda mendapat berita/pengalaman yang gembira selepas ini, itulah tandanya hikmah tersebut telah menggantikan kedukaan ini, dan mungkin akan beturut2, lepas 1, 1 lagi berita gembira yang menerjah dalam hidup adek....

Misz Far said...

tq asmaria.. kata-kata awk mmg bagus. terima kasih walaupun kita mayb tak kenal

myra said...

kenape awak tanye soklan seperti tu pada bf awak? tak percaya ke?

act saye pun break off dgn bf sbb perkara yang same.. klu asek tanye tu maknenye tak caye, klu takde kepercayaan terhada pasangan baik break off saje..